Bab 26

Drama Completed 10175

Bergegas aku bangun setelah jam menunjukkan pukul lima pagi. Aku tidak mahu Emir menunggu lama. Ibu pun sudah bangun menyediakan nasi goreng untuk aku. Haih... susah-susah sahaja ibu ni. Sedang aku menyeterika tudung, aku dengar suara Emir di ruang tamu, sedang seronok berbual dengan abah. Aku sudah lambatkah? Cepat-cepat aku menyarungkan tudung dan bergegas ke tingkat bawah. "Assalamualaikum!"

Emir menoleh kepadaku. Dia menjawab salamku sambil tersenyum.

"Mana beg Mel?" tanyanya.

"Ada, tepi tangga."

Aku menunjukkan beg aku di tepi tangga. Hari ini aku kasual sekali, kemeja petak-petak berwarna biru dan seluar jean sahaja. Kebetulan Emir juga berbaju biru, sedondonlah pulak! Haih, macam berjanji sahaja.

"Jom kita sarapan dulu," ajak ibu.

"Emir, sila... jangan malu." Abah menepuk bahu Emir.

Emir tersenyum..

Setelah itu, kami ramai-ramai duduk di meja makan. Aku meletakkan nasi goreng di dalam setiap pinggan Abang ngah tidak ada, dia kursus di Kuala Lumpur. Nasib baik! Kalau tidak, teruklah aku kena usik dengannya. Aku terus duduk di sebelah Emir.

"Lama dah Emir tak makan dekat sini," kata ibu.

"Emir sibuk sikit dengan hotel, mak cik... dengan baju-baju Emir tu. Tapi tak apa, lepas ni Emir datang selalu mak cik jangan marah ya."

Abah ketawa, ibu juga.

"Datanglah, kita nak jadi keluarga pun," sahutbabah.

Emir tersenyum, kakinya menolak-nolak kakiku.Seronoklah tu! Aku pun ada sedikit rasa teruja. Sedikit??? Masih lagi tak nak mengaku tu! Melisa Karissa ni... memang hati batu, kepala kayu!

Usai bersarapan, Emir mengambil begku dan
diangkat terus masuk ke dalam boot keretanya.

"Beratnya, sayang.... Sayang ni nak tinggal terus kat Jakarta ke?" Sempat dia mengusik aku.

"Haah. Biar Encik Emir sorang-sorang dekat Malaysia ni."

"Amboi... keras bunyinya tu. Tak sayang abang ke?" Dia mula dah! Mula membahasakan dirinya abang. Ohhh... please!

"Uwekkk...." Aku nak muntah. Emir ketawa.

Aku bersalaman dengan abah. Aku memeluk dan mencium kedua-dua belah pipi ibu Ibu sudah buat memek muka sebak. Sudah! Sat lagi banjir pula satu Taman Halaman Meru Impian, Ipoh ni karang!

"Dua minggu saja. Jangan risau, okey. Sampai saja, Mel call ibu."

Ibu mengangguk-angguk. "Sakit demam ke apa ke beritahu, jangan tak beritahu, Mel tu bukan biasa duduk jauh-jauh dari ibu. Sungguhlah Mel jarang-jarang sakit, tapi kalau sakit tu teruknya masya-Allah!"

"Sudahlah tu Raudhah, anak nak pergi jangan doa yang bukan-bukan..." kata abah.

"Bukan berdoa, mengingatkan! Leka buat kerja nanti, makan minum semua lupa," bebel ibu. Dia juga yang nak menang.

"Jangan risau, mak cik. Kalau Mel jadi apa-apa, saya orang pertama booking penerbangan pertama ke sana." ujar Adam, melegakan hati ibu.

"Yelah, jalan baik-baik..." pesan ibu.

Abah pun siap pesan, bila sampai call abah Aku mengangguk-angguk. Aku jadi sayu. Sudah
hampir berumur dua puluh tiga tahun pun masih belum pernah berpisah dengan ibu dan abah. Hari ini menjadi tarikh keramat. Kena catit dalam diari ni!

Aku masuk ke dalam kereta Emir.

"Pergi dulu, assalamualaikum..." ujar Emir kemudian membawa keretanya ke jalan besar.

Aku melambai-lambai mereka sehingga hilang daripada pandangan.

Emir hanya senyum sahaja. "Jangan sedih,Emir kan ada."

"Iyalah tu, Abang Emir ada dekat Malaysia saja.Banyak pulak cakapnya."

"Takpelah, kat sana Abang Irfan ada."

"Amboi, tak sayang mulut!" Aku memukul lengan Emir. Nak sangatkah hati ini berpindah kepada Irfan? Mulut tak ada insurans.

Emir tergelak. Emir melihat jam tangan pemberianku di pergelangan tangannya. "Mel nak tidur dulu, tidurlah. Ada lebih kurang dua jam kita nak sampai KLIA ni."

"Mel teman Emir drive. Tak apa, Mel tak mengantuk pun..." jawabku sambil tersenyum.

"Betul ni? Emir dah offer. Kalau Mel tertidur, siap Mel. Emir berhenti tepi, kita tidur sama-sama."

Aku ketawa. "Banyaklah Emir punya lawa!"

Sejak aku bercinta, ceh... bercinta dengan Emir nie aku sudah tukar ganti nama diri aku. Aku tidak lagi membahasakan diri aku 'saya' dan membahasakan dirinya "awak. Aku tidak tahu bila aku mula, tetapi tiba-tiba mulut aku sudah terbiasa.

"Mel ada boyfriend lain ke sebelum Emir?" tanya Emir tiba-tiba.

Aku tergamam. Tidak pernah dia bertanya soalan seperti ini." Tak ada. Gilalah, mampus kena belasah dengan abah."

Dulu aku duduk dalam kawasan tentera dekat Taiping, mana ada masa nak bercinta. Kalau nampak aku dengan lelaki lain sahaja, huihhh... kalah Wi-Fi wooo! Satu kem boleh heboh, walhal dengan anak jiran. Sejak kena maki dengan abah kaw-kaw punya, aku pun tak adalah jalin hubungan dengan siapa-siapa. Biarlah orang kata aku sombong, yang kena marah aku.. bukannya dia orang.

"Garang betul abah tu, ya! Tapi baguslah dia garang so dia boleh jaga anak dia baik-baik untuk Abang Emir ni!"

Aku ketawa. "Kenapa Emir tanya Mel macam tu?"

"Sebab Emir ada benda nak beritahu Mel ni. Emir tak pernah beritahu Mel sebelum ni. Tapi sebab kita dah serius, I think I have to tell you."

"Pasal apa?"

"Girlfriend Emir."

"Banyak mana?" tanyaku.

Emir ketawa. "Satu saja, itu pun bukan declare pun. Ada crush saja,"

"Bila?"

"UiTM. Budak mass comm."

"Mesti cantik." Kalau budak Komunikasi Massa, mestilah cantik gila!

"Bolehlah.... Mel lagi cantik."

Aku tersengih. Emir kalau boleh memuji...!

"Kenapa setakat crush saja?"

Macam pelik pula Emir boleh ada hanya crush. Kalau dengan aku bukan main lagi mengurat sakan, sampai dapat!

"Abang Irfan cucuk jarum dulu."

Aku memandang Emir. Emir begitu bersahaja bercerita. "Irfan? Macam mana?"

"Abang Irfan budak UiTM juga dulu, tapi dia seniorlah. Dia budak Hotel Management. Emir ada cakap Emir ada crush dengan sorang budak ni, Emir tunjuklah dekat dia."

"Lepas tu?" Aku teruja mendengar cerita itu. Bukan teruja sebab Irfan, teruja sebab nak tahu apa yang terjadi,menjadi apa yang aku jangkakan.

"Next weeknya, Abang Irfan couplelah dengan budak tu. "

Aku terkedu. Kan betul! Aku agak dah. Gila! Sampai hati Irfan.

"Sekarang, Emir tak benarkan Abang Irfan buat macam tu lagi. Emir ingatkan dia dah bertunang, tak adalah sangkut dengan Mel. Kalau Emir tahu benda nak jadi macam ni, Emir tak suggest Mel kerja dekat hotel daddy. Seriously!" Emir seakan benar-benar menyesal.

"So, Emir nak suruh Mel berhenti?" tanyaku.

"Tak adalah macam tu. Tapi bila kita kahwin nanti Mel wajib berhenti. Jadi mem duduk dekat rumah, jaga makan pakai Emir, jaga anak-anak Emir."

