Bab 13

Drama Completed 10175

Hari bertemu hari, minggu bertemu minggu, bulan bertemu bulan, hampir siap projek refurbishment hotel yang aku jalankan. Hotel bertukar menjadi hotel yang baharu. Ramai pelanggan yang datang menginap lebih daripada biasa. Kak Amira kata mungkin staf akan dapat bonus berganda tahun ini. Aku seronok! Aku pun ada dengar pihak pengurusan nak membuka satu hotel baharu di Vietnam setelah pembukaan hotel di Jakarta menguntungkan.

Aku diarahkan mereka dalaman untuk hotel yang baharu di Vietnam. Aku terpaksa membuat kajian terlebih dahulu dari Internet, kedai-kedai buku dan sebagainya. Kalaulah aku boleh ke Vietnam untuk melihat sendiri keadaan itu, mungkin kerja aku akan menjadi lebih senang.

"You have to go tomorrow!" jerit Datuk Zakuan Kuatnya sampai aku boleh mendengar.

"Abang Irfankan ada." Emir juga lantang suaranya.

"Emir, abang kamu jaga di sini. Sementara itu,kamu jaga di sana dulu. Satu bulan saja, bukan daddy minta lebih."

"I have work here. My production is just started!"

"I don't care! Kalau Emir rasa Emir sebahagian daripada family ini, Emir pergi. Kalau tak, Adam letak jawatan saja."

Gedebang! Emir keluar menghempas pintu bilik GM.

Aku terkejut. Sudahlah tempat aku betul-betul di hadapan bilik itu! Emir mahu ke mana, ya? Aku menunduk. Aku takut melihat wajah Emir serupa singa lapar yang kemarahan.

"Mel, jom makan. Marah-marah ni rasa lapar." Aku memandang Emir. Dalam keadaan marah pun dia masih buat lawak dengan aku. Aku pelik! Aku yang pakai tangkalkah, dia yang pakai tangkal???

"Okey." Aku hanya menurut. Aku takut nak cakap lebih-lebih. Nanti dia jerkah aku, tidak pasal-pasal aku menangis di situ. Aku bukan boleh orang marah-marah, mulalah nak mengalir air mata. Nampak sahaja jiwa kental, tetapi sebenarnya hati dipenuhi kebun bunga.

Di dalam kereta, Emir hanya diam sahaja.

Aku biarkan dia dengan marahnya. Sekejap lagi dia okey kut!

Sampai di kedai makan, Emir beriringan dengan aku ke meja makan. Aku sudah order, dia cuma mahu minum sahaja. "Kata tadi lapar?"

"Sat lagi saya pesan. Sekarang nak cool dulu...." Aku mengangguk.

"Daddy suruh saya ke Vietnam, tengok progress hotel tu dekat sana."

"Hmmm..." Aku mendengar keluhannya. Aku tidak mahu menokok tambah, nanti jadi lain pula. Baik aku dengar dulu apa yang dia hendak kata. Kang serkap jarang kang payah!

"Satu bulan, Mel!"

Patutlah Mel tidak mahu... sebulan! Habis kenapa dengan sebulan? Irfan pun pergi ke Jakarta sebulan, apa ada hal!

"Dulu Irfan sendiri ke Jakarta satu bulan," ulasku.

"Itu Irfan. Saya tak mahulah...."

"Awak tak mahu pergi pasal kerja awak ke... ada sebab lain?" tanyaku

"Satu pasal kerja, satu lagi pasal awak. Saya tak boleh tak jumpa awak sehari pun, lagilah sebulan ni! Kita bertunang, nak tak Mel?"

"Hah??? Bertunang bukan boleh menyelesaikan apa-apa..." balasku

"At least, semua orang tahu awak tu dah bertunang."

"Irfan pun bertunang jugak, tapi sampai sekarang tak ada haluan pun? "

Emir terdiam.

"Emir, dengar ni.... Kalau kita ada jodoh, kita akan kahwin... tapi bukan tergesa-gesa macam ni. Selama ini saya dengan awak, dan selamanya akan begitu juga. Kalau awak yakin dengan saya, saya yakin dengan awak, we will be okay." Emir terdiam lagi.

"Jangan jadikan alasan awak kena ke Vietnam, kita akan berpisah. We will go with the flow, as long as we have faith in each other. Just go, I will be waiting for you."

"Betul ni?"

"Ya, sayang."

Emir tersenyum. "Awak ni penyedap hati sayalah. Belum apa-apa saya dah rindu awak, Mel!" Haihhh... itu saja? Mood dah jadi baik. Emir...Emirr....

Aku tergelak. "Makan, nanti perut masuk angin. Besok dah nak pergi, sakit pulak nanti. Siapa nak jaga awak?"

"Waiter..." jerit Emir.

Arghhh... Emir, persis budak kecil yang kena pujuk pakai gula-gula baru nak makan nasi. Macam-macam hal!

Selagi tidak dapat apa yang dia mahu, selagi itu dia mendesak sampai dia dapat.

"Awak nak tahu Emir, selama ni apa yang saya nak semua saya tak dapat. Apa-apa pun Irfan dulu. Irfan itu. Irfan ini. Saya perlu usaha lebih kalau saya mahu apa-apa. Dengan awak Emir, apa saya nak, semua awak penuhi. Itu pasal saya sayang awak sangat-sangat, Mel!"

"Ooo... baru saya tahu tempat saya di hati awak Pencacai rupanya!"

"Tak adalah. Awak yang paling tinggi saya angkat darjat di hati saya."

Aku tersenyum. Kata-kata Emir benar-benar menyejukkan hatiku.

"Besok saya kena pergi, awak temankan saya hari ni sampai malam ya? Nanti saya minta izin dekat abah. Abah mesti faham, bakal menantu dia nak pergi jauh!" ujar Emir.

"Perasan...!" Aku menggelengkan kepala.

"Kita tengok nanti...."

"Saya banyak kerja ni, saya kena siapkan dekor untuk hotel di Vietnam tu."

"Tak apa, saya temankan."

"Awak pergi sana esok, awak e-mel saya gambar
hotel tu, okey?"

"Ya, sayang."

Aku tersenyum. Sepatutnya aku juga kena pergi ke sana, tetapi kenapa aku tidak boleh pergi ek? Pelik betullah pengurusan hotel ni! Kan lebih senang kalau aku ke sana juga. Aku tertanya-tanya sendiri dalam hati. Malas hendak cakap pada Emir, nanti Emir mendesak lain pula.

Emir menghantar aku balik ke hotel setelah makan tengah hari. Dia tidak mahu balik ke hotel dan terus ke butiknya untuk meninggalkan beberapa perkara kepada pengurus butiknya. Mungkin banyak yang perlu ditinggalkan Emir. Yalah, sebulan punya kerja! Lagipun dia nak start clothing line dia sendiri. Kesian Emir!

"Terima kasih kerana pujuk Emir," ujar Irfan kepadaku selepas aku makan tengah hari dengan Emir. Mana dia tahu, aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, Emir sudah beritahu Datuk Zakuan yang dia akan pergi ke Vietnam.

"Tak ada hal, Encik Irfan. Perkara kecil saja tu."

"Kalau tunang saya macam awakkan best...!"

"Apa dia, Encik Irfan?" Aku sengaja bertanya soalan seakan aku tidak mendengar apa yang dia cakapkan tadi. Errr... boleh tak jangan bandingkan aku dengan tunang kau Encik Irfan? Masing-masing ada kelebihan masing-masing.

Aku paling bengang kalau orang lelaki suka banding macam ni. Isy lelaki sepatutnya menyanjungi wanita, bukannya burukkan lagi walaupun memang sudah buruk pun! Apalah...! Kalau tidak suka, kenapa bertunang dahulu? Terpaksa? Kau lelaki, kan... kau ada hak untuk menolak.

"Tak ada apalah, rekaan tu dah siap?" tanya Irfan.

"Belum. Saya tengah cuba."

"Oh, okey...."

"Errr... Encik Irfan?"

"Ya, Karissa." Irfan memandang aku.

"Kenapa saya tak pergi ke Vietnam sekali ikut Emir? At least I can get the clear picture."

Irfan tersentak dengan pertanyaanku itu.

"Supaya awak boleh bersama dengan Emir?" ujar Irfan perlahan.

"Hah?"

"Tak... saya percaya dengan kebolehan awak bekerja dari sini. Tak perlu ke sana." ujar Irfan sebelum berlalu.

Aku dengar apa dia cakap tadi, tetapi aku buat-buat tidak dengar sahaja. Bukan itu jawapan kepada persoalan aku. Bukan aku hendak pergi honeymoon dengan Emir! Hesy... payah betul!

"Betul Emir nak pergi Vietnam?" tanya Kak Amira.

"Satu bulan saja, Kak Amira." jawabku.

"Rindulah orang tu...."

Aku tergelak. Usikan itu aku dah biasa dah..... "Abang ngah kata Kak Amira nak ajak Mel pergi tengok hantaran besok?"

"Tak apalah kalau Mel tak free"

"Okey saja." Sudah tidak ada orang nak ganggu kehidupan aku lagi dalam masa sebulan ini! So, enjoy it to the fullest!

Kak Amira tersenyum. Belum sempat aku nak meraikan hari bujang aku yang bermula esok, aku sudah ada acara. Wah... kalau macam ini, penuhlah masa aku sebulan semasa pemergian Emir nanti!

Malam itu aku balik agak lewat daripada biasa. Aka mahu siapkan drawings itu malam ini juga. Aku mahu letakkan di atas meja Irfan. Arghhh... Vietnam ini yang but aku pening. Temanya seakan-akan Chinese style, aku tak macam over sehingga macam hotel dekat China pula Aku perlu berhati-hati. Aku kena tunggu gambar-gambar daripada Emir pula. Takpelah, besok-besok baru aku add.

"Sayang......"

"Hmmm... spageti!" Aku melihat bungkusan plast dari Secret Recipe di tangannya. Aku sudah tersengih. "So sweet of you!"

Emir tergelak. "Macam tahu-tahu saja."

"Boleh bau...." Aku tersenyum. Tahu sahaja aku tengah lapar Pucuk dicita, ulam mendatang!

"Banyak lagi, Mel?"

"Tak ada dah, dah siap. Cuba tengok. Anything to add mister manager?"

Aku menyerahkan lakaran itu kepadanya. Emir meneliti bersungguh-sungguh Kalau ikutkan, aku dan Emir punya minat melukis yang sama, cuma aku banyak pakai software, dia kena pakai tangan. Aku dengan dia ada persamaan. No wonder, kami boleh ngam. Heh!

"Cantik, tapi nampak macam too red!" Emir
membuka bungkusan itu perlahan-lahan.

"Itulah, saya nak kurangkan. Macam hotel dekat China pulak," Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Habis fikir dah aku ni....

"Less is more, dear. Nah makan sikit." Emir menyuapkan sesudu spageti ke dalam mulutku.

"Ehemmm.... A romantic dinner!"Irfan menyampuk.

Aku tersedak. Kok ye pun... bagilah salam! Emir memberikan aku air, mengusap-usap belakangku.

"Sorry guys, I don't mean to interrupt."

Emir hanya diam. Dia sebenarnya masih sakit hati lagi sebab kena pergi ke Vietnam itu. Irfan yang menyarankan agar dia pergi. Walhal, Emir bukan terlibat secara langsung di dalam hotel itu. Aku agak, sebab itu aku tidak dapat pergi. Tetapi apa hal aku tidak boleh pergi pula? Hmmm....

"Saya dah siapkan. Encik Irfan."

Irfan mengambil lakaranku. Dia hanya mengangguk-angguk.

"Abang harap Emir pergi nanti, Karissa takkan hilang sumber inspirasi. It's okay Karissa. Good job. Saya bawa balik tunjuk dekat GM."

Aku mengangguk sahaja. Emir menyuapkan spageti itu lagi ke dalam mulutku. Paksa makan sampai jatuh-jatuh. Aku memukul Emir.

Emir mengelak sambil ketawa.

Irfan hanya memandang dengan rasa iri hati.

"Emir ni!"

"Mel, la... makan tak betul!"

"Apa saya pulak...."

"Balik dulu..." usul Irfan.

"Bye! Nanti Adam menyusul" Emir melambai abangnya.Dia merengus.

Aku dengar dia kata Irfan menyibuk. Aku tersengih

"Saya betul-betul tak puas hati dengan Abang Irfan.Sepatutnya dialah yang pergi, dia yang bertanggungjawab untuk semua hotel! Ini semua pasal dia tak suka kita rapat dengki!Ada tunang, orang lain punya jugak dia nak," marah Emir.

Aku menggelengkan kepala. Aku sebenarnya tidak berapa nak kisah sangat dengan apa yang dia cakap. Aku tidak rasa Irfan nak dekat aku. Dia sudah ada tunang mungkin dia cemburu aku tidak seperti tunangnya. Mungkin juga, kan? Bukan dia nak dekat aku... kenapa Emie berfikir begitu pula?

"Sebenarnya, dia bertunang tu atas dasar cinta ke apa?" tanyaku

"Frrah tu anak kawan daddy.Daddy yang suruh."

"Kalau dia tak suka, kenapa dia tak tolak? "

"Mel.. daddy tu dia nak kata dia, kata dia jugak!"

"Now I know where do you get that from!"

"Get what? "

Kedegilan dan kekerasan...."

"Amboii...!"

Aku ketawa.

Emir kalau marah, merah

"Dah, jom balik. Besok, awak nak saya hantar ke?"
tanyaku.

"Mestilah."

Aku dah agak dah. Kalau pelawa, mesti nak. Kalau tidak pelawa pun... mesti wajib hantar juga. Anak manja!

"Daddy dan mom???"

"Dah ke Penang petang tadi. Dah biasa dah. Kalau Emir yang pergi, sekor pun tak ada nak menghantar. Kalau Irfan yang pergi, satu rombongan bas persiaran."

Aku ketawa. "Dah besar pun nak merajuk!"

"Cepatlah pujuk."

Aku ketawa lagi. "Okey, besok saya hantar. Naik
Kancil, jangan menyesal pulak!"

"Naik beca dengan awak pun saya sanggup!"

Arghhh... aku akan rindu Emir! Macam mana ni...!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience