Bab 27

Drama Completed 10175

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta,Jakarta sangat sibuk. Aku ingat dekat KLIA sahaja sibuk, sini lagi sibuk! Aku melihat ke sana sini, bibik-bibik Indonesia menggendong anak majikan mereka dengan kain batik ke hulu ke hilir. Aku nak ketawa pun ada, zaman sekarang pun masih ada suasana pasar macam ini. Anyway, negara orang, kan... kita kena respect sikitlah. Aiseh... Karissa ni...!

Sebaik sahaja sampai di lapangan terbang ini, aku terus mesej ibu, abah dan Emir menyatakan aku sudah selamat sampai. Takut mereka tertunggu-tunggu pula mesej aku kalau aku lambat beritahu. Aku di tempat mengambil bagasi, beratur betul-betul di belakang Irfan. Dia terlebih dahulu sampai dan menyuruh aku tunggu sahaja sementara dia hendak mengambil dan mengangkat beg. Aku hanya ikut sahaja. Sambil menunggu dia, aku bermain mesej dengan Emir. Ada kalanya mesej Emir membuatkan aku ketawa besar sehingga Irfan menoleh ke arahku. Aku buat tidak tahu sahaja. Apa pandang-pandang? Ada hutang?

"Ini saja, kan?" tanya Irfan sambil meletakkan beg di atas troli di hadapanku.

Aku mengira beg aku. Cukup!Ala ....macam la banyak sangat beg yang aku bawa "Yup!"

"Okey, jom!"

Aku mengangguk-angguk dan mengikutnya keluar. Sudah ada yang menunggu di hadapan, memegang kertas bertulis 'Bapak Irfan'. Itu agaknya orang hotel, kut. Irfan ramah, berjabat tangan dengan orang itu dan memperkenalkan aku. Bapak Irfan bukan Datuk Zakuan ke? Hahah.. buat lawak sendiri, sendiri gelak!

Rasa bosanlah pulak, setelah mengetahui niat sebenar Irfan ke sini. Datang Jakarta pun rasa macam pergi jalan-jalan ke Taiping! Macam sudah selalu pergi so, tidak ada interest dah, walhal aku baru pertama kali menjejakkan kaki ke Jakarta.

Tidak sampai lima belas minit dari lapangan terbang aku sudah sampai di hotel. Bangunan hotel ini memang sudah lama, banyak yang harus diubah. Apa bendalah beli hotel macam nak roboh ni? Memanglah struktur bangunan macam okey sahaja, tetapi sampai bila? Ini baru tengok depan hotel, belum masuk lagi. Macam tidak cukup sahaja dua minggu ni? Pokok apa depa tanam ni. macam hidup segan mati tak mau Datuk Zakuan ni main beli saja ka? Kalau ikut lokasi, memang sesuai, lima belas minit dari airport, duduk di tengah bandar, senang nak dapatkan kenderaan awam, lokasi bershopping, tapi bangunan lusuh. Apa Irfan buat masa pergi ke Jakarta dulu? pelik.

"Sa! "

Aku tersentak daripada lamunan. Irfan memanggil aku masuk ke dalam. Aku mengangguk angguk. Idea tengah banyak ni, sentap sahaja hilang semua, Isy!

Baru aku hendak melangkah masuk ke dalam, tiba-tiba.....

"Minggir minggir!!

Ada motosikal di hadapanku, tiba-tiba meluncur laju. Aku jadi tergamam. Mana aku nak elak? Mana aku nak pergi...? Aku panik! "Makkk... "

Irfan menarik aku ke dalam pelukannya. Aku terkejut! Huh lemah semangat.

"Okey ke?" Irfan memandang aku.

Aku menolak tangannya. "Okey, terima kasih"

"Lain kali jangan mengelamun, Sa! Nasib baik saya ada di sisi awak," ujar Irfan tersenyum.

Siot saja mamat ni. Tak pasal-pasal dapat pelukanpercuma. Hampehhh! Eee... kena samak ni!

Aku mengekori dia dari belakang sehingga ke kaunter pertanyaan di lobi itu. Rasa terkejut tadi masih bersisa. Dup dap dup dap jantungku. Bertambah lagi rasa seram sejuk dipeluk oleh Si Irfan. Tetapi kalau tidak ada dia entah aku sudah menetap dekat hospital di Jakarta ini Hampeh punya motor!!! Lain kali pakailah brek!

"Bilik 255."

Irfan menyerahkan kunci kepadaku Aku

mengambilnya. Ceh, macam tarikh birthday aku saja 25 Mei... Kebetulan!

"Tarikh birthday awak... so, awak boleh ingit nombor bilik awak. Senang, kan?" ujar Irfan

Gulp! Birthday aku, dia ingat? Aku buat mula
biasa-biasa sahaja. Kalau buat reaksi surprise karang, dia ingat aku menyokong dia pulak!

"Thank you "Aku langsung mahu ke bilik.Irfan yang sedang berbual-bual dengan pengurus hotel yang dilantik itu,memanggil aku. Aku menoleh, "ada apa bos?"

"Awak rehat dulu Sa, nanti pukul dua turun, kita makan."

"Okeylah."

Aku berlalu ke bilikku. Aku lupa hendak tanıya bilik mamat itu dekat mana pulak! Dia mesti duduk dekat suite punya, anak tuan punya hotel, kan? Aku membuka pintu hulikku, bilik aku selama dua minggu. I miss my mom! I miss my dad! I miss my Emir! Gatallah kau, Melisa Karissa!

Hmmm... bilik ni okeylah. Perabotnya agak lama, kena tukar banyak benda ni....! Karpet pun macam dah masam-masam. Astaghfirullahalazim... aku mengucap panjang Bodoh manalah yang decide nak beli hotel ni. Nak refurbish ni, kos tinggi beb! Berapa puluh fasa pulak nak buat ni, aku pun tak tahu! Tidak boleh nak fikir. Dari tadi asyik membebel pasal hotel, lupa hendak beritahu Emir nombor bilik! Emir...

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Emir! Macam tahu tahu sahaja. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, sayang dah masuk bilik?"
tanya Emir.

"Dah, nombor bilik dua lima lima," ujarku.

"Nombor tarikh lahir Yang! Senang ingat, pandai pilih."

"Bukan Mel, Encik Irfan yang pilih! Dia kata senang untuk Mel ingat. Mana dia tahu, ek?"

Aku pun tidak tahu dari mana dia tahu.

"Huish. semakin kuat persaingan ni."

Aku tergelak "Jangan risaulah"

"Ya memang tak risau, sakit hati saja. Apa cerita dalam plane? Semua okey?"

"Macam yang Mel mesej Emir tadi."

Aku telah beritahu hal Irfan di dalam kapal terbang tadi kepada Emir sebaik sahaja turun dari kapal terbang. "Takpelah. Mel buat kerja Mel."

"Hesy. banyak gila nak redecorate balik! Kalau Mel jadi daddy Emir. Mel tak belilah hotel ni, mahal rantai daripada beruk. Casting ni, sayang!"

Aku sudah mula hendak membebel. Yalah siapa
nak buat kerja-kerja macam ini banyak kali, rugi! Wah...macam aku pula yang punya duit. Orang yang empunya duit pun tidak kata apa. Aku pula yang gelisah tidak tentu fasal

Emir tergelak. "That is why they have people like you there, sayang Mel kena tunjuklah dekat bakal pak mertua, yang high costing boleh jadi less costing, yang buruk boleh jadi cantik! Asal dapat untung, customer dapat servis terbaik, lepas tu income semua dapat balik"

"Like father like son!" kataku.

Teringat aku kalau ada mesyuarat staf dengan Datuk Zakuan, yang penting good service brings more income! Mote Datuk Zakuan. Setiap kali habis mesyuarat, itu sahaja yang dia ulang-ulang. Ikutkan balik, memang betul pun. Kalau aku dapat servis yang baik, aku akan datang balik dan cerita delat semua kawan, kan? Hemmm good marketing strategy!

"Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!"

Aku tergelak" l'll try my best"

"Mel jangan kerja kuat sangat, nanti sakit. Apa-apa beritahu Emir. Emir nak masuk meeting ni. Best of luckk sayang" pesan Emir.

"Tak balik dari KL lagi?" tanyaku:

"Tak, maybe I stay here for a few days."

"Okey bye Assalamualaikum!

"Bye, miss you! Waalaikumussalam"

Aku tidak tahu mesyuarat apa yang Emir kena hadiri tetapi aku rasa mesyuarat tentang butiknya itu. Dia kan nak buka kilang baju. Aku tidak mahu ambil tahu, dia pun tidak ada nak cakap detail dengan aku. Mungkin nak buat kejutan, mana tahu...? Aku melihat jam di tepi katil. Alamak, sudah pukul dua petang! Udah telat (lewat) dong Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik air, mandi!

Usai mandi. aku cepat-cepat bersiap. Aku menyarungkan seluar jean biru pekat, T-shirt lengan panjang berwarna putih dan tudung berwarna biru dan berbunga putih Cepat-cepat aku turun dari lif. Aku membawa sekali drawing book aku, jadi tidak perlu balik bilik, terus buat kerja sahaja.

Tadi telefon di dalam bilik berdering-dering banyak kali, aku malas nak mengangkatnya. Aku dapat agak siapa. Siapa lagi kalau bukan Irfan yang gonjeng tu! Aku lihat dia mundar mandir depan kaunter check in, macam menunggu kucing nak beranak! Apa masalah orang tua ini pun, aku tidak tahu.

"Sorry, lambat "Aku menggaru kepalaku yang tidaklah berapa gatal, saja hendak buat-buat rasa tidak bersalah.

"Kenapa telefon tak berangkat? Ingat jadi apa-apa.. "ujar Irfan. Wajahnya menggambarkan kerisauan.

Alamak! Salah akukah?

"Tak dengar, mandi. Shall we?" Aku malas hendak bersembang lama, lapaq ni!

"Mandi ke tengah berbual dengan Emir?" tanyanya selamba.

Errr... aku terkedu. Cari pasallah orang tua ni! Suka hati akulah, telefon aku, bil aku, Emir aku! Masalah... masalah negara!

"Haah... sambil mandi sekali."

"Hah?" Irfan sedikit terkejut.

Aku hendak tergelak pun ada. Biarlah dia hendak fikir apa pun. "Dah Encik Irfan tanya, siapa suruh! Jom, nak makan ke tak mau?"

Irfan mengangguk-angguk. Dia berjalan ke hadapan dahulu sementara aku sedang melihat-lihat lauk yang terhidang. Hmmm... nasi ayam penyet. Di Jakarta? Bukan nasi ni sepatutnya di Medan ke? Ops... still Indonesia juga. kan Mel!

Aku melihat dekor restorannya yang agak malap kenapa ya? Banyak sangat warna coklat dan maroon... it is not a good combination, that is why nampak macam nak tidur saja.

Adoiii... banyaknya kerja aku! Bukan dua minggu nak fikir ni. Aku mengambil lauk-pauk yang aku rasa aku boleh telan. Walaupun aku sedang lapar, tetapi aku cerewet dalam lauk-pauk yang aku nak makan sebab perut aku ni. kalau masuk benda asing, dia punya cirit... subhanallah!

Setelah itu, aku terus ke meja makan. Irfan sudah pun menunggu aku di situ dengan segelas air di hadapannya. Air sahaja?

"Tauhu dengan tempe?" tanya Irfan.

"Hmmm sedap ni, kat Malaysia tak ada!" Sengaja
aku berlawak dengan dia. Aku hendak mengekalkan suasana kawan tetapi mesra supaya otak aku tidak sesak dengan desakannya yang tidak boleh diterima akal.

Irfan ketawa. Ketawanya membuat satu restoran memandang ke arahnya. Aku tidak buat lawak apa pun? Pelik!

"Hey sayang kamu nggak bilang sama aku, yang kamu ada di sini Hampir-hampir nasi yang aku telan hendak terkeluar melihat tangan wanita itu melingkar-lingkar ke leher Irfan

"Eh hai. Maya! It's been ages, lama tak jumpa you. "Irfan bangun lantas menarik kerusi di sebelahnya, menyuruh wanita cantik dan anggun itu duduk. Cantik gila minah Indonesia ni! Krim apa dia pakai, hah? Kulit dia licin betul.

"Maya, meet Karissa."

"Staf Encik Irfan! Nice to meet you."

Aku menghulurkan tangan aku kepadanya. Dia membalas dan bersalam, lembut betul tangannya! Tak pernah masuk dapur ni..

"Dari Malaysia ya?"

Aku mengangguk-angguk. Aku cepat-cepat
menghabiskan sisa makananku di pinggan. Aku nak menyiapkan kerjaku di lobi terlebih dahulu hari ini, esok baru aku pergi bilik ke bilik. Aku ingat hendak membat hotel ini berkonsepkan Bali kontemporari. Walaupun duduk di Jakarta, boleh rasa seperti duduk di Bali. Almost kayu kaku yang menghiasi lobi itu masih boleh dipakai cuma upgrade sedikit, letak unsur-unsur air terjun, hmmm....! Banyak idea ni, aku kena makan cepat.

Aku bingkas bangun, Irfan memandangku

"Pergi mana?"

"Buat kerjalah bos."

"Duduk dulu...."

"Eh... takpelah, makan pun dah habis. Bos lepak dululah dengan Cik Maya, Saya minta diri dululah." Aku terus meninggalkan Irfan dengan Maya. Pelik aku dengan taste Irfan tu! Magnet perempuan seksi, set-set model! Memanglah dia kacak, boleh dapat apa sahaja yang dia mahu, tetapi perempuan macam itu? Tergedik-gedik....

Hai Mel! Yang kau membebel-bebel ni kenapa? Biarlah dia dengan perempuan mana pun, yang kau nak kisah tu kenapa? Cemburu? Yerkkk... cemburu tidak ada dalam hidup akulah! Lagipun ada aku kisah?

Aku berlalu ke lobi. Aku meninjau keadaan sekitarnya. Sekejap-sekejap aku mengambil gambar supaya rekaan aku ini tepat. Aku duduk di luar, aku mulakan rekaan aku dari pintu masuk. Hmmm... aku mula melukis. Kalaulah boleh aku dapatkan sedikit rujukan tentang dekorasi Bali ni....!

"Mana saya boleh dapatkan majalah dekorasi?"tanyaku kepada salah seorang staf hotel.

"Majalah?"

"Err ....apa majalah dalam bahasa Indonesia, ek?
Koran itu surat khabar! Magazine?"

"Oh... di hujung jalan sana, ada toko buku."

"Makasih ya...."

"Iya!"

Ceh... majalah kau tak tahu, magazine kau tahu pulak! Nasib baik aku selalu jugak layan sinetron. Kalau tak. satu apa pun aku tak faham. Kenalah pulak bawak translator! Siapa lagi kalau bukan ibu aku, peminat nombor satu sinetron Indonesia.

Aku terus pergi ke arah yang ditunjukkan. Nasib baiklah seberang jalan sahaja. Demi kerja, aku layanlah.... Wah, sangat banyak rujukan! Terbeliak mata aku melihat toko buku di Jakarta. Kedainya kecil sahaja macam ruang kedai gunting rambut lelaki di Malaysia, tetapi buku bukunya mencecah sampai ke jalan! Banyak buku adaptasi pula tu, bisa gilak ni! Habis duit aku beli buku pula. Sudahlah had bagasi percuma dua puluh kilogram sahaja.

"Berapa ini pak?"

"Cuma tiga ratus lima puluh ribu rupiah."

Aku memberikan not seratus ribu rupiah tiga keping dan sekeping not lima puluh ribu rupiah. Kaya aku kalau aku duduk di Indonesia. Pakat main ribu, main ratus ribu dengan juta-juta sahaja.

Di Malaysia, banyak majalah dekor tetapi tidak sebanyak di sini. Gila aku sekejap dibuatnya. Usai membeli buku-buku dan majalah untuk rujukan, aku balik ke hotel semula. Di hotel aku melihat sekali lagi Irfan mundar-mandir di hadapan hotel pula. Apa hallah mamat ni.... Maya sayang sudah balikkah?

"Pergi mana?" tanya Irfan tegas macam abah.

"Beli majalah dengan buku." Aku menunjukkan majalah dan buku yang aku beli tadi.

"Kenapa tak beritahu?"

"Lah... itu pun nak kena inform ke?"

"Iyalah! Kalau hilang nanti... tak pun kena langgar
macam tadi?" marah Irfan.

"Tak ada maknanya....! Nak hilang kenapa?"

"Sa! Awak ni, kan...!" Irfan mengeluh panjang.

Marahlah tu! Tetapi hendak marah kenapa? Bukan aku pergi suka ria, beli majalah saja.

"Yelah, yelah... nanti apa-apa saya beritahu."

Aku berlalu di sebelahnya, masuk ke dalam hotel. Terasa nak ke tandas pula. Hemmm... masuk bilik teruslah. Boleh aku membelek majalah yang aku beli tadi, kemudian teruskan kerja aku.

"Sa?"

Aku menoleh. Panggilannya itu seperti mahu tahu aku ke mana.

"Nak pergi ladies pun nak kena beritahu ka?"

"Oh... okey, okey!" Irfan tersengih, malu.

Aku ketawa, bodoh betul bos aku ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience