Bab 23

Drama Completed 10175

Pagi itu, aku sudah berada di meja makan seawal pagi.Semalam aku tidak boleh tidur .Aku asyik teringat kata-kata abah. Aku tidak berani nak tanya ibu sebab ibu sendiri ada sakit jantung. Aku nak tanya abah lagi, aku pun tidak berani juga sebab abah juga ada sakit jantung. Semuanya berpenyakit! Yop pun sudah terikut abah, darahnya selalu tinggi. Aku dan abang ngah sahaja setakat ini masih bertahan. Mungkin imunisasi badan kami kuat. Kononlah, aku bukannya doktor pun! Mungkin sebab aku ini banyak sangat andaiannya, itu pasal Tuhan tidak bagi aku jadi doktor.

Aku memandang wajah abah lama. Orang kata kalau hidung jatuh, telinga melekap ke belakang, orang itu sudah tidak lama. Aku tengok abah okey sahaja.

"Adik! Kau tak pernah tengok abah ke?."

Pertanyaan abang ngah menyedarkan aku. Kalau hendak tegur tu biarlah berlapik, kan aku sudah malu sendiri.

"Sibuklah!" marahku.

"Ohhh sombong! Mentang-mentang Emir nak balik hari ni, patutlah lawa semacam. Tudung tu tak pernah nampak pun tudung baru ke?"

Hampeh! Dasar tukang sibuk hal orang. Sudah
nak kahwin pun perangai tidak matang matang lagi.Ketok dengan sudu ini baru tahu!

"Ambil Emir hari ni?" tanya ibu.

"Of courselah ibu. Kalau tak, tak adalah Mel cantik hari m. Macam Norjuma masa muda-muda dulu." sampuk abang ngah

Ada juga yang kena jolok mulutnya dengan sudu ni!Aku baru hendak mengangguk bagi menjawab pertanyaan ibu. Yang peliknya, abah tidak marah pun! Selalu abah marah kalau bising-bising dekat meja makan. Kali ini senyap sahaja, apa kena dengan abah ni? Aku semakin pelik.

"Memang Mel selalu cantik. Apa masalahnya? Pendengki haramlah abang ngah nil" marahku. Memang ini tudung baharu, nak cantik sekali-sekala pun tidak boleh! Ada sahaja yang dengki. Aku merengus. Siaplah abang ngah!

"Haraz" marah ibu

"Usik pagi-pagi je, ibu"

"Abang nak nasi goreng lagi."tanya ibu kepada abah.

Melihat pinggannya licin, abah mengangguk-angguk tanda nak menambah nasi goreng lagi. Aku melihat abah, reaksinya berbeza. Aku jadi takutlah pulak! Abah memandangku, tersenyum. Ada tanda gusar di hatiku. Aku bangun dan peluk abah.

"Mel sayang abah!" Aku cium pipi abah. Sebelum ini aku tidak pernah buat begitu, kali ini dan mulai hari ini aku akan berbuat begitu. Tak apalah kalau abah tak mahu cakap apa-apa dekat Mel , Mel selalu sayang abah. Abah membalas pelukanku. Ibu dan abang ngah memandang aku kehairanan. Kemudian cepat-cepat aku berlalu.

Sebelum ke hotel, aku ke kedai bunga Encik Shadan terlebih dahulu. Aku hendak ambil bunga, saja hendak berwangi-wangian di pejabat. Hari ceria, mood baik, Emir nak balik! Wahhh... tidak sabar! Tadi aku dapat mesej Emir, dia sudah berada di airport di Vietnam. Bibir aku ini tidak berhenti mengukir senyuman.

"Nak bunga apa hari ni?"

"Lily!"

Encik Shadan menggeleng kepala. Dia sudah tahu aku nak kidnap bunga lily dia yang tengah banyak stok itu. "Thank you boss!"

Encik Shadan memulangkan kembali duit aku. Duit aku tidak laku rupa-rupanya. Aku hanya senyum. Ex-boss yang baik hati

Aku sudah lewat. Aku bergegas, memaksa Kancilku lajul Laju mana pun dalam Ipoh ni, pekan lama, orang yang bawa kereta pun orang lama, kereta pun lama-lama, aku ni sabar ajelah! Paling aku pantang bawa kereta dalam Ipoh ini bila aku sampai dekat bulatan. Tension mak cik pagi-pagi...!

Sampai sahaja di hotel, aku terus parkir kereta aku di tempat biasa Dekat dengan pintu masuk, senang aku hendak meloncat masuk ke dalam hotel, senang aku hendak cabut balik. Baru aku hendak masuk ke dalam, pandangan aku terhenti. Aku berpusing kembali ke tempat parkir itu.

Sapa yang letak motosikal dekat parkir kereta ni? Siapa lak pa motor ni? Ducati 848 Evo warna merah hitam tu!!! Ni bor plat baharu ni. Ada budak ofis pakai motosikal noh? Siapa yang banyak duit pakai motosikal ni? Gila ah!

Aku mengeluarkan telefon bimbitku, aku menoleh kekiri dan kanan Tidak ada orang! Tidak dapat motosikal, bergambar pun jadilah. Boleh ganti wallpaper dekat komputer aku tu!

Klik

Aku tersenyum gembira. Aku cepat-cepat naik ke pejabat. Di dalam hati masih lagi tertanya-tanya siapakah pemilik motosikal idaman aku tadi? Beruntungnyalah, bertuahlah badan! Aku masuk ke pejabat, terus aku duduk di tempatku. Pasu bunga kosong itu aku isikan air dan meletakkan jambangan bunga lily ke dalamnya. Kalau ada daisy, lagi cantik! Aku tersengih. Aku letakkan di atas meja di sebelah komputerku. Harumannya menusuk kalbu, segar!

Kak Amira menyendeng di partition aku. Adalah tu kalo tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Ni kenapa? Hari ni abang ngah tak ada kirim surat cinta? Bunga ni Mel punya." Pantang tengok aku bawa bunga, mesti teringat bunga itu hak milik dia.

"Hesy... ni cerita sensasi, panas, vogue the vast punya! Alak dah tak mainlah bunga-bunga ni, dah tepu.Kalau akak merajuk, suruh abang ngah pujuk cara lain pulak tau!"

Aku mencebik. Bakal kakak ipar yang seorang ini pening melayannya. Sama sahaja dengan abang ngah, eloklah kome tu berdua. Nasih baik Kak Atin tidak macam ini, pendiam sahaja orangnya. Kalau sama macam Kak Amira, peninglah kepala aku!

"Hari ni ada orang tu pakai motor baru datang pejabat. "

"Motor baru? Motor dekat tempat parking tu siapa punya kak? Dari tadi Mel duklah terfikir-fikir siapa punya. Yang best tu, Mel siap ambil gambar lagi." Aku menunjukkan

. "Amboi... sampai nak upload! Tak nak upload gambar tuannya sekali?"

"Tuannya handsome ke? Kerja sini ke? Orang kalau naik superbike macam tu selalunya tak handsome. Boroi lagi ada, Kak Amira!" Aku tergelak.

"Ini tak boroi. Eh, akak ada meeting ni! Meeting bajet. Dah dua kali meeting asyik tangguh saja, manager kita tak boleh buat keputusan. Nak raya ni, nanti bonus tak ada pulak Kak Amira terus beredar dari tempat aku. Tidak sempat aku nak menahannya.

Aku terkedu. Raya tidak ada bonus? Tiba-tiba aku
teringat kata-kata Irfan, 'kalau awak mahu semua keputusan lambat, awak berani beranilah tak mahu makan dengan saya. Aku menepuk dahi, sudah...! Masalah negara ni! Tu bonus. kalau gaji?

Tiba-tiba Kak Amira keluar dari bilik mesyuarat Bukan lima minit, lima saat pun tak sampai ni! Mukanya masam sahaja. Kenapa pula ni?

"Mel bos panggil. Dia suruh Mel bawa draf rekaan untuk Jakarta tu!"

"Habis akak?"

"Cancel!Banyak benda penting kena uruskan dulu,kata boss"

"Hah?" Aku terkejut.

Aku terus bangun dari tempatku. Jam baru pukul sepuluh pagi. Emir dijangka sampai lewat waktu tengah hari. Sekarang mungkin sudah dalam flight menuju ke Singapura kemudian naik Fireflyz ke Ipoh. Kalau hendak turun KLIA, tidak ada kapal terbang ke Ipoh pula. Dulu pun buat macam a naik Singapore Airline ke Vietnam. Hmmm... snpatkah aku nak ambil darling aku ni? Ceh... darling!

Aku mengetuk pintu bilik Irfan, 'Yang Berbahagia' Amirul Irfan Zakuan!

"Masuk!"

Aku masuk, dia tersenyum. Aku hanya senyum
tipis .Aku melihat di belakang kerusinya, helmet motosikal full face? Gila, motosikal itu dia punyakah?

"Ni draf yang bos mintak." Aku memberikan board aku kepadanya. Nasib baik aku sudah siapkan walaupun belum final. Mati-mati aku ingat dia suruh aku siapkan selepas aku ke Jakarta!

Aku berdiri di hadapannya, kali ini dia tidak menyuruh pun aku duduk. Bagus juga, aku pun tidak mahulah duduk.

"Lawa bunga atas meja? Sekali-sekala serikan bilik Saya sekali."

Eh, eh... Kak Moonkah ada. Suruh Kak Moon hallah! Apa guna ada sekretari?

"Macam mana dengan rekaan saya? Ada Encik Irfan tak add in ?"Aku menunggu komentar daripada Yang Berhormat depan aku ni.

"We discuss it during lunch..." ujar Irfan bersahaja.

Tak ada apa-apa reaksi, Sombong, bongkak, muka
serius macam Mr. Darcy! Dulu tengok kita macam hend telan, sekarang tengok kita syok sendiri. Rimas, serabut kepala aku!

Aku terdiam. Ada sahaja halnya! Lunch? Mana boleh! Aku hendak ambil Emir.

Aku mengerut dahi, aku menggelengkan kepala.Tidak setuju, tetapi kalau aku tidak lunch dengan dia, bonus gaji staf macam mana? Kejamnya Irfan!

"Saya tahu awak half day hari ni... nak ambil Emir bukan? Tadi Emir baru mesej, flight dia delayed about one hour. Jadi awak ada masa untuk discuss benda ni waktu lunch nanti."

Aku memandangnya kehairanan. Kalau delayed kenapa Emir tidak beritahu pun? Dia mesej kata dia sudah dalam fight! Mana satu betul ni?

"Awak tak percaya saya, Karissa ? Awak nak baca mesej Emir?"

Irfan mahu menyerahkan telefonnya kepada ak aku menolak. Seganlah aku! Dia bos, aku pencacai... dia abang Emir, aku kawan Emir... dia lebih penting, aku ni tak adalah penting sangat, mustahillah Emir hendak tipu Irfan Mungkin last minute kut?

"Okeylah kalau begitu."

"Good Karissa boleh kerja dulu, panggil Amira and the team. Suruh dia bawa bajet."

Aku memandangnya dengan wajah kehairanan. Tadi kata lain dengan Kak Amira, sekarang panggil balik meeting. Aku malas hendak pening kepala, aku minta diri dan panggil Kak Amira matuk Kak Amira pun sudah sakit hati dah, kejap masuk kejap keluar.

"So, dah tahu siapa punya motor tu?" tanya Kak Amira kepadaku sebelum berlalu ke bilik Irfan.
Aku mengangguk.

"Jadi nak upload jugak?"

"Upload apanya! Sumpah tak suka Ducati 848 Evo
dah! "

Kak Amira tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience