Sehari sebelum ke Jakarta, aku temani ibu dan abah membeli- belah barang dapur di Tesco. Selain membeli barang dapur untuk rumah, aku nak beli barang keperluan lain untuk ke Jakarta esok. Sejak aku bekerja di hotel ini, barang-barang dapur aku yang sponsor. abang ngah pula sponsor bil-bil. Sajalah, nak bagi duit gaji itu berkat sedikit.
Sejak aku menyarungkan cincin berlian di jari manisku, semua di pejabat tertanya-tanya. Bila orang tanya adakah aku sudah bertunang, aku jawab ya saja! Biar kecoh satu pejabat. Irfan pun lately bukan selalu ada di pejabat, mungkin banyak urusan luar yang perlu diselesaikan sebelum ke Jakarta.
Aku teringat sewaktu aku balik daripada mengambil Emir dulu, terbuntang mata ibu melihat cincin di jariku. Waktu itu, aku tidak tunjuk pada abah lagi sebab abah ke masjid bersolat jemaah maghrib dan isyak.
"Jadi dah tetaplah pilihan Mel?" tanya ibu.
"Memang itu saja. Tak ada dua atau tiga. Ibukan dah tahu perasaan Mel,"
"Bila waktunya?"
"Lepas kenduri angah."
"Seronoknya anak ibu nak kahwin! Ibu suka dengan keputusan Mel tu.... Ibu suka sangat dengan Emir," kata ibu bersungguh-sungguh.
"Nanti ibu beritahu abah ya, Emir nak jumpa abah
sebelum Mel ke Jakarta. Nak mintak izin abah."
Ibu tersenyum. "Ibu yakin pilihan Mel tepat sekali. Memang calon menantu ibu!"
Ibu memeluk aku. Aku rasa terharu. Aku tahu selama ini, ibu suka aku pilih Emir. Sengaja dia nak provoke aku!
Apabila aku teringat kembali, aku ketawa sendiri.Gila bayang!
Emir pun sudah menemui abah kelmarin, minta izin untuk melamar aku. Abah senyum sahaja sejak hari itu macam bagi lampu hijau. Abah cakap dengan Emir suruh cepatkan masuk meminang. Nyatanya, hubungan aku dan Emir mendapat restu keluarga, cuma dengan keluarga Emir, aku tidak berapa pasti lagi. Tetapi Emir kata, dia sudah beritahu mummy .Mummy pun seronok. Mungkin selepas pulang dari Jakarta, Emir kata dia akan bawa aku jumpa dengan keluarganya, itu pun aku yang desak selepas balik dari Jakarta. Kalau ikut Emir, hari itu juga dia nak bawa .Tetapi akulah tidak bersedia lagi. Segan sebenarnya nak berkahwin dengan anak orang kaya ni! Nanti kata aku nak harta pula.
Aku juga segan nak bertemu dengan Datuk Zakuan. Heh......pekerja sendiri. Macam mana tu? Tapi aku jumpa Emir bukan sewaktu aku bekerja di hotel! Okeylah tu.....
Kelmarin selepas berjumpa dengan abah. Emir memberitahu aku yang dia tidak jadi menyusul aku ke Jakarta .Itu yang membuatkan aku sedih! Aku merajuk seharian dengan Emir, gara-gara daddynya tidak membenarkan dia pergi sekali. Katanya banyak kerja yang perlu dilakukan di hotel di Ipoh. Puas Emir memujuk aku, akhirnya aku terima juga keputusan itu. Aku agak ini semua kerja Si Irfan itu, aku tahulah! Irfan sejak dia membohongi aku pasal flight delayed itu, jarang-jarang dia bercakap dengan aku, Mungkin dia malu dengan aku sebab aku sudah tahu dia tipu aku. Bagus juga, tidak adalah orang yang menggegar partition aku dan tidak adalah orang yang merenung aku macam tidak makan sebulan!
"Mel! "
Aku menoleh ke belakang, gulp... Datin Hajar! Apa dia buat dekat Tesco? Shopping barang dapur juga ke? Aku mendekatinya, aku menyalami tangannya. Aku melihat dia berseorangan sahaja, tidak nampak Emir ataupun Irfan.
"Sorang saja auntie?" tanyaku ramah.
" Taklah, dengan budak berdua tu.... Mel sorang?"
Hemmm... budak berdua? Mana Emir? Aku tercari- cari... Mesti merewang ke mana-manalah tu! Tak cakap pun nak pergi Tesco.
"Tak juga ,dengan ibu dan abah. Mari Mel
kenalan ." Aku menarik tangan Datin Hajar, lantas aku memperkenalkan ibu dan abah kepadanya.
Seronok ibu berbual dengan Datin Hajar. Abah pun turut menyampuk sekali-sekala. Datin Hajar yang sememangnya peramah itu, bukan sukar untuk mendekatinya, apalagi berbual dengannya. Dia seorang yang merendah diri. Mereka ada juga berbual fasal aku dan Emir. Aku jadi segan. Aku mula mengundur perlahan-lahan Macamlah tidak ada tempat lain nak berbincang hal pertunangan ke atau kahwin ke... dekat tengah-tengah Tesco!
"Sa?" panggil Irfan.
Aku memandangnya. Di sini pula terjumpa dengannya, tidak ada orang lainkah? Emir mana?
"Eh, Encik Irfan. Teman auntie membeli-belah ke?"
"Ya, awak kenal dengan mom saya. Sa?" tanya
Irfan.
Aku mengangguk. Of courselah aku kenal, bakal
mak mertua aku! Cewah....
"No wonder mom selalu sebut pasal awak!"
Aku diam sahaja. Biarlah Irfan berteka-teki sendiri. Haih... mana Emir? Emir tidak datangkah?
"Sayang! What a surprise!"
Aku mendengar suara Emir. Aku senyum kepadanya. Dia selalu ada sewaktu aku memerlukan dia .Macam dia selalu cakap, sebut nama Emir, pasti dia muncul.
Betul. panjang umurnya. Emir berdiri di sebelah aku, di tengah-tengah antara aku dan Irfan.
"Ibu dan abah pun ada? Kejap. Emir pergi jumpa mereka dulu." Emir pergi menegur ibu dan abah, bersalam dan berbual mesra. Emir pandai mengambil hati. Siapalah yang tidak sayang....
"Dengar cerita nak bertunang? Kecoh satu pejabat." ujar Irfan kepadaku seakan berbisik.
Aku jadi tidak selesa apabila dia datang dekat-dekat. Lama pulak Emir ni bersembang
"Insya Allah," kataku sambil memegang megang
cincin di jari manisku.
"Jangan ingat kalau Sa bertunang. Sa boleh lari dari Irfan."
Aku terkedu. Ugutankah itu? Aku tidak berani memandangnya dan yang nyatanya dia memandangku dengan pandangan tajam. Mungkin menunggu reaksi aku agaknya.
"Encik Irfan nak saya hantar surat berhenti ke dan besok Encik Irfan nak pergi ke Jakarta sorang-sorang?" ugut aku.
Giliran Irfan terdiam. "Kalau tak mahu, jangan macam-macam dengan saya Encik Irfan. Whether you like it or not, saya ni bakal adik ipar awak..." kataku lagi.
Aku menekankan perkataan adik ipar itu sekuat kuatnya bagi dia sedar daripada mimpi yang aku bukan budak kecil yang takut dengan ugutan dan amarannya. Mamat psyko! Jiwa kacau! Layak masuk Tanjung Rambutan sahaja.
"Belum jadi lagi, belum ada apa-apa lagi. Walaupun awak dapat sokongan my mom, awak jangan harap boleh dapat kuasa veto daddy. Kalau daddy kata awak untuk saya, awak akan tengok Emir melara. Awak milik saya. Sa!"
Hek eleh! Dia ingat dia punya bapak sahaja ya, aku punya bapak? Dia ingat bapak dia sahaja ada Datuk. bapak aku Mejar tau! Berani dia kata macam tu.
"Saya milik Emir, muktamad! Tak ada siapa yang boleh mengganggu-gugat keputusan yang telah saya buat."
Aku terus berlalu dari sisi Irian dan pergi kepada
Emir. Aku tidak langsung memandang Irfan. Aku buat tidak tahu. Aku seram sejuk jadinya apabila Irfan mengugut begitu.
Aku tiba-tiba memegang tangan Emir. Emir yang sedang rancak bersembang, terdiam memandang aku. Mesti dia tertanya-tanya mengapa aku menggenggam tangannya erat, walhal sebelum ini jika dia hendak sentuh aku pun,aku sudah menjerit. Biarlah hendak kata apa pun! Jangan lepaskan tangan aku, nanti Irfan kata apa pula. Malu sendiri. Emir tersenyum. Dia bawa tanganku pinggangnya. Emir memang suka terlebih!
"Isy, kita ni berbual dekat sini, macamlah tak ada tempat lain." kata abah.
Aku memandang abah. Betul, macamlah tidak ada tempat lain
"Itulah, seronok sangat. Emir selalu bercerita pasal ibu dan ayahnya Mel. Tak sangka jumpa di sini. Takpe, tape Encik Ayaaz, nanti lepas Mel balik dari Jakarta, saya buat makan-makan di rumah, bolehlah kita berbincang pasal budak berdua ni. Dengan Datuk pun saya tak bincang lagi. Dia tak ada, outstation. Insya-Allah, balik nanti, saya bincang dengan dia," ujar Datin Hajar
Irfan yang tadi jauh, datang dekat, berdiri sebelah Datin Hajar.
Aku dan Emir tersenyum. Aku rasa muka aku macam kena simbah cat! Gila malu! Irfan hanya memandang aku sambil mengetap bibir. Aku tidak tahu dia geram ke marah ke, bengang ke... Yang aku tahu, aku tak nak ambil tahu!
"Insya-Allah. Insya Allah," ujar abah
Ibu di sebelah abah hanya tersenyum.
Emir memandangku, dia berbisik kepadaku. "Kenapa pegang tangan Emir hmmm...? Kita pegang dia tak boleh, dia pegang kita boleh, ya! Dah dua kali Mel batalkan air sembahyang Emir"
"Eleh, kalau suka cakap suka, jangan bising-bising.. "balasku
Emir tersengih.
Aku dahlah dalam keadaan tak selamat ni, nak mintak sokongan dia, dia buat lawak bangang pulak!
"Emir hantar Mel besok, okey? Emir dah cakap
dengan abah kelmarin."
"Okey" Kecil tapak tangan, Stadium Ipoh aku tadahkan.
"Emir ambil dekat rumah pukul enam suku macam tu lepas subuh. Emir terus hantar pergi KLIA, jadi tak perlu naik kereta api banyak kali."
"Hotel dah booked tiket kereta api. Emir tak
perlu membazir," sampuk Irian. Itu pun curi dengar ke?
Aku baru hendak meloncat kegembiraan sebab Emir nak hantar sampai KLIA, jadi terdiam. Tak bestlah berdua dengan Irfan dari Ipoh naik kereta api. Hilang rasa gembira!
"Tak apa. Emir boleh bayar ganti rugi. Kalau abang nak naik kereta api, silakan. Lagipun Emir ada hal dekat Kuala Lumpur besok memang Emir kena pergi. Sekalilah hantar Mel .Lebih selamat...." ujar Emir selamba. Suaranya periahan dan tenang.
Aku yang berada di tengah-tengah, berharap-harap jangan sampai ada yang kena tumbuk. Buat malu aku sahaja nanti.
Irfan berdiam diri seketika sebelum berkata, "suka hati Emir lah." Lantas Irfan mencuit Datin Hajar.
"Mom, jom? It's getting late."
"Okeylah, we have to go now. Jumpa lagi ya semua." Datin Hajar meminta diri, setelah bersalaman dengan aku dan ibu.
Irfan sudah jauh ke depan. Tidak salam pun sombong!
Emir bersalam dengan ibu dan abah. Dengan aku, dia mengacah-acah! Tak senonoh sengaja buat lawak depan ibu dan abah. Ibu dan abah ketawa sahaja melihat gelagatnya itu.
Share this novel