Hari-hari yang berlalu, aku lalui macam biasa. Masuk hari ini sahaja, sudah empat hari aku di sini. Aku sudah mulai selesa duduk di Jakarta. Staf-staf di hotel sangat ramah, aku sudah boleh joinlah grup-grup dia orang ini. Di sini aku agak rapat dengan Stella yang berketurunan Belanda dan pastinya bukan Islam. Stella yang cantik orangnya, merupakan penyambut tetamu di hotel ini .Memang sangat sesuai! Kalau Irfan tidak ada, mesyuarat dan sebagainya, aku makan dengan Stellalah. Kadang-kadang paksa Stella tidur dengan aku di hotel. Rumah dia kalau nak balik perghhh... dekat dua jam lamanya. Katanya kena tukar bas dekat tiga kali. Dek kerana dekat sini sahaja ada peluang kerja dan gaji yang agak lumayan, dia terpaksa juga turutkan.
Gila! Kalau aku tak dapatlah... Biarlah berjuta pun dekat aku! Itu beza orang Malaysia dengan Indonesia. Di ada peluang, di situ juga ada mereka. Tidak kisahlah angkat sampah ke, kerja pembinaan ke, tukang cuci ke, tak hallah asalkan dapat duit.
Arghhh... drawings! Aku sudah siap rekaan untuk lobi. Aku ambil masa satu setengah hari jugalah sebelum aku buat untuk restoran .Sekarang aku sudah berada di bilik suite, bilik Si Irfan! Dia tidak ada, jadi aku beranilah masuk Sepatutnya hotel buat dua buah bilik suite, bukan satu sahaja. Manalah tahu, ada VVIP datang hendak menginap! Kalau buat satu sahaja, manalah nak cukup.
Cepat-cepat aku mengambil gambar di dalam bilik itu. Kemas sahaja aku tengok. Selalu lelaki, stoking diletakkan bersepah-sepah, baju dicampak-campak sesuka hati, kadang-kadang seluar kecil pun merata-rata. Biasalah, ada dua abang! Aku sudah faham sangat. Si Irfan ni lelaki metroseksual, pengemas orangnya. Kalau tidak bilik. pejabatnya tidaklah teratur sahaja! Usai mengambil gambar, aku cepat-cepat membuka pintu dan mahu keluar.
"Eh, saya salah bilik ke?" tanya Irfan. Terkejut aku apabila tiba-tiba Irfan sudah berada di hadapan pintu.
"Hari ni saya start untuk reka hias bilik-bilik pulak."
"Hmmm... cepat awak buat kerja, Sa?"
"Sebab nak balik cepat."
Aku hendak cepat jumpa Emir, rindu sangat ni! Si Emir hari-hari provoke aku, pujuk rayu macam-macam. paksa balik cepat. Emir! Siapa yang tidak tahu perangai dia....
"Tak ada maknanya, mungkin kena extend lagi satu minggu.." ujar Irfan selamba. Hah! Lanjut seminggu lagi? Mana boleh! Aku sudah janji dengan Emir, aku hendak balik awal dan buat persiapan untuk majlis pertunangan kami.
"Tak dapatlah!"
Orang nak balik ni, ditahan-tahan pulak.
"Melawan pulak dia ni"
"Kalau melawan kenapa? Nak kena berhenti? Lama dah minta, Encik Irfan tu tak approve pun!"
Irfan masam .Baik aku lari sebelum dia buat apa apa dekat aku. Dia bukannya betul, sudahlah tempat ini sunyi, kang jadi apa-apa pulak!
"Sa, awak ni memang kepala batu!" marah Irfan Dia lantas bersandar di hadapan pintu biliknya. Dia memandang aku sayu. Pandangan matanya kalau direnung lama, boleh cair beb! Segera aku melarikan pandangan mataku dan aku sudah pun berjauhan sedikit darinya.
"Kalau dah tahu, lagi nak jolok sarang tebuan..." ujarku .Aku lagi provoke!
"Saya ni pantang dicabar. Kalau nak sesuatu, saya akan selalu dapat. Tak perlu bersusah payah. Sekarang ni untuk mendapatkan awak, puluhan banjaran gunung harus saya tempuh," ujar Irfan sedikit sayu.
Aduhai! Lelaki air mata ni.... "Sekali-sekala kena belajar bahawa tak semua yang kita nak, kita akan dapat, Encik Irfan"
Irfan hanya mendiamkan diri. Tangannya sedang membelek belek kad kunci bilik hotelnya. Sedang berfikir agaknya, entah apa cara lagi hendak dia cakap atau buat! "Saya pergi dulu."
Aku mahu berlalu. Perlahan-lahan aku berjalan ke lif. Sejak peristiwa di dalam kapal terbang dan di hotel pada hari pertama, tidak pernah dia bercakap dengan aku tentang perasaannya.Mungkin kerana aku lebih banyak habiskan masa bersama Stella dan dia selalu tidak ada, jadi dia tidak berkesempatan untuk mendesak aku. Hari ini tiba-tiba pula bercerita pasal perasaan dan kemahuan. Hari tu janji nak kawan sahaja. Kenapa? Maya sayang sudah menghilangkah? Selalu sahaja Maya sayang itu ada di mana-mana, hari ini tidak nampak pula!
"Saya dah janji pada diri saya, Sa... saya akan pikat awak sampai saya dapat!" jerit Irfan.
Aku menoleh ke belakang. Aku langsung tidak menduga yang dia akan berkata begitu. Aku ingat dia sudah mengalah! Boleh tak aku sepak dia sedas.. so, dia sedar sekarang ini realitinya, aku dengan Emir!
"Astaghfirullahalazim! Subhanallah! Encik Irfan ni
waras ke tak?"
Aku sudah hilang sabar. Aku mendekati dia, aku menampar pipinya. Irfan lantas menarik tanganku dan menyandarkan aku di hadapan pintu bilik itu. Aku berusaha untuk melepaskan diri, namun genggaman tangannya begitu kuat sekali. Dia mendekatkan wajahnya kepadaku. Aku jadi takut! Menyesal pula aku sepak dia tadi.
"Lepas!" jeritku. Aku meronta.
"Awak kena berlaku adil! Saya tak kisah siapa pilihan awak di akhirnya Sa, tapi saya mahu awak buat keputusan setelah awak mengenali diri saya juga!"
"Lepaslah, Encik Irfan. Kalau tak, saya jerit kuat-kuat!"
"Awak janji dengan saya dulu, Sa! Kudrat awak tu lemah, Saa... tak kiralah karate tahap mana pun awak ada. kunci di tangan saya. Sebagai seorang lelaki, nafsu saya cuma satu. Kalau awak tak mahu, saya boleh paksa. Tapi saya tak perlu buat itu, saya cuma mahukan keadilan. Saya tak mahu
merosakkan kesucian awak."
Irfan mengugut akukah? Aku terdiam Dia masih tidak melepaskan pegangan di tanganku. Apa yang perlu aku katakan? Kalau terima, aku yang seksa. Kalau menolak, aku juga yang seksa! Jadi, Melisa Karissa?
"Okeylah, okey! Fine, saya setuju but one condition!" Bila aku cakap begitu barulah dia melepaskan tanganku. Aku memegang pergelangan tanganku yang berbekas tangannya. Sakit gila! Bodoh betul. Walaupun dia sudah lepaskan tangan aku, tetapi masih menahan aku macam tawanan perang
Irfan tersenyum. "Apa dia?"
"Balik ke Malaysia seperti waktu yang ditetapkan."
"Hmmm... okey,"
"Thank you."
"You're most welcome."
Aku masih memegang pergelangan tanganku yang sakit. Gilalah mamat ni! Aku ingat Emir dah gila, dia lagi gila!
"Sakit?"
"Emmm... boleh tahanlah."
"Mari abang tengok. Sorry, okey? Abang tak ada niat pun nak berkasar dengan Sa."
Abang??? Aduh... abang dia macam ni, adik dia macam tu....! Mahu aku lari dari belenggu yang menyesakkan otak aku.
Irfan mengusap-usap tanganku, aku semakin leka. Seketika aku tersedar, cepat-cepat aku tarik tanganku dari pegangannya.
"Okeylah tu. Terima kasih. Sorry tadi saya tertampar pipi awak."
Aku rasa bersalah pula menampar pipi anak orang Tidak pernah aku tampar orang. Merah pipinya, nasib baik tidak ada kesan tapak tangan. Tadi memang aku tampar dia sekuat hati.
"Tak apalah. Nanti kita lunch sama?"
"Saya dah janji dengan Stella."
"Batalkan! Kita makan dekat luar," desak Irfan.
Aduh.... Aku terus masam. Tengah hari itu, Irfan bawa aku makan di sebuah restoran nasi Padang. Masuk sahaja ke dalamnya, siap bergong menyambut tetamu. Bila gong berbunyi, masing-masing mengucapkan selamat datang. Seronok! Sesuatu yang asing bagiku.
"Mana tahu tempat ni?"
"Maya beritahu sini sedap," ujar Irfan
"Maya anak tauke kedai ni ka?"
"Taklah, dia tu supermodel. Dia anak chef restoran kita tu."
"Ooo...."
No wonderlah dia selalu melepak dekat restoran hotel tu saja!
"Kenapa Sa?"
"Saja tanya."
"Saja tanya ke cemburu dengan abang, emmm?"
Irfan memandang aku. Aku yang sedang memilih lauk, terasa pandangan tajam lelaki itu memamah wajahku. Aku buat tidak tahu sahaja.
"Isy tak ada dalam kamus hidup Melisa Karissalah!" Lagipun buat apa cemburu? Kau tidak ada makna dalam hidup aku, pun! Lainlah Emir Kenapalah mamat ni tak faham aku tak suka dia! TAK SUKA!!! Aku menepuk dahi.
Irfan tersengih. Tauhu dan tempe lagi? Irfan melihat di dalampingganku, lauk itu juga yang aku ambil.
"Ini yang tak ada dekat Malaysia!"
Irfan tergelak
Aku cuma tersenyum basi sahaja. Kalau ikutkan hati, sudah lama aku ambil tiket kapal terbang, balik senyap- senyap, langsung letak jawatan! Mungkin satu hari nanti aku akan nekad!
Usai mengambil lauk, aku beredar ke meja makan.
Aku melihat di atas meja, banyak betul lauknya. Siapa yang nak makan banyak-banyak ni? Gila! Aku bukan jenis yang banyak sangat makan! Irfan tersenyum melihat mata aku terbuntang melihat lauk pauk itu.
"Hari ni kita ada celebration."
"Hah? Hari jadi awak ke?"
"Hari jadi abang. Sa tak tahu! Sampainya hati...."
Alamak! Kena tahu ke? Aku ni bab-bab nombor, manalah nak ingat. Fail! Nombor kereta aku sendiri pun, ingat-ingat lupa. Kalau nak ambil kereta di petak parkir, aku rujuk nombor plat kereta dalam telefon bimbit. Walhal empat digit sahaja, itu pun susah! Emir selalu marah aku, tetapi apa gunanya Emir kalau tidak tolong mengingatkan? Hari jadi ingatlah...! Hari jadikan penting sebab boleh paksa orang bagi hadiah.
"Kalau nak tahu Encik Irfan, hari jadi saya aje saya ingat, yang lain saya tak ingat."
"Hari ini kena ingat! Tarikh permulaan berkawan kita."
"Ooohhh... hari ni berapa hari bulan tatau?"
"10 Mei."
"Hah... sungguhlah!"
Tiba-tiba telefon aku berdering. Adam! Aik kenapa Emir telefon waktu macam ini? Selalunya tengah malam Rindu kut! Tiba-tiba bibir aku mengukir senyum. "Kejap ya Encik Irfan."
Aku mahu bergegas berlari keluar dari restoran Banyak aku nak update Emir. Tiba-tiba Irfan menarik telefon bimbit itu dari tanganku. Dia mematikannya. Aku tersentak. Telefon bimbitku diletakkan di dalam poket bajunya.
"Hari ni abang tak mahu gangguan. Dan hari seterusnya pun begitu. Ini masa untuk Saa dan abang, tak ada Emir. Kalau ada Emir, macam mana kita nak mengenali hati budi masing-masing?" ujar Irfan.
"Tapi!"
"Tak ada tapi-tapi lagi Sa, jom kita makan. Abang dah lapar!"
"Kalau urgent?" Aku mengerut dahi. Mamat ni sengaja cari pasal!
"Pandai-pandailah dia call hotel!"
Aku terdiam lagi.
"Sudah... jom kita makan," ujar Irfan lagi.
Aku mengeluh. Mangkuk hayun! Macam mana nie.Nak menelefon Emir kembali, aku bukannya ingat nombor telefon dia! Mesti dia risau gila-gila punya! Hampeh siot badigol punya Irfan, menyakitkan hati! Kau ingat dengan cara mengongkong macam ini, aku boleh terpikat dengan kau? Kau serius silaplah beb!
Usai makan tengah hari bersamanya, Irfan menghantar aku balik ke hotel. Dia ada mesyuarat di luar. Selamat! Aku minta telefon bimbit aku kembali, dia tidak bagi. Fine! Banyak lagi cara lain.
"Stell, ada tak orang call Mel ?" tanyaku pada Stella yang kebetulan menjaga kaunter hari ini.
"Ada, Mel . Cowok, namanya Emir. Dia bilang minta kumu nelefonnya kembali."
"Dia tak tinggal nombor?"
"Nggak, Mel. Aku udah tanya, dia bilang kamu
ada nomornya."
Aku menepuk dahi. Emir ni pun satu! Aku cuba- cuba mengingat nombor telefonnya, 012 ke 017 hah? Aku jadi pening. Awal lagi sudah tidak ingat, apalagi nombor yang lain!
"Tak apalah, Mel nak siapkan sikit saja lagi sketch untuk bilik-bilik tu, okey.... Bye Stell. Makasih ya, kalau ada yang telefon lagi, panggil Mel tau!"
Berdoalah Mel , agar tidak ada apa-apa yang penting.
Stella mengangguk-angguk.
Aku segera ke atas, mahu siapkan semuanya hari ni, habis cerita. Nanti nak edit dalam komputer pula. Masa aku sekarang ini mengikut mood Si Irfan. Rasa dia nak makan,dia panggil...Rasa nak borak dia panggil! Aku ini sampai tidak ada masa untuk diri aku sendiri. Cepat kerja siap, cepatlah aku balik. Ada Emir di sisi aku, lain sekali bila Emir tidak ada di sisi.
Emir ada, Irfan tidak berani sangat... Emir tidak
ada, Irfan melampau sangat.
Aku pun tidak boleh menghalang. Macam tadi....
apalah kudrat yang aku ada! Nasib tidak berlaku apa-apa di luar batasan. Gua ingat gua terror! Hancusss....
Share this novel