Bab 36

Drama Completed 10175

Tepat jam sepuluh pagi, aku sudah sampai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Alam setia menanti Emir bersama Datuk Zakuan dan Datin Hajar. Aku tidak sangka Datuk Zakuan nak datang juga sebab setahu aku Datuk Zakuan seperti lebih sayang kepada Irfan lebih prihatin kepada abang Emir itu. Rupanya sama sahaja Emir tu... suka perasan lebih. Emosional tak bertempat.

"Maaf Karissa, saya tak tahu awak dengan Emir
selama ini. Saya ingat awak dengan Irfan, sebab Irfan yang selalu bercerita tentang awak," ujar Datuk Zakuan "Dengan siapa pun awak, dengan anak saya jang mana satu pun, saya setuju saja. Saya suka dengan awak Karissa..." kata Datuk Zakuan lagi.

Datin Hajar di sebelahnya tersenyum. Aku tersenyum. Hesy... dengan Emir aje, tak mahu anak yang lain! Aku lihat wajahnya menggambarkan kekesalan. Mungkin disebabkan peristiwa pengumuman yang mengejutkan itu. Aku juga amat terkejut ketika itu.Tak pasal-0asal aku jadi hal di antara adik-beradik! Hesy macam mana aku boleh terperangkap dalam hal yang remeh macam ni? Masalah betul jadi rebutan ni!

Itulah.. bukannya tidak ada orang beritahu aku, ramai yang bagi warning. Biasalah aku dengan sifat positif aku yang tak agak-agak tu. Bila terkena batang hidung, mula hendak menggelabah! Melisa Karissa... Melisa Karisaaa...!

"Eh, tak apa, Datuk. Jangan minta maaf dengan saya. Tak ada siapa yang bersalah dalam hal ni. Datuk." Kataku, sopan. Yalah. Si Irfan itu yang patut dipersalahkan. Mengaku yang bukan-bukan, mengaku aku ini milik dia. perasan, mamat jiwa kacau. Tak betul!

" Manalah Emir nak beritahu abang, abang pun tak pernah nak bersetuju dengan dia. Selalu saja membangkang dia. Ini dia lari sebab abang jugalah. Saya dah kata, beritahu Emir, dia tu siapa. Abang duk tangguh jugak! Saya dah cakap
banyak kali. Bukannya saya tak cakap!" marah Datin Hajar.

Datin Hajar sudah lama menyuruh suaminya bersua muka dengan Emir, ceritakan hal sebenar. Tetapi Datuk Zakuan suka benar bertangguh. Sibuk betul dia dengan kerjanya, taasub betul dia dengan hotel-hotelnya. Yang peliknya macam mana Si Irfan boleh tahu pula yang Emir bukan adik kandungnya? Pelik.....

Datin Hajar pelik, aku lagilah pelik. Masakan budak dua tahun boleh ingat? Mesti Irfan ada dengar perbualan Datin Hajar dengan Datuk Zakuan dulu. nah aku ni pandai teka sahaja. Hajat di hati nak jadi Deaktif Conan konon! Canon bolehlahhh....

Aku nak tergelak. Aku melihat Datuk Zakuan nak membuka mulut. Dia pun tidak mahu beralah!

"Eh, eh... awak ni Ja, salahkan abang pulak. Abung nak ajar dia serius macam Irfan. Jangan nak main-main, dah besar! Abang bukan membangkang dia, dia tu selalu tunjuk belang dengan abang. Abang suruh masuk hotel, dia sibuk menjahit! Semua ini untuk dia jugak. Kalau tak, abang tak masukkan dia jadi pemegang saham hotel tu kalau abang anggap dia bukan anak abang. Abang tak akan binkan dia dengan nama abang, kalau abang tak anggap dia bukan anak abang, Ja." Datuk Zakuan membebel.

Dahulu di JPN boleh daftar anak angkat dengan nama bapa angkat. Aku pun tidak tahu macam mana .Mungkin prosedur lama agaknya. Sepatutnya di sisi Islam tidak boleh, kan... sebab kena berbin atau berbintikan Abdullah kalau tiada bapa. Atau mungkin. Adam ada sijil beranak yang memang didaftarkan oleh ibu kandungnya kemudian selepas dua tahun boleh tukar nama kepada ibu dan bapa angkat. Mana tahu! Aku nak tanya ...aku siapa ?? Nanti kata menyibuk hal orang pula. Senyap sudahlah, Mel

"Lepas ni, Emir buat semua yang daddy suruh
Emir buat!"

"Emir?" Datin Hajar mengerut dahi. Tiba-tiba terdengar suara Emir menyampuk.

"Emir!!!" jeritku. Aku tersenyum.

Emir memeluk Datuk Zakuan erat.

"Maafkan daddy!" ujar Datuk Zakuan. Merah matanya bertakung air matanya.

"No... maafkan Emir! Emir yang tak mengenang budi dengan jasa-jasa daddy pada Emir selama ni. Emir berdosa dengan daddy, buat daddy marah selalu." Mata Emir merah, dia menangis.

Aku pula jadi sayu. Aku teringat sewaktu aku cakap dengan abah malam kelmarin. Jangan nak bikin air mata dekat sini pulak. Melisa Karissa!

Emir melepaskan pelukan daddynya dan memeluk mummynya pula.

"Maafkan Emir, mom Emir janji tak akan tinggalkan mom lagi. Emir mintak mom halalkan susu mom yang mom beri pada Emir dulu. Terima kasih, mom,"

"Jangan cakap macam tu, sayang. Emir anak mom.selamanya anak mom." Datin Hajar mencium pipi Emir. Datin Hajar mengesat air mata Emir, Emir pun turut berbuat begitu. Emir memeluk Datin Hajar lagi. Seeratnya. Hmmm... alangkah bagusnya kalau Irfan turut ada sama dan bermaaf-maafan sekali? Ini tidak menghilang entah ke mana! Sakit hati aku....

Aku di tepi, tersenyum memandang gelagat tiga beranak itu. Seronok, semuanya berbaik semula. Seronok juga sebab Emir sudah ada di hadapan aku. Kalau tidak ada mereka yang lain, aku memang nak hempuk Emir dengan beg tangan aku ni atau kalau tidak boleh mengawal perasaan, aku peluk dia, tanda aku rindu pada dia! Heh... Melisa Karissa, jangan nak buat pasal!

Emir memandangku. Dia mendekatiku, mahu memeluk aku pula. Bajunya ditarik oleh Datuk Zakuan. "Semua Emir boleh peluk, Mel pun Emir kena peluk jugak? Eh, tak boleh ek?" ujar Emir, buat lawak!

"Boleh, tahun depan!" ujar Datuk Zakuan. "

"Tahun depan?" Aku dan Emir berkata serentak. Masing-masing memandang Datuk Zakuan. Tahun depan ada apa ya?

Datin Hajar tersenyum. "Hujung tahun ini, mom dengan daddy akan masuk meminang Mel. Kamu berdua akan ditunangkan dan tahun depan, bolehlah kita buat majlis perkahwinan."

Aku tersenyum malu! Hesy... tidak boleh ke bincang benda-benda ini jangan di depan aku...? Aku nikan wanita pemalu, wanita Asialah katakan!

"Tak setuju!" jerit Emir.

Aku memandang Emir. Terkejut dengan reaksinya

"Kenapa pulak?" tanya Datuk Zakuan. Dahinya mula berkerut.

"Lamanyaaa!!! Emir nak settle hujung tahun ni jugak!" ujar Emir. Dia benar-benar nekad dengan kemahuannya.

Aku mengucap panjang.

"Apa ni Emir, tak malunya!" Aku mencubit lengan Emir. Tadi beria-ia menangis, meminta maaf hagai, tidak sampai sepuluh saat dia sudah membantah. Emir Emir! Biar betul mamat ni.

Okeylah tu.... Kalau macam yang abah cadangkan tu, bulan depan tunang, hujung tahun kahwin, aku rasa macam cepat sangat! Hujung tahun tu, macam ada lima bulan lagi. Sempat ke nak buat majlis tu? Eh, Datuk Zakuan dan Datin Hajar ni ada berbincang dengan abah ke? Datuk Zakuan ketawa. "Kalau dapat lawa macam ni.
bijak macam ni, sayang nak lepaskan, kan Emir?"

Emir tersenyum.

Aku malu. Statement tak hengattt!!!

"Kita buat majlis bertunang dan menikah terus. Nanti uncle datang bincang dengan abah Karissa terus.Hujung tahun semua settle. Masa banyak untuk buat persiapan. "

Aku mengangguk-angguk. Segan betul, tau! Segan sebab diterima dalam keluarga kaya macam ini... Bukan setakat kaya wang ringgit, tetapi kaya dengan hati, kaya dengan ilmu, kaya serba-serbi Alhamdulillah.

"Yes!" jerit Emir.

"Thanks daddy" Emir memeluk Datuk Zakuan ."By the way, where is Abang Irfan? Dia tak datang jemput Emir ke?"

Aku terdiam.

Datuk Zakuan dan Datin Hajar juga terdiam. Emir memandang aku

"We will figure it out later..." ujar Datuk Zakuan Emir mengangguk. Muka dia nampak sedih.

Irfan! Aku tidak tahu apalah yang ada dalam kepala Si Irfan, mamat jiwa kacau itu. Dia pun tidak ada pula telefon ku selepas kejadian itu. Aku rasa sangat dan terlalu aman. Ancaman dia nak membuat aku jatuh cinta kepadanya tiada lagi. Best Aku dan Emir... tiada halangan Aku memanjatkan syukur kepada Allah. Itulah doa aku hari-hari agar ikatan kasih di antara kami kekal sehingga ke akhir.

"So, Karissa are you still with your decision to the hotel?" tanya Datuk Zakuan

"Hmmm oh, about that. Yes, Datuk. Tapi kalau kak khidmat saya, anytime. Top priority," kataku

"Ehemmm ...apa Datuk, Datuk ni? Apa Karissa Karissa nie...?

Aku memandang Emir. Sibuk saja dia ni, tau!

"Betul kata Emi4, panggil saja uncle... Tak pun
daddy!"

"Kalau macam tu, uncle panggil saya, Mel!"

"Perfect!" Mel tersengih. "Dah dapat kerja baru?

Aku mengangguk.

"Excel Decor Sdn. Bhd. Masuk hari Isnin ni," jawabku. Aku dapat surat semalam. Ibu letak atas mejaku Aku tak perasan, pagi tadi baru aku perasan. Aku ingatkan surat apa! Syukur alhamdulillah... minggu yang lepas-lepas semua bencana, hari ini, semuanya gembira.

"It is a good company," ujar Datuk Zakuan

"Wahhh... double celebration nil Apa kata kita pergi makan, okey?" ajak Datin Hajar. Semua setuju. Aku seronok. Keluarga Emir sangat sporting.

Tiba-tiba...

Adam berkata sesuatu yang menyebabkan aku tercengang! "Errr... kalau bulan depan tunang dan kahwin, okey tak?" tanya Emir.

"Emirrrrr!!!"

Aku memukul lengan Emir l. Sesungguhnya dia sangat tak malu.

Semua tergelak dengan kerenahnya yang mencuit hati mereka, memalukan aku! Seronok seronok juga, tetapi kepala aku asyik fikir fasal Irfan, dia ke mana, dia di mana dia pergi mana.... Emir sudah muncul, Irfan pula menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience