Bab 12

Drama Completed 10175

Emir menjemput aku tepat pada waktunya. Aku memakai gaun labuh berlengan panjang berwarna kelabu. Reben hitam di pinggang, aku ikat ke belakang. Gaun yang diberikan kepadaku. Aku juga mengenakan selendang berwarna kelabu dengan bunga- bunga hitam serta putih. Semua keluargaku pergi juga, menyokong Emir.. tetapi aku pergi awal sedikit kerana Emir mahu melihat model-modelnya bersedia di belakang pentas.

Pujian Emir tidak henti-henti diluahkan kepadaku. Aku hanya tersenyum. Bagi aku biasa sahaja, dia yang puji lebih-lebih. Cantik tang mana entah, aku pun tidak tahu. Cantik tang baju... dia yang jahitkan!

"Mel, awak duduk dekat meja saya dulu, nanti saya datang balik. Saya nak pergi tengok dia orang kejap."

Aku lantas duduk di kerusi Emir. Di atas mejanya terdapat gambar aku dengan dia sewaktu majlis perkahwinan yop. Aku tersenyum sendirian. Aku sendiri tidak letak gambar dia pun di mejaku, gambar siapa-siapa pun tidak ada. Gambar keluarga pun tidak ada. Hanya gambar Superbikes Ducati 848 Evo pujaan aku sahaja yang menghiasi wallpaper komputerku. Jiwa Emir ini jiwa romantis juga agaknya. Takkanlah dia tidak ada girlfriend dulu? Aku tidak percaya dia tidak ada girlfriend. Dekat dua bulan aku kenal dia, kami tidak pernah pula cerita pasal itu. Emir pun tidak pernah cakap, aku pun tidak mahu ambil tahu. Siapalah aku ini nak tahu semua itu.... Kawan, kan?

"Mel, termenung?"Emir mengejutkan lamunanku.

"Tak adalah. Dah siap ke?."

"Dah, almost ready. Jom saya tunjukkan awak belakang pentas."

Aku bingkas bangun. Aku mengikut Emir ke belakang pentas. Sibuk gila! Ada yang tengah mekap, ada yang tengah siap, ada yang tengah nak pakai baju, ada yang tengah set rambut, huish... pening kepala mak cik!

"Emir! I rasa baju ni besar, kena kecilkan ni!" Seorang model tiba-tiba datang.

Gediknya! Tidak lalu aku melihatnya. Emir memandang aku, aku senyum kelat. Macam-macam jenis manusia!

"Somebody, please handle it! I'm bringing a VIP over here!" jerit Emir.

Datang seorang staf Emir dengan badan penuh
jarum menghampiri model itu. Selesai masalah. Emir menarik tanganku. Dia segan agaknya melihat keadaan itu di hadapan ku. Emir memperkenalkan aku dengan pengurus peribadinya, tukang itu, tukang ini, ramai betul staf yang membantunya. Aku bukan boleh ingat semuanya. Akhirnya, Emir membawa ke tempat duduk aku di hadapan pentas Ibu, abah dan semuanya telah ada. Aku duduk di sebelah ibu. Sebelah kiri aku, Emir. Aku bertanya padanya apakah Datuk Zakuan dan Datin Hajar tidak datang? Dia hanya menggelengkan kepala. Wajahnya menggambarkan kesedihan. Aku tidak mahu bertanya lagi. Hari ini hari Emir, aku kena menggembirakannya! What a friend is for, then?

Irfan datang lima minit selepas aku duduk di tempatku. Di sebelahnya seorang perempuan cantik. berambut panjang sehingga ke bahu.

Emir memperkenalkannya kepadaku. "Mel, ini
tunang Abang Irfan. Farah Atalia." Aku bersalam dengan si cantik manis bernama Farah Atalia.

Irfan di sebelah hanya memandang. "Melisa Karissa." Aku memperkenalkan diriku.

"Girlfriend Emir!" Emir menyampuk.

