Suasana majlis perkahwinan Harith sangat meriah. Anak sulung abah kahwin, mesti ramai yang datang
Seronok aku melihat perkahwinan ala tentera, berjalan bawah pedang. Rasa simbolik, mesti dikenang sepanjang hayat. Wah...! Tiba-tiba berangan pula aku ni nak berkahwin bawah pedang. Macam-macamlah kau ni, Melisa Karissa!
Kak Atin cantik gila, berseri dengan baju yang direka oleh Emir.
Aku? Aku biasa-biasa sahaja. Macam aku juga! Berkebaya kain songket berwarna turquoise, ikut warna tema kahwin Harith.
Emir pun pakai warna yang sedondon. Dia yang sibuk pakai warna yang sama since dia pun jadi pengapit juga. Ini semua abang ngah la punya cadangan. Dia yang sepatutnya jadi pengapit, tetapi dia kata dia takut hilang seri. Cit, podah! Kelupoq tak tentu pasal abang aku sorang tu!
Emir merupakan orang pertama datang, pukul lapan pagi sudah terpacul. Aku tidak tahu siapa yang teruja hendak kahwin sekarang, yop ke Emir?
Sekarang seluruh keluarga aku sudah kenal siapa Emir Masing-masing ingat dia itu boyfriend aku dan aku penat menyangkalnya. Semua gara-gara abang ngahlah, dialah yang bawa mulut. Atuk dan opah pun sudah pandai mengusik aku, apalagi pak long, mak long, pak usu dan mak usu. Nasib baik abah ada tiga beradik sahaja, kalau sepuluh? Sepupu aku yang duk ada sepuluh orang tu.. aduh memeningkan!
"Kak Mel! Jom bergambar cepat," ajak sepupuku. "Jom... jom!" Aku jadi seronok. Tengok kamera sahaja aku jadi gila. Emir hanya menggelengkan kepala melihat gelagatku.
Aku memang hantu bergambar! Kalau mengambil gambar, gagal! Sebab selalu tangan jadi Parkinson, gambar mesti goyang. Jadi, lebih baik aku jadi model sahaja. Emir ada usik aku, dia kata takut dalam album pengantin nanti, gambar aku yang paling banyak, bukannya gambar pengantin! Eleh... dia tu dengki.
Akhirnya, aku ambil gambar berdua dengan dia. Punyalah dia seronok, siap upload gambar dalam telefon buat wallpaper lagi. Itulah tujuan sebenarnya, sengaja dia nak provoke aku, supaya aku ambil gambar dengan dia! Emir... dalam poket aku aje perangai dia ni!
"Mel!"
Aku memandang Emir yang menjeritkan namaku. Aku sibuk duk mengipas Kak Atin ni, dia menyibuk.
Klik!
Emir tersengih. Dia lantas menyimpan telefonnya di dalam poket baju Melayunya.
Tengok tu, curi gambar aku lagi. Sempat pulak tu...! Nak kena Encik Emir ni! Aku merengus, masam. Orang sudahlah letih, majlis tepung tawar baru hendak berakhir lepas ini siaplah! Aku lingkupkan iphone kesayangan dia tu. Ada juga yang putih mata tengok telefon kena hempap dengan Kancil aku.
Sekitar jam tiga petang barulah keadaan mulai reda. Orang yang terakhir sampai, Kak Zara, Kak Irah, Abang Meon dan bos. Itu pun mereka datang sekejap sahaja sebab ada kenduri di dewan yang memerlukan bunga untuk dihantar.
Selalu kenduri dekat Perak ni, habis awal sedikit.Aku menyusun kerusi, sementara pengantin sedang bergambar di dalam bilik pengantin.
"Jangan rajin sangat, Mel! Jom kita tangkap gambar dulu. Pelamin kosong tu!" ajak Emir, dia mencuit cuit lenganku.
Hesy... ada yang kena karate ni!
"Emir, nanti abah nampak kang! Main cuit-cuit pulak ni." Aku berbisik. Mata aku meliar mencari abah.
Emir tergelak. "Abah dengan Emir dah setellah Mel!"
Emir berani menarik tanganku, menggenggam tanganku selamba. Selamba badak betul dia ni! Aku menarik narik tanganku. Kuat betul genggamannya, aku tidak berjaya lepas.
"Pergilah tangkap gambar Mel, tak payah susun kerusi ni. Nanti orang khemah tu buatlah. Abah pun nak berkaraoke ni!" kata abah. Dia sudah memegang mikrofon di tangannya.
Rupa-rupanya gelagat aku dengan Emir menjadi perhatian abah. Aku benar-benar tidak perasan. Abah nak karaoke? Biar betul! Aku memandang Emir, Emir tersengih. Gila!
Tangkal apa dia pakai ni?
Aku ikutkan sahaja kerenah Emir. Kira upah sebab menolong aku hari ini. Semua gaya aku ambil, sampai menyenget-nyenget aku mengambil gambar. Tudung pun jadi senget dah, sakan sangat bergambar!
"Cepatlah sayang." Emir mengajak aku bergambar lagi
Eee... Emir ni! "Pernah nampak mulut orang kena sumbat dengan cili api tak?"
Emir tergelak. Dia tahu aku marah kerana memanggil aku, sayang. Tetapi dia memang jenis tidak makan saman! Aku larang ke, aku marah ke, dia macam itu juga. Ikut kepala dia jugak!
Aku membetulkan tudung aku semula. Aku sematkan elok-elok di bawah dagu. Mel menungguku. "Cantik dah Mel! Tak pakai tudung macam mana agak rupanya?" Emir mengomel.
Aku buat tidak dengar.
"Lagi cantik, Abang Emir..." sampuk Aliff, adik sepupuku yang paling kecil. Baru sahaja berusia enam tahun, tetapi mulut mengalahkan orang dewasa.
"Iya? Ini yang buat Abang Emir tak sabar nak kahwin ni!"
"Siapa entah nak kahwin dengan dia tu!"
"Jangan jual mahal. Mel.... Orang dah nak tu terima sajalah!" usik pak long.
Aku terkejut. Hampeh... dapat 'suara politik' pulak Emir ni! Emir menarik tangan aku, aku terduduk di tepinya Dengan beraninya dia meletakkan tangannya di atas bahuku Aku memandangnya, marah! Mana ada orang lelaki lain berani buat aku begitu. Emir memandangku.
"Pandang kamera, sayang! Senyum." Seperti terkena pukau, aku memandang kamera dan senyum.
Klik!
"Abang Emir ni romantiklah!"
Aku mengerut dahi. Ucapan Aliyah, jua sepupuku mengejutkan aku. Serentak aku mencubit lengannya. Amboiii... baik punya landing ya! Cubitan aku itu membuatkan Emir tersengih, suka.
"Sudah tu. Kemas semuanya. Kita nak buat satu lagi majlis," suruh ibu.
Habis berselerak semua sepupuku apabila mendengar arahan ibu.
Majlis yang ini merupakan majlis tergempar keluargaku. Ini gara-gara abang ngah jugalah, semalam baru dia berbincang dengan abah. Abah pula mood tengah ha sejak abang Harith nak kahwin ni, abah setuju sahajalah. Nasib baik Emir ada, boleh sewakan baju untuk Kak Amira. Majlis pertunangan ini diadakan secara ringkas sahaja. Memandangkan Kak Amira merupakan anak yatim jadi majlis dibuat di rumah aku sahaja. Tiada hantaran dibuat , cuma upacara menyarungkan cincin sahaja. Pihak Kak Amira yang datang pun hanyalah mak angkatnya yang
merupakan penaung rumah anak yatim yang Kak Amira tinggal dulu.
Kalau dengar cerita pasal keluarga Kak Amira ini, memang menyedihkan. Kalau aku duduk di tempat Kak Amira, aku tidak tahu sama ada aku kuat atau tidak untuk menjadi sepertinya. Keluarga tunggal Kak Amira meninggal dalam kemalangan ngeri sewaktu Kak Amira baru berusia lima tahun termasuk abangnya sendiri. Oleh yang demikian, tiada waris yang tinggal. Kak Amira tinggal di rumah anak yatim sehinggalah dia berjaya menjadi seorang akauntan sekarang. Bayangkan kalau aku tidak ada abah, ibu dan abang-abang? Sah aku jadi gila!
"Mel, baju Kak Amira."
"Mana?"
"Dalam kereta saya. Jom ambil!"
Aku mengikut Emir ke keretanya.Emir menyerahkan baju kurung putih itu kepadaku.
"Panasnya?" Aku memegang baju itu, terasa panas. Mana tak panas, duduk bawah matahari sejak pagi tadi.
"Tu, la... tadi lupa nak bawak keluar. Excited sangat tengok Melisa Karissa cantik sekali berkebaya!" usik Emir.
"Jangan mengada-ada ya!"
Emir tergelak.
Aku mahu berlalu masuk ke dalam rumah, namun Emir menahan. "Mel!"
Sejak dia seronok memanggil aku dengan panggilan 'Mel', dia tidak lagi memanggil aku dengan panggilan 'Cik Bunga'. Heh... ikut suka kaulah, Emir. Aku tidak kisah pun. in fact aku seronok pula bila dia panggil aku begitu. Sejuk rasa hati, damai sahaja dalam jiwa. Uiks... Melisa Karissa!
"Apa. Encik Emir?"
"Takkan Mek nak pakai baju tu lagi? Nanti dalam gambar untuk majlis bertunang, baju yang sama... tak cantiklah."
"Baju ni pun tak apalah, wak. Saya dah tak ada baju baru yang lain."
"Nah, ambil ni!"
Emir menyerahkan sebuah kotak berwarna merah jambu kepadaku.
"Apa ni?"
"Hadiah daripada hati."
"Jangan merepeklah."
"Nanti pakai. Pakai tau, Mel!" desak Emir.
"Okey, terima kasih."
Emir tersenyum mengangguk-angguk. Aku pun membalas senyumannya lantas terus berlari anak masuk ke dalam rumah. Jarang sekali aku dapat hadiah ni, mahu meloncat-loncat aku kalau tidak kawal perasaan.
Aku masuk ke dalam bilik. Bilikku sudah dihias cantik semalam, bersama gubahan bunga daripadaku Sengaja aku menghiaskan bilikku cantik-cantik kerana akan digunakan untuk majlis pertunangan pula. Aku menyerahkan baju kepada Kak Amira yang sudah pun siap disolek cantik. Aku melihat bungkusan yang diberikan kepadaku. Huishhh cantik sangat baju ni! Mengalahkan orang yang hendak bertunang sahaja ni.....
Baju kurung moden berwarna ungu, antara warna kegemaranku diangkat lantas diacukan ke tubuhku Ngam saja ni! Mana Emir tahu ukuran aku? Aku menepuk dah.. Sudah tentu dia itu tukang jahit! Aku senyum gembira, lantas cepat-cepat aku menukar pakaian. Aku mengenakan tudung yang juga disediakan oleh Emir.
"Beli mana?" tanya Kak Emir.
"Emir bagi Mel."
"Kak Amira tengok Emir tu sayang betul dengan Mel. Mel tak makan lagi, dia tolong ambilkan makanan. Mel berpeluh-peluh, dia tolong lapkan. Baiklah dia tu. Jangan lepaskan orang yang baik-baik macam tu, tau! Susah nak cari, payah nak dapat!"
Aku tergelak. "Mel kawan sajalah!"
Kak Amira tersenyum. Aku menolongnya mengemaskan tudungnya. Aku intai di luar, semuanya sudah tersedia.
"Dah ready ke?" tanya ibu.
Ibulah orang yang paling sibuk sekali hari ini, ke sana ke mari.... Hari ini dapat menantu, hari ini juga dapat bakal menantu dan hari ini juga dia dapat hantu! Hantu Emir.
Aku membawa Kak Amira keluar dari bilik. Kerusi pelamin tadi semua dibawa turun, tinggal pelamin sahaja. Aku letakkan bantal akad nikah pagi tadi di atas pelamin itu. Kak Amira duduk di atas bantal itu. Abang ngah sedari tadi tersenyum simpul apabila orang lain puji Kak Amira cantik.
Aku duduk di belakang ibu. Aku mencari-cari Emir, akhirnya aku nampak Adam masuk ke dalam rumah dengan berbaju Melayu berwarna ungu seperti aku. Siap bersamping. macam dia yang hendak bertunang! Emir mengenyit matanya kepadaku, aku buat tidak tahu. Saja je, buat sombong! Dah dapat baju cantik, kan...!
Pak long memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah kemudian memulakan bicaranya tentang hantaran tentang wang hantaran, tentang mas kahwin dan sehinggalah ke tarikh nikah dan kenduri. Semuanya dipersetujui oleh wakil Kak Amira tanpa banyak soal.
Apabila majlis menyarung cincin dimulakan, Emir dulu ke depan. Dia mahu mengambil gambar. Sehinggakan pak long buat lawak menyuruh Emir cepat-cepat masuk meminang aku. Aku jadi malu. Emir, dari tadi bersetuju apa sahaja, tiada bantahan. Mamat ni memang gila! Kenapalah aku jumpa dia ni in the first place?
Ibu menyarungkan cincin ke jari manis Kak Amira, Abang ngah senyum-senyum, sahlah dia kini menjadi tunangan orang. Aku pun turut bergembira. Lama juga mereka berkawan, gaduh, break, couple balik... biasalah adat orang bercinta! Akhirnya menjadi juga. Itulah dinamakan jodoh. Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Bergaduh pun, berbaik juga
"Lepas ni giliran kita pulak, Mel." bisik Emir ke telingaku.
Entah dari mana dia datang, tiba-tiba sudah ada di belakangku. Bau minyak wanginya menusuk hidung aku wangiannya memberahikan! Aku buat tidak dengar sahaja apa yang dia cakap, walhal aku dengar. Aku rasa hendak picit-pict mulutnya.
"Kalau awak tak mahu bertunang, kita kahwin terus pun okey jugak."
That's it! Kesabaran aku sudah mencapai tahapnya "Awak kalau betul nakkan saya, awak pikat saya sampai saya suka dekat awak, Encik Emir!"
Aikkk... aku sebenarnya hendak cakap lain, kenapa lain pula yang terkeluar ni? Aku bingkas bangun lantas ke luar rumah .Buatnya orang dengar bicara aku dengan Adam, malu beb!
"Hah! Betul ke?"
"Saya tarik balik!"
"Mana boleh tarik balik. Kalau saya berjaya pikat
awak, awak akan terima saya?"
"Saya nak tarik balik."
"Tak boleh macam tu, Mel... awak seksa batin saya ni...!" rayu Emir. Emir bersungguh-sungguh. Aku malu.
Macam mana nak tarik balik ni, sudah terlajak! "Ramai lagi perempuan lain."
"Sorang saja yang saya nak, yang ada depan saya ni!Saya janji saya akan jaga awak sebaiknya!"
Aku tersenyum. Malunya berbicara benda macam
ini. Emir ni biar betul?
"Esok saya start kerja dekat hotel."
"Jangan tukar topik, okey."
"Boleh tak jangan cakap pasal tu... gila seganlah!" Muka aku merah. Hesy... cerita bab-bab perasaan ni, aku jadi segan, aku jadi geli, aku jadi tak torah! Merepeklah semua ni!
Emir tergelak besar. "Esok saya datang jemput?"
"Tak payah, saya naik Kancil saya je."
"Betul?"
Aku mengangguk-angguk. Suasana senyap seketika. Aku tidak tahu apa nak cakap lagi. Kan aku kata benda ini akan merosakkan persahabatan aku dengan Emir. Emir degil!
"Saya janji Emir, saya akan pikat awak sampai awak jatuh cinta dengan saya. Saya berikrar mulai sekarang, hanya Melisa Karissa untuk Emir Harith!"
Aku ketawa. "Beranganlah!"
"Selalu angan-angan jadi kenyataan...."
"Eleh!" Aku mencebik. Itu sahaja yang aku boleh lakukan. Aku tidak tahu harus fikir apa lagi. Semua ini terlalu pantas buat aku dan aku masih belum bersedia.
Ya, bercinta itu bukannya tak best, tetapi belum tiba masanya. Tunggulah bila aku mahu jatuh cinta... orang itu pasti sangat bahagia!
"Kita tengok nanti...."
Amboiii... nekadnya dia! Aku pula berikrar akan menepis cintanya itu! Wahhh... berjayakah aku? Sedangkan sekarang, angin angau sudah sepoi-sepoi bahasa lalu di hadapan aku ni....
Share this novel