Kesihatan abah semakin baik tetapi kesihatan mental dan hati aku masih belum baik. Abah masih belum boleh keluar dari hospital walaupun keadaannya sudah stabil. Tak apalah, selagi abah belum boleh balik senang sikit aku nak keluar mencari kerja.
Irfan dari hari kejadian di pejabat sampai sekarang asyik betul menelefon aku. Tidak berhenti-henti memohon maaf dan memohon aku bekerja dengannya kembali. Hesy... mati hidup balik pun aku tidak mahu. Kak Amira pun banyak kali cakap yang Irfan hari-hari tanya pasal aku .Paksa dia pujuk aku untuk kembali ke hotel. Tak mahulah aku! Aku pula memaksa Kak Amira menyimpan rahsia yang aku berhenti kerja dari hotel itu.
Hari pertama, dia menelefon aku bagai nak rak .Ratusan kali panggilan tidak berjawab yang aku terima. Huh! Agak tegar juga mamat ni. Tetapi kubiarkan sahaja. Aku tidak boleh nak buat apa, keputusanku sudah bulat. Aku tidak mahu kerja dengan orang bernama Irfan! Menakutkan. Apa yang dia cakap, persaingan, peluang... semua tu tak betul.
Semua itu tipu dan buat aku terpedaya dengan kata katanya.Sudahlah suka memaksa dan mengongkong! Begitu nak dijadikan calon suami? Hmmm.... memang tak dapatlah!
Hari kedua, Abang Meon setiap satu jam datang ke rumahku menghantar jambangan bunga lily pink dan ros putih. Aku tahu itu tanda kemaafan.Apabila tiga kali Abang Meon hantar, aku suruh Abang Meon balik sahaja dan jangan hantar lagi. Aku suruh dia call Encik Irfan, bunga bunga aku tak layan. Masa ibu balik, agak terkejut jugalah melihat jambangan bunga merata-rata di dalam rumah. Aku kelentong ibu, aku kata stok bunga sangat banyak di kedai sehingga nak layu. Jadi, Encik Shadan hantar ke sini. Kalaulah ibu tahu, matilah aku! Dia mesti pening apabila tahu tentang situasi yang aku hadapi. Biarlah dia pening dengan keadaan abah sahaja, aku masih boleh kawal keadaan.
Aku tidak berani nak mengacum kepada Emir hal hal remeh ini. Lagipun dia sangat sibuk dengan kilangnya dan urusan pemasaran untuk pakaian berjenama EHZ. Aku tidak mahu mengganggu dia walaupun aku sangal memerlukan dia dan hanya dialah tempat selamat aku.
Hari ini merupakan hari ketiga aku berhenti kerja. Aku kena keluar awal kerana ada interview di sebuah kedai yang memerlukan seorang ID. Aku minta abang ngah hantarkan makanan kepada ibu dan abah di hospital. Aku tipu abang ngah kata aku ada mesyuarat penting di hotel. Baru sahaja nak membuka pintu pagar, aku melihat kereta besar Irfan terletak betul-betul di hadapan pintu pagar rumahku. Dia sedang berdiri berpeluk tubuh di sisi keretanya. Dia tersenyum memandangku. Cepat-cepat aku membatalkan niatku. Bahaya! Mamat psiko ini boleh buat macam-macam.
Aku mengeluh!
Apa lagilah mamat ni nak? Boleh tak jangan bagi masalah pagi-pagi buta ni! Aku sudahlah nak cepat, dia boleh buat modeling pula depan rumah aku. Nasib bail orang tidak ada di rumah. Aku melihat ke rumah sebelah Kak Hazlin dengan Abang Anas sudah keluar juga .Kucing mereka, Ayyu Zarra yang menjerit-jerit dari dalam rumah Nasib baik!
"Tepi. Saya nak keluarkan kereta," kataku
"Assalamualaikum. Selamat pagi .Pagi-pagi jangan masam masam, nanti rezeki lari," kata Irfan tersenyum manis.
Aduhaiii... kenapa lelaki ini tersenyum manis sekali? Buat hati rasa tergugat! Aku sangat tidak boleh tengok lelaki kacak senyumlah. Emir! Emir...
"Mana ada masam. Tak nampak saya senyum Eee..." Aku menunjukkan gigiku.
"Itu iklan Colgate, bolehlah. Hmmm... bukak pintu pagar ni, we need to talk," ujar Irfan,
"Encik Irfan nak cakap apa lagi? Pintu pagar nie jarang-jarang, boleh cakap..." balasku.
"Tak mahu. Tak puas, tak nampak Sa. Saya janji tak pegang, tak sentuh, tak buat apa-apa. Nak cakap saja. "pujuk Irfan.
Inilah taktik yang mencairkan hati aku, cakap lembut-lembut, pujuk elok-elok, rayu yang mendayu-dayu.Banyak kali dah dia buat macam ni. Jangan terpengaruh Mel! Ingatlah Emir ada di mana-mana.... Ya. Emir ada di mana-mana!
"Cakap sajalah, Encik Irfan. Kalau tak mahu cakap saya masuk rumah."
"Eh jangan! Jangan."
Irfan mendekati aku di tepi pagar. Dia duduk di tepi tembok pagar rumahku. Apa yang menghalang aku dengannya adalah pagar rumahku .Harap jangan siapa salah terjah!
"Cakaplah."
"Baliklah kerja di hotel. Saya janji Sa, saya tak buat apa-apa dekat awak. Kita profesional."
Aku ketawa .Langsung tak boleh nak percaya! "Jangan nak buat Maharaja Lawak pulak dekat sini, Encik Irfan. Saya dah pernah percaya dulu, sekarang jangan harap saya nak percaya!"
Profesional, tengkorak hang!
Irfan memandang aku tajam. "Serius, profesional!" Irfan menekankan lagi perkataan itu. Macamlah aku hendak percaya. Profesional mendesak, mengurat. mengambil kesempatan itulah profesionalnya Irfan.
"Tak mahu."Aku nekad
"Marilah Sa. We start all over again. Hotel masih memerlukan awak, saya perlukan awak," ujar Irfan.
"Keputusan saya dah muktamad. Saya tak mahulah, Encik Irfan. Benda-benda persaingan antara Emir dengan Encik Irfan pun dah cukup menyesakkan kepala saya. Encik Irfan tu cakap je profesionallah, apalah... saya tak mahu percayalah. Biarlah saya keluar dari hotel tu, lebih profesional saya rasa daripada saya terlibat dalam hal macam ni." terangku panjang lebar. Aku tidak tahu macam mana nak terangkan lagi dengan mamat yang tidak faham bahasa ini!
"Nak tak nak, awak memang dah terlibat, Sa. Awak nak buat apa? Nak tarik balik? Perasaan Sa, bukannya barang mainan. Awak ada dua pilihan. Jarang orang dapat dua pilihan tau, Sa. Saya dengan Emir. Pilihlah mana satu yang bakal bertakhta di hati awak," ujar Irfan
Aku mengeluh
"Saya pilih Emir. Kenapa Encik Irfan tak mahu terima kenyataan." bentakku. Aku tidak pasti bahasa apa lag yang harus aku gunakan kerana dia masih tidak faham faham. Pelik betul manusia ni!
"Saya tahu. Sa .Awak dah cakap lebih seratus kali awak terima Emie Itu membuatkan saya bertambah yakin awak adalah milik saya, bukan Emir. Saya akan berusaha untuk merebut hati awak. Saya tak boleh membuang awak dari hati saya semudah itu. Sekali saya jatuh cinta, saya tetap jatuh cinta. Tak ada siapa boleh menghalang kecuali ajal, Sa .Lebih baik saya mati kalau saya tak dapat cinta awak. Sa "ujar Irfan lembut sekali.
Aku tergamam. Oh, hati! Jangan terpedaya. Sampai macam itu sekalikah perasaannya kepada aku? Gila!
"Encik Irfan, saya tahu Encik Irfan ada hati dengan saya. Tapi Encik Irfan, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Saya tak mungkin bercinta dengan Encik Irfan. Saya sayang Emir dan itu tidak mungkin akan berganjak seinci pun dalam hati saya. Encik Irfan carilah perempuan lain. Cari juga ID yang lain untuk hotel tu. Saya tak mungkin akan bekerja di sana lagi. Minta maaf. Encik Irfan ini keputusan saya. I need you to respect my decision," kataku agak tegas. Aku mahu dia faham yang cinta itu sebenarnya tidak semestinya memiliki!
Irfan mengeluh, dia terdiam. Dia seperti tidak mahu lagi meneruskan kata-katanya. Mungkin tidak akan berkata tentang perasaan pada aku lagi... atau sudah mengundur diri.
Haih... boleh percaya ke?
"Okeylah Thanks Sa. Walaupun apa yang ker dari mulut awak, kata-kata itu hakikatnya amat memeritkan dan menyakitkan, tapi saya senang hari ini dapat berbual dengan awal pagi-pagi ni, Sa. Kalau saya call janganlah tak angkat, Sa. At least dapat dengar suara as a friend, will you answer? "
Aku tergelak "Lepas ni saya angkat, Encik Irfan."
"Call me Irfan, will you? After all, I am not your
boss anymore."
"Okey" Aku tersenyum. Dia okeykah?
Irfan terus bergerak masuk ke dalam keretanya. Dia melambai padaku sebelum keretanya meluncur laju.
That was easy! Punyalah susah sebelum ini untuk aku menyatakan aku milik Emir, alih-alih hari ini Irfan boleh terima kenyataan? Sangat pelik! Ada udang di sebalik mi ke ni? Atau ada prank call ke?
"Uikkksss... boyfriend ke?"
Aku terkejut. Aku menoleh ke belakang. "Kak Lin Skodeng ya?"
Hazlin ketawa .Anaknya, Balqish juga ketawa Baru berusia sembilan bulan, dia sudah pandai mengajuk orang .Aku mencuit pipi Balqish! Geram.
"Emir ke?" tanya Harzlin.
"Taklah, Kak Lin tak kerja ke?"
"Tak. Balqish demam. Tengah tunggu Abang Anas balik. Nak bawak Balqish pergi klinik."
"Ala cian. Aqish tak sihat ya!"
Balqish tersenyum.
"Cian anak ibu." Hazlin mencium pipi montel Balqish.
"Ingat Kak Lin tak ada. Bunyi Ayyu Zarra sampai luar..." kataku
Nama kucing Kak Lin memang over gila! Tetapi dengar cerita pasal kucinglah Abang Anas dan Kak Lin jatuh cinta. Lawak apabila teringat Kak Lin cerita dulu. Setakat ini ada dua ekor kucing yang aku jumpa punya nama yang sama. Aku tidak tahulah, suratan ke kebetulan ke. Seekor lag ikucing kepunyaan Auntie Tengku Zahariah.
"Biasalah Ayyu. Kalau tengok orang siap-siap nak keluar, mulalah dia menggelabah. Eh, Abang Anas dah sampai... bye Mel!"
Aku sempat mencium pipi Balqish dan melambai lambai mereka. Kemudian aku membuka pintu pagar rumahku. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Hesy... aku sudah lambat! Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta dan mahu mula bergerak. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.
Irfan? Erkkk... angkat ajelah!
"Helo. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Sa angkat pun!" Suara Irfan kedengaran di hujung talian.
Aku mula hendak mengeluh.
"Aik... nak test ke?"
"Manalah tahu! Anyway Sa..."
"Hmmm..."
Aku sudah menekan gear reverse untuk mengundurkan kereta.
"Saya masih lagi tak mengaku kalah untuk merebut hati awak .Kalau cara lembut, saya tak boleh, mungkin cara lebih agresif!"
"Hah???"
Aku tersentak Aku menekan brek.
' Hampas kelapa'! Aku dah kata dah... dia provoke
aku saja tadi. Haram jadah, masih tak serik! Aku mengucap panjang. Astaghfirullahalazim. Apa nak jadilah dengan Irfan ni? Ada juga manusia yang tidak tahu malu di dalam dunia ini. Ini baru dipanggil hati batu kepala kayu! Huh apalah agaknya selepas ni? Aku jadi takut pula...
Share this novel