"Jadi domestic engineer, ya? Nice job description"

Emir ketawa.

Aku pun ketawa.

"Emir yakin dengan Mel. Mel satu-satunya wanita dalam hidup Emir . Jangan sia-siakan cinta kita, ya sayang. Penat tau Emir mengurat Mel! Tapi cuba cerita dekat Emir, sejak bila Mel cintakan Emir?" tanya Emir. Wah, soalannya cepumas betul! Malulah nak menjawabnya. Lagipun kalau tanya pun sejak bila, mana aku tahu! Out of sudden!

"Cinta datang secara tiba-tiba."

"Ikhlas ke tak?"

Aku memukul lengan Emir. "Sampai hati Emir cakap macam tu dekat Mel." Orang cinta dia sungguh-sungguh, dia boleh tanya ikhlas ke tidak. Hampeh betul

"Sakitlah Mel"

"Kalau tak mahu Mel buat lagi, cakaplah bukan- bukan.....Menyakitkan hati saja."

"Alaaa busuk busuk-buah hati Emir ni. Merajuk pulak. Okey janji. Emir tak buat lagi. Sejak kita declared ni, Emir ni asyik merajuk saja. Nak kata pembawakan budak, tak pregnant pun!"

"Hesy, merapu sajalah!"

Emir ketawa.

Aku akan rindu ketawa itu dua minggu! Mesti bosan dengan mamat psiko itu nanti selama dua minggu ini. Macam manalah aku nak tempuh?

"Jangan risau, Emir akan call Mel setiap hari. Kalau Mel nak, setiap jam Emir akan call Mel. Banyak benda Emir nak pesan. Pertama, turun saja flight, inform ibu, abah dan Abang Emir ni. Kedua, masuk saja hotel nanti mesej Emir nombor bilik Mel. Ketiga... make sure bilik selalu berkunci dan selak pintu. Keempat, update Emir setiap hari, Mel sihat ke... Mel sakit ke... Mel tak lalu makan ke atau Mel rindu Emir ke...."

Aku ketawa. Macam tahu-tahu sahaja apa yang tersirat di dalam benak aku ini.

Emir tersenyum.

"Kelima, jangan rapat rapat sangat dengan Abang Irfan tu. Kalau dia buat apa-apa dekat Mel, mesej Emir cepat -cepat dan yang keenam dan paling penting, handphone make sure on and full of bateri! Ingat sayang? "

"Ya sayang, Mel ingat!"

"Aduh... bertuahnya badan. Ini yang buat Emir nak ikut jugak ni." Emir mengurut dadanya.

Aku ketawa. Gatal merenyam tak bertempat! Nak ikut duk di mulut saja, tapi tak ikut-ikut pun. Menyampah!

Emir seperti tidak boleh membuat keputusan sendiri, mesti akur cakap daddy. Aku tidak tahu itu rasa takutkah atau rasa hormat? Setahu aku dia memang sedang banyak kerja, banyak kerja di butik... bukan di hotel. Tetapi entahlah! Tidak ikut pun tidak apalah, pandailah aku jaga diri. Irfan itu orang juga, apalah sangat yang dia boleh buat? Kemampuan aku ni, dia bukan tahu pun! Sekali aku bagi, berterabur gigi.

------

Kami sampai di KLIA kira-kira jam lapan setengah pagi. Aku terawal lebih kurang dua jam jugalah. 'Masak' aku nak duduk di KLIA ini sampai dua jam, flight pukul sepuluh setengah pagi ke Jakarta. Aku inform abah dan ibu sebaik sampai. Kalau aku naik kereta api dari Ipoh ke sini pun lebih kurang sama sahaja. Kalau jam sebegini, Irfan sudah sampai kut!

"Check in lagi sejam, Mel nak pergi mana dulu?"

"Lepak dekat McD?"

"Kita angkat beg siap-siap, ya sayang? Nanti tak perlu patah balik."

Aku mengangguk. Sayang pi, sayang mai... aduh, sejuknya hati! Aku menolong Emir memunggah begku.

Tidak banyak mana, cuma satu beg baju dan satu lagi beg galas. Beg galas aku ini ada tiket, pasport, netbook dan buku sketch aku. Itu pun Emir kata berat. Memang mengada Emir ni!

"Ni beg sapa?" tanyaku

"Mana?"

