Hampir sebulan aku bekerja di hotel itu, kerja aku semakin bagus dan kawan-kawan semakin ramai. Tetapi kawan-kawan aku di kedai bunga tidak juga aku lupa. Aku dan Emir? Macam biasa sahaja. Aku masih tidak declare apa-apa dengan Emir. Emir juga masih tidak putus asa memikat aku. Aku masih tidak berputus asa membina benteng ala-ala Tembok Besar China... parit ala-ala Perang Khandak untuk menghalang hati aku pergi kepada dia. Walaupun segalanya telah aku buat, kadang-kadang tercair juga. Tetapi aku masih tidak mahu mengaku!
Aku sudah jumpa Datuk Zakuan. Itu pun sewaktu aku sedang mengubah suai lobi, Datuk Zakuan membuat lawatan. Datin Hajar pun ada sekali. Aku pernah jumpa mummy Emir sekali sewaktu perasmian butik Emir. Datin itu mana nak ingat aku pun! Irfan yang memperkenalkan aku kepada Datuk dan Datin. Datuk Zakuan ada juga memuja kerjaku, aku gembira seharian hari itu. Datuk Zakuan tu tidak habis memuji aku tentang suite presidential yang aku design tu. Memang kalau ada anugerah pekerja cemerlang akulah pekerjanya. Perasan...!
Hari ini kelihatan ramai orang di bilik mesyuarat. Kak Moon kata mesyuarat ahli lembaga pengarah. Kak Moon dan Kak Amiralah orang paling sibuk, sibuk menyiapkan presentation untuk Irfan bentangkan.
"Sayang!"
Pandangan aku menghala ke arah suara itu. Emir! Aku terkejut. Kenapa segak sangat ni? Bertali leher, berkot dan berkasut hitam? Macam Irfan pula sekali imbas. Aku tersengih.
"Encik Emir, nampak segak hari ni? Kenapa?"
"Saya ada board meeting. Cik Melisa Karissa."
"Oh! No wonder...."
Emir ketawa bersahaja. Oh, mesti pasal mesyuarat ahli lembaga pengarah hari ini yang menyebabkan Encik Emir ini kacak hari ini. Aku tidak tahu pun yang Emir salah seorang pemegang saham hotel ini. Aku menepuk dahi. Sudah tentulah! Diakan anak Datuk Zakuan!
"Handsomekan bakal suami awak, Mel." pujinya sendiri.
Aku tergelak. "Memang handsome. Tapi kalau behave, lagi handsome."
"Sayakan dah behave. Tak cukup lagi ke?"
Aku tersengih. Selalu sangat mendesak aku mencintai dia. Nanti dulu! Belum sampai masanya lagi.
"Emir, saya dah siapkan design pentas runway awak tu. Awak nak tengok?"
Emir mengangguk. "Boleh, masih ada masa lagi."
Aku mengeluarkan lakaranku. Dia tersenyum.
"Lagi banyak bunga pun tak apa, awak. Nama pun
spring! Nanti saya nak awak yang gubah, okey?" Aku mengangguk Mestilah aku yang gubah! Aku tahu cita rasa Emir. Sudahlah cerewet...! Aku tidak mahu merosakkan lakaranku.
"Saya letak bunga dekat sekitar ni. Cadangnya nak pakai bunga ros, lily dengan lavender, Saya tengok baju awak temanya warna-warna itu saja..." ujarku.
"Haah... kebanyakannya warna ungu. Warga kegemaran bakal isteri saya."
"Iya warna ungu, tapi bunga lavender bukan bunga kegemaran saya walaupun berwarna ungu!"
"Saya tahu.Mel... awak suka bunga tulip," ujar Emir. Aku tersenyum. Manalah dia tahu? Aku rasa aku tidak pernah beritahu dia.
"Now... you are doing your own research."
"Mestilah, bakal isteri saya berhati batu berkepala kayu! Tak ada perasaan," perli Emir. Aku tergelak besar. Tiba-tiba Irfan memandang aku tajam, langsung aku terdiam.
"Emir, kita nak mula ni..." kata Irfan.
"Oh... okey." Emir menyahut panggilan Irfan. Aku tidak tahu sebenarnya Emir itu takut dengan Irfan ke atau respect? Tetapi setakat ini, Emir tidak pernah tidak akur dengan Irfan. Apa sahaja Irfan menegurnya, da akan dengar dan tidak melawan. Respectkah? Atau takut pada abangnya? Aku sendiri tidak pasti.
"Mel, saya nak bagi awak sesuatu, awak tunggu saya okey?"
Aku mengangguk-angguk. Apa lagilah yang Emir nak berikan kepadaku. Aku pun tidak tahu.
Sehingga pukul enam petanglah aku menunggu mesyuarat itu habis. Nasib baik Kak Moon dan Kak Amira tidak balik lagi, bolehlah aku menunggu bersama-sama mereka. Siap berborak sampai berdekah-dekah lagi. Apabila habis sahaja mesyuarat, Emir terus keluar ke tempatku.
"Jom! Barang dalam kereta."
Aku mengikut Adam ke keretanya. Semasa aku melalui bilik mesyuarat itu, aku nampak Irfan yang sedang berbual dengan Datuk Zakuan, sempat memandang aku. Aku buat tidak tahu sahaja. Kerja sudah habiskan... waktu kerja pun dah tamat. Boleh bercinta, kan? Uikkks... apa bercinta pulak? Mel... Mel!
"Ini kad jemputan untuk ibu dan abah, yop dengan Kak Atin dan abang ngah dengan Kak Amira," ujar Emir.
Emir menyerahkan tiga kad jemputan itu kepadaku. Semua orang ada, kenapa aku punya tidak ada? Aku tidak dijemputkah?
"Saya punya?"
"Tak ada."
"Kenapa tak ada?"
"Sebab pada hari itu, awak date saya. Awak bawak pasport besar tau!" ujarnya kepadaku.
Aku tergelak mendengar kata-kata Emir. Date?
"Pakai ini." Emir memberikan sebuah bungkusan
"Baju lagi?"
Emir mengangguk.
"Seganlah saya macam ni. Saya tak mahu terimalah." Aku menolaknya, malulah aku! Setiap kali ada function sahaja, mesti dapat baju baru daripadanya. Aku tidak berikan apa-apa pun untuk Emir!
"Ambillah. Awak tu Mel, sangat istimewa dalam hidup saya. Saya ambil awak tau nanti. Awak jangan datang sendiri..." ujar Mel sambil tersenyum. Aku mengangguk angguk.
"Kalau macam ni selalu saya berharap awak bukan pereka fesyen!"
"Kenapa?"
"Saya harap awak ni kontraktor perumahan ke Jadi bila ada function apa-apa, awak bagi saya ruma."kataku
"Kalau awak nak rumah, Mel, awak kahwinlah dengan saya. Bukan setakat rumah saya belikan, saya buat istana sebesar Taj Mahal tau!"
Aku mencebik. "Elehhh...."
Tetapi sebenarnya dalam hati, kalau aku tidak kawal hati aku ini... mahu cair menitik-nitik! Aduh... aku terhutang budi lagi ni!
"Okey, terinakasih. Pukul berapa?"
"Lepas maghrib."
"Awak nak singgah, kedai bunga ke petang ni?"tanya Emir.
"Singgah lepas ni. Saya nak gubah bunga untuk function awak malam esok. Bila siap, baru boleh Kak Zara hantarkan ke hotel..." ujarku.
Banyak tak banyaklah bunga yang perlu aku gubah. Yang lain Kak Zara sudah siapkan. Cuma untuk di pentas tu aku kena buat, atas permintaan Emir.
"Saya temankan awak, okey... tapi lewat sikit. Kejap lagi saya ada jamuan ringkas dengan board tadi, lepas tu saya datang kedai. Budak-budak saya pun balik lewat, last minute preparation. Pentas tu boleh siap esok?"
"Boleh, sebelum pukul sebelas pagi. Awak nak buat rehearsal dulu, sempat kut," ujarku.
Tadi aku sudah berikan lakaran pentas itu kepada event management untuk menyelesaikannya. Tinggal aku hendak menyiapkan gubahan itu. Malam ini balik lewat sedikitlah. Aku pun sudah beritahu abah.
"Saya tak tahu boleh ke saya buat kalau awak tak ada di sisi saya, Mel..." kata Emir.
"Thanks a lot!"
"Awak ucapkan terima kasih pada saya, selepas semuanya selesai."
"Okey, saya janji. Jumpa awak di kedai sat lagi, okey. Bawak elok-elok, Mel... awak tu bawak kereta laju sangat."
"Mana ada!"
"Ingatlah sikit orang yang sayang awak ni."
"Iya... saya tahu." Aku melemparkan senyuman kepadanya.
Emie menghantar aku ke keretaku sebelum masuk kembali ke dalam hotel.
Share this novel