Aku sudah biasa, namun rasa nak marah itu tetap ada. Sesiapa sahaja yang diperkenalkan kepadaku, mesti dia cakap aku girlfriend dia. Selalu sangat sampaikan aku sudah tidak kuasa nak marah. Marah pun tidak ada gunanya dengan Emir. Kalau marah, lagi dia buat. Oleh yang demikian, reda sajalah.

"Cantik orangnya," puji Farah Atalia. Aku hanya tersenyum. Emir turut memperkenalkan Irfan kepada seluruh ahli keluargaku. Macam keluarga dia pula.

Tempat duduk mulai penuh. Emir bangun berjumpa dengan rakan media, kawan-kawan dan pengkritik fesyen. Majlis sudah bermula, Emir duduk semula di sebelahku. Dia begitu teruja.

"Saya ada surprise untuk Mel." Emir berbisik.

"Ye ke? Apa dia?" Aku pula jadi teruja.

"Tengok nanti."

"Ada-ada ajalah Encik Emir ni!"

"Kenapa awak tak pakai sarung tangan yang saya bagi tu? Saya jahit manik lagi atas tu."

"Nak buat apa?"

"So I can hold your hand all night...." Aku tersenyum.

"Mengadalah!"

Emir tersengih.

Irfan memandang aku tiba-tiba. Dia dengarkah lawak bodoh Si Emir itu? Kalau dia mendengar, apa salahnya. kan? Bukan waktu pejabat pun!

Aku melihat daripada satu peragaan kepada satu peragaan yang dipersembahkan. Memang cantik koleksi musim bunga yang Emir buat, macam dalam gambar yang dia tunjukkan kepada aku dulu. Setiap satu yang keluar. mendapat tepukan. Banyak yang mengambil gambar, Emir sangat seronok.

"Okey, lepas ni... awak tengok ya. Khas untuk
awak." bisik Emir ke telingaku. Aku rasa suara Emir romantis gila malam ini. Boleh meruntun jiwa kalau tidak kawal.

Kemudian satu peragaan yang lain pula keluar.
,masih koleksi musim bunga tetapi Muslimah! Aku teringat idea yang aku berikan dulu semasa duduk melepak di hadapan kedai bunga sewaktu Encik Shadan memarahi aku kerana mencari kerja yang baharu. Aku tersenyum.

"It's a great surprise!" Aku menepuk-nepuk bahu

Emir tersenyum. "Terima kasih."

Aku jadi terharu. Tiba-tiba aku terasa aku adalah sebahagian daripada dirinya. Erkkk... Melisa Karissa, apakah kau sudah jatuh cinta? Tidakkk...! Nehi...!

Selesai peragaan, Emir naik ke atas pentas. Dia memberikan sedikit ucapan dan aku benar-benar bangga dengannya. Ibu dan abah semuanya seronok. Abah tidak pernah suka tentang fesyen tetapi Emir punya hal, abah support gila! Aku pun pening dengan keluarga aku sejak Emir hadir. Lain macam pembawaannya.

Malam itu aku balik agak lewat. Mulanya aku nak balik dengan abah, tetapi abah suruh tunggu Emir selesaikan kerjanya. Emir banyak ditemu bual malam itu dan melayan beberapa bakal pembeli yang terdiri daripada pemilik-pemilik butik. Emir juga bergambar dengan model- modelnya. Aku tidak mampu untuk melihat betapa gediknya perempuan-perempuan itu. Cemburukah aku???

"Tak nak balik lagi?" tanya Irfan. Dia memberikan aku segelas air oren.

Aku mengambilnya. Tiba-tiba rasa haus tengok Emir dipeluk-peluk orang lain. Geram dan seksa rasa jiwa raga ini!

"Tunggu Emir kejap. Encik Irfan pun tak balik lagi?" tanyaku, sengaja memulakan bicara daripada asyik tengok gelagat perempuan-perempuan yang gedik itu.

"Tunggu Farah. Dia nak beli salah satu koleksi Emir. "

"Oh! Dia suka fesyen?"

"Dia tu model. Of course she likes fashion, fashion maniac!" kata Irfan sambil tergelak.

Pertama kali aku melihat Irfan tergelak. Entah apa yang mencuit hatinya, aku langsung ikut tergelak.

"Ya, orang ni macam-macam jenis!"

"Awak cantik malam ni, Sa. Awak tak perlu jadi model pun, dah cukup cantik."

Aku tergamam. Betulkah apa yang aku dengar ini?

"Encik Irfan ni perli sayalah." Aku mengelak dia berbicara tentang aku. Aku tahu aku cantik, tidak perlu cakap banyak-banyak! Arghhh... perasan Melisa Karissa ni!

"Kalau kita di luar waktu bekerja, awak panggil saya Irfan aje. Saya bukan bos awak dua puluh empat jam," ujar Irfan bersahaja.

"Memang bukan dua puluh empat jam bos saya, tapi bayangan bos tu tetap ada."

Irfan tergelak lagi.

Aku suka dengan ketawa Irfan. Yelah jarang-jarang nampak, sekali ketawa macam mempesonakan. Isy... aku ni macam-macamlah!

"Kenapa macam tu pulak, Sa? Awak takut ke
dengan saya?"

"Serius sangatlah awak tu, Encik Irfan. Semua orang takut! Saya sendiri pun takut."

"Sekarang?"

"Okeylah. Tak nampak fense sangat."

"Biasalah... awak tak jaga hotel, tak jaga staf. Cuba awak jaga? Tak berkerut dahi awak macam saya ni?" Aku ketawa.

"It's a good point!"

Rupa-rupanya ketawaku mendapat perhatian Emir. Emir memandangku tajam. Aku buat tidak tahu sahaja .Rasakan! Dia seronok dengan orang lain, takkan aku tidak boleh berseronok dengan orang lain juga?

"So, bila Encik Irfan nak kahwin?"

"Irfan!" tegur Irfan.

"Bila Irfan?" tanyaku lagi. Sebenarnya aku tidak tahu lagi hendak bertanya apa. Sengaja aku cari soalan lain supaya Emir nampak aku berbual sakan dengan Irfan Biarkan dia....

"Saya pun tak tahu, Sa. Sama ada saya masih berjodoh dengan dia atau tak."

"Hah? Bertunangkan dah lama...?"

"Iya, belum pasti tunang lama tu akan menjadi suro rumah saya nanti."

"Oh... okey!"

Macam tu pulak...! Aku malas nak tanya lebih lebih. Nanti jadi sesi luahan perasaan pulak! Dah nama pun mamak jiwa kacau....

"Sa dengan Emir...?" Baru Irfan nak bertanya...

"Kenapa Sa dengan Emir, bang?" sampuk Emir tiba-tiba, sudah berada di hadapan aku. Bukan boleh sebut nama dia ni, tup-tup ada! Aku memandang Irfan. Aku hendak juga tahu soalan Irfan yang tidak habis itu....

"Sa dengan Emir bila lagi?"

"Oh... tunggu Sa. Emir okey."

"Apa pulak saya!" Aku memukulnya.

Emir tergelak. Sengaja meletakkan semua persoalan di atas bahuku. Walhal aku dengan Emir... masih misteri!

"Emir sibuk sangat. Abang hantarkan Karissa balik. Nanti Emir tolong hantarkan Farah balik. Okey?" ujar Irfan.

"Hah???" Emir terjerit.

Aku melihat wajah Emir berubah. "Tapi bang..."

"Eh, tak apalah.... Saya balik dengan Emir. Tak perlu susah-susah. Saya tunggu Emir sampai selesai. Lagipun esok bukannya kerja."

Jawapan aku melegakan Emir. Aku tahu, kalau aku tidak menyampuk, mesti aku akan balik dengan Irfan. Emir itu seperti yang aku ramal, tidak pernah rasa hendak kata 'tidak' kepada abangnya itu.

"Sayang, lagi lima minit saja. Nanti kita balik," ujar
Emir berlalu, kembali bersama pihak media yang lain.

"Kenapa awak tak mahu saya hantar awak balik?"

"Tak apalah Irfan.... Sayakan datang dengan Emir, masakan saya balik dengan awak pulak."

"Takut Emir marah?"

"Tak adalah. Emir mana pernah marah!"

"Darling... I dah siap! Jom kita balik. 1 dapat diskaun tau! Syoknya L..." ujar Farah Atalia, memeluk bahu Irfan dengan mesra.

Irfan tersenyum.

"Okay. We all balik dulu. Betul, awak tak nak kami hantarkan?" tanya Irfan sekali lagi.

"Tak apa," balasku. Aku hanya senyum.

Aku bersalam dengan Farah Atalia. Dia mencium pipi kanan dan kiriku. Manja betul orangnya, sayang Irfan tegang macam tu. Macam tunggul! Aku melambai mereka pulang. Aku menunggu Emir lagi. Aku keseorangan kembali. Aku bangun berjalan-jalan di hadapan lobi. Susah juga berkawan dengan selebriti!

Aku duduk di sofa depan lobi. Jauh sedikit dari pentas yang aku reka. Aku boleh melihat Emir dari sini. Di sebelah aku ada kanak-kanak comel sedang menikmati aiskrim. Sudah tengah malam, masih makan aiskrim? Manalah mak bapak dia ni?

"Auntie, you want some?"

"No, thank you. Where are your parents?" tanyaku. Kanak-kanak perempuan comel itu menjongket bahu.

"What is your name then?"

"Sarah Jazmine."

"Nice name."

Cantik namanya, seperti orangnya. Muka comel macam anak mat salih. Mana pula mak bapak dia ni? Aku nak pergi ke kaunter, nak suruh panggil mak bapanya.

tetapi...

"Sarah, papa cari Sarah!"

"I have told you.... Sarahkan tengah makan aiskrim ni. Papa, you want some?" Kanak-kanak itu menyuapkan sesudu aiskrim ke dalam mulut papanya yang terbuka itu. Bersungguh-sungguh anak perempuan itu menyuapkan aiskrim itu ke dalam mulut papanya.

Aku tergelak. Comot sampai terkena hidung! Kanak-kanak itu pun tergelak juga.

"Comot ke?"

Aku mengangguk.

"So yummy."

Lelaki itu mengesat kekotoran di hidungnya.

Anaknya gelak sakan. "Terima kasih sebab tengokkan anak saya." Dia mengusap kepala anaknya.

"Tak ada apalah."

"By the way, saya lan Zulkarnain." Lelaki itu menghulurkan salam.

Aku hanya mengangguk sambil memberitahu
namaku. "Sorry...."

"It's okay."

Lelaki itu agak pelat berbahasa Melayu, tetapi dia masih juga berbahasa Melayu. Kalau melihat wajahnya, dia memang bukan orang Melayu. Mat salih juga ni. British ke Rusia ke....? Mesti tetamu hotel ini!

"Visitor?" tanyaku.

"Nope, I live here. Saya ada medical conference dekat atas, just finished." Aku mengangguk-angguk. Aku bangga orang putih nak bercakap bahasa Melayu. Salutelah!

"Macam mana dengan awak?"

"Saya kerja di sini."

"Wow...! Hotel ini sekarang lebih cantik berbanding sebelum nie. "

Aku tersenyum. "It is my work. "

"So, I admire your job then. Good!" kata lan Zulkarnain sambil tersenyum.

Aku tergelak. Emir menggamit aku dari jauh. Aku meminta diri lantas mendapatkan Emir.

"Dengan siapa Mel cakap tu?"

"Oh... Ian Zulkarnain dengan anak dia. Sarah Jazmine. Saja berbual-bual, tak ada apa."

"So sorry.... Jom balik. Sure abah marah Mel sebab balik lambat."

"Tahu tak apa!"

Nak sahaja aku memarahinya. Tetapi melihat Emir yang keletihan, aku tidak jadi melampiaskan marahku ini. Ini hari dia, kan... kasi can!

"Tak apa... abah marah saja, saya jadi perisai." Emir mendabik dadanya. Berlagak!

Aku tersengih. "Yelah tu!"

"So sorry.... Apa Emir nampak tadi, itu just business. Jangan marah."

Emir membuka kotnya. Dia meletakkan di atas bahuku. Aku memang agak sejuk, walaupun baju yang kupakai ini bukannya jarang. Mungkin angin malam. Emir sangat prihatin... buat hatiku kian tertarik!

Aku mencebik. Tidak marah... geram! Berpelukan dengan perempuan-perempuan tu!

"Tak marah, sakit mata aje."

Emir tergelak. "Guys... I balik dulu. Thank you for wverything"

"Alah, Emir.... Malam baru nak mula! How about go sending us back?" jerit salah seorang model. Cantik model itu... tetapi perangai, masya-Allah!

"You know, I won't. I have rules.... Hanya satu saja wanita yang boleh naik kereta I. Melisa Karissa. Orang lain tak boleh! Bye guys...." Emir melambai-lambai mereka.

Aku tersenyum. Hanya satu wanita iaitu aku. Suka??? Bibirku tidak sudah-sudah mengukir senyum. Berbaloi tunggu Emir lama-lama. Terasa perasaan di awang- awangan. Aduh... Melisa Karissa, berpijaklah di bumi yang nyata!

Sampai di keretanya, Emir membuka pintu kereta untukku. Kemudian Emir duduk di sebelah. Dia tersenyum memandangku sebelum menghidupkan enjin dan pendingin udara. Namun gear masih belum berubah.

"Sorry, buat Mel tunggu saya lama."

"Tak apalah."

"Nasih baik awak tak mahu balik dengan abang tadi. Ada ke patut suruh saya bawak balik Farah naik kereta ni? Mana boleh...!"

Aku ketawa. Sekarang aku tahu kenapa. "Awaklah, tak ingat dunia."

"You have just made my day!"

"Saya pulak? You work for it. You deserve it!"

"Mel tak ada, benda ni tak jadi. Thank you for everything! I just love you sooo much!"

Aku ketawa. "Ada sesuatu untuk awak."Aku mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Mulanya nak bagi awal-awal tadi, tetapi bagi waktu selesai, lagi dramatik.

"Apa ni?" Emir menggoncang kotak itu.

"Benda murah saja."

"Kalau dari awak, apa pun saya tak kisah. Saya tetap suka! Bukak ya? "Aku mengangguk. Aku tidak sabar mahu melihat reaksi Emir.

Emir menjerit! "Mahal ni, Mel!"

Jam tangan berjenama dipegangnya erat. Memang mahal, habis separuh gaji aku sebulan.

"Tengok belakang jam tu, saya engraved."

"Best of luck, Mel." Emir membacanya sambil tersenyum gembira.

"Terima kasih." Mata Adam berair. Takkan nak menangis, kut!

"Saya pakaikan, okey?" Emir mengangguk sambil tersengih.

Aku memakaikan jam di pergelangan tangan Emir.

Emir seronok sekali.

Aku memberinya jam kerana dia memang selalu tidak pakai jam. Selalu tanya aku pukul berapa... pukul berapa. Aku tidak tahulah dia memang tidak suka pakai jam ke, atau dia tidak ada jam. Yang penting, ikhlas daripada hati.

"Lepas ni tak bolehlah nak mengurat, tanya sekarang pukul berapa! Sebab dah ada jam."

"Ooo... belakang saya, awak buat hal ya?"

Emir tergelak.

"Okey, kita gerak. Dah lewat, dah dekat pukul satu pagi ni." Emir melihat jam tangan baharunya. Aku tersenyum. Emir... Emirrrrr....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience