Abah terpaksa ditahan di hospital untuk pemantauan. Abah kena makan ubat untuk mencairkan darah bagi melancarkan perjalanan darah ke jantungnya. Aku haramkan semua orang bercerita pasal persiapan kenduri kahwin abang ngah. Kalau abah tanya, kata semua sudah beres. Aku rasa salah satu penyebab abah stres mungkin juga sebab aku yang tidak menentu dengan masalahku. Tetapi aku sudah beritahu, Irfan is no longer exist! Dia sudah dengan hidup dia dan aku meneruskan dengan kerja aku di tempat baharu.
Syarikat tempat aku bekerja ini merupakan syarikat ID yang agak popular di Ipoh. Banyak juga tender-tender kerajaan yang diperoleh. Aku gembira kalau anak Melayu boleh berjaya seperti ini. Mungkin juga kerana dia seorang yang berpengaruh, yalah, kerabat diraja. Aku pernah dengar nama CEO aku ini, selalu juga membuat conference di hotel dulu. Engku Rafiq Al-Adzim, itulah namanya. Seorang anak muda, arkitek yang berjiwa besar. Dia mempunyai banyak syarikat dan salah satunya tempat aku bekerja inilah. Jarang boleh jumpa, kecuali mesyuarat penting kerana dia menetap di Kuala Lumpur. Kalau tanya aku handsome ke tidak, aku akan kata Emir seratus kali lebih handsome. Heh... di mata aku sekarang ini hanya ada Emir sahaja. Tetapi sebenarnya bos aku sangat kacak orangnya. Ada kalanya hati ini seperti dibawa pergi.... Huh, bahaya ni!
Di syarikat ini, semua ID ada biliknya sendiri. Junior atau senior semuanya sama, yang penting idea itu sendiri. Tidak ada ciplak, tidak ada ambil idea orang lain dan mestilah original.
Aku diterima bekerja di sini kerana portfolio aku untuk refurbish hotel yang lepas. Pengurus aku, Encik Fakhrul, sangat berminat dengan kerja tanganku. Aku harap jangan berminat dengan aku sudah! Aku tidak mahu lagi terjebak dalam percintaan tiga segi yang memeningkan ini. Kalau masuk dia jadi empat segi. Kalau masuk yang lain-lain, yang menaruh perasaan terhadap aku, mahu jadi oktagon. Heh... nanti Si Emir jadi Ultraman, laser semua! Uiks... Mel...!
Semalam Emir ada cakap dengan aku, hotel akan membuka cawangan di Sabah pula, di Tawau. Aku seronok, hotel bertambah maju dengan adanya Irfan dan Emir berganding bahu. Itulah aku kata, gandingan mereka adik- beradik memang mantap.
"Karissa."
Aku yang sedang leka mereka sesuatu untuk bangunan mahkamah tinggi yang baharu itu terhenti. Aku memandang ke hadapan, kepada suara yang memanggil aku.
"Irfan?" Aku tergamam. Lama sudah aku tidak nampak Irfan! Sejak dia memutuskan untuk tidak lagi mencintai aku, cewah... aku rasa aman dan tidak diganggu. Irfan pun sibuk dengan urusan seharian dan aku jarang nampak atau bertembung dengan dia walaupun aku selalu ke rumah Emir.
"Eh, nampaknya you all berdua memang mengenali antara satu sama lain ya?" tanya Encik Fakhrul.
"Dia bakal adik ipar saya..." kata Irfan sambil tersenyum. "Kan Karissa?"
"Ya." Aku mengaku. Aku tersenyum. Aku agak terkejut dia berkata begitu. Betullah, dia sudah mula menyedari aku ini siapa padanya. Good!
"Oh, no wonder!" Encik Fakhrul tergelak.
"Kenapa Encik Fakhrul?" tanyaku. Yalah, tiba-tiba datang ke bilik aku ni, takkan hendak perkenalkan Irfan pula, mesti ada sesuatu. Kerjakah?
"Begini, Encik Irfan mahukan khidmat kita untuk design hotel barunya di Sabah. He is asking you to design it. I dah tengok reka bentuk dalaman yang you buat untuk Vietnam dan Jakarta. In fact, the hotel in Ipoh was also not bad. So, Karissa, you ambil akaun ini..." ujar Encik Fakhrul.
Aku tersengih.
"Okey..." balasku. Orang percaya kebolehan aku, apa salahnya. Lagipun aku dibayar gaji, bukan kerja percuma.
Encik Fakhrul meninggalkan aku dengan Irfan berdua. Tanpa Emir di sisi, aku agak gugup bersama dengannya. Tetapi aku hapuskan perasaan itu cepat-cepat dan cuba berlagak selamba. Haiii... Emir sendiri cakap aku pakar buat bodoh! Heh, buat tak reti sudahlah... bak kata abang ngah!
"Sa, ini gambar hotel yang abang beli tu. Abang ingat nak refurbish semuanya macam dulu jugak sebab kalau Sa tengok, semua barang-barang ni dah lama, design dia pun dah lapuk..." ujar Irfan.
Irfan membahasakan dirinya abang. Aku? Perlukah aku memanggilnya abang juga? Emir pun panggil dia abang... takkan aku pula nak panggil nama sahaja? Hesy... runsing! Aku takut kalau aku panggil abang, dia syok sendiri dan menganggap macam-macam pula. Tetapi kalau aku panggil dia nama, tidakkah kurang ajar namanya?
Aku mengambil gambar-gambar itu dan menelitia satu per satu. Memang designnya agak lama dan perabotnya nampak kusam. Aku kalau bagi percuma pun tidak mahu duduklah!
"Haah... so, konsep?" Aku memandang dia. Dulu
aku memandang dia sebagai ketua, sekarang dia adalah pelanggan aku. Wah!
"Moden kontemporari. Ini tepi pantai tau! Buatlah ala-ala batik ke, boleh kita perkenalkan batik kita dekat sana," kata Irfan lagi.
Aku mengangguk. Aku sudah ada idea. Aku terus menceritakan kepada Irfan ideaku itu. Aku mahu hotel itu berwarna biru, damai... sedamai laut yang luas. Aku mahu pakai rotan untuk semua perabot, so nampak kekampungan sedikit. Aku tidak lupa masukkan unsur-unsur batik seperti kehendak dia.
Irfan tersenyum. Ternyata dia berpuas hati dengan lakaran conteng dan gambaran yang aku berikan. Aku kalau bab berimaginasi, memang tip top! Memang A tamba-tambah.
"Daddy mesti suka. Anyway, selamat bekerjasama. Back to the old days."
"Iya." Aku tersenyum.
"Seronok, kan?"
"Hmmm...." Aku mengangguk. Bekerjasama dengan Irfan memang seronok. Aku tidak nafikan! Dia memang senang memberi dan menerima pendapat. Dia percaya kepada pekerjanya dan dia tidak kisah apa konsep, tetapi mestilah bersesuaian. Dalam erti kata lain, tidak cerewet walaupun agak tegas.
"Ops lupa, mungkin kenduri abang Sa Ahad ni, abang tak dapat hadir. Abang minta maaf. Abang akan ke Sabah untuk uruskan pembelian hotel tu. Sepatutnya Emir kena pergi, tapi Sa lebih perlukan bantuan dia, kan?"
"Okey, tak apa. Urusan perniagaan lebih penting. Terima kasih," ucapku.
"Abah Sa dah okey?" tanya Irfan. .
"Dah, petang ni boleh keluar dah..." jawabku
"Kirim salam dekat dia ya? Abang tak sempat nak
melawat juga. Sibuk sangat dengan kerja," ujarnya.
Memang, Emir kata Irfan terbang sana sini. Tidak pernah melekat di pejabat mahupun di rumahnya sendiri. Apatah lagi nak balik ke rumah daddy. Sejak dia keluar dari rumah Datuk Zakuan, Irfan duduk di rumahnya sendiri. Kadang-kadang tidak sempat duduk di rumah pun, duduk di hotel sahaja.
"Jangan kerja kuat sangat, bang... kesihatan kena jaga jugak," ujar aku, prihatin. Aku bertambah kasihan melihat dia sekarang. Kurus sahaja walaupun terurus. Adakah kerana aku memilih Emir, dia sibukkan dirinya dengan kerja dan tidak mahu lagi memikirkan soal cinta? Oh, jika benar. perasaan ini kembali membuat aku rasa serba salah.
Irfan tersenyum mendengar kata-kataku. "Tak ada siapa nak tolong jaga, Sa. Abang dah biasa sendiri..."jawab Irfan, lemah sahaja.
Huh... ayat-ayat macam ini perlu elak. Ini ayat-ayat yang menuju ke bahagian sensitif. Aku hanya tersenyum. Senyum dan senyum. Senyum dan mengangguk-angguk macam burung belatuk. Aku tidak mahu buka mulut, nanti silap kata, nahas! Aku buat-buat melihat jam di dinding.
"Okeylah Sa, apa-apa inform abang."
Aku mengangguk.
Sebelum beredar, dia menoleh kepadaku. "Sya
dengan Emir okey, kan?"
"Okay, so far so good."
"Good then, see you again," ujar Irfan sambil
tersenyum.
Aku melihat dia berlalu pergi. Masih segak, masih seperti itu! Aku ingatkan dia tidak akan tanya pasal aku dan Emir, tanya juga! Sesungguhnya dia sangat mengambil berat tentang diri aku, tetapi dia boleh dapat lebih baik daripada aku untuk dirinya, sebab dia memang sangat baik.
Betul kata Emir, dia nampak keras, mendesak, tetapi hatinya sangat baik. Aku nampak dan sokong hal itu. Dalam hati aku berdoa agar ada cinta daripada seorang perempuan yang baik untuk Irfan! Amin....
Share this novel