Bab 37

Drama Completed 10175

Sudah cukup sebulan aku cuti daripada kerja. Isnin depan aku akan masuk ke tempat kerja baharu. Semalam Emir balik, aku sangat gembira. Datuk Zakuan dan Datin Hajar sempat singgah ke rumahku dan berkenalan dengan keluargaku. Abah dan ibu sangat gembira dengan kedatangan mereka. Sukar mereka hendak percaya Datuk Zakuan dan Datin Hajar peramah dan memang baik- baik belaka. Sesungguhnya mereka orang besar, dan hati mereka juga cukup besar!

Tidak dapat aku bayangkan, hujung tahun ini aku akan berkahwin! Hujung bulan ini, abang ngah kahwin, hujung tahun aku pula kahwin? Wahhh...! Kalau ikutkan, lagi lima bulan. Hesy... lima bulan! Kalau ikut hari, lagi seratus lima puluh hari, nampak macam lama. Tup-tup, dah tiba! Bestnya! Mel... jangan nak merenyam! Aku tersengih. Otak aku yang mengong, memikirkan yang bukan-bukan.

Hari ini, aku balik ke hotel. Aku hutang sehari lagi untuk bekerja di hotel. Kalau ikutkan, Datuk Zakuan suruh bumn sahaja. Tetapi aku nak datang juga, sebab Kak Amira dan Kak Moon kata mereka ada buat majlis perpisahan untuk aku yang tidak seberapa ini. Aku tanya juga, Irfan ada ke tidak? Kata mereka, Irfan masih lagi tidak masuk ke pejabat. Itu yang aku setuju nak pergi. Lagipun, banyak barang kepunyaanku yang masih ada di pejabat, aku tidak ambil lagi. Dengar cerita, Datuk Zakuan tidak akan ambil ID lagi untuk menggantikan aku. Dia kata, aku sukar dicari ganti! Sekarang aku tahu dah, mana Emir dapat mulut manis itu! Siapa lagi kalau bukan daripada Datuk Zakuan .Aku tersenyum sendirian.

"Nah kotak, nak lagi ke?" tanya Kak Amira.

"Hesy, macam menghalaul" Aku mencebik

Kak Amira tergelak "Nak akak tolong ke?" tanya Kak Amira, bakal kakak iparku. Wah tak sabar!

"Nanti, nak angkat kena tolong...." jawabku

Tiba-tiba ada orang berdeham.

Aku dan Kak Amira menoleh. Terkejut! Emir dengan pakaian kerjanya, dengan kot, dengan tali lehernya.

Aku mengerut dahiku.

"Memperkenalkan Penolong Pengurus Kanan Encik Emir Harith Zakuan..." ujarnya bangga.

Aku mencebik. "Yelah tu!!!"

Kak Amira tergelak

"Eh, betullah..." ujar Emir.

Memang ada satu bilik kosong, memang bilik itu untuk Emir. Tetapi Emir mana hiraukan syarikat hotel milik daddynya ini, sibuk dengan kerjayanya yang lain. Hari ini, muncul pula penolong pengurus kanan! Ajaib. Berubah serta merta. Bagus!

"Tahniah. Dah jumpa jalan yang lurus "ucapku.

"Amboi! Perli Emir" Emir menjuih bibirnya.

"Eh, Kak Amira abarig ngah ada suruh saya reka baju nikah dan sanding untuk majlis nanti. Nanti Ahad ni datang kedai ya, nak ukur badan." Sempat Emir membuat urusan perniagaan.

"Okey, Emir."

Emir senyum pada Kak Amira,tetapi memandangku dengan wajah yang serius.

"Melisa Karissa! Jumpa saya di bilik saya, sekarang .Jangan ingkar!" Suaranya sengaja dikeraskan.

Emir berlalu ke biliknya. Biliknya di sebelah bilik Irfan. Aku melihat bilik Irfan masih gelap, tandanya dia tiada. Mana dia pergi? Lama betul membawa diri. Aku agak rindu dengan usikan, desakan, ugutan dia itu sebenarnya.Aik... Melisa Karissa!

"Abang dengan adik, sama saja. Kuat membuli!”
kataku

Membebellah, membebel... Emir hilang tercari-cari .Emir ada mula nak tunjuk lagak. Heh!

Kak Amira tergelak.

"Kak Amira!" Aku memarahinya. Sempat aku memikul lengan Kak Amira.

Emir ni kalau macam-macam, nahas dia! Sengajakan, macamlah orang lain tidak tahu, aku dan dia bakal bertunang. Dulu masa aku duk pakai cincin tanda yang lap lip lap tu, orang ingat aku dah pun bertunang dengan Emir.Heh... itulah Si Emir ni! Macamlah semua orang tidak haku ini bakal menantu Datuk Zakuan.

Kak Moon lagilah, ratu gosip. Masa dia melihat Irfan memegang tangan aku dulu, kecoh satu hotel! Nasib baik Kak Amira ada menepis. Kalau tidak, buruklah nama aku. Kak Moon tu memang suka bawa mulut, ratu gosiplah katakan. Tetapi bukannya seratus peratus betul, semua orang tahu itu. Jadi aku tak adalah takut sangat.

Aku mengetuk pintu bilik Emir dan masuk ke dalam. Aku tengok Emir serius. Aku mengerut dahi. "Emir?"

"Panggil Encik Emir. Tak tahu ke sekarang waktu pejabat!"

Erkkk...! Eee... mengadanya mamat ni! "Ada apa Encik Emir panggil saya?" tanyaku

Emir ini, sekali aku hentak kang! Main-main tidak pernah nak serius. "Kita lunch sama ek sat lagi. Perut Emir ni dah berkeroncong tengok Mel. Nampak Mel je lapar, nampak Mel saja teringat Vanggey!"

"Baiklah, Encik Emir."

"Uikkksss... orang main-main, dia serius pulak!"

Aku tergelak. Tahu takut!

"Emir, sebenarnya mana Irfan?" Aku menarik kerusi di hadapannya. Aku banyak kali nak tanya soalan itu, tetapi lidahku kelu.

Aku tercari-cari juga mana Irfan. Sudahkah dia tahu, dia dan Emir adik-beradik susuan? Mungkinlah sebelum ini dia ingat dia boleh rampas aku sebab Emir itu bukan adik dia. Sekarang dia tahu Emir itu sebenarnya adik susuannya, takkanlah masih mahu berdendam lagi? Lagi satu persoalan yang timbul, macam mana Irfan tahu Emir itu bukan adik kandungnya, bukan anak Datin Hajar! Pelik tu Aku siang malam asyik memikirkan soalan itu. Aku nikan Detektif Conan!

"Aik ,Emir ada depan mata, cari Abang Irfan pulak? "tanya Emir.

"Curious! Mel pelik mana dia menghilang?"

Emir menjongket bahu. "Sejujurnya, Emir pun tak tahu, sayang ."

"Entah-entah dia plan something tak? Takutlah Mel! "

Aku tiba-tiba teringat dia pernah cakap dulu sewaktu dia menelefonku. Kalau bukan cara lembut dia boleh daplpat aku, dengan cara kasar pula dia akan cuba. Teringat pula dia cuba nak rogol aku di Jakarta dulu! Aduh... menakutkan. Scary, creepy! Entah-entah dia merancang untuk menculik aku!

Emir memandangku serius.

"Kalau dia nak buat Mel, dah lama dia buat! Bukan teragak-agak nak buat, bukan sekarang pun! Emir kenal Abang Irfan. Dia tu memang nampak boleh buat apa saja, tapi hati dia baik juga. Emir yakin itu. Percaya cakap Emir, sayang" kata Emir serius.

Kali ini nampak benar seriusnya. "Baik apa kalau begitu? Boleh pulak cakap Emir yang bukan-bukan. Dia dah buat Emir macam-macam, Emir ni masih sebelahkan dia lagi." Pelik aku melihat Emir ni!

"Desperate. Bila orang terdesak, semua dia boleh buat. Tu, la... siapa suruh Mel pilih Emir?"

"Eh, Mel pulak! Siapa suruh Emir mengurat
Mel?"

"Ohhh... termakan jugak ya umpan Emir."

"Hampeh

Adam tersenyum nakal, sengaja buat aku geram Pandai dia membuat lencongan dalam kepala aku supaya jangan memikirkan sangat Si Irfan. Manalah boleh tidak fikir selalu ada mendesak, bila tidak ada, aku rasa lain macam. Rindukah aku? Hei. Melisa Karissa! Jangan menaruh perasaan itu!

"Sayang, Abang Irfan okey. Nanti dia adalah tu. Kita bagi dia masa untuk dia fikir dan sedar... Mel milik Emir bukan milik dia," pujuk Emir, lembut.

Memang dia ahli nujumlah! Tahu sahaja apa yang
bermain di dalam kepala aku ini.

Dia memberikan lakaran yang aku buat di hotel dulu.

"Emir panggil Mel kenapa?" tanyaku. Tadi panggil macam boss!

"Pasal ni... Emir pulak kena take over hotel di Indonesia sementara Abang Irfan bercuti." terang Emir.

"Oh!"

Aku melihat lakaran yang aku buat. Itu merupakan kerja terakhirku di sini. Pasti aku akan merindui tempat ini. Aku sayangkan kerja aku sebenarnya. Kalau boleh aku hnak kerja lebih lama. Kalaulah tidak ada Irfan atau Irfan tidak menaruh hati terhadap aku, mungkin aku akan lebih lama bekerja di sini.

"Ini rekaan untuk lobi, yang ini untuk bilik, ini pula untuk restoran." Aku mengasingkan lakaran itu dan aku menerangkan kepadanya satu per satu.

Emir tekun mendengar apa yang aku ceritakan padanya. Dia agak serius mendengarnya dan soalannya juga banyak yang perlu aku jawab. Memang Emir ada darah seorang ahli perniagaan! Fikir pasal untung sahaja. Aku tersenyum.

"Jadi bilik besar ni. Mel cadang dua biliklah?"

"Yup, yang suite ni dua bilikkan senang. Kalau satu saja, lecehlah. Hotel dekat Cameron Highlands yang tak berapa nak standard tu, VIP dia pun jarang datang, suite dia lima bilik tau! Ni Jakarta, commonlah Emir. Datuk Zakuan punya hotel meh!" ujarku.

Emir mengangguk. "Okay then. Itu saja?"

"Itu sajalah," kataku setelah siap menerangkan
pada Emir.

"I love you, tak ada?"

Aku ketawa. Hampehhh! Orang punyalah
bersemangat menerangkan pada dia, dia boleh buat lawak bangang!

"Kalaulah Yang masih kerja lagi dekat sini, mesti Emir lebih bersemangat..." kata Emir kepadaku.

"Daddy percaya pada Emir, Emir kenalah percaya pada diri Emir. You can do it! You don't need me. The hotel trust you!" Aku menepuk-nepuk bahu Emir.

Aku percaya pada Emir! Dia boleh melakukannya. Aku sangat percaya atas kebolehan Emir. Aku lebih percaya hotel ini akan maju kalau Emir dan Irfan bergabung. Gabungan adik-beradik itu sebenarnya sangat mantap. Tetapi sekarang sukar kalau ada persaingan tidak sihat macam ini! Patutkah aku mengundur diri? Erkkk... kenapa aku fikir begitu? Cepat-cepat aku mengucap.

"Dah, jom kita lunch," ajak Emir.

Aku baru nak keluar dari bilik Emir, Irfan tersembul di hadapan muka pintu. Aku terkejut. Dia tersenyum, macam biasa. Gila psiko mamat ni...!

"Love birds..." ujarnya.

Aku memandang Emir. Emir pun memandang aku. Aku mengemaskan pegangan tanganku pada lengan baju kemejanya. Rasa berdebar hatiku melihat senyuman Si Irfan

"Congratulations to both of you," ucap Irfan sambil menghulurkan tangannya, berjabat dengan Emir.

Emir tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Aku tidak berganjak dari situ. Aku agak terkejut dengan penampilan biasa lelaki itu. Dia macam biasa! Tidak sedih, tidak juga gembira. Macam biasa, muka tembok! Aku pelik sangat-sangat. Kalau aku agaknya, entah macam apa jadinya.

"Sa, maaf selama ini atas desakan, ugutan dan pelbagai ancaman mungkin, saya kepada awak." Irfan tidak lagi membahasakan dirinya sebagai abang kepadaku. Dia sudah berubahkah? Pastikah?

"Abang..."panggil Emir. Emir mahu menghalang
dia daripada bercakap yang bukan-bukan, yang bakal menyakitkan hati aku, tetapi sebenarnya aku mahu tahu apa yang Irfan mahu katakan.

"Syyy... let me speak. Five minutes only." Irfan menunjukkan jari telunjuk di mulutnya, menyuruh Emir berhenti bercakap.

"Saya harap awak maafkan saya, Sa. Memang sepatutnya saya tak boleh buat begitu, itu bukanlah tindakan yang wajar. Saya sudah faham sekarang apa makna cinta itu... tak semestinya memiliki atau dimiliki. Anyway, Emir memang terbaik untuk Sa, saya mengaku. Adik saya seorang yang baik. Masih menerima saya sebagai abang walaupun saya tak layak untuk mendapat gelaran itu."

Aku terdiam mendengar kata-katanya. Inilah kata- kata yang benar-benar ikhlas aku dengar daripada mulutnya. Pertama kali!

Irfan memandang Emir.

"Emir, sebenarnya lama dah abang tahu Emir bukan adik abang. Waktu tu, abang terdengar mom ada cakap dengan daddy... tapi mom tak ada cakap kita adik-beradik susuan. Sejak itu abang rasa Emir tak layak untuk menerima apa-apa dari keluarga Zakuan kerana Emir bukan keluarga ini. Abang menyesal dengan semua perbuatan abang pada Adam. Abang tahu dan abang sedar, abang takkan mendapat adik lain sebaik Emir."

"Abang... abang jangan cakap macam tu!" sampuk Emir.

"Emir, abang mintak maaf. Abang takkan ganggu lagi hubungan kalian. Tapi, sekiranya abang dengar Karissa mengadu yang Emir tak jaga dia, sakitkan hati dia, curang tau sebagainya, abang terpaksa berbuat sesuatu. She is my Emir! Karissa is my life! Kalau Emir sakiti dia, bermaknanya Emir menyakiti abang."

Aku panar. She is my life!

"Emir janji, tak akan pernah menyakiti Mel! Itu janji Emir pada abang, pada Mel!"

Aku tersenyum. Wah! Aku rasa amat bahagia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience