Bab 22

Drama Completed 10175

Cerita filem Pride & Perjudice, adaptasi daripada penulis novel terkenal Jane Austen yang sedang aku tonton ini, membuatkan aku terfikir-fikir siapa Mr. Darcy dalam Malaysia ini. Jeng... jeng... jeng... siapa lagi kalau tidak Encik Irfan yang menyesakkan kepala aku yang sudah memang selalunya sesak. Tetapi dalam cerita ini, aku bukanlah Elizabeth Bennetenya dan aku tidak mahu menjadi Elizabeth walaupun degil aku lebih kurang sama sahaja dengannya. Arggghhh... Mr. Darcylah, mamat jiwa kacaulah, Robert Pattinsonlah, apa lagi yang aku tidak gelarkan dia?

Aku tengah syok-syok melayan filem itu, tiba-tiba fikiranku melayang ke Irfan, dah kenapa? Memang betullah dia yang kusutkan fikiran aku. Semak betul! Aku menutup TV lantas turun ke dapur. Laparlah pulak! Aku memegang perutku. Sudah tengah malam, ada lagikah makanan? Aku menghendap-hendap atas meja makan, macam pencuri dalam rumah sendiri.

"Ehemmm...."

Aku terkejut. Hantukah? Aku mahu lari dari situ,
namun tiba-tiba kedengaran suara berdeham. Sudah!

"Melisa Karissa! " panggil abah.

Aku mengucap panjang sambil Mengurut-urut dada .Gila! Abah ke...? Bukan nak bagi salam.Aku duduk di sebelah abah di meja kecil di dapur. Abah sedang makan aiskrim. Makan aiskrim tengah-tengah malam, biar betul?

"Abah, tak tidur lagi?" tanyaku

"Tak. Tiba-tiba abah terasa nak makan aiskrim. Malam ni rasa panas betul!"

Aku mengerut dahi, panas? Panas apanya "Mana ada panas! Mel laparlah abah, nak Maggi? "

Abah tersengih. "Boleh jugak! Letak telur ya"

"Okie dokie!"

Aku terus meletakkan air di dalam periuk dan a biarkan mendidih di atas dapur. Sedapnya Maggi karri dua minit apabila diletakkan sos cili dan sedikit kicap! Terliur aku beb !

"Jadi ke Mel nak ke Jakarta?"

Aku mengangguk Aku sudah siapkan barang-barang yang nak dibawa ke sana. Walaupun aku tidak pernah pergi ke sana, sepatutnya aku teruja nak pergi tengok tempat orang! Tetapi kali ini aku tidak rasa pun. Sakit hati tak habis adalah!

"Dengan Encik Irfan?

Aku mengangguk lagi, menyatakan ya pada soalan abah. Aduhai abah kenapa disebut-sebut nama mamat jiwa kacau tu?

"Emir balik besok?" tanya abah.

Aik.. berbalil kepada Emir pulak? Tak nak tanya ke Datuk Zakuan.. Datin Hajar?

"Yup. Kenapa abah tanya macam polis ni?" tanyaku pelik. Tiba -tiba pula abah bertanya, selalunya abah tidak banyak soal. Apa-apa pun keputusan, abah serahkan pada ibu, kecuali hal-hal yang penting. Abah, dia mana ada masa untuk semua itu! Dia tahu cukup makan pakai, sudah.

Aku memasukkan perencah kari Maggi ke dalam air yang sudah pun mendidih. Kemudian memasukkan minya. Aku mengacau di dalam periuk sebelum meletakkan sos cili, Slurrpppp..sedap betul! Baunya mencucuk hidung.

"Saja abah tanya. Pergi nanti elok-elok."

"Lagi seminggu, abah, Lambat lagi. Entah jadi ke,tak!"

"Macam tu pulak...."

Aku menjongket bahu. Kalau Emir berjaya memujuk daddynya, mungkin Emir pergi dengan aku. Kalau tidak berjaya, aku pergi dengan Irfan. Apa yang tidak jadinya? Aku hanya herdoa, kalaulah ianya tidak jadi kalau aku kena pergi dengan Irfan... mahu aku meloncat sehingga ke tingkat dua puluh hotel itu! Irfan lagi dalam otak aku ini, tidak ada orng lainkah?

"Yop dah kahwin, anak dia dah on the way, abang ngah lagi sebulan nak menikah... hmmm..." kata abah tiba-tiba.

Aku tidak pasti apa yang abah tengah fikir, yang

pasti janganlah suruh aku pula yang menikah.

Aku meletakkan semangkuk mi Maggi di depan abah. Berasap asap sampaikan cermin mata abah pun jadi kelabu, Aku nak tergelak pun ada!

"Bagus kahwin cepat-cepat, Mel."

Aku tergamam. "Memanglah bagus, depa tu dah tua bangka .Memang patut kahwin!"

Apalah yang aku cakap ni? Kang terkena batang hidung aku pulak! Mel, boleh tak kau fikir dulu sebelum cakap apa-apa. Mel?

"Mel dengan Emir tu serius?" tanya abah sambil menghirup kuah mi Maggi itu.

Aku yang sedang enak menjamu selera, terkejut dengan pertanyaan abah. Selalu aku cakap-cakap dengan ibu sahaja, tentang perasaan, tentang jiwa, tentang segala galanya. Tidak pernah aku cakap dengan abah tentang apa- apa yang ada dalam isi hati aku! Gila... dengan abah? Nehi..... Erkk .....ibu ada cakap apa-apa dengan abah ke?

"lsy abah ni..." Aku jadi segan. Aku malu ah nak
cakap, bukannya aku ada apa-apa dengan Emir. Kalau jadi barulah cakap. Ini tidak ada komitmen apa-apa pun! Malu ah!

"Encik Irfan hari tu datang sini, kenapa Mel?"

"Hal kerja."

Gulppp aku tipu abah! Hemmm... mesti ibu ada cakap apa-apa ni. Kalau tidak masakan abah tahu Irfan mai rumah?

"Dia pun ada apa-apa dengan Mel ke?"

Gulp ...aku menelan air liur lagi. Sah... Ibu bagi tahu abahkah? Ibu sudah berjanji akan simpan rahsia, macam mana ni?

"Dia bos Mel lah, abah..." ujarku

Cepatlah habis Maggi ni! Tidak sanggup rasanya rahsia hati diketahui abah. Aku malu dengan abah, sebab aku tidak biasa berbual tentang hal hati dengannya. Lagipun kalau abah tahu aku bercinta, mahu mengamuk dia! Mungkin aku sudah besar, sudah mandiri, sebab itu agaknya dia tidak marah Emir datang ke rumah. Agaknyalah!

" Kalau boleh, cepat-cepatlah Mel.... Kalau boleh selesaikan tahun ni. Hujung tahun ke?

Aku memandang abah. Abah merenung aku, sayu. Abah nie kenapa? Kenapa nak cepat-cepat pula? Ini kerja gilalah! Abah macam ini, ibu macam ini. Emir dan Irfan macam-macam, aku yang pening! Lama-lama naik darah aku macam ni.

"Mel belum lama lagi jadi anak kecil abah." Aku tersengih.

"Lama dah, lama s...ampai abah sendiri dah jemu."

"Sampainya hati!" Aku mencebik.

Abah tersengih. Tapi serius, aku kecil hati! Bagi aku selamanya aku anak kecil abah. Heh... belum habis bermanja dengan abah aku yang garang tak ingat ni!

"Abah yang tak lama ni, Mel! Hujung tahun okey?"
Abah mahu mengangkat mangkuknya, aku merahan. Licin

ah makan, sehingga menjilat jari. "Apa maksud abah makan , sehingga menjilat jari. "Apa maksud abah, apa yang tak lama? "

"Tak lama lagi nak timang cucu!" Abah gelak.

Gelak abah itu aku rasa lain macam, Apa yang tidak lama. Aku tidak faham, tetapi aku rasa bukan tidak lama nakntimang cucu, tidak lama maksud lain ni! Tidak lama... nak meninggal??? Aku tidak sanggup hendak makan perkataan itu. Betulkah maksudnya itu? Abah skitkah?

Dalam aku sedang berteka-teki di dalam kepala,abah telah menghilang. Akhirnya mi Magi aku tidak habis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience