"Macam tak percaya saja adik melekat rumah!" ujar Haraz.
Ibu tersengih mendengar usikan abang ngah. Sengaja buat aku sakit hati!
Kalaulah aku ada iPhone even Vivo sekalipun, kan best! Boleh Wi-Fi free, boleh chat dua puluh empat jam dengan Emir. Ini telefon cikai, harap boleh buat call dengan SMS sahaja buat apa! Itulah... teknologi ada, tidak mahu upgrade. Duklah simpan duit nak bikin rumah batu berapa puluh tingkat pun tak tahulah aku ni!
Aku buat tidak tahu. Apa yang abang ngah memekak, aku malas nak dengar. Hari minggu macam ini, selalu kalau Emir ada, aku pasti melepak-lepak dengan dia. Sekarang? Aku tak tahu nak pergi mana. Aku meletakkan sesenduk bihun di dalam pingganku. Bihun ibu buat, tidak ada siapa boleh lawan.
"Mel nak keluar kejap lagi tau abah, ibu. Nak pergi
dekat kedai buku Popular," ujarku meminta izin abah dan ibu.
Abah hanya mengangguk. Dia kalau sudah dapat bihun, tak pandang mana dah.
"Hah... bekal bihun ni dekat Emir. Banyak bihun ni..." ujar ibu.
Aku memandang ibu. Ibu ni perli aku ka?
"Orang tak ada tu jangan disebut-sebut, kang tercekik karang." tegur abah.
"Astaghfirullahalazim! Saya lupa, bang... dia ke Vietnam." Ibu menepuk dahinya.
Aku menggelengkan kepalaku.
"Apalah! Jangan sebut-sebut nama dia, nanti ada orang menangis rindu senyap-senyap!" usik Haraz.
"Siapa? Abang ngah ke? Isy... nanti Mel cakap dekat Emir."
"Dialah punya kerja yang memangkah kalendar ibu kat dapur tu! Habis kalendar satu rumah ni dia pangkah.Tinggal berapa hari lagi Emir balik, dik?"
"Tak tahu." Aku menjongket bahu.
Memang aku punya kerja. Yelah, semua duk perli aku tanya bila Emir nak balik. Naik anginlah aku...! Sudahlah aku yang menanggung rindu.
"Pura-pura tak tahu!" ujar Haraz.
"Haraz Azmin!" panggil abah.
Aku menunjukkan ibu jariku, tanda padan muka kena tegur dengan abah. Kat meja makan ni, makan sajalah.. tak payah nak usik-usik!
"Hari ni Harith dengan Atin nak datang. Tadi Atin call. dia teringin nak makan telur itik. Abang beli telur itik ya saya nak buat masak lemak."
Aku kegelian. Aku tidak suka makan telur itik! Kak Atin sudah mengandung hampir dua bulan. Setakat ini macam-macam dia nak makan. Pelik-pelik bunyinya. Minta simpanglah mengidam semua benda-benda itu.
"Masak ayam kicap ya, untuk Mel sudahlah."
"Abang ngah pun sama, ibu. Telur itik tu, abang ngah tak lalulah."
"Okey, nanti chef masak..." ujar ibu.
Aku tergelak. Chef ibu memang terror, anak dia sahaja yang pemalas .Aku minta diri dulu, aku mahu ke Parkson. Di situ terdapat kedai buku Popular terbesar di Ipoh. Aku nak cari buku-buku dekor terkini.
Seminggu yang lepas, Emir ada e-mel dekor hotel-hotel di Vietnam. Aku sudah pun serahkan rekaan terkini aku kepada Irfan.
Emir kata dia seronok di sana, banyak perkataan yang dia sudah belajar. Terutamanya ucap I love you dalam bahasa Vietnam. Apalah Emir, perkataan itu pula yang dipelajarinya.
Emir juga ada idea untuk koleksi orang Asia pula. Macam-macam material yang dibeli dari sana. Banyak gambar yang die-mel. Gembira melihat Emir seronok Di dalam IG pun statusnya selalu bertukar-tukar.
Aku membayar tiket parkir lantas memarkirkan kereta di tingkat paling atas. Senang. Tak payah nak pusing- pusing cari kotak parkir yang kosong. Lagipun tak ramai yang suka parkir di sini. Tambahan pula, aku bebas memilih kotak parkir yang aku suka. He he he!
Kedai buku itu sangat penuh. Aku dah tak larat nak ke bahagian novel yang bertimbun-timbu Lambakan penulis baharu sekarang ini menyebabkan buku- buku dicetak seperti setiap hari sebab ada sahaja buku baharu kalau penulis baharu yang timbul. Cerita??? Lebih kurang sama sahaja.
Aku datang sini tidak mahu tengok novel, aku nak tengok benda lain. Aku menyelak buku-buku dekir dan majalah dekor yang ada di situ. Kebanyakannya seni bina bukannya dekor! Aku mencari lagi....
"Ehem
Aku menoleh ke belakang. Macam suara Emir berdeham, takkan Emir dah balik???
"Hi!"
"Hi....."
Irfan! Kenapalah aku terjumpa mamat jiwa kacau ni, saat aku pun tengah jiwa kacau juga.
"Cari buku, Sa?"
"Ah... takkan cari rantai basikal pulak!"
Irfan tergelak.
Aku pun begitu. Selamba badak sahaja aku javab begitu kepada bosku. Aku cari Farah Atalia, manalah tahu dia ikut tetapi tidak ada.
"Sorang?" tanya Irfan.
"Yup. Saya tengah cari buku untuk rujukan. Irfan?"
"Oh.. saya? Saya saja jalan-jalan. Bosan duduk dekat rumah sorang-sorang."
Dia menggaru kepalanya sam menyelak-nyelak rambutnya.
"Ajaklah Farrah keluar..." kataku.
"Oh! Dia outstation ke KL. Shooting."
"No wonder...."
"Kita lunch sama kejap lagi?"
"Oh... tak boleh. Dah janji dengan ibu nak balik makan."
"Sekarang pun dah lunch time. Sekali-sekala saja temankan saya makan, kalau awak tak mahu makan..." rayu Irfan.
Perlukah aku tanya Emir, minta izin dulu? Kalau dia tahu aku makan dengan Irfan, perang dunia ketigalah jawabnya. "Okeylah."
Nanti aku slow talk dengan Emir. Kesian pula Irfankeseorangan. Sahlah dekat rumah pun tidak ada orang.
"Sekarang ke?" tanyaku sekali lagi.
"Tak adalah.... Awak pilih buku dulu, sementara saya tengok-tengok buku yang lain. Awak dah settle, awak beritahu saya..." ujar Irfan.
Aku mengangguk. Aku melihat Irfan berpakaian serba ringkas. Selalu dia nampak tegang dengan pakaian formalnya, kali ini T-shirt golf dengan jean sahaja, dia nampak fleksibel.
Beza Irfan dengan Emir? Irfan membiarkan aku buat apa yang aku mahu. Macam aku tengah tengok buku. dia pergi tempat lain, bagi aku masa dan privasi. Kalau Emir. dia akan mengikut aku ke hulu ke hilir. Katanya takut hilang! Emir melayan aku seperti budak kecil, dimanjakan, dibelai.... Irfan melayan aku seperti aku sudah dewasa. Aku tidak tahu mana satu layanan yang aku suka. Tetapi kenapa pula aku perlu bandingkan Irfan dan Emir? Bukan aku dengan Emir ke? Sejak bila pula dengan Irfan? Arghhh, mengarut!
Aku membeli beberapa buah majalah dekor dan ke kaunter membayarnya. Kemudian aku mencari Irfan.
"Nak beli apa-apa ke?" Irfan menggeleng kepala. Dia melihat bungkusan tanganku, diambil. Aku melarang, dia nak ambil juga .Aku lepaskan juga.
"Jom makan," ujar Irfan.
Aku beriringan dengannya turun ke tingkat bawah Di bawah ada Marrybrown, Starbucks dan Kenny Rogers.
"Makan mana?" tanyaku.
Aku tidak tahu selera Irfan. Kalau Emir, dia beria la hendak naik buaian Marrybrown itu! Kadang-kadang aku dengan dia berebut siapa dapat dulu! Aku gembiralah bila Emir ada. Bilalah dia nak balik ni!!!
"Kenny Rogers."
"Okay, Kenny Rogers it is!" Aku mengikutnya masuk ke dalam restoran itu. Aku hanya memesan soup of the day, kerana di rumah nanti aku pun nak makan ayam juga. Dia memesan set lunch
"First time kita makan sama."
Aku mengangguk. Perlu catit dalam kalendar ke? Tanda hari bersejarah sebab dapat makan dengan Melisa Karissa, hah? Mengarut... Emir tahu ni, mahu dia balik dari Vietnam hari ini juga
"So, GM is satisfied dengan drawings awak, Sa. He ressed. He wants to see you on Monday."
"This coming Monday?" Irfan mengangguk
Wah! Datuk Zakuan nak jumpa... macam seram je
"Excited?"
"Agaklah...."
"Agaklah Karissa? You are supposed to meloncat- loncat sekarang."
Aku tergelak. Itu mungkin terjadi kalau Emir ada.
"Seksakan rasa bila orang yang kita sayang, tak ada di sisi?"
"Betul!" Aku mengiakan kata-kata Irfan. Aku tidak tahu kenapa dia cakap macam tu. Tetapi memang aku terasa bila Emir tidak ada. Macam sekarang ini, kalau Emir ada, mesti celebrate!
"Seksa lagi kalau orang yang kita sayang tak tahu
sebenarnya kita sayang pada dia."
Aku cuba memahami kata-katanya. "Wow... itu bahaya!"
"Kenapa pulak?"
"Yelah, kita kena berterus teranglah. So, orang tu boleh buat pilihan."
"Hmmm... saya pegang kata-kata awak, Sa."
Pegang kata-kata aku? Aku bukanlah penasihat cinta yang baik kalau dia hendak nasihat. Better jumpa Kak Zara ke Kak Irah ke.... Kalau aku bagi nasihat pasal cinta, itu ajaran sesat namanya. Aku menghirup sup di hadapanku.
"Saya bukanlah rujukan yang baik, Encik Irfan... nanti saya ajar ajaran sesat pulak. Kalau Encik Irfan nak nasihat cinta dan perhubungan, kena contact Kak Irah ke.... Kak Zara ke, mereka lebih arif dan berpengalaman. Kalau nak nombor telefon, saya boleh bagi."
Irfan ketawa besar. Makanan di hadapannya, tidak disentuh lagi.
Sup aku ni sudah tinggal separuh, sudah dekat ke pukul dua ni, bila nak halik? Aku nak tengok IG ni... mesti Emir tengah tunggu akut Sure dia marah aku punya, sure dia tanya aku pergi mana... Mati..! Aku tengah di hujung nyawa ni!
"Dah lewat ke?" tanya Irfan. Mesti dia perasan sebab aku duk tengok-tengok jam. Ya lorrr.. dah lambat! Sure ibu marah sebab aku janji nak balik makan, tetapi ibu tidak call aku pun?
"Tak apalah, makanlah."
"Saya memang makan lambat. I took my own sweettime" Yelah... you are also took my own sweet time! Ah, mamat jiwa kacau ni. Jiwa aku pun kacau juga ni!
"Patutlah"
"Kenapa patut pulak?"
"Orang makan lambat ni, dia memang lambat! Lambat buat keputusan, lambat buat kerja, lambat dalam segala-galanya. Itu abah saya cakap. No offence!"
Muka Irfan berubah. Alamak! Aku dah silap cakap ka? "Sorry!"
"Sikap terus terang awak ni patut dipuji sebab orang lain tak pernah berterus terang macam ni dengan saya."
"Saya cakap apa yang abah saya cakap. Siapa makan
Tiba-tiba...
Macam mana pula mamat ini ada kat sini?
cil, dia terasa pedas!" "Leng lo( perempuan cantik)!" jerit Ah Bok.
"Ah Bok! Wah... lu mari sini cinta ar." Aku melihat ada amoi di sebelahnya.
"Lu pun mari sini cinta!" Dia mengata aku pula.
"Ni wa punya bos, la!" Aku tergelak.
Cinta dengan mamat ni, tak mahu ah! Lalu aku memperkenalkan Ah Bok dengan Irfan, kemudian Ah Bok kembali ke tempat duduknya tadi. Habislah aku jumpa Ah Bok, mulut lelaki itu bukan boleh ditutup pun! Habislah aku.....
"Awak ni peramah jugak."
"Are you profiling me, Encik Irfan?" Irfan ketawa.
"Awak ni macam nak balik awal saja, awak tak suka makan dengan saya?"
"Saya tak tahu awak makan lambat sangat macam ni."
"Okey, saya akan ubah kalau awak janji akan makan dengan saya lagi macam sekarang ni."
"Hah?"
Makan dengan dia? Aduh! "Manusiakan perlu makan untuk hidup..." ujarnya lagi
Memanglah, takkan makan untuk mati pula! Kalau aku menolak, apa alasannya? Kalau aku bersetuju, adakah untuk selamanya? Lagipun... biaq pi, lah dia nak makan lambat pun, ada aku kisah ke?
"Kalau makan lambat pun, tak ada masalahnya bagi saya,.Yang makan lambat tu awak, bukan saya."
"Kalau saya lambat bayar gaji staf, lambat bayar bonus staf, lambat buat apa-apa, awak jangan marah saya!"ujar Irfan seakan mengugut.
Gulp!!! "Okey, okeylah! Cepat, saya nak balik ni."
Emir sedang menunggu aku di IG!
Irfan tersenyum puas hati. Dalam hati aku, tak akannya aku layan permintaan bangang lagi mengong dia tu. Sangatlah mengarut!!
Share this novel