"Ni...." Aku menunjukkan beg galas berwarna merah yang terdapat di dalam keretanya.

" Beg emergency Emir." Emir tersenyum.

"Lagi over! Beg emergency apa ni, macam nak pergi travel"

"Orang ni fashion designer, of courselah beg kena gempak! "

"Eleh..... "Tidak ada sangkut paut pun! Aku mencebik. Aku menggalas beg galasku, Emir menariknya dan menggalas ke bahunya pula. Ikut sukalah, Encik Emir...... Lagilah aku relaks. Dia menolak beg bajuku yang beroda.

"Jom." Emir menyuakan tangannya kepadaku.

"Buat apa?"

"Peganglah."

"Hesy... merepek!" Aku menolak tangannya.

"Ooo... depan Abang Irfan boleh pegang pegang!
Hipokrit rupanya Mel ni."

Aku ketawa. " Bukan hipokrit, cari tempat selamat."

"Eleh...."

Dia meniru gaya aku mencebik. Sengaja betul Emir tau! Demi menjaga hatinya, aku hanya memegang lengannya. Nasib dia pakai kemeja lengan panjang dan disingsing sehingga ke separuh lengan.

Emir tersengih, suka.

"Lagi seronok naik kereta dengan Emir ke naik flight dengan Abang Irfan?"

"Apa punya soalan daaa...."

"Soalan selamat."

"Eleh...."

"Mel buatlah bibir macam tu.... Suatu hari Adam terlebih geram, Emir cium kang!"

Aku tersentak. Amboi, Encik Emir ni! "Buatlah Mel cubit sampai lumat!"

Adam ketawa. "Mel ni garang betullah."

"Yang garang nilah, yang Emir nak. Kejar-kejar sampai dapat!"

"Amboiii... kata kita, dia tu?"

"Apa Mel pulak! Sekarang siapa kejar siapa ni?"

"Abang Irfan kejar Mel, Mel kejar Emir lah!"

"Perasan...!"

Emir ketawa. Dia jelas nampak gembira berbanding aku yang sekejap lagi akan meninggalkan bumi Malaysia bersama orang yang aku benci. Huishhh... jangan benci nanti sayang! Hindarkan, jauhkanlah Ya Allah.... Perasaan aku ini hanya untuk Emir Harith Zakuan sahaja. Aku dan Irfan bukannya aku benci, tetapi mengamalkan konsep safety first! Yerks... Melisa Karissa tukar statement. Gilalah! Kekasih hati di sebelah, otak aku boleh menerawang kepada Irfan pula.

Kami berjalan beriringan ke McDonald's berdekatan dengan balai berlepas antarabangsa. Sampai di meja. dengan pakaian kasualnya, jaket Camel berwarna coklat,T-shirt berwarna putih belang belang oren dan berseluar jean mendekati kami. Sempoi! Tetapi yang nyatanya, gaya Emir lebih menarik perhatianku. Aku berlindung di sebalik tubuh sasa Emir yang lebih tinggi. Emir memandangku dengan senyuman.

"Cepat cari tempat selamat..." bisik Emir. Hampeh! Saat kritikal macam ni dia boleh jadi pak lawak. Emir ni memang betullah!

"Hai bang! Dah lama sampai ke?"

"Tak, baru saja."

"Good... dah breakfast?"

"Tengah nak order. Korang dah makan?" tanya Irfan kembali

"Sudah, di rumah Yang," jawab Emir.

Irfan mengangguk. "So, abang order dululah. Emir nak apa-apa ke? Sa?"

Irfan memandang aku. Aku cepat menggelengkan
kepala.

"Tak apa, nanti kita orang order," ujar Emir cepat.

Irfan berlalu ke kaunter.

"Mel boleh tak buat macam relaks sikit, jangan nampak macam takut-takut sangat. Nanti Abang Irfan ingat Mel dah tahu pulak taktik dia tu nak merampas Mel dari Emir."

"Hesy, tak bolehlah. Rasa kalau nampak dia, mesti nak cabut lari, berkerut dahi, muka jadi masam, automatik reflekslah!"

"Buat macam Emir ni ha... sempoi aje." Sempoi konon! Kalau dah kena kebas, sempoi ke mana... apa ke mana!

"Hmmm... okey, okeylah!"

"Kata paling terror buat bodoh. Macam Mel
buat dekat Emir dulu tu, hah... buatlah macam tu dekat Abang Irfan."

"Itu kalau kita tak tahu perasaan dia pada kita bolehlah Mel buat! Ini dah terang-terang cakap,
mana nak buat? Mel bukan pelakonlah!"

"Buat bodoh sajalah."

"Ya sayang. I'll try my best."

"That's my sweetheart."

Aku tersenyum. Nak buat bodoh macam mana hah? Dia bos aku, macam mana nak buat? Macam ni kecil punya hal, takkan kau tak boleh settle, Mel? Akal dan hatiku mula kembali berdebat.

Irfan datang mendekat dengan dulang di tangan Aku mengemas meja supaya Irfan boleh meletakkan makanannya di atas meja itu. Aku tengok muka Irfan tenang sahaja. Tidak sangka muka baik, perangai buruk! Serta-merta aku teringat budak mass comm yang Emir ada crush dulu .Tidak sangka betul! Padanlah suka ambil hak orang, sekali bila hak sendiri kena ambil... menangis, meratap berhari-hari. Sekarang tidak serik juga, masih nak ambil hak orang. Isy... macam-macam hal!

"Coffee? Nak burger tak sayang?"

"Coffee saja, sayang. Mel tak mahu burger."

Sengaja aku menekankan perkataan sayang itu. Tetapi Irfan buat tidak tahu juga. Gila tebal muka dia ni, beratus inci kut?

Emir tersengih, dia tahu aku tengah berlakon.

Humpeh tul....! Emir bangkit dari kerusi dan terus ke kaunter.

Aku memandang ke bawah, ramai yang masuk beratur di kaunter balai berlepas antarabangsa. Pergi ke mana ya depa semua ni, banyak betul duitnya? Ingatkan ekonomi kita tidak berapa stabil, jaranglah orang ke luar negara, ramai aje ni?

"Di Jakarta nanti, Sa ada banyak masa untuk fikirkan pilihan hati Sa yang mana satu, sama ada Irfan atau Emir tanpa sebarang gangguan daripada Emir"

Aku memandang Irfan, mengerut dahi. "Encik Irfan bercakap dengan saya ke?"

"Jangan buat tak dengarlah, Karissa. Of course I am talking to you, there's no one else here."

"The decision has been made. Emir dan hanya
Emir."

"Sebab awak tak pernah cuba mengenali saya, Sa. Cuba awak buka sedikit ruang hati awak tu untuk saya. sekejap pun jadilah. Dua minggu ini contohnya, awak akan tahu betapa ikhlasnya hati saya untuk awak, Sa," ujar Irfan bersahaja

Aku terdiam, sabar ajelah! Aku tidak faham macam mana manusia jenis macam ini wujud dalam dunia ni.

"Kerja gilalah!" Aku separuh menjerit.

"Mel?"

Terkejut aku apabila tiba-tiba Emir muncul disebelah ku.

"Kenapa?" tanyanya lagi.

"Encik Irfan ni errr.... "Tidak berani aku hendak meneruskan ayatku apabila Irfan memandangku tajam.

"Kenapa bang?" tanya Emir.

"Tak ada apalah. Abang suruh dia sketch hotel d Jakarta tu nanti, abang nak tiga drawings. Dia kata itu kerja gila."

"Wah... pandai melawan bos sekarang Mel ni ya."Emir mencuit pipiku.

"Mana ada! Bos kalau perangainya dah tak betul
patut dilawan saja..." ujarku sinis.

Irfan hanya ketawa. Kurang asam! Berani pula kau takut dengan Emir. Belakang Emir kemain lagi bersuara aku nak cakap kau tak bagi. Darahku mencanak naik .Jantungku terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah akibat kemarahanku yang berapi.

Aku menghirup kopi di hadapanku. Huish... lega!Geram betul aku melihat gelagat Irfan berbual senang dengan Emir. Aku tidak dengar apa yang dibualkan sebab fikiranka melayang ke tempat lain. Aku masih berfikir, apalah yang akan terjadi dalam dua minggu akan datang ini. Macam manalah aku nak menghadapinya.

"Dah, jom check in. Leka berbual sampai tak sedar dah sampai waktu," ujar Irfan.

Irfan mengambil beg galasku yang aku letakkan di atas meja. Emir sudah memegang beg bajuku. Amboi, sampa dua bodyguard aku!

"Eh tak apa... biar Emir angkat, bang" Emir menarik beg itu dari tangan Irfan. Irfan mulanya enggan menyerahkannya, tetapi diberikan juga akhirnya macam acuh tak acuh.

Bukan berat pun beg tu, aku boleh bawak, tak payah susahkan korang berdua. Emir memegang tanganku aku tersenyum. Kami meninggalkan Irfan di belakang.

"Cari tempat selamat ke?" bisikku.

"Bagi buah hati rasa selamat."

Aku ketawa.

"Kalau betul nak bagi buah hati rasa selamat, Emir kena ikut Mel lah!" Aku sudah mula nak merengek!

"Kalau boleh, Emir memang nak ikut. Tapi tak bolehlah sayang, I have a lot of work to do. Sejujurnya, Emir rasa takut jugak nak lepaskan Mel pergi ni. Tapi selagi cinta kita ni kuat, jauh mana pun kita pergi, Mel ingat Emir, Emir ingat Mel selalu. Tadi tu bukan Emir tak dengar, Emir dengar, saja aje Emir buat tak dengar. Geram betul rasanya...."

"Tahu tak apa!"

Sampai di kaunter, aku check in masuk sekali dengan Irfan. Aku melihat tempat duduk aku bersebelahan dengan Irfan, aku mahu minta diubah tetapi sudah dicetak. Ini Irfanlah punya kerja, dia cepat sahaja mengambil tiket dari tanganku. Usai prosesnya, aku, Emir dan Irfan berlalu ke balai berlepas antarabangsa.

Irfan bersalam dengan Emir. "Kirim salam dekat mom dan daddy. In two weeks, I will becoming back here. Don't worry, Karissa is in good hands."

Emir senyum bersahaja.

In good hands otak dia!!! Ini serupa macam keluar mulut buaya, masuk mulut naga, tercampak masuk mulut dinosaur tau!

"Takpe, saya boleh jaga diri sendiri, Encik Irfan. Tak perlu susah-susah," sampukku.

Aku sudah besarlah! Paling jauh pun aku nak
pergi ke mana? Duduk dalam hotel sahaja, menyudahkan kerja. Nak shopping di Jakarta pun, Kak Zara kata paling best di Bandung! Siapa nak bawa aku hingga ke sana? Irfan? Hmmm... takpelah. Duduk hotel sajalah! Kang dia bawak aku entah ke mana hala pulak!

"I know you will, dear. Call me if anything. Make sure enam benda Emir pesan tu, Mel buat semuanya."

"Okey bos."

"I love you always. Emir mesti rindu Mel. "Mulalah dia nak bernada sebak.

"Mel juga. Dua minggu saja. Pejam celik, pejam celik, dah dua minggu pun. Tolong tengok ibu dan abah jugak tau, abang ngah tak ada minggu ni..." ujarku. Aku pula nak sebak.

"I will. Apa-apa, Emir update."

"Jom, love birds.... Kita dah lewat!" sampuk Irfan. Dia menunjukkan jam di pergelangan tangannya.

Aku memandangnya, mencebik. Menyusahkan hidup aku!

"Bye sayang..." ucapku. Aku jadi sedih.

"Bye sayang," ucap Emir pula. Emir jadi sebak. Aduhai... macam ini agaknya sewaktu Emir pergi ke Vietnam. Rasa sebak di dada. Husy... kena tahan ni, kalau tidak banjir pula airport.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam, aku mengucup tangannya. Dia mengucup tanganku kembali dan menjawab salamku. Nasib baik bersarung tangan. Entah, aku rasa sejuk macam nak pergi London!

Sambil turun dari eskalator, aku melambai-lambai ke arah Emir, sampailah Emir hilang daripada pandangan.

Hilang sahaja daripada pandangan tidak bermakna hilang daripada hati! Apa hendak jadi dengan Irfan, biarlah dia dengan perasaannya sendiri.

"Ya Allah. Ya Tuhanku... kalau Emir itu benar jadi milikku, tetapkanlah hatiku. Jauhkanlah anasir buruk dan jahat, dengki khianat yang mahu melihat hubungan kami huru-hara. Tumbuhkanlah kasih sayang antara kami sehingga akhir hayat, amin!" doaku di dalam hati.

Di dalam perut kapal terbang, tidaklah ramai sangat penumpang. Ada juga tempat duduk yang kosong. Aku sudah berteka-teki di mana yang aku hendak duduk nanti. Tidak mahu aku duduk di sebelah Irfan. Bukan tidak tahan godaan lembut suaranya, sayu matanya... tetapi tidak tahan hendak mendengar desakannya.

"Nak duduk tepi tingkap ke kat luar?" tanya Irfan

"Luar"

Senang aku hendak cabut nanti!

Irfan meletakkan beg aku dan dia di bahagian atas, kemudian dia masuk duduk di tempatnya. Nasib ada tiga kerusi, dia duduk di hujung dan aku di tepi. Di tengah-tengah aku biarkan kosong! Kalau dia tidak malu, dia duduklah di tengah. Eleh muka tak malu dia ni, apa ada hal...! Aku terus duduk di tempatku. Dia memandangku, aku buat tidak tahu.

"Siapa nak duduk di tengah?"

"Siapa yang nak datang nantilah."

"Kalau tak ada, syaitanlah duduk!" kata Irfan.

"Syaitan yang duduk dah banyak, biarlah berdiri pulak."kataku sambil meletakkan majalah di atas kerusi tersebut.

Irian tersengih.

Apalah yang aku cakap membuatkan dia tersengih, tersenyum meleret. Menyampah pula rasanya.

Ketika kapal terbang mahu berlepas, aku segera mematikan telefon bimbitku seperti arahan pramugari. Sempat aku melihat gambar terkini Emir di skrinku dengan senyumannya, membuatkan aku tersenyum, Sudah terbit rasa rindu ini, macam mana ni?

"Nak sweets?" Irfan mempelawa aku.

Aku menggelengkan kepalaku. Macam budak ke sakit telinga makan gula-gula. Telan air liur sahaja masalahnya?

"Harap Sa enjoy my accompany during our trip to Jakarta nanti. Banyak tempat Irfan nak bawa Sa jalan jalan tenangkan fikiran. Kita ke Bandung naik train, it's quite fun Mana tahu rasa naik train Ipoh ke KL lain, train Jakarta le Bandung lain pulak," ujar Irfan bersahaja.

"Hah??? Bukan kita ke sana buat kerja ke?"

Jalan-jalan ke mana pula? Bukan datang Jakarta hendak buat kerjakah? Terperanjat beruk aku dibuatnya. Ini memang sengaja dirancang oleh Si Irfanlah maknanya Bukan arahan GM. Pandai dia beritahu waktu kapal terbang sudah berlepas ya.... Kalau tadi masih belum take off, aku sudah menjerit macam cerita Hindustan yang Si Kaj menjerit sewaktu dia takut naik flight, nak surprised sang kekasih!

"Sambil menyelam, minum air."

"Kalau macam tu cut off the trip, booking the next flight balik to Malaysia as soon as I finished my work."

"Awak bos ke saya bos?"

Aduh! Aku menepuk dahi. Itu soalan yang memang jawapannya paling sukar hendak terbit daripada mulut aku. Of courselah dia bos dan aku ni pencacai, tetapi mana boleh buat sesuka hati mak bapak dia! Akukan manusia, ada hati ada perasaan, sungguhpun pekerja bawahan.

"Ini sudah lebey, Encik Irfan. Encik Irfan ni memang tak makan saman agaknya! Saya dah kata, saya dengan awak tak mungkin dan tak akan berlaku apa apa antara kita. Jangan janji bintang, bulan dan matahari dengan sayalah, Encik Irfan."

"Okay, fine. Saya nak tahu apa sebabnya awak suka sangat pada Emir dan tak suka sangat pada saya? Bagi saya sepuluh sebab, kalau banyak sangat, lima sebab! Why. Karissa? "

Irfan memandang aku. Aku pening, apalagi mahu fikir.... Aku, tuan punya badan sudah buat keputusan, apa nak lagi? "Isy... tak perlu sebablah. Banyak lagi benda nak fikirlah."

"Kalau macam tu, kita kawan. Kita tengok siapa dengan awak lebih serasi, saya atau Emir. Mungkin di mata awak, awak rasa Emir sebab Emir lebih rapat dengan awak berbanding saya. Bagi saya peluang pula, Sa. Mana tahu, hati awak tu lebih milik kepada saya?" ujar Irfan bersungguh- sungguh.

Aduhai! Manalah letaknya malu seorang lelaki ni? Di huruf L ke... di huruf I ke??? Apa yang kau merepek ni, Melisa Karissa? Kau ingat ini cerita Nujum Pak Belalang ke?

"Saya janji saya hanya menjadi kawan, saya tak akan cakap pasal perasaan. Awak boleh menilai saya dari itu! Saya janji Sa, dua minggu saja..." rayu Irfan.

"Banyak lagi perempuan lain yang nak dekat awak.Kalau awak tu petik jari sekali, bukan sepuluh... mungkin dua puluh yang datang! " kataku.

"Tak sama dengan awak, Melisa Karissa," ujar Irfan .

Aku tidak tahu lagi hendak berkata apa. Kadang-kadang aku.... haihhh... soal hati ni payah nak cakaplah!

"Bagi saya lima sebab kenapa saya jadi pilihan hati awak?" Aku mahu tahu juga, apa sebab-musabab dia memilih aku instead of wanita lain.

"Satu, awak cantik di mata saya, dua... awak serne-serbi boleh, tiga... awak datang dari keluarga yang baik-baik empat... pegangan agama yang kuat dan kelima, ramah tapi garang. Pertama kali saya nampak awak, wajah awak memang tak boleh hilang dari mata saya sehinggalah saya terjump awak dengan Emir sewaktu awak ditemu duga dengan saya. Itu saya tanya, awak ada apa-apa ke dengan Emir, awak kata kawan. Tiga kali saya tanya awak, Sa.... Kali ketiga saya bajet awak cakap kawan, saya nak serius jugak dengan awak macam mana pun, tapi awak kata yang saya tak expected. Kalau awak di tempat saya, apa perasaan awak?"

Aku terdiam, Kalau aku di tempat dia?

"Emir bukan saingan. Ini bukan medan untuk bersaing, trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik-beradik bergaduh. Kalau dari awal saya tahu macam saya tak dekat dengan sesiapa pun, Emir ataupun awak."

"Kalau cara macam tu awak cakap Sa, awak tak ikhlas memilih Emir. Awak pilih Emir sebab saya sesak awak untuk pilih saya. Jadi cara selamat bagi awak adalah awak terima Emir. Betul, kan?"

Aku terdiam. Kenapa pula aku pilih Emir sebab Irfan? Kenapa tiba-tiba ada ragu dalam hati ini? Irfan sangat licik! Jangan cepat terpedaya, Melisa Karissa. Kau pilih Emir sebab kau memang cintakan Emir. Kau sendiri yang menilai tiga belas tip jatuh cinta, kan....? Kau dah buat benda tu dan hampir semuanya betul, kan? Kau sendiri sayang Emir tanpa paksaan, kau sendiri buat keputusan untuk menerima Emir. Kalau Emir tak ada... kau mati, Melisa Karissa!

Aku terasa macam ada dua pari-pari duduk di bahu kiri dan kananku. Satu pegang tongkat bermuka jahat, satu lagi memegang kayu sakti bermuka baik. Aku jadi buntu!

"Tak betul. Encik Irfan bukan ahli nujum yang tahu apa perasaan saya pada Emir. Ikhlas ke... tak ikhlas ke, hanya saya yang tahu. Saya tak mahu cakap lagi pasal ni. Ya saya buat keputusan, kita boleh kawan... tapi peluang itu tak ada sebab kuota perempuan kahwin dengan lelaki dah penuh. Tempat itu dah diisi, Encik Irfan. Mintak maaf, awak lambat dua minit saja, macam mi Maggi..." ujarku selamba.

Aku mengambil earphone yang terletak di kerusi sebelahku dan meletakkan di telinga. Aku belum menaikkan volume bunyi, aku mendengar kata-kata Irfan.

"Awak ni memang degillah, Sa! Tapi tak apa, kalau Emir boleh buat awak jatuh cinta... saya pun boleh juga. Kita engok nanti..." ujar Irfan.

Aku jadi takut tiba-tiba apabila melihat Irfan gini nekad. Balik nanti aku berhenti kerjalah, senang cerita! Untuk tinggalkan Emir.... tidak mungkin itu terjadi. Untuk bersama dengan Irfan... berdoalah agar itu tidak langsung ung terfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience