Aku mesej Irfan untuk mohon cuti seminggu. Aku nak jaga abah seminggu ini dan kebetulan penat bekerja di Jakarta pun tidak hilang lagi. Alamak! Board drawings aku tidak submit pada Irfan semalam. Nampaknya kena juga singgah ke pejabat. Tidak jadilah nak mesej Irfan, sebaliknya aku mesej Emir memberitahu aku hendak ke pejabat dan dia tidak perlu untuk menjemput aku nanti.
Aku memakai T-shirt dan jean sahaja. Aku minta izin ibu keluar sekejap dan aku berjanji dengannya akan pulang awal. Nak siapkan makanan kegemaran abah lagi... nak bawa ibu jumpa abah lagi.... Ibu tentu rindu bila abah tidak ada. Aku tengok ibu sedih sahaja apabila nak tinggalkan abah di hospital. Sudah berkahwin dekat tiga puluh lima tahun, apa yang kau harapkan? Your other half is missing, lepas itu sakit pula. Mesti rasa sedih. Sedangkan aku yang ditinggalkan Emir sebulan, wahhh... Tuhan sahaja yang tahu perasaan itu dan masa aku meninggalkan Emir selama seminggu... Emir? Tentu sahajalah tidak tenteram hatinya kerana aku pergi bersama Irfan!
Kadang-kadang aku bersyukur sebab abah jadi begini. Bukanlah aku minta abah sakit, tetapi sekurang kurangnya aku tidak duduk lama di Jakarta dan tidak lama dengan Irfan! Nasib baik. Aku takut juga dengan hati aku yang terkadang tidak boleh dikawal ini. Perempuan, nafsu ada sembilan puluh sembilan! Heh.
Sampai di pejabat, aku parkir keretaku di hadapan lobi. Aku cuma nak hantar drawing sahaja, nak cepat. Aku takut kalau parkir kereta tempat biasa, ramai yang menahan aku, nanti aku jadi lambat. Aku masuk ke dalam lif.Alamak, Datuk Zakuan!
"Selamat pagi. Datuk." Aku menyapa Datuk Zakuan
"Pagi, Karissa. Tak kerja ke hari ni?" tanya Datuk
Zakuan.
"Tak, cuti. Abah saya masuk hospital .Saja minta cuti, nak jaga abah," ujar aku panjang lebar. Haih terlebih ramah pula.
"Oh ya... ya... Irfan ada beritahu semalam. Well..
cuti-cuti pun datang kerja?"
Erkkk... Irfan beritahu? Hemmm apa kes dia beritahu Datuk Zakuan pulak? Oh, mungkin sebab Datuk Zakuan tanya kut, kenapa balik awal dari jadual, tekaku.
"Saya nak serahkan art work saya kepada Encik Irfan, Datuk "
"Oh, projek di Jakarta tu ke?"
"Iya, Datuk."
"Siap dah ke?"
Aku mengangguk.
Datuk Zakuan agak terkejut. "Patutlah Irfan selalu puji-puji awak, kerja awak memang cepat. Tak kisahlah , I really admire all your work, Karissa.Keep it up !"
Datuk Zakuan memuji aku setinggi langit! Kembang kempis hidungku menahan rasa bangga yang kian merekah di mana-mana.
"Terima kasih, Datuk. " Aku tersenyum. CEO tuuu. cakap macam tuuu! Kalau bumbung lif ini terbuka aku rasa aku dah terkeluar dah. Punyalah banggal
Datuk Zakuan keluar dari lit setelah sampai di tingkat lima. Aku mengikutnya perlahan-lahan dari belakang .Segan pula hendak jalan beriringan, macam aku pula setiausahanya. Sudahlah pakaian aku ini sempoi sahaja!
"Kak Moon! Bos ada ke?"
"Ada kenapa? Bapak kau dah okey ke Sa?"
"Belum, dalam wad lagi. Ini saya datang nak mintak cuti dengan bos, sekali nak bagi kerja yang saya siapkan dekat Jakarta semalam."
"Kejap." Kak Moon menekan interkom. "Bos,Karissa"
"Panggil dia masuk."
Suara Irfan keluar dari interkom itu, menyuruh aku masuk.
"Ehhh kau baik-baik dengan bos, jangan bagi dia
marah pulak. Hari ni hari gaji tau! "Kak Moon memberi amaran.
Aku mengerut dahi. "Hesy akak ni, apa kena- mengena pulak gaji dengan Sa! Itu HR punya kerjalah."
"Selalu bos tahan tahan gaji sebab Sa selalu buat hati dia bengkak. Ambil sikit hati bos tu!"
Bila bos tahan gaji? Selalu gaji aku masuk on time saja. Pelik? Semalam gaji aku dah masuk dah! Takkan depa tak dapat gaji lagi? Aku terus masuk ke dalam bilik Irfan setelah pintunya aku ketuk terlebih dulu.
"Abah okey?" tanya Irfan sejurus melihat muka aku.
"Hari ni tak pergi lagi. Lepas masak baru pergi. Ini
drawingsnya. Nasib saya sempat habiskan kesemuanya."
Aku meletakkan kerja-kerja aku di hadapan Iran Tiba-tiba Irfan menarik tanganku. Aku terkejut, apu hal mamat ni? Aku cuba menarik tanganku kembali, tetapi Pegangannya begitu kuat!
"Abang minta maaf sangat-sangat dekat Sa"
"Lepaslah. Encik Irfan. Kalau tidak saya jerit
nanti...!"
"Abang takkan lepaskan selagi abang tak dengar dari mulut Sa, yang Sa maafkan abang pasal semalam!"
Suka sangat mengugut aku. Kenapalahhh... mamat ni! Jiwa kacau betul sehingga aku punya jiwa pun turut kacau gara-gara dia yang menggila ini.
"Ler... saya maafkan, la! Jadi boleh lepas?"
Irfan menggelengkan kepalanya.
"Dah maaf, lepaslah!" bentakku.
"Itu maaf tak ikhlas."
Aku menarik-narik tanganku dari pegangannya tatkala aku dengar bunyi ketukan di pintu. Takutlah orang nampak pula, nanti heboh satu pejabat! Namun dia tidak lepaskan juga. Kang ada juga yang keluar pejabat dengan perut senak!
"Bos!"
Irfan berpaling.
Aku pun memandang ke arah suara itu Kak Moon!
Kak Moon memandang aku dengan tersengih-sengih .Serta-merta Irfan melepaskan tanganku.
"Kenapa tak ketuk pintu?" tanya Irfan
"Ketuk dah! Bos kena sain cek ni urgent." Kak Moon menyerahkan cek itu kepada Irfan sambil tersenyum-senyum memandang aku
"Kalau tak ada apa apa hos, saya nak cuti seminggu Saya nak jaga abah saya. Lagipun cuti saya banyak lagi. Kerja saya pun dah siap Aku mahu pergi tetapi sementara Kak Moon masih ada, aku beranikan diri untuk berpatah balik.
"Ini notis sebulan. Saya nak berhenti kerja. Encik Irfan Kalau ikutkan cuti saya, apabila tolak semua, saya masih ada sehari lagi hutang dengan hotel ini. Tak apa, saya datang masa akhir nanti ." Aku memberikan notis sebulan itu dan berlalu pergi.
Seorang pun tidak menghalang atau berkata apa- apa. Kak Moon terkejut dan Irfan... aku dengar dia menghempas fail .Nasihlah Cepat-cepat aku balik .Aku sudah janji nak masak nasi beriani untuk abah.
Setelah sejam, aku bertungkus lumus di dapur. Tangan bekerja pantas, otak meliar ke arah cerita lain. Aku masih terfikir-fikir macam mana nak beritahu abah tentang keputusan mengejutku. Gila! Penangan Irfan ini membuat aku meroyan tidak tentu pasal.
Setibanya aku di hospital, abah sudah tersenyum simpul .Mungkin sudah lapar agaknya. Cepat cepat ibu menyediakan pinggan dan hidangkan nasi dan lauk pauk kepadanya. Abah nak makan pakai tangan, tidak mahu aku suapkan. Makannya berselera sekali, siap minta tambah. Aku sebenarnya nak memberitahu abah yang aku suda berhenti kerja di hotel itu, tetapi aku takut abah terkejut sakit lain pula yang datang.
Emir datang termonyeh-monyeh. Lambat la tu! Lepas itu buat muka macam kartun, bersalah !Nasib tidak tunggu dia tadi, aku datang sendiri dengan ibu. Kalau tidak pukul berapalah abah boleh makan.Aku hanya menggelengkan kepala.
"Sorry, lambat. Ada kerja sikit mom suruh buat...."
kata Emir. "Hmmm... sedapnya bau"
"Makan, Emir" pelawa abah.
"Rugi ni kalau tak makan," kata ibu pula.
Ibu lantas menyuruh aku menyendukkan beriani itu ke dalam pinggan. Ibu menarik kerusi menyuruh Emir duduk di sebelah abah. Aku pula tidak berminat nak bergurau-gurau ke, tersengih-sengih ke, sebab dalam kepala aku ini, asyik terfikir bagaimana caranya aku nak memberitahu mereka semua, aku sudah berhenti kerja & hotel. Kalau mereka tanya apa sebab berhenti, aku nak beritahu macam mana ek? Matilah aku! Takkan aku nak kata sebab Irfan! Hmmm... aku ni bab menipu memanglah failed! Lagi-lagilah dengan ibu.
"Mel! Mengelamun..." bisik Emir di telingaku.
Aku tersentak, lantas cepat-cepat menyendukkan nasi beriani ke dalam pinggan dan memberikannya kepada Emir. Emir mengerut dahi. Mungkin di hatinya, dia seakan pelik melihat keadaanku. Aku pun pening!
"Lepas habis makan, Mel ada hal nak cakap sikit."
"Takpe, cakap sekarang. Jom!"
"Makan dululah."
"Betul ni? I don't mind sayang, you are worth to listen to, Mel.... " ujar Emir.Sengaja membuat hati aku kembang hak bunga teratai.
Aku tersenyum dan mengangguk. Nanti sudah cerita tidak lalu hendak makan pula, rugi sahaja!
"Kenapa Mel? Nampak macam ada masalah?" tanya abah apabila melihat aku berbisik-bisik dengan Emir.
"Eh, tak adalah!" Aku menggeleng kepala.
"Mom ajak datang rumah this weekend. Ada kenduri sikit." ujar Emir tiba-tiba.
"Hmm pak cik dengan mak cik tak dapatlah pergi agaknya. Tak tahu bila boleh keluar hospital," kata ibu
"Tak apa, nanti Emir minta mom tukar tarikh
"Eh, tak perlu susah-susah, Emir... nanti Mel
pergi wakilkan kami," tolak abah. Aku Aku! Aduh... kenapa aku? Seganlah ramai orang besar besar! Nanti terjumpa Irfan, apa aku nak cakap ?Aku mengeluh perlahan
Usai mereka semua makan, aku menarik tangan Emir keluar.
"Sedap, Mel ! Kenyang perut... kalau boleh masak lagi" Emir mengusap-usap perutnya di luar bilik abah. Bolehlah aku nak bercerita perihal pagi tadi dengannya.
Aku tersengih. "Bayarlah! Ingat chef free of charge?"
"Amboil Tengah kumpul duit nak belilah ni, pakai duit mas kahwin!"
Aku mencebik
"Sudi tak?" tanya Emir.
"Sengaja, kan?" Muka aku berona merah menahan malu. Aku menyiku lengan Emir, Emir tergelak .
"Yang nak cakap sikit ni." Aku memandang Emir aku mahu dia serius.
"Apa dia, sayang?"
Aduh... jangan sayang-sayang sangat, nanti terbang melayang .Terkelu lidah nak bercakap kalau sudah bersayang-sayang ni! Hesy Emir ni....
"Mel dah berhenti kerja pagi tadi. Hantar nota sebulan, tapi kalau kira cuti sedia ada, tinggal sehari saja kerja."
"Hah?" Emir terkejut.
"Tak boleh ke?"
"Kenapa terburu-buru?" tanya Emir mengerut dahi. Aik... dulu kata suruh berhenti, sekarang tanya kenapa berhenti! Emir ni kenapa?
"Dah dapat peluang, apa lagi nak tunggu?
"Betul jugak. Habis lepas ni Mel nak kerja apa? Macam mana nak beritahu abah? Kan abah tengah sakit sekarang...." Emir memegang kepalanya. Itu tanda dia pun sudah kusut juga!
"Itulah, sekarang Mel tengah kusut ni!" Giliran aku yang mengerut dahi. Macam mana, mulut sudah kata berhenti, surat sudah bagi, hati sudah tidak mahu lagi .Takkan sebab abah, nak jilat ludah sendiri? Tak mahu aku!
Emir terdiam. Dia seakan memikirkan sesuatu. Mesti payah, kan....kekasih menjadi rebutan orang lain. Kata orang lain tidak apa lagi, ini abang sendiri. Kalau aku di tempat Emir, aku pitam terus agaknya.
"Macam nilah Emir rasa kita beritahu Mel berhenti lepas abah dah keluar hospital. Itu lebih okey .So buat masa sekarang Mel kena cari kerja lainlah Emir boleh carikan. Banyak yang nak interior designer, Jangan risau lah ...."ujar Emir sambil tersenyum.
"Okeylah, besok Emir start pusing Ipoh, Thank you sayang!" Aku mengecai rambutnya kemudian tergelak.
"Hei! Dah tak kacaklah Emir ni " Emir mencebik, terus dia membetulkan rambutnya. Sentiasa nak menampilkan diri sendiri. Itulah Emir, sedikit metroseksual. Disigner lah katakan!
Biarlah nampak tidak handsome pun, aku tidak suka tengok jururawat di sini asyik usha lain macam kepada bakal tunang aku ini! Akkk... bakal tunang? Aku tersengih. Aku rasa lega setelah memberitahu semuanya kepada Emir. Emir memang penyejuk hati dan perasaan aku. Dia itu walaupun nakal, tetapi ada sesuatu tentangnya membuatkan aku rasa tenang dan aman. Berbanding dengan Irfan, aku rasa nak marah sahaja memanjang. Memang tidak ngam tetapi kadang-kadang rasa lain pula dengan Irfan. Heyyy hati! Janganlah berbelah bahagi.
Ya, esok akan aku pusing satu Ipoh cari kerja lain. Nasib baiklah tidak ada hutang piutang jangka panjang. Kalau tidak, nak berhenti satu masalah pula. Sudahlah aku ini suka buat kerja terburu-buru!
"So, what is the occassion? Kenduri?" tanyaku
"Kenduri doa selamat atas kejayaan dua hotel di Jakarta dan Vietnam. Lepas ni Emir akan sibuk sikit. Emir nak launch my own clothing line. Emir beritahu awal-awal tau!" kata Adam.
"Saja Emir nak beri kejutan pada Mel."
"Wahhh... tahniah!" Aku tersenyum. Aku sangat bangga dengan Emir. Kejayaan dia, kejayaan aku juga kerja tidak apa, jangan sibuk dengan benda lain. Ask... Mel Kau dah mula nak cemburu ni, cliche la Mel. Huh...!
"Emir ingat nak beritahu daddy tentang hubung kita ni... bertunang dan berkahwin." Aku memandang Emir. Apakah agaknya reaksi daddy Emir, kalau dia tahu aku yang bakal menjadi isteri anaknya? Dia terimakah? Huh... seram rasanya!
"Jangan risaulah. Dia suka dekat Mel," ujar Emir tersenyum, menolak bahuku dengan bahunya.
Macam tahu-tahu sahaja apa yang ada di dalam kepalaku. Protege Nujum Pak Belalang agaknya Si Emir ini
"Okey!"
"Nanti Emir ambil Mel Ahad ni tau."
"Irfan ada ke?" tanyaku.
Apa punya soalanlah, Mel? Mestilah dia ada, diakan ahli keluarga Emir juga.Apalah aku ni! Bengong !
"Mestilah. Tapi buat tak tahu sajalah, Mel, Emir
akan ada di sisi Mel saja."
"Eleh... betul ke? Nanti Emir tinggalkan Mel
Emir siap. Tak nak kahwin dengan Emir!"
"Amboii... ugut Emir!"
Aku ketawa. Muka Emir masam. Sengaja aku mengusik hatinya.
"Pandai merajuk sejak akhir-akhir ni!" Aku cubit lengannya.
Emir mengeluh sakit.
"Yelah, sejak ada orang pandai pujuk!" Emir
ketawa.
Aku tersengih. Sesungguhnya dia sangat bijak
berkata-kata!
Share this novel