Aku kena marah seharian dengan bos. Semuanya gara-gara dia dapat tahu aku pergi temu duga dengan Irfan tu, la! Dia menuduh aku tidak sayang kedailah, tidak sayang dialah, tidak sayang semualah! Penat aku nak terangkan, bukannya aku tak sayang tapi abah sudah suruh aku berhenti! Kalau ingkar, anak derhaka pula nanti dituduhnya aku. Kusut jadinya otak aku. Kiri duri... kanan pun berduri.... Heh, mulalah aku nak menyanyi!
Ini semua pasal Irfan! Senyap sudahlah. Kalau nak kecoh pun kecohlah dekat orang lain! Ini direct beritahu bos aku. Telinga akulah yang tidak larat nak menahan 'ceramahnya'. Aku langsung tidak ada mood nak menggubah bunga. Setelah bos keluar, aku duduk di depan kedai, termenung. Mulanya aku nak melihat Emir di sebelah, tetapi terbantut apabila aku melihat dia sedang melayan pelanggan. Aku tidak mahu mengganggunya.
"Kenapa ni?" tanya Emir setelah menyedari aku duduk di luar, air mukaku keruh. Emir terus duduk di sebelah aku.
"Saya kena marah dengan bos gara-gara saya cari kerja lain."
"Mana dia tahu?"
"Abang awaklah!" Aku terjerit tetapi aku tidak bermaksud hendak marah Emir. Dia sikit punya baik menolong aku.
"Irfan?" Emir merengus kasar. Dia seperti menahan marah.
"Saya nak marah abang saya kejap." Dia mula membuka telefon bimbitnya, mahu mendail tetapi aku menahannya.
"Benda dah jadi pun! Tak apalah. Bos tu marah sekejap saja, sat lagi okeylah. Tapi kena tahan telingalah..... Dia punya perli tu boleh menanah telinga saya ni tau!" Aku cerita sungguh-sungguh. Aku geram. Aku marah! Semua ada pada aku sekarang ini....
Emir tergelak. "Saya sukalah tengok awak marah. Awak marah, semua muka merah! Hidung dah jadi macam hidung clown!"
Aku memegang hidungku. Aduh, malunya! Memang merah ke? "Orang tengah sakit hati ni, dia buat lawak bangang pulak!"
Emir tergelak lagi.
"Awak ni tak ada kerja ke?"
"Saya baru siap design collection untuk musim bunga saya, awak nak tengok?"
"Rekaan? Boleh jugak, saya free aje." Emir bingkas bangun dan masuk ke dalam butik,mengambil rekaannya.
Aku tidak pernah melihat rekaannya lagi. Alah, baru sangat aku dan dia berkawan, tetapi entah mengapa aku dan dia seperti sudah lama berkawan. Aku tiba-tiba seronok berkawan dengan Emir. Kami cepat ngam walaupun pada mulanya aku ingatkan dia mamat gatal yang suka mengusik! Argh... lelaki macam dia ni, lelaki metroseksual. Mesti songsang ni.... Haha haha... aku tergelak dalam hati! Suka sangat aku ni merapu!
Emir keluar semula dengan beberapa rekaannya yang dilukis di sketch book.
Aku menilik lakarannya, aku sangat kagum!
Terbuntang jugalah biji mata aku ni. Bukan calang-calang orang yang aku kawan ni! "Cantik gilalah wak! Awak ni bukan tukang jaga kedai, tapi pereka fesyen jugak ke?"
"Ini kedai sayalah. My mom tu saya punya manager, of course dia nampak lagi busy daripada saya macam ini kedai dia.
"Loh... selama ni saya ingat mak awak tu pereka fesyen!"
Emir tersengih. "Itu profesion saya. Saya ada lost sikit dulu, saya blank. Tapi sejak saya berkawan dengan awak baru sehari dua ni, idea saya datang balik. Rekaan ni semua baru saya siapkan semalam."
"Wah jadi nak cakap saya ni sumber inspirasi awaklah!" Aku tergelak.
"Yelah! Gara-gara gubahan bunga awak yang cantik tu, saya boleh mereka balik. Saya dalam proses nak menjahit semua rekaan saya ni, kemudian bolehlah saya buat show saya balik. Dah lama saya tak adakan show saya sendiri... Dekat setahun jugak! "
"Saya berkawan dengan bukan calang-calang oranglah ni!" Aku bukannya hantu fesyen, tetapi kalau Rizalman ke Bernard Chandran ke aku taulah.... Emir? Aku tidak pernah dengar pula!
"Tak adalah. Saya biasa saja. Kalau awak biasa dengan jenama EHZ, itu sayalah." Emir merendah diri.
EHZ? Aku rasa aku ada satu baju berjenama itu. Diakah perekanya? Wah! Aku selalu berkawan dengan orang biasa-biasa sahaja, dapat kawan dengan pereka fesyen memang terbaiklah! Sanggat bangga! "Saya ada komen, awak suka terima komen tak?"
"Awakkan sumber inspirasi saya, of course saya
terima pandangan awak. Apa dia?" tanya Emir ingin tahu. "Kalau boleh, rekalah pakaian untuk Muslimah. Saya teringin nak pakai apa yang awak reka ni, tapi too sexy... can't handle it! Tak sesuailah untuk saya yang bertudung ni."
Emir tersenyum. "Untuk awak, apa pun saya buat."
Aku menolak bahunya.
Emir tergelak.
"Jangan ada feel macam-macam dengan saya, Emir. la hanya akan merosakkan persahabatan kita!" Tiba-tiba sahaja aku bercakap begitu. Aku pun tidak tahu kenapa aku cakap macam tu, tetapi sudah terkeluar... aku tidak boleh nak tarik balik.
"Itu perasaan saya, awak mana boleh nak control!"balas Emir.
"Sudahlah! Tak mahu cakap macam ni. Baru kawan beberapa hari saja, dah cakap pasal perasaan. Saya baru nak seronok kawan dengan awak." Emir hanya mendiamkan diri, mungkin dia terasa dengan kata-kata aku kut!
"Selalu saya tengok lelaki yang bergiat dengan fesyen ni, orangnya lembut-lembut. Awak ni songsang ke?"
"Hoiii Cik Melisa Karissa! Mulut awak tu tak ada insurans ke? Saya straight tau!" ujar Emir sedikit menjerit.
Aku tergelak besar."Janganlah marah, Encik Emir. Saya tanya saja!"
Emir masam. Kulitnya yang cerah menampakkan lagi mukanya yang merah menahan marah.
"Sorry!" Aku menjulingkan mataku dan membuat mimik muka yang buruk. Selalu ia memang berkesan kalau aku buat ibu marah. Ibu akan gelak tidak sampai sepuluh saat, langsung tidak jadi marah. Emir tergelak. "Buruk gila! Tapi cute."
Aku tersenyum. It works every time! Aku kembali termenung. Macam mana hendak menatap muka bos sekejap lagi? Rasa macam nak letak jawatan sekarang pula. Tetapi kalau aku letak jawatan sekarang, aku akan kebosanan duduk di rumah!
"Nanti saya slow talk dengan abang."Bagaikan dia tahu apa yang bersarang di dalam hatiku.
Tak payahlah. Abang awak tu eee... bengang betul!"
"Dia tu lain macam sikit. Protokol macam daddy saya. Dia tu dah bertunang, lebih dua tahun. Tapi tak mahu kahwin-kahwin lagi. Kesian dengan tunang dia tu."
"Scarynyal Awak rasa saya dapat ke kerja tu?"
"Dapat kut!"
"Kalau dapat, saya belanja awak makan..." Ujarku
Emir tersengih.
"Lepas ni saya tak boleh nak lepak-lepak dengan awak, awak dah jauh dari saya," kata Emir.Wajahnya bertukar mendung.
"Apa pulak? Dekat hotelkan boleh jumpa. Lagipun saya akan selalu datang sini. Tak kisahlah bos nak cakap apa, saya nak buat kedai ni macam kedai bapak saya jugak!"
Emir tergelak lagi. "Awak ni, kan...!"
Aku tersenyum. Mesti Emir pening dengan sikap dan perangai aku yang entah apa-apa entah. Biasalah perempuan! Nafsunya ada sembilan puluh sembilan.
"Jangan awak jatuh cinta dengan abang saya,sudahlah. Saya tak rela dan tak akan merelakannya!"
"Dia dah bertunanglah!"
"Tapi dia tu charismatic, semua perempuan suka dia tau!"
"Tak semua!"
"Amboiii...! Kalau awak jatuh cinta jugak dengan dia, macam mana? Awak jangan cakap besar!"
"Tak mungkinlah. Sekarang saya sedang cari kerja, bukan cari cinta! Yang awak duk merepek-repek ni kenapa? Awak nak jadi cupid love ke menjodohkan saya dengan abang awak yang scary tu? Bagi free pun saya tak mahulah!" Emir tergelak.
"Kita tengok nanti..." ujar Emir seperti mengugut.
Tengok apanya, dah sah-sah Irfan tu dah bertunang! Buat apa aku nak bercinta dengan dia pulak? Tak mahu aku...!
Share this novel