Dua hari aku tidak pergi kerja. Aku tertekan, aku tension, aku stres! Aku tidak tahu dengan siapa aku nak luahkan kerana kepada semua sudah beritahu aku hal yang serupa. Semua orang kata, aku berhadapan dengan cinta tiga segi. Aku sahaja yang tidak sedar diri. Berfikiran positif konon! Tengok fikiran positif kau itulah yang memakan diri kau sekarang ni, Melisa Karissa! Cuma Emir sahaja yang tidak tahu lagi.
Patutkah aku beritahu Emir? Mahu Emir mengamuk! Aku tidak mahu sebab aku, adik-beradik itu bergaduh. Tetapi apa yang harus aku buat? Aku penyebab semua ini, maka akulah yang kena selesaikannya.
Surat berhenti kerja telah pun aku siapkan. Aku akan serahkan pagi esok. Kalau Irfan tidak terima, aku akan bagi pada Datuk Zakuan. Aku tidak boleh bekerja dalam suasana macam itu. Rasa tidak selesa walaupun aku ini pakar buat bodoh aje. Irfan banyak kali call aku, semua aku tidak angkat. Kak Amira kata dia banyak kali tanya juga pada Kak Amira, aku ni sihat ke, sakit ke? Ibu dan abah pun tertanya-tanya mengapa aku tidak pergi kerja? Aku kata aku pering kepala sahaja. Kalau kata demam nanti, mereka akan sentuh pula badan aku yang tidak panas ni. Tetapi kalau macam nie terus-menerus, mahu abah bawa aku pergi hospital!
Aku duduk di dalam bilikku. Saja baca majalah yang ada semua aku baca. Waktu kerja macam ini, Emirsibuk juga dengan kerjanya. Aku tidak mahu mengganggu.
Tiba-tiba ibu mengetuk bilikku. "Mel.. Mel
Aku membuka pintu bilik dengan malas. "Ya ibu....kenapa?"
"Encik Irfan ada dekat bawah. Nak jumpa Mel. "
Aku tergamam. Beraninya dia datang sini, buat apa?
"Kejap lagi Mel turun."
Aku bersiap-siap. Takkan nak turun pakai T-shirt buruk ni, jatuhlah air muka aku yang cantik ini. Aku mengambil surat berhenti kerja dan aku letakkan di dalam poket seluar. Aku mengambil tudung dan memakainya. Aku mengintai Irfan dari atas, dia sedang minum. Nasib baik abah sudah pergi kerja, bolehlah aku maki dia dua tiga das sekali harung!
Aku turun dengan muka selambaku. Irfan yang nampak aku turun, terus bangun dari sofa. Ibu nampak aku turun, terus minta diri ke dapur. Maklumlah, ibu nak memasak. Selalunya abah akan balik makan tengah hari.
"Awak tak sihat ke?" tanya Irfan.
Aku pun tidak duduk. Aku berdiri memandangnya. "Saya nak berhenti kerja, Encik Irfan. Saya letak jawatan dua puluh empat jam." Aku meletakkan surat berhenti yang aku karang itu di atas meja di hadapan Irfan .
"Awak tak boleh mencampuradukkan kerja dengan peribadi, Karissa,"
"Tak apalah kalau Encik Irfan tak terima, saya bagi dekat Datuk Zakuan." Aku mahu mengambil kembali surat tu tetapi ditarik oleh Irfan. Irfan segera mengoyaknya dan dimasukkan ke dalam poketnya.
"Tak pe. saya boleh print lagi dua puluh keping
terus. Yang penting saya letak jawatan. Kalau nak suruh bayar ganti rugi, saya boleh bayar!"
"Karissa!"
Aku terdiam mendengar Irfan menjeritkan namaku. Dia tidak lagi berani memanggil aku Mel. Tahu takut...! Aku sudah rasa dia angkat bendera putih, aku boleh nampak.
" Malam itu mungkin saya dah out of control. Saya cakap apa yang awak suruh saya cakap."
"Saya cakap dulu bukan bermaksud benda tu ditujukan untuk saya!"
"Okey, kita lupakan..." ujar Irfan. Senangnya dia cakap! Aku memegang kepalaku.
Hendak lupa apanya! Aku nak berhenti.... Read my lips, Encik Irfan... aku nak berhenti! Itu pun tidak fahamkah?
"Apa kata Emir kalau awak tak kerja lagi di hotel nanti? Emir mesti cari awak dan saya tahu sampai sekarang awak tak beritahu apa-apa pasal malam tu kepada Emir. Kalau tidak, Emir tentu akan marah saya, walaupun saya tahu dia takkan marah direct dengan saya. Awak nak saya bermusuhan dengan adik saya sendiri?"
Aku menggeleng kepala. Bukan aku yang nak, dia yang nak! Dia kata mahu bersaing dengan Emir... dia yang gila, bukan aku!
"Encik Irfan tak perlu putar belitlah. Saya dah tak kuasa nak layan. Tolonglah balik, please."
"Karissa, dengar sini. Kalau awak betul dengan Emir, saya takkan kacau. Saya janji, saya jauhkan diri saya dengan awak, asalkan awak masih bekerja di hotel itu. I can't afford to lose a good worker like you!"
Aku lihat ke dalam mata Irfan, aku langsung tidak nampak keikhlasannya. Apakah aku akan ditipu lagi? Bukan susah pun, kalau dia sudah koyakkan surat aku, aku bagi tahu dengan Datuk Zakuan esok. Sekarang ini, janji saja akan masuk kerja!
"Okay, fine! Jangan macam-macam ya, Encik Irfan Kalau saya tahu ada macam-macam, saya report sexual harrasment dekat HR." Aku nekad. Aku tekankan perkataan sexual harrasment itu pada Irfan.
"Sampai macam tu sekali?" tanya Irfan.
"Saya report!" ugutku.
"Okey... okey!" Irfan mengalah.
"Esok masuk kerja,ya?"
Aku mengiakan sahaja. Aku akan pergi esok untuk berhenti. Jadi penggubah bunga sampai mati pun tidak apalah. Aku tak ada hal. Kalau aku cerita dekat abah sebab apa aku berhenti pun, aku rasa abah akan faham. Entah pukul berapa Irfan keluar dari rumahku. Tetapi aku rasa tidak sampai lima belas minit dia di rumahku, aku halau dia balik cepat-cepat. Tidak mahu terserempak dengan abah, takut lain pula ceritanya.
"Mel nak berhenti kerja?" tanya ibu tiba-tiba sewaktu aku masuk ke dapur.
"Huh... panjang ceritanya."
"Ini pasal Mel balik awal hari tu, tak tunggu Haraz dan Amira?"
Waktu aku dalam teksi hari tu, aku chat abang ngah beritahu aku balik awal sebab tidak sedap perut.
Aku mengangguk-angguk. Dengan ibu tidak bolehnya berahsia, dia selalu dapat petanda awal dan boleh mengagak apa yang terjadi. Kadang-kadang tu, ibu boleh dapat amanat awal macam accident ke kereta rosak ke... dan selalu sahaja betul. Naluri seorang ibu agaknya.
Aku mengambil sayur kacang panjang di atas meja dan aku potong-potong. Aku tak adalah jarang menolong ibu di dapur, tetapi kadang-kadang saja. Eh, bunyi macam membela diri pulak. Yalah... kerja, kan! Tetapi kalau suruh masak, wa terror jugak maaa! Buktinya... nasi beriani aku yang popular tu. Huh... kalau opah datang sini, pasti nasi beriani itu yang disuruhnya buat. Makin naiklah kencing manis dia tu. Tetapi tidak apa, sekali-sekala katanya.
"Irfan jatuh cinta dengan Mel?"
Aku terbeliak. Gila ibu ni, semua tahu ni...! Aku tidak pernah cakap pun. "Macam mana ibu tahu ni?"
"Gerak hati."
"Ibu rasa Mel patut buat apa?"
"Mel sekarang ni suka siapa?"
Soalan ibu itu aku sudah ada jawapannya, aku memang yakin dengan jawapan aku. Tetapi belum sempat menjawab, ibu sudah jawab dulu.
"Emir, kan?"
"Okey ke keputusan Mel?" tanyaku, meminta pandangan. Juga sedikit kekuatan agar aku tidak silap membuat pilihan.
Ibu tersenyum.
"Ibu suka Emir. Irfan pun okey jugak. Irfan bukan sudah bertunang ke? Kan ke dia bawak tunang da masa majlis koleksi Emir dulu?" tanya ibu.
"Dah putus."
"Sekarang ni nak dengan Mel pulak. Emir tahu?
"Mati dia kalau Emir tahu. Ini Mel pening ni, bu sakit otaklah fikir, tu yang sakit kepala tu. Kalau ibu dekat tempat Mel macam mana? Nak beritahu Emir ke tak? Mel fikir, ia hanya akan merosakkan hubungan adik-beradik. Baik Mel diam saja, kan?" Aku tanya soalan, aku sendiri yang jawab. saja
"Suruh Mel masuk meminang."
"Hah?"
"Kalau dah suka, masuk meminang. Mana satu yang masuk meminang dulu, ibu terima aje. Kalau Irfan, Irfanlah... kalau Emir dulu, Emirlah."
"Hah?"
Gila ka ibu ni!
"Ibu ni suka mana satu ni? Sat Emir, sat Irfan?? Aku pening. Fikiranku bertambah kusut pula bercakap dengan ibu ni.... Ingatkan dia boleh membantu meringankan kepala aku, lagi bingung adalah!
"Kita tengok siapa yang ikhlas nak dekat Emir. Siapa ikhlas, dia masuk meminang dulu."
Aku terdiam. Cakap ibu itu ada betulnya. Aku bingkas bangun. Aku hendak cepat-cepat beritahu Emir. Emir memang sudah beritahu sebelum pergi ke Vietnam, dia hendak bertunang, tetapi aku yang tidak mahu. Aku baru kenal dia berapa bulan saja! Gila...! Tetapi sekarang ini aku hendak juga. Tak kiralah! Malu ke tak malu ke....
"Nak ke mana tu?"
"Nak beritahu Emir!"
"Eh... tak boleh! Mana nak tahu ikhlas ke tak kalau kita beritahu?"
"Betul jugak kata ibu." Aku terduduk semula. "Hari tu Emir kata nak bertunang sebelum ke Vietnam, Mek yang tak mahu."
"Tak apa, sayang.... Kalau dia jodoh Mel, dia akan menjadi jodoh Mel selamanya. Jangan risau. Kita tunggu dan lihat, Mel banyak masa lagi. Masih boleh buat pilihan. Esok Mel pergi saja kerja macam biasa, nanti abah bising kalau Mel berhenti. Lagipun, sekarang ni susah nak dapat kerja...." Kata-kata ibu menyenangkan hatiku. Ibu membelai rambut panjangku. Aku sebenarnya tidaklah suka berambut panjang, rimas. Tetapi abah kata anak perempuan kena berambut panjang, aku ikut sahaja. Abah tu pelik-pelik benda yang hendak dimarahnya! Tetapi aku cakap paling panjang pun sampai siku, lebih siku, aku hendak potong. Aku fikir-fikir semula kata-kata ibu. Kalau dia betul jodoh kita, dia akan jadi jodoh kita selamanya. Ada dua pilihan, hendak Emir atau hendak Irfan? Oh hati... siapa yang kau piliih?
Share this novel