Malam itu, aku di rumah keseorangan. Semua ahli rumah sudah keluar makan luar. Aku malas hendak makan sebab aku sudah kekenyangan. di Kenyang dengan informasi yang terlalu banyak aku dapat hari ini. Lagipun, aku tidak mahu kegemukan. Nanti Emir tidak kenal pula aku. Sudahlah aku ini senang gemuk, susah pula nak kurus!
Lepas makan, ibu kata nak pergi menziarahi kawannya. Kebetulan kawannya itu ada di Ipoh, berjalan agaknya. Apalah yang ada dekat Ipoh pun? Aku pun sudah lama tidak jumpa kawan baik ibu, Auntie Tengku Zahariah. Dulu anaknya, Kak Hanis itu rajin bermalam di rumahku ini. Sekarang sudah kahwin, sudah beranak kembar pun, aku sudah tidak berjumpa dengannya. Kali terakhir aku jumpa pun sewaktu aku ke Kuala Lumpur menziarahinya selepas melahirkan. Suaminya, Abang Johan, sangatlah romantik orangnya.
Aku kembali menatap komputerku. Sengaja aku buka Internet, melihat e-mel, mana tahu Emir sudah balas.
Tetapi hampa. Mungkin Emir terlalu sibuk. Aku sedia maklum perkara itu. Emir kalau sibuk, memang lupakan aku. Aihhh... jangan begitu, hati! Emir memang betul-betul sibuk tu.... Aku sengaja memujuk hati sendiri.
Tiba-tiba aku terasa seperti nak browsing through Aku tulis perkataan 'cinta' di dalam kotak carian di google. Keluar macam-macam tetapi yang menarik minat aku tajuk '13 Tip Anda Telah Jatuh Cinta'. Aku ketawa pada mulanya, tetapi perasaan ingin tahu aku ini membual-bui Benda macam ini pun ada ke? Siapalah yang tidak ada kerja buat soalan macam ini?
Aku membukanya, tiga belas senarai di hadapanku,jadi kerja pula aku membacanya satu per satu...
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
Wah... ini betul ni! Aku susah hendak marah Emir kalau marah pun boleh kawal dan boleh biarkan.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
Rindu, sekarang lagilah rindu! Macam mana aku boleh rindu dekat dia? Mungkin sebab aku terlalu banyak masa dengan Emir berbanding diri aku setiap hari sejak aku kenal Emir . Mungkin sebab itu, so bila Emir tak ada of course aku rindu!
3 Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
Aku ketawa Emir akan menarik aku kalau aku jalan cepat. Emir akan berjalan perlahan-lahan bersama aku. Katanya lebih banyak masa dengan aku kalau berjalan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
Hah... ini tak betul! Aku tak malu dengannya lagi ada. Tetapi kalau Emir bercakap pasal cinta, aku jadi malulah. Ni kira betul juga... Sudah empat tip, semuanya betul ni Biar betull
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya. jantung anda akan berdegup pantas.
Bukan jantung sahaja berdegup pantas, buah pinggang pun terasa juga! Aku ketawa sorang-sorang. Aku membaca lagi tip seterusnya.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda. akan tersenyum tanpa sebab.
Selalunya bila dia panggil aku sayang aku jadi gila bayang Senyum satu hari!
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan
peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
Hanya Emir yang mendapat perhatian aku. Datanglah mamat handsome mana pun, aku cuma pandang Emir!
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
Aku ketawa. Aku sudah mula berjinak dengan lagu. lagu seberang yang mempunyai lirik menyentuh hati. Kalau dulu aku jarang mendengar radio, tetapi sekarang radio itu menjadi sahabat baik aku. Sekarang ini pun duk dengar lagu jiwang, asyik duk ulang lagu 'Suara - Hijau Daun' yang Emir berikan kepadaku.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
Selalu!
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
Bau minyak wangi dia, aku selalu teringat.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri si dia.
Sentiasa tersenyum. Kalau aku sebut nama Emir sahaja, aku rasa bibir aku ini akan melebar secara tiba-tiba. Hati pun jadi kembang semacam sahaja.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
Arghhh... Emir never says no! Kalau aku tidak buat, dia akan paksa. Nak tak nak kena buat juga. Teringat sewaktu aku acah acah tidak mahu gubah bunganya untuk runway dulu, dia merajuk dengan aku. Terpaksalah aku memujuk, membuat mimik muka buruk aku itu untuk memujuk Emir.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Emir! Encik Emir Harith Zakuan.
Daripada tiga belas tip, tiga belas tip semuanya mengena aku sahaja. Adakah aku sudah jatuh cinta? Melisa Karissa sudah jatuh cinta? Tiba-tiba telefon bimbitku
berbunyi. Siapa call? Emir? Aku mengangkatnya.
"Adam!" Aku sedikit menjerit apabila aku melihat tiada nombor keluar di skrin telefonku. Selalu Emir call, ada nombor antarabangsa yang terpapar, tetapi kali ini, manalahntahu!
Diam....
"Helo, Emir." Aku teruja.
"Errr... Irfan ni. Sorry ganggu. Are you waiting Emir to call you? Kalau awak tengah tunggu, saya telefon lain kali," ujar Irfan.
Kali ini aku pula yang terdiam. Apa hal mamat nie
call aku? Aku bukannya pekerja 'on call'. Aku budak ID sahaja yang bukan hari-hari ada kerja pun!
"Ada masalah dekat hotel ke yang Encik Irfan call saya nie? "
"Irfan! Sekarang bukan waktu kerja."
"Okey kenapa call, Irfan?" Aku membetulkan kembali panggilan aku kepadanya. Itu pun nak ikut protokol jugakah? Haih... paksa paksa orang pulak dia ni.
"Awak tengah tunggu Emir call ke?" tanyanya Emir tidak ada pula janji hendak call. Aku yang ingatkan Emir yang call tadi. "Tak ada Kenapa ya?"
Soalan aku dia tidak jawab pula. Soalan dia, aku pula kena jawab! Sebiji macam Emir kalau bab memaksa Tetapi kalau Emir yang memaksa, tidak pula aku merungut Heh, hati ini pilih kasih juga rupanya.
"Saja, saya nak call. Awak lari dari saya ke lunch
tadi? Saya pergi dekat tempat awak, Moon kata awak keluar cepat."
"Ohhh Kak Amira ajak keluar cepat. Sorrylah. "
"Oh, ya ke? Sekarang kesalahan sendiri, tuduh orang lain pulak. Yelah orang tak sudi nak keluar dengan kita, tapi dah janji macam macam dengan kita." Aku terdiam. Aku tak nak janji, dia yang paksa Hantu betul!
"Besoklah, saya janji lunch dengan awak. Tadi tak
boleh, sorry"
"Okey Saya tak bermaksud nak paksa awak, Sa. Sekarang ini saya betul-betul banyak masalah dan saya perlukan seseorang untuk saya luahkan. Kalaupun awak tak mahu dengar, awak just teman saya. Itu sudah memadai."
Aku diam. Teman? Teman ke mana, teman buat apa? Adik-beradik ni betul-betul menyusahkan aku, lah!
"Saya pulak! Cik Farahkan ada?" Aku sengaja
mengumpan dia. Berangan hendak jadi spy pula sekarang ini!
"Itu satu lagi masalah! Anyway, good night, sleep tight. Dah lewat, saya tak mahu ganggu awak."
"Okey"
Hah... itu saja? Tidak mahu cerita tidak apa, aku pun tidak mahu tahulah masalah orang. Nanti berjangkit pula. Aku tengah happy moment sekarang ini.
"Nice talking to you. Saya rasa saya boleh tidur
malam ni lepas dengar suara awak, Sa. Thank you."
Gulppp...!
"Selamat malam. Assalamualaikum!" ujarku cepat- cepat. Aku malas hendak mendengar apa yang bakal dia merepek lagi. Alamatnya tidak tidurlah aku malam nanti.
"Waalaikumussalam."
Klik! Aku tutup telefon bimbitku. Aku tersentak sekejap.
Apa maksud dia dengan mendengar suara aku, dia boleh tidur? Dia tengah mengurat akukah? Tidak adakah tip mengurat dalam Internet ini atau tip menyelesaikan masalah mamat jiwa kacau itu?
Tiba-tiba aku pening. Arggghhh... esok mesti ke kedai bunga untuk aku selesaikan kekusutan kepala aku ini.... Mesti lepaskan tension! Baliklah cepat, Emir.... Aku dah tak tahan! Tak tahan nak melalui lagi dua puluh satu hari tanpa Emir.
Share this novel