Persiapan untuk majlis perkahwinan abang ngah dan Kak Amira sudah siap sepenuhnya. Kenduri tidak dibuat di rumah pengantin perempuan, memandangkan Kak Amira adalah anak yatim. Jadi semua persiapan tempat pernikahan dan kenduri dibuat di rumah aku. Agak penat juga membuat persiapan kenduri ini, macam- macam berlaku... dengan abah yang tidak sihat, terpaksa menangguhkan banyak program.
"Abah duduk saja. Abah jangan banyak bergerak." Aku memberi amaran awal-awal kepada abah. Aku takut dia jadi excited macam masa yop kahwin dulu, siap boleh berkaraoke sakan. Nanti sesak nafas pula.
Abah tekun mendengar bebelan aku. Ada kalanya Emir memarahi aku, jangan sekat kegembiraan abah dia, katanya. Hesy... perasan yang itu pun! Bukannya aku tidak beri abah gembira, aku cuma tidak mahu dia teruja sangat. Jantung diakan tak berapa nak baik! Hesy Emir ni.....
Mulanya, apabila abah dimasukkan ke dalam hopital dulu, abang ngah nak tangguhkan majlisnya. Masuk kali ini dua kalilah dia minta tangguh. Tetapi abah tidak bagi, abah suruh teruskan juga.
Teringat dahulu betapa meriahnya majlis perkahwinan yop, begitu jugalah majlis perkahwinan abang. Hanya sekali lafaz sahaja. Kak Amira telah menjadi steri kepada abang ngah. Aku sentiasa berada di belakang Kak Amira, berdebar juga dadaku sewaktu abang ngah melafazkan akad nikah. Nasib baik lancar, kalau tidak mahu aku tergelak guling tenggiling di hadapannya. Kalau dia gagap lagilah, aku lompat katak! Abang ngah masam sahaja sewaktu aku mengusik dia.
Kak Amira sangat cantik dengan baju kurung berwarna putih hasil jahitan Emir. Emir beria-ia mengambil gambar, bukan gambar pengantin, gambar aku! Sengaja buat perangai. Teringat aku ketika kali pertama aku bergambar- dengan Emir sewaktu kenduri yop, gambar itu masih di atas mejanya. Aku tersenyum. Hesy... Emir ada di depan mata, aku boleh terkenang-kenang. Bayangkan kalau Emir tiada depan mata, aku kena sampuk sakit gila bayang, sangat teruk tau!
Belum campur rasa cemburu teramat, yang aku kawal bagai nak rak tu. Walhal sebenarnya aku tahu, aku ini cemburu sangat orangnya.
Ketika upacara membatalkan air sembahyang, aku undur ke belakang sedikit dan memberi ruang kepada mereka untuk mengambil gambar. Aku seronok melihat wajah ceria abang ngah dan Kak Amira. Kegembiraan itu juga terpancar di wajah ibu dan abah.
"Hesy... sekarang perempuan pakai tudung ada awning tu susah,tau!"ujah Emir di sebelah aku. Tiba-tiba dia muncul. Selalu buat aku sakit jantung! Dia memegang dagunya seperti berfikir. Adalah benda tu! Adalah benda yang dia hendak usik aku!
"Apa yang susahnya?" tanyaku. Tidak faham.
"Yelah, lepas akad nikah,nak cium dahi isteri pun tak boleh. Tersenget-senget," bebel Emir.
"Siapalah yang buat fesyen macam ni! Cacat!"
bisingnya lagi.
Aku mengerut dahi. "Habis tu... nak buat macam mana pulak?" tanyaku.
Aku pun bodoh, sudah tahu hendak dikenakan dek Emir, aku bertanya lagi soalan bangang macam tu! Haihhh Melisa Karissa.... tak sedar-sedar lagi!
"Bukan fesyen yang perlu dibetulkan!" ujarnya
dengan senyuman nakal. Pulak dah...!
Macam-macamlah Emir ni. Aku ingat fesyen awning tu kena buang, buatlah span ke, lebih lembut.
"So?" tanyaku, penuh dengan rasa ingin tahu.
"Cara ciumnya kena betulkan. Kalau Emir, Emir cium dekat bibirlah. Kan lebih mudah..." ujar Emir selamba.
Aku terperanjat. Menyesal tekun mendengar cerita Emir, dia pula bercerita cara tidak senonoh itu. Tak malu! Tak ada adab ke?
"Erkkk...apa Emir ni!" Aku menolak bahunya.
"Tak malu!"
"Apa nak malu... dah halal!" ujarnya.
"Tak pernah dibuat dek orang."
"Tak apalah. Emir mulakan sejarah..." ujar Emir,ketawa kecil.
Aku mencebik.
"Dengan bibir ni!" Dia mencuit bibirku.
"Emir" Aku menjerit.
Dia tergelak
Eee.. geram betul! Selalu mengambil kesempatan.. Menyampah, tapi suka! Melisa Karissa, kamu dah patut kahwin. Aku ketawa bersamanya.
"Kenapa gelak? Suka ke?" tanya Emir.
"Tak ada maknanya!" jawabku. Aku sendiri termalu.Suka sendiri!
"Bolehkan Emir buat macam tu?"
"Buatlah! Tak mahu kahwin dengan Emir."
"Ooo... ugut Emir!"
"Eleh... Kenapa? Nak cari lain?" tanyaku.
"Memang ada yang lain," jawabnya selamba.
Sengaja menaikkan darah aku.
"Amboi!" Aku memukul bahunya. Menggatal!
Emir tergelak. "Tahu takut!"
"Tak takut pun!" Aku mencebik.
"Emir, Mel" panggil ibu. "Mari bergambar."
"Okey." Aku dan Emir segera menghampiri pengantin.
"Rapat sikit... rapat sikit." Jurugambar itu menyuruh Emir rapat kepadaku.
"Macam ni?" Dia meletakkan tangan di bahuku. Aku terperanjat.
"Mel, pandang depan!"
Aku memandang ke hadapan.
Klik
Emir ketawa. Mengenakan aku! Emir... Emir! Ibu dan abah pun tergelak.
"Lepas ni, Mel pulak. Emir, tunaikan tanggungjawab," ujar abah.
"Insya Allah, abah!" jawab Emir selamba.
Aku malu! Malu punya kekasih yang tidak malu macam dia ini. Aduhaiii...
Ibu dan abah tergelak lagi dan semua juga turut ketawa. Aku sahaja, muka sudah merah menahan malu!
Datuk Zakuan dan Datin Hajar yang ada di situ juga turut ketawa. Mesti mereka pun segan dengan anak yang berkelakuan begitu! Haih Emir....
"Mel malu ke?"
"Tak adalah."
"Tu blushing!"
"Emir!" Aku marah Emir mengusik aku. Jahat betul dia ini, semakin menjadi-jadi usikannya.
Emir menarik lengan bajuku menjauhi kelompok yang ramai-ramai itu. "Emir nak cakap sikit."
"Apa? Bunyi macam serius saja..." kataku.
"Lepas kenduri ni, Emir akan start busy. Hotel pun Emir tak pergi sangat sebab kilang dah start mass manufacturing. Sebulan sudah Emir renovate warehouse tu untuk masukkan stok pakaian. Kilang dekat Vietnam tu pun dah berikan green light..." ujar Emir gembira.
Aku nampak reaksinya lega. Memang sebulan ini pun dia sudah mulai sibuk ke sana, ke mari.... Aku pun kadang-kadang susah nak berjumpa dengan Emir.
"I am happy for you." ujarku seraya tersenyum gembira.
"Happy saja? Tak asa kiss.. kiss ke?"
"Eee... melampaunya! "
Emir tergelak. "Tapi Emir tak lupa pada Mel,pada majlis kita hujung tahun ni. Emir akan cuba ikut semue yang kita rancangkan,Insha-Allah .Emir janji dengan Mel,Mel lah pengantin paling cantik dalam dunia ni, cantik buat Emir! "
Aku tersenyum.Kadang-kadang ayat yang terkeluar daripada mulutnya itu tidak serasi dengan kenakalan dia yang suka mengusik aku. Tetapi ayat-ayat itu aku tahu,ikhlas datang dari sanubarinya.
"Ya... Mel cuba faham Emir. "
"Terime kasih, sayang! Emir sayang Mel! "
"Mel pun sayang Emir..... "
"Ye ke? Boleh percaya ke? "
"Emirrr ni!!!! "
Ada juga yang kena makan siku aku ni? Heh, Emirr......!
Share this novel