-END-

Drama Completed 10175

Puas aku menelefon Emir semalam, dia berdegil tidak mahu angkat. Aku memujuk abah, juga pujukan aku tidak dilayan. Akhirnya aku mogok! Tidak mahu tukar baju, tidak mahu berganjak dari mana-mana. Kalau tidak aku terjun bawah!

Kak Atin memberitahu rombongan meminang sudah masuk ke dalam rumah. Hantaran pertunangan pihak lelaki sudah beratur tersusun cantik.

Aku mengintai dari bilik aku. Aku nampak kasut kaca yang Emir berikan kepada aku dulu sewaktu majlis makan malam hotel menjadi salah satu hantaran untuk meminang. Aku ingat, kasut itu diambil oleh Irfan sewaktu aku lari daripadanya. Aku tergamam! Sahlah rombongan ini datang untuk aku daripada Irfan. Tak mahu! Tak mahu! Aku menghentak kakiku.

"Pakailah baju ni cepat! Perangai macam budak- budak!" marah Kak Amira.

Kak Amira sejak mengandung sebulan ini, asyik
marah-marah. Pembawakan budak agaknya. Selalu dia yang banyak menyokongku, sekarang semua tidak menyokong aku, semua sayangkan Emir! Menyampah!!!

"Tak mahu!" Aku menggelengkan kepala. Degil!

"Ibu! Tengok Mel ni." Kak Amira mengacum.

"Biarkan sajalah Amira. Degil!"

"Mel tak mahu Irfan. Mel nak Emir!" Aku masih
berdegil. Aku memeluk tubuhku.

Ibu terus turun ke bawah memanggil abah naik ke tingkat atas, ke bilikku. Itulah ikhtiar terakhir ibu kerana gagal memujuk aku. Aku tidak tahu apa akan jadi. Tetapi aku pasti, aku mesti kena maki dengan abah. Tidak lama kemudian abah naik ke atas bersama ibu. Ibu menunjukkan tanda bagus kepada aku, aku tahulah mesti kena tiaw punya dengan abah.

"Mel! Janganlah buat malu abah, nak..." rayu abah.

"Rombongan Datuk Zakuan dah penuh dekat bawah tu, Mel . Irfan pun ada."

Aik, abah pun berlembut dengan aku? Semalam berkeras sangat!

"Hesy... tak mahu. Mel nak Emir." Aku masih berdegil.

"Semalam kamu kata nak Irfan!" marah abah.

"Abah ni! Takkan abah tak tahu dalam hati Mel ni siapa? Takkan Irfan pulak!"

"Jangan nak mengada, Melisa Karissa. Sebab kamu tak mahu semalam, abah dah call Datuk Zakuan, suruh tukar rancangan," tegas abah.

Aku tergamam. Cepat betul abah buat keputusan. Hesy... abah ni!

"Semalam Mel tengah marah. Apa pun boleh jadi kalau tengah marah. Macamlah you all tak pernah marah! "Abah mengeluh.

"Abah panggil Irfan naik. Pandailah dia nak pujuk kamu. Sudah, semua keluar!" arah abah.

"Hah??? Ehhh... tak mahulah!" Aku menarik tangan Kak Amira.

Kak Amira memukul lengan aku, akhirnya aku lepaskan juga. Hampeh semua orang! Cepat-cepat aku mengambil tudungku. Semuanya sengaja, kan... sengaja! Komplot!

"Assalamualaikum."

Aku tidak menjawab salamnya. Aku buat tidak tahu sahaja. Telinga aku pekakkan dengan iPod, jadi aku dengar samar-samar sahaja. Padan muka! Pujukanmu, aku tak layan!

"Abah suruh naik sini, pujuk Mel."

Aku tidak pandang dia. Aku tengok pemandangan di luar melalui tingkap. Aku membelakangkan Irfan. Sesedap rasa oren je panggil aku Mel! Hanya Emir yang boleh panggil aku Mel, orang lain tidak boleh! Berapa kali aku nak cakap?

"Orang dah datang, dia buat tak tahu pulak." Aku mencebik. Aku masih tidak layan. Hesy... siapa nak dekat kamu!

Dia mencuit bahuku. Aku menepis tangannya. Dia mencuit lagi. Aku menepis lagi. Dia menarik-narik hujung tudungku. Aku geram! Perangai macam Emir, suka tarik- tarik tudung. Dia tarik lagi! Aku geram... ada juga kena pelempang sulung ni!

"Saya tak nak, saya tak naklah!!!"

Pang!

Aku terpegun. Tindakan refleks. Tangan aku tiba- tiba ringan.

"Emir???" jeritku apabila melihat orang yang aku tampar itu ialah Emir, bukan Irfan!

"Aduhhh.... sakitnya! Nak pengsan dah... nak
pengsan!" Emir memegang pipinya.

"Hah! Sorry... sorry!" Aku mengusap-usap pipi Emir. Kenapa boleh jadi macam ni pula?

"Mel ni...! Takkan suara Emir pun tak kenal?"

"Mel pakai iPodlah." Aku menarik iPod dari telinga. Menyesal aku pakai!

"Erkkk... tadi kata Irfan, bukan Emir."

"Kalau Irfan tu Emir, apa Mel tak mahu accept
jugak ke?"

Aku mengerut dahi. Teka-teki apa pulak ni? Aku tak faham! Emir menyuruh aku duduk di atas katil, manakala dia melutut di atas lantai berdepan denganku. Aku melihat dia memegang kasut kaca itu.

"Sebenarnya, ada satu benda yang Mel tak tahu
pasal Emir. Yang...." Aku memandangnya.

Dia mengambil nafas, aku tiba-tiba jadi gementar. Apa yang aku tidak tahu pasal Emir? Hesyyy... Emir ada sakit apa-apakah? Jangan buat aku risau!

"Irfan Harith adalah nama sebenar Emir sewaktu Emir lahir di rumah anak-anak yatim tu. Mom tukar nama asal tu kepada Emir Harith sebab nanti sama pulak dengan nama Abang Irfan," sambung Emir.

Aku terpegun seraya memukul bahu Emir.

"Tipu Mel!"

Emir tergelak. "Marah ke?"

"Marahlah! Sampai hati tipu Mel orang tahulah ni? Abah, ibu semua-semua tu mengenakan Mel, la?

Emir mengangguk dan dia ketawa lagi

"Hampehhh! Tak mau kahwinlah!"

"Hah... jangan buat naya!"

"Tak mau jugak!" Aku berpeluk tubuh. Merajuk Sampai hati....

"Mel . Emir sayang Mel. Mel lah Cinderella Emir. Emir lah Prince Charming Mel. Kalau Mel merajuk muka macam Beast tau, I am the Beauty! Nak Emir memekik panggil Rapunzel untuk menghulurkan maaf instead menghulurkan rambut?" Emir tergelak.

"Apa punya metafora ni? Tak best langsung!" kataku.

Aku ketawa. Sesungguhnya itulah metafora yang paling unik pernah aku dengar, paling sedap, paling romantis!

"Kahwin dengan Emir ya?" tanya Emir.

Dia memakaikan aku dengan kasut kaca itu! Rasa macam Cinderella pula! Gilalahhh...! Aku tersenyum. Entah apa simboliknya kasut kaca ini, aku kurang pasti. Yang pasti kasut kaca ini pemberian Emir, terlepas ke Irfan, kembali semula kepada Emir! Kasut ini traumanya macam aku juga. Tetapi hati ini tidak pernah meloncat ke mana-mana. Hanya Emir sahaja!

"Best tau kahwin dengan Emir..." ujar Emir.

Buat sakit hati sahaja. Memanjang sibuk!

"Elehhh..." Aku mencebik. "Boleh kahwin, tapi ada syarat! "

"Apa dia syaratnya, sayang?" Emir bersuara Naik bulu roma aku! Cet...! romantis

"Jangan tinggalkan Mel lagi. Jangan pernah sibuk lagi. Jangan cemburu juga! Kalau Emir buat semua tu dalam tempoh seminggu kita bertunang, Mel tak mahu kahwin dengan Emir!" ujarku serius.

"Abang Emir janji tak akan tinggalkan, tak akan sibuk dan tak akan cemburu dengan Adik Mel lagi." Emir bermuka serius.

"Emir pun nak mintak Mel janji dengan Emir."

Aku memandang wajahnya.

"Cintai Emir sebagaimana Mel cintakan Emir macam sekarang. Tak ada orang lain dalam hati Mel selain Emir.... Jangan cemburu dengan Emir juga. Cemburu sikit- sikit tak apa," ujar Emir.

"Mel janji! Janji pengakap!"

Emir ketawa.

Hampehhh! Dia katanya aku? Aku tersenyum juga. Aku rasa sangat bahagia!

"Sudah, pergi pakai baju. Orang dah lama tunggu! Nanti mereka ingat apa pulak kita lama-lama dalam bilik ni. Kalau Mel nak lama dengan Emir, tak perlu tunggu seminggu.... Panggil tuk kadi, selesai dah. Nak lama pun tak apa, tak keluar dari bilik ini pun tak apa!"

"Hah... Emirrrr ni!!!" Aku mencubit lengannya. Geram betul!

Emir ketawa.

Aku tersenyum. Yeah! Aku sudah mendapat Emir aku kembali. Akhirnya, aku bertunang dengan Emir. Alhamdulillah... termakbul juga doa aku.

--------

Aku terima nikahnya Melisa Karissa binti Ayaaz dengan mas kahwin sebanyak dua puluh ribu sepuluh ringgit, tunai," lafaz Emir tenang. Dia nampak segak dan tiada gugup. Wajahnya tenang sewaktu melafazkan nikah itu.

Usai saksi mengesahkan lafaz nikah itu, aku telah menjadi milik sah Emir Harith Zakuan, suamiku. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Apa yang aku mahu, semuanya dikabulkan Allah. Abah sihat sewaktu menjadi wali aku, bagi aku itu sangat penting! Biar dia ada menyaksikan hari bersejarah, hari bahagiaku.

Aku tersenyum memandang Emir. Dia tersengih, gatal! Dia duduk menghampiri aku dan menyerahkan mas kahwin itu kepadaku. Aku menerimanya dan lantas mencium tangannya. Kami memberi pose istimewa untuk gambar.

Kemudian upacara menyarungkan cincin. Emir mengenyit-ngenyit matanya kepadaku. Mengada betul! Behavelah sikit. Aku menggelengkan kepala.

Emir menyarungkan cincin ke jari manisku.

"Cium dahi Mel ." suruh abang ngah.

"Macam mana nak cium? Dia pakai tudung ada awning ni, ngah!" bebel Emir. Semua yang ada di situ tergelak. Hampeh

Tiba-tiba aku teringat kata-katanya semasa majlis pernikahan abang ngah dengan Kak Amira dulu. Jangan nak mengada!

"Abang ada idea," katanya kepadaku.

Aku mula melarikan mukaku. Apa dia nak buat ni?
Jangan-jangan...! Jangan nak bikin malu sini!

"Abang jangan nak macam-macam. Ramai orang
ni!" Aku memberi amaran.

Kau orang ingat dia nak ikut ke? Bertuahlah kalau dia ikut! Dia tergelak. Dia mengangkat daguku. Dia sudah berdiri atas lututnya. Aku mahu mengelak. Jangan bibir! Jangan bibir!

Pup! Di bibir.

Masing-masing menjerit.

Aku tergamam. Aku malu! Benci...!

"Sekali lagi," ujar jurugambar yang mengambil gambar kami. Erkkk... kata profesional! Takkan lama tadi tak boleh nak tangkap!

Aku jadi malu... suami akukan ini?

Ibu dan mummy juga ketawa sampai merah muka mereka berdua.

"Nak sangat, kan dah kena getah!" sahut abang ngah.

Emir keseronokan. Aku menyarungkan cincin di jarinya dan mencium tangannya. Kemudian kami sakan bergambar. Semua orang yang aku sayang ada di sisi aku, memeriahkan majlis aku. Kak Irah datang dengan Abang Meon bersama Mikaeel Yusuff. Pasangan yang dalam perancangan nak berkahwin juga datang, siapa lagi kalau
bukan Kak Zara dan Encik Shadan.

Dalam ramai-ramai yang datang, aku tertanya-tanya juga dalam hati, di manakah Irfan? Takkan dia tidak mahu menjenguk majlis adiknya sendiri? Masih marahkah dia kepadaku kerana aku mempergunakan dia dulu sehingga hampir bergaduh dengan Emir? Hesy... kan dah mintak maaf! Takkanlah tak mahu datang? Masih' sakitkah lagi hatinya? Masih merajukkah dia?

Sedang kami bergambar keluarga, tiba-tiba Irfan muncul berbaju Melayu kelabu, mengikut tema. Dia tersenyum.

"Maaf, lambat..." pohonnya.

"Tak apa, asalkan abang datang." ujar Emir.

Alhamdulillah semue berakhir dengan baik dan damai.. Aku legaaa!

Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta tetapi Kalau dah cinta tidak kemana!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience