Bab 30

Drama Completed 10175

Sebaik sahaja sampai, aku terus menawarkan diri kepada pihak hospital untuk mengambil darahku. Abah masih belum sedarkan diri tetapi keadaannya stabil. Abah sudah pun mendapat darah jenis O tetapi aku masih diminta untuk menderma juga. Aku sudahlah tidak pernah menderma darah, inilah kali pertama. Pada mulanya nak mencari urat dalam badan aku ni, sangat payah. Lagi-lagilah perempuan yang cari, memang tak bolehlah. Aku minta pembantu perubatan lelaki, baru boleh! Haru sungguh...! Emir pening kepala dengan kerenahku. Tidak pernah dia melihat situasi seperti itu.

"Gatal merenyam rupanya Mel ni!"

Aku tergelak. "Fitrah manusia!"

"Banyaklah Mel punya fitrah."

Aku ketawa. Hilang sakitku melihat Emir seakan cemburu, kelakar rasanya.

Ibu, yop, Kak Atin, abang ngah dan Kak Amira
semua ada. Usai menderma darah, aku kembali menunggu di hadapan bilik abah, Abang ngahlah orang pertama yang marah-marah aku sebab tidak mengangkat telefon sehingga Emir terpaksa menjemput aku dari sana.

"Bukan salah adiklah!"

"Kok ye pun kamu tu bekerja, ate telefon tu letak di mana? "Udah terkeluar bahasa perak abang ngah yang tidak seberapa itu

"Ate tak mandang!" Aku balas kembali.

Abang ngah pandang aku macam nak telan. Memang patutlah abang ngah dan semuanya marah. Kalau jadi apa-apa pada abah, macam mana? Tidak aku yang sesal nanti? Itu semua Irfan punya pasal!

"Ini semua salah saya, saya minta maaf. Saya akan bertanggungjawab di atas kejadian ini. Telefon Karissa ada dengan saya waktu itu."

Aku panar. Irfan ada di sini? Dia ikut kami balik jugakah? Aku memandang Emir di sebelahku. Aku takut ada drama pula dekat sini. Tetapi Emie macam biasa, dia sangat tenang dan aku tidak tahu dari mana dia boleh mendapatkan ketenangan yang begitu luar biasa. Kalau aku duduk di tempatnya, berada di dalam situasinya, mungkin aku sudah tumbuk mamat psiko ini. Bagi sedar diri sikit. Tension...!

Aku jadi pening kerana baru derma darah. Aku mahu jatuh, tetapi sempat aku berpaut pada Emir.

"Mel , okey tak?" bisik Emir.

"Okey. Pening sikit. Emir bawa Mel keluarlah."

"Okey, kita pergi kafe."

Emir terus memimpin aku berjalan keluar dari situ. Malas nak melihat Irfan.

"Tak apalah, Encik Irfan... semuanya okey. Mel pun dah balik. Cuma abahnya tak sedar lagi. Sekejap lagi kut," ujar ibu tenang.

"Nasib baik ada Emir..." sambung ibu lagi.

Aku pesan pada Kak Amira supaya memanggil aku di kafe apabila abah sedar.

Sampai di kafe, Emir membelikan aku secawan Mulo panas.

Aku memegang kepalaku, pening. "Mel ingat Mel nak berhenti kerja lah! "

Emir memandangku. "Emir tak kisah, tapi apa kata abah nanti? Diakan tengah sakit, sayang."

"Huh... kusutlah! Emir boleh tolong berkeras sikit tak dengan mamat tu? Tensionlah Mel!"

Aku geram. Masalahnya Emir tidak marah! Emir cuma menunjukkan marahnya pada aku, bukan pada Irfan .Sekali sahaja Emir marah, waktu dekat hotel tadi. Yang selebihnya, dia tidak marah. Paling tinggi pun dia geram sahaja. Lembut sangat Emir ini di hadapan abangnya. Doa manalah yang Irfan amalkan sampai Emir tidak berani berkeras.

Emir terdiam.

"Orang macam tu tak perlu respectlah Emir. Dia buat Mel macam-macam!"

Emir terdiam lagi mendengar kata-kataku "Nanti Emir cakap dengan dia."

"Cakap dengan dia depan Mel!"

"Mel...." Emir mengeluh.

"Tak ada, cakap dengan dia depan Mel jugak! Kalau tak... dengan Emir atau dengan Irfan pun Mel tak mahu."

"Yang ...."Emir menggaru kepalanya "Okay fine. Emir cakap. Jangan sesekali Mel ugut-ugut macam tu lagi!"

Aku tersenyum dalam hati. Hah, tahu takut Apalah yang ada pada Irfan itu yang dia takut sangat Memanglah boleh kita ikut flow game dia macam apa yang dirancang dulu, tetapi kalau sudah melampau tahap macam ini, mahu sakit hati! Kalau dibuatnya betul dia rogol aku hari tu tak ke kes naya!

Muka Emir masam. Aku tahu dia tidak puas hati sebab aku paksa-paksa dia. Macam mana hendak pujuk?

"Sabar... kita tengok macam mana bila kita cakap dengan dia, dia faham tak?" Aku menepuk nepuk bahunya.

"Jangan cuba pertaruhkan hubungan kita dalam
bab-bab macam ni, sayang. Mel ingat Emir ni apa? Kalau Mel tak mahu Emir lagi, siapa nak Emir ni? Emir cuma nak Mel! "

Aku ketawa. "Orang handsome macam ni, siapa yang tak mahu. Jururawat dekat sini, sepuluh kali berpaling. Selalu nak lalu depan bilik abah sebab ada mamat handsome jadi pak guard tak bergaji."

Emir tersengih. "Mel saja ya, nak usik Emir."

Aku membuat muka buruk aku itu. Emir ketawa. Aku tersenyum. Baru aku lihat wajah Emir ceria. Kasihan, agaknya dia letih ke sana ke mari. Travel macam orang gila! Gara-gara Irfan! Eee geram betul mengingatkan mamat itu.

"Sa, abang nak mintak maaf pasal telefon tu," ujar Irfan tiba-tiba di belakang aku. Asal aku fikir nama dia sahajamesti dia muncul. Panjang umur betullah. Aku mengerling arah Emir. Aku memberi isyarat supaya dia bertegas dengan Irfan.

"Abang tak patut buat macam tu..." ujar Emir
bernada perlahan.

Irfan memandang Emir. "Sekarang abang tengah cakap dengan Karissa. Abang nak mintak maaf, ini semua salah abang."

Aku pandang Emir, lepas tu aku pandang Irfan

"Saya boleh maafkan Encik Irfan, lepas abah saya
sedar. Kalau tak, Encik Irfan akan menyesal seumur hidup!"kataku, tegas.

"Sa! Jangan buat macam ni. Sa. Kan abang dah mintak maaf. Abang tak sangka benda macam ini nak berlaku." Irfan mahu memegang lenganku. Aku mengelak Aku menarik Emir berdiri di hadapanku.

"Abang! Ini bakal tunang Emir, bang. Walaupun macam-macam Mel cerita dekat Emir pasal abang. Emir boleh berdiam diri lagi sebab abang adalah abang Emir. Kali ni depan mata Emir, Emir tak izinkan abang pegang dia atau abang rampas dia dari Emir!" Emir bersuara.

Aku terasa macam drama Hindustan! Bagus, itulah yang aku nak. Gentleman. "So, now you know how to decide for you life? Dulunkenapa tak boleh, Emir?" ujar Irfan.

Gila mamat psiko ni! Memang serius jiwa kacau. Apa maksud soalannya? Of courselah Emir can decide on his own!

"Dulu abang boleh buat apa saja, sekarang Emir
tak benarkan abang buat apa apa pun. Melisa Karissa, Emirbpunya." Emir memegang tanganku. Aku membalasnya erat! Aku mahu menunjukkan yang aku ini Emir yang punya.

Hanya Emir. Kalau ada marker pen sekarang ini pun, aku tulis dekat dahi aku, aku ini Emir punya, bakal isterinya!

Irfan tergelak. "Love birds!"

Aku mengerut dahiku. Gila mamat ni, putus fius ke?

"Abang ni dah gila agaknya."

"Suka hati Emirlah nak kata abang apa. Sekarang ni kita dah tahu, hati kita memang suka pada perempuan yang sama, jadi kita bersaing secara adil. Biar Sa buat pilihan, mana satu yang menjadi bakal suaminya!" putus Irfan.

Aku tersentak. Erk! Dah tentu-tentu aku memilih Emir Harith Zakuan! Tidak ada orang lain lagi selain Emir.

"Astaghfirullahalazim, abang! Bawak mengucap boleh tak? Sekarang ni dah pasti Mel pilih Emir. Abang tak faham part yang mana lagi?"

Betul... betul! Kau ni tak faham tang mana lagi? Pelik betul aku dengan mamat muka tembok ini!

"Kita tengok, Emir!" cabar Irfan.

"Mel!!! Abah dah sedar!"

Jeritan Kak Amira membantutkan perbualan kami bergegas menuju ke arah Kak Maira."

"Jom!" Aku mengajak Emir. Kami bergegas ke wad.

Setibanya aku di bilik abah, aku lihat mata abah terkelip-kelip. Mungkin kerana baru sahaja sedar. Ramai yang datang menyerbu, dia jadi terkejut. Bayangkan kalau aku di tempat abah, mahu aku maki semua yang ada! Yalah, baru buka mata semua sudah bertanya macam-macam! Mana tak Terkebil-kebil orang tua tu..

"Lapar!" kata abah.

Aku tergelak. "Mari Mel suapkan bubur ni kat abah."

Aku mengambil bekas bubur yang dibuat oleh ibu. Sudahlah aku seorang sahaja anak perempuannya, takkanlah abang-abang aku pula yang nak suap!

"Bila Mel balik?" tanya abah kehairanan apabila aku turut ada di situ.

"Baru sampai, Emir ambil."

Abah memandang Adam di sebelah. "Terima kasih, Adam. Susah payah saja. Tak perlu balik pun tak apa, pak cik okey." Kemudian dia memandang Irfan yang turut sama masuk ke dalam bilik itu. "Terima kasih, Encik Irfan... benarkan anak saya balik dalam tugasan."

"Tak apa, pak cik. Ini hal kecemasan," ujar Irfan Hanya Tuhan sahajalah yang tahu betapa jahat dan busuknya hati mamat ini. Aku mengetap bibir. Sakitnya hati. membuak-buak! Mahu sahaja aku menjerit macam orang gila meroyan suruh dia keluar dari bilik ini. Kang... orang masukkan aku dalam Tanjung Rambutan, tak pasal pulak!

Abah mahu bangun. Abang ngah membantu mengangkat badan abah dan meletakkan hantal di belakang untuk membolehkan abah bersandar. Abah mengaduh sedikit.

"Abang ngah, perlahanlah sikit!" marahku.

Abang ngah buat tidak tahu sahaja. Sengaja Hesy buat kerja senang pun tak boleh. Aku mendekati abah, aku menyuapkannya makan perlahan-lahan. Abah pun menelan dengan perlahan-lahan. Sungguh abah sangat lapar. Yalah berapa jam dia pengsan!

Emir di sebelah aku tersenyum sahaja. Ada kalanya dia memicit kaki abah. Baik sungguh bakal suami aku ni. Geram pula aku melihat Irfan. Hesy... kenapalah dia ada dekat sini, menyibuk!

Tidak sampai lima minit aku suap abah, abah muntah! Habis baju aku. Aku menahan muntah abah dengan tudungku, tidak sempat hendak ambil bekas. Cepat-cepat yop panggilkan jururawat dan doktor sekali. Ibu memberikan abah air suam. Aku bergegas ke bilik air. Emir membantu membersihkan baju dan tudungku.

"Mel nak baju ke? Emir ambil dekat kereta." Aku mengangguk-angguk. Kenapa dengan abah? Apa sakit abah? Aku jadi pening.

"Sa okey ke?" tanya Irfan setelah aku keluar dari bilik air.

"Hmmm...." Aku mengangguk.

Tangan Irfan membuang sesuatu di atas tudung aku. Dia jadi prihatin. "Jangan risaulah, doktor ada. Boleh cek pak cik. Abang rasa pak cik tak apa-apa. Mungkin dia baru sedar dari pengsan, terus nak makan, perutnya belum boleh menerima agaknya. Itu yang keluar balik kut."

Kenapa agaknya kata-kata Irfan menyenangkan hatiku? Walaupun aku sudah tahu niat sebenarnya, mengapa aku masih lagi senang? Isyyy....

"Mel...."

Aku tersenyum memandang Emir di belakang Irfan.

Irfan mengerling ke arah Emir. Marah sungguh dia melihatnya.

"Bajunya, sayang."

"Thanks." Aku mengambil beg pakaianku dari tangan Emir. Terus aku masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian yang terkena muntahan abah. Aku masih pening memikirkan hal abah. Bertambah kusut lagi memikirkan hal Irfan dengan Emir. Hesy... aku lari baru tahu! Kalau aku lari pun, nak ke mana? Melisa Karissa, kenapalah kau nak lari dari masalah? Itu bukan kau!

Emir duduk di luar bilik abah dirawat. Berpeluk tubuh. Aku di sebelahnya turut setia menunggu doktor sedang memeriksa abah. Irfan sudah pun beredar, sebelum aku keluar dari bilik air lagi. Itu pun Kak Amira yang cakap. Aku malas hendak fikir..

"Peninglah!" rungutku.

"Sabar sikit." Emir menenangkan aku.

Aku malas hendak mengusutkan kepala dia .Sudahlah hari ini dia keletihan, dari Malaysia ke Jakarta balik ke Malaysia balik, lepas itu aku paksa pula dia bergaduh dengan Irfan mamat yang tidak reti bahasa Melayu. Mana nak jaga perasaan aku, perasaan dia lagi! Tetapi... dia ni macam mayat hidup! Tenang sahaja, tidak gelabah, tidak mengamuk, tidak bentak bentak. Hesy... kalau aku tak dapatlah....

"Pinjam ketenangan kejap!"

"Meh nak peluk...." Emir sudah mendepakan tangannya.

"Hesy..." marahku.

Emir ketawa.

Sesungguhnya, ketawa dia adalah ketenangan bagiku. Kalau Emir diam, aku rasa risau pula.

"Terima kasih kerana cakap dengan Irfan tadi. Tak sangka Abang Emir ni garang jugak orangnya."

"Demi Adik Mel. Abang Emir sanggup buat apa saja. Asalkan Adik Mel sayang Abang Emir, Abang Emir rela you.... " Aku ketawa, Emir tersengih! Ketawa aku terhenti apabila Kak Amira berdeham.

"Akak rasa akak nak tangguhkan perkahwinan akak hujung bulan ni, la. Akak tengok abah tu tak sihat sangat- sangat. Bagi dia okey dulu, sihat dulu, baru majlis diteruskan..." ujar Kak Amira yang duduk di sebelah aku.

"Abang ngah?"

"Ini plan kita oranglah setakat ni. Tak sedap pulak nak buat majlis waktu abah tengah tak sihat," ujar Kak Amira.

Aku mengangguk-angguk. Betul juga kata Kak Amira. Takkan nak buat majlis waktu abah tengah sakit? Kalau majlis abang ngah dan Kak Amira berubah, maknanya plan aku juga kena anjaklah! Aku memandang Emir. Aku minta pengertiannya. Aku tahu dia sebolehnya mahu cepat, aku pun nak cepat juga! Aku dan Emir berpandangan sesama sendiri.

"Ya, kita tangguhkan dulu." Emir sangat mengerti. Aku baru pandang, belum cakap apa-apa yang terbuku dalam hati, semua dia tahu. Hesy... ini yang bertambah sayang!

"Betul?"

"Kalau orang lain boleh berkorban demi abah, kenapa kita tak boleh? Dah tak sabar ya nak bertunang dengan Emir? Dulu tak mahu! Dulu jual mahal... sekarang nak mendesak kita pulak!" kata Emir sambil tersengih.

"Eee... perasan!" Aku mencubit lengannya menyebabkan Emir mengaduh sakit. Ibu keluar dari bilik itu bersama-sama yop dan doktor. Setelah doktor berlalu, barulah aku mendekati ibu
termasuklah abang ngah, Kak Amira, Kak Atin dan Emir.

"Abah okey... cuma masih terkejut lagi. Jantung dia agak lemah," beritahu ibu.

"Mungkin sebab tadi banyak hilang darah, lepas tunganti darah baru, dia perlu masa..." sambung ibu lagi.

"Apa kita perlu buat sekarang ni, bagi abah ceria.Apa dia nak kita buat, apa dia mahu... kita bagi. Jangan bagi dia susah hati. Ingat Mel , jangan bagi abah susah hati," ucap Harith.

"Yang lain baliklah, biar yop jaga abah hari ni
Besok giliran angah, kemudian Mel. Ibu datang siang saja waktu malam biar kita orang jaga..." arah Harith. Dasar askar!

Aku mengerut dahi. Apa hal aku pulak? Aku beri masalah pada abah ke? Sengaja yop ni! Malas nak mencari gaduh, aku mengangguk sahaja. Aku masuk berjumpa dengan abah. Aku mahu meminta diri pulang ke rumah terlebih dahulu.

"Abah!" Aku sebak. Aku tidak pernah melihat abah sakit, nak tengok abah batuk pun jarang. Sekarang abah sakit, aku jadi sedih. Betulkah apa yang abah cakap pada aku malam dulu... abah mahu pergi? Jangan pergi, abah Mel masih perlukan abah! Aku memeluk abah, abah hanya senyum.

"Jangan sedih-sedih, abah okey. Cuma abah penat sikit kut, kerja banyak," pujuk abah lembut sahaja, tidak tegas seperti biasa.

"Abah makan ubat, jangan fikir banyak sangat. Mel okey saja..." kataku. Aku takut abah memikirkan apa-apa tentang aku. Aku takut sangat abah sakit sebab aku.

"Mel pun sama. Jangan fikir banyak sangat."

Abah ni, macam tahu-tahu sahaja aku ditimpa
penyakit runsing. Ketara benarkah di wajahku ini? Ada tandakah di dahi aku ni...?

Emir hanya senyum melihat aku dengan abah. "Pak cik berehat, ya. Nanti Emir datang lagi."

"Jangan susah-susah, Emir. Pak cik dah banyak menyusahkan Emir."

"Tak apa. Perkara kecil saja tu..." ujar Emir.

"Bye abah. Esok Mel datang bawak ibu. Abah nak makan apa, abah cakap okey? Esok Mel masak untuk abah."

"Betul Mel nak masak?" tanya abah.

Aku mengangguk mengiakan.

"Abah nak nasi beriani Bukhara."

"Consider it done!" ujar aku tersengih. Aku tengok abah tersenyum. Apa sahaja akan aku lakukan untuk buat abah gembira. Itu janji aku pada abah!

Aku keluar dari bilik abah, aku minta izin ibu untuk balik dahulu. Aku nak pergi beli barang untuk masak nasi beriani seperti yang abah minta. Lama juga aku tidak masak nasi beriani, itu sebab abah kepingin kut! Argggh... esok aku tidak mahu pergi kerja, aku nak masak untuk abah. Aku nak cuti seminggu, aku nak jaga abah.

"Kita pergi Tesco kejap ya, Emir penat ke? Kalau Emir penat, Emir hantar Mel balik, Mel ambil kereta Mel"

"Dengan Mel, mana pernah Emir rasa penat .Besok nak masak nasi beriani ya... mintak sikit!" ujar Emir tidak malu.

Kali terakhir aku masak nasi beriani pun sewaktu hidangan untuk pengantin yop dengan Kak Atin. Itu pun yop yang paksa masak. Dia tidak mahu makan nasi kenduri sewaktu hidangan pengantin. Mengada!

"Okey, nanti Mel bawak pergi kedai Mel." Boleh singgah ke kedai bunga. Lama tidak jenguk mereka. Boleh tanya kut-kut ada kerja kosong ke.... Aku nak berhentilah!

"Eh tak apalah, besok Emir ambil Mel, kita pergi hospital sama-sama. Abah Mel, abah Mel jugak. Emir suka tengok Mel dengan abah, hubungan anak-beranak sangat rapat. Lainlah Emir dengan daddy! You can see the difference between Irfan and me."

Aku memandang Emir. Emir nampak sedih.

"Kan Emir kata, abah Mel, abah Emir jugak! So be it.."

"Jangan cemburu tau kalau abah ngam dengan Emir. "

"Eleh...." Aku mencebik.

Emir tersenyum!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience