Bab 14

Drama Completed 10175

Hari itu aku masuk lambat sedikit ke pejabat. Aku pun sudah beritahu Irfan sewaktu aku jumpa dia di rumah Datuk Zakuan. Aku tidak masuk, aku tunggu di luar sahaja. Lagi pun Emir awal-awal lagi sudah menunggu aku di hadapan rumah besar keluarga mereka.

"Besarnya rumah!" ujarku sebaik sahaja sampai.

"Rumah besar buat apa, orang bukan ada. Nanti kita beli yang kecil sudah. Rumah besar ni banyak hantu, tau!" Aku tergelak, Emir bercerita macam aku budak kecil.

Emir meletakkan begnya di tempat duduk belakang. Emir menyuruh aku menyerahkan kunci keretaku.

"Saya bawak, Mel duduk sebelah."

"Siapa yang pergi Vietnam ni? Saya ke awak?"

"Sayalah. Tapi awak duduk sebelah. Nanti masa balik, awak bawak pulak."

Aku bangun lantas ke sebelah tempat duduk penumpang. Macam-macam hal! Aku takut Emir tidak biasa membawa keretaku. Aku takut Emir tidak selesa. Maklumlah, mana nak sama Kancil dengan BMW dia....

"Boleh ke?" tanyaku.

"Bolehlah, sayang..." ujar Emir.

Ikut suka awaklah. Jangan bagi rosak kereta aku sudah! Inilah satu-satunya harta yang aku ada. Sepanjang perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, aku bercerita tentang hal-hal perkahwinan abang ngah dan Kak Amira. Walaupun lagi dua tiga bulan, mereka sudah membuat persiapan.

Emir juga bercerita tentang kerja-kerja yang bakal dibuat nanti di Vietnam. Irfan sudah brief dia serba sedikit.

"Macam mana dengan kedai?"

"Sekarang tengah production untuk spring collection hari tu. Banyak jugak tempahan yang saya dapat. Saya terpaksa serahkan pada manager saya dan mom will be my back up. Terpaksalah, nak buat macam mana? Nak bagi dekat bakal isteri saya pun, dia pun busy woman. Nanti bila buat mass production, saya kena cari pekerjalah, nak handle kilang lagi..." ujar Emir sambil memandangku.

Aku ketawa. Bagi kat aku, hancuslah butik tu! Aku bukannya tahu apa.

Sampai di airport, Emir parkir kereta aku betul- betul di hadapan pintu masuk. Tempat parkir ini sunyi katanya. Kalau ada perkara-perkara yang meragukan, cepat- cepat bunyikan penggera kereta. Come onlah Emir.... Ini Melisa Karissa, ada karate! Dia tahu itu, tetapi dia nak mengingatkan juga.

Aku berjalan beriringan dengan Emie. Emir check
in terlebih dahulu. Dia masukkan begnya ke dalam, dia malas nak membawa hand luggage.

Lagi setengah jam, Emir akan masuk ke dalam perut kapal terbang dan akan menghilang selama sebulan Aku sudah biasa dengan Emir berbulan lamanya. Hari-hari akan bersamanya, kecuali tidur. Biasakah aku dengan ketiadaan Emir selama sebulan? Sudah tentu aku akan gila bayang juga.

"Jangan nakal-nakal!" pesan Emir.

"Jangan gatal-gatal!" pesanku.

"Tunggu sampai saya balik."

"Insya-Allah."

"Janji Mel, janji dengan saya."

"Janji!"

"Email saya selalu, Dm ig saya selalu, Wassap saya selalu Kalau boleh Skype saya, bila dapat peluang!" pesan Emir lagi.Kolam air matanya bergenang.

Aku pun terasa panas di kolam air mataku. Mahu
banjir airport ni! Aku masih tersenyum. Aku mengangguk-angguk. Cover seboleh-bolehnya!

"Saya nak peluk awak! " Tangannya sudah memegang bahuku.

"Jangan nak mengada, Encik Emir. Behave yourself"

"Cik Mel, saya akan rindu awak gila-gila! Ini adalah hari yang paling sedih bagi saya."

Aku tersengih. Saya pun akan rindukan awak. Encik Emir. Aku berjalan bersamanya sehinggalah ke balai berlepas. Aku tidak pernah rasa perpisahan sedih begini.

Huh... janganlah menitiskan air mata pula. Malulah!

"Bye..."ucapku.

"Bye..." ucapnya syahdu..

Susah betul nak mengucapkan selamat jalan kepada kekasih. Kekasih??? Beginikah seksanya untuk menghadapi perpisahan walaupun bukan perpisahan untuk selamanya? Sebulan sahaja, Mel. Pejam, celik, pejam, celik... sudah cukup sebulan!

Aku memandangnya sayu. Dia juga memandang aku, sayu. Tidak tahu lagi untuk berkata apa, memang sangat menyedihkan! Emir mengambil tanganku, dia mengucupnya lama. Aku hendak menariknya, tetapi aku tidak sanggup!

"Dah... pergi balik." Dia melepaskan tanganku.

"Tapi..."

"Saya tak mahu Mel sedih bila tengok saya pergi. So, Mel balik, saya masuk kejap lagi."

"Emir?" Aku pelik dengan tindakannya.

"Pergi balik. Bawak kereta elok-elok. Sampai ofis, beritahu saya."

Aku hanya mengangguk. Aku melambainya, dia membalasnya sehingga aku hilang daripada pandangan.

Petang itu aku gila tak ada mood. Nasib baik dekor yang Irfan suruh siapkan aku sudah pun siapkan semalam. Buatnya semalam tidak siap, sah hari ini mungkin langsung tidak siap.

Aku sudah tidak ada teman untuk sarapan pagi, teman makan tengah hari dan teman makan malam. Terpaksalah aku mengikut rombongan kakak-kakak ini makan.

Sudah tidak ada orang hendak teman aku kerja sampai malam, sudah tidak ada orang hendak mengusik aku. Orang kata, kalau sayang tinggal-tinggalkan.Barulah terasa sayang!

Sekarang ini tidak sampai sehari sudah teras Itulah... dulu tidak mahu, sekarang baru hendak terhegeh hegeh! Orang itu sudah di Vietnam. Biasalah jual mahal siapa mahu mengaku!

Irfan memerhati telatahku yang tidak senang duduk. Dia menghampiriku, aku sengaja buat-buat banyak kerja. Walhal aku sedang menanti sebarang e-mel atau apa sahaja daripada Emir.

"Okey ke?" tanya Irfan.

"Okey, bos."

Lagi mahu tanya aku yang sedang bersedih ni. Huh. takkan sebulan Emir pergi, aku hendak bersedih kut? Melisa Karissa... kau ni biar betul!

"Resah gelisah saja nampak?"

Aku hanya tersenyum. Nampak sangat ke? Dia in memang tidak boleh nampak aku senang. Kalau tidak adi orang sahaja di pejabat ini, mulalah dia buat tempat aku in macam tempat lepak dia.

"Saya tinggalkan Farah sebulan ke Jakarta, saya tak pasti reaksinya seperti awak ditinggalkan Emir. Setahu saya, dia tak kisah pun."

"Saya dan Farah lain. Setiap orang berbeza-beza...."ujarku.

"Awak kata awak kawan saja dengan Emir. Sekarang dah serius?"

"Hesy... ini masuk bab peribadi ni, Encik Irfan. Saya rasa benda ni personal, tak perlu discuss."

"Itu antara bos dan staf. Kalau saya sebagai abang Emir?"

"Baik tanya Emir..." ujarku ringkas. Aku jadi tidak menentu. Adakah aku perlu berdepan dengan dia dan persoalan seperti ini hari-hari?

"Saya dah tanya."

"So, Encik Irfan dah tahu jawapannya. Saya rasa saya tak perlu cakap lagi." Irfan terdiam.

"Pasti susah untuk seseorang menembusi hati awak."

"Perlu usaha yang kuat dan selebihnya tawakal
kepada Allah."

"Patutlah Emir berusaha bersungguh-sungguh."

Aku hanya mendiamkan diri. Aku tidak pasti sama ada jawapannya itu memerli aku atau apa....

"Saya ada peluang ke?" ujarnya sedikit berbisik,
tetapi aku dengar.

"Hah?" Aku cover.

"Tak ada apalah. Kerjalah elok-elok. Emir tu okey kat sana, tak perlu risau."

Aku hanya mengangguk. Aku tidak risau, aku rindu sahaja. Emir pandailah bawa diri, dia sudah besar. Dia mengada-ada bila aku ada bersama dia.. kalau tidak ada. Emir okey!

Tit... tit... ada mesej masuk.

"Sayang, saya dah sampai Hotel, so far so good! Anyway, nanti saya e-mel awak gambar yang awak minta. Emmm... miss you a lot! Lagi 30 days to go! -EHZ-

Aku tersenyum.

Rehatlah dulu, baru ambil gambar. Saya dah on the way nak balik rumah. Miss you too -Mel-

Arrggghhh... Mel! Kau dah angau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience