Bab 4

Drama Completed 10175

Aku memakai tudung hitam belang-belang kelabu, sesuai dengan blausku yang berwarna kelabu. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa mahu memakai skirt hitam labuh, nampak agak elegan dengan blazer berwarna hitam. Emir yang sedang menunggu aku di hadapan kedai, melihat aku atas bawah dengan mulut ternganga. Apa hal pulak mamat ni?

"Pakai biasa-biasa sudahlah!" omelnya.

Aku memandangnya pelik.

"Inilah pakaian interview. Apa masalahnya?"tanyaku.

"Cantik sangatlah! Saya takut awak terus dapat kerja tanpa interview. Selalu pakai seluar, pakai jelah seluar. Awak ni, memang menggoda iman sayalah."

Aku ketawa! Macamlah selalu sangat dia tengok aku. Aku memanglah berpakaian sempoi, tetapi ini temu duga, kenalah bagi good impression!

"Macam ini, bertudung litup ni awak kata tergoda iman awak? Awak ni biar betul! Model-model awak tu lagi 'seksa... tak pulak awak tergoda?" Aku pernah melihat model- model seksi di butiknya sewaktu aku menghantar bunga dahulu. Lagilah seksa!

Emir terdiam.

"Itu lain. Itu pekerja, ada boundaries! Kita tak boleh bercinta dengan pekerja kita, Kairissa," ujar Emir, perlahan. Muka macam dissapointed. Apa kes?

"Cepat sikit, saya follow awak. Nanti bos saya sampai, saya tak mahu dia tahu saya pergi interview!" "Awak nak follow apanya? Awak naik sajalah kereta saya."

Emir membuka pintu keretanya untuk aku. Aku melihat keretanya, BMW 5 series berwarna putih. Walaupun bukanlah kereta kegemaran aku, tetapi untuk menaikinya adalah menjadi idaman sejak dulu lagi.

"Hesy, saya naik kereta Kancil sayalah!" Aku jadi segan.

"Saya hantar awak cepat sikit. Jom! Lagipun saya tak pernah bawak orang perempuan naik kereta saya tau...! Awak orang pertama naik selain my mom." Emir tersenyum.

Apa maksudnya? Aku tertanya-tanya. Aku terus naik setelah dia mendesak sangat. Lagipun, bos sudah nak sampai waktu-waktu seperti ini. Aku sudah minta time off through SMS tadi, bos sendiri yang approved. Kalaulah dia nampak aku dekat sini, mesti mati aku! Sudahlah dia tidak tahu lagi aku hendak cari kerja lain. Jangan sesiapa bocorkan rahsia, sudah. Biar dia tahu daripada mulut aku sendiri, baru puas hati.

Emir menutup pintu setelah aku masuk kekeretanya. Dia kemudian membuka pintu di bahagian pemandu dan masuk. Dia tersenyum kepadaku. Aku jadi tidak selesa apabila terlalu dekat dengan Emir. Rasa semacam! Feel tu lain....

Oiii Melisa Karissa! Jangan fikir yang bukan-bukan. Emir tu anak orang kaya, dia tu ada butik sendiri, dia tu mesti dah ada awek. Lepas tu dia tu anak mak, mak dia ranggi gila! Kau memang tak ngam! Jauhkanlah perasaan aku ni kepada Emir! Dia kawan... kawan sahaja! Titik. "Ready?"

Aku mengangguk. "Awak betul nak bawak saya pergi temu duga, kan?" "Kalau awak nak dating dengan saya, okey jugak!"

"Awak boleh fikir dulu tak ayat-ayat awak tu sebelum bercakap dengan saya? Cepatlah...!"

Emir tergelak! Lantas dia menekan minyak, keretanya menyusur laju. Tidak sampai setengah jam, aku sudah berada di hadapan sebuah hotel. Aku amati hotel itu, aku rasa aku macam pernah sampai. Aku tergamam. Ini hotel yang aku pergi semalam, ada kerja kosong di sini ka? Emir parkir keretanya betul-betul di hadapan lobi, orang valet itu pun kenal dia. Hotel ini milik dia juga ke?

"Jom. Daddy saya memang tengah nak mencari seorang ID. Dia nak refurbish hotel ni. Kalau nak upah konsultan, lebih baik hire seorang ID, kan? Jadi antara calonnya ialah awak. Saya dah cakap dengan daddy saya but the one who will interviewing you, is not him! Tu awak jangan risau...."

Aku semakin tergamam. Gila mamat ni!

"Kalau jawatan ni terbuka untuk orang ramai,mana pergi orang lain yang nak interview?"

Emir tersenyum. Aku membuntuti Emir masuk ke dalam lif. Emir menekan nombor, tingkat lima. Itu tempat pihak pentadbiran, di situlah aku jumpa Encik Irfan! Matilah aku kalau Encik Irfan yang interview aku!

"Errr... Encik Irfan ke yang akan interview saya?" "Awak kenal Irfan?" Emir mengerut dahinya.

"Semalam saya datang sinilah, hantar bunga. Saya ada tuduh dia. Kalau dia, saya tak mahulah! Cancel je la...." "Kenapa tak mahu pulak?" tanya Emir.

"Sebab saya tuduh dia pencuri bunga saya!"Emir tergelak.

"Jangan risaulah. Jom! Kita pun dah sampai, rugi kalau nak patah balik. Dapat peluang terbaik ni dalam hidup, jangan sia-siakan..." ujar Emir menyedapkan hatiku. Dalam hati aku berdoa gila-gila supaya bukan manusia yang bernama Irfan, interview aku.

Aku masuk ke dalam pejabat itu. Aku sempat mengerling kepada Kak Amira, Kak Amira sempat menyapa aku. Aku hanya tersenyum. Emir ni jalan cepat sangat. dahlah aku pakai skirt! Jalan kena sopan-sopan, lainlah pakai seluar! Hampeh betul!

Emir mengetuk pintu dan masuk. "Abang, kawan Emir yang nak interview untuk post ID tu." Emir membawa aku masuk ke dalam sekali.

Aku melihat Irfan, Irfan terkejut memandang aku. Aku dah agak! Irfan dengan Emir adik-beradikkah? Agak muka ada iras-iras sedikit. Yang mana lebih kacak, aku tidak pasti! Sekarang bukan itu yang aku fikir untuk bandingkan, sekarang ini aku fikir macam mana nak berdepan dengan mamat yang bernama Irfan ini! Malu gila... seperti menjilat ludah sendiri.

"Bukan awak ni anak buahnya Encik Shadan, tauke kedai bunga tu?" tanya Irfan kepadaku. "It's a long story. However, she is a good candidate for this position. Trust me!" ujar Emir.

Tengok design aku pun tak pernah, puji aku melambung tinggi pulak.

Irfan hanya mengangguk sahaja. Dia tidak bercakap banyak, tidak seperti Emir. "Duduk dulu," ujar Irfan.

Aku segera menarik kerusi di hadapannya.

Emir disuruh keluar sebentar. Setelah Emir keluar, Irfan menarik nafas. "Nama penuh dan nama panggilan?"

"Melisa Karissa binti Ayaaz. Panggil Karissa."

"Berapa lama awak kenal dengan Emir? Awak ni girlfriend dia ke?"

Loh... ini temu duga ke atau sesi mengenali Emir?

"Errr... dia baru buka butik dekat sebelah kedai saya. Dia kawan saya sajalah." Aku menjawab pertanyaannya ringkas.

Irfan seperti lega mendengar jawapanku lantas mengambil portfolio aku dan membeleknya. Kadang-kadang dia mengangguk, kadang-kadang dia menggeleng. Maksudnya, aku tidak faham!

"Apa yang awak patut tukar apabila awak lalu dekat lobi bawah tadi?"

"Kaunter!" jawabku, spontan.

"Kenapa???" Irfan mengerut dahinya. Dia seperti terkejut dengan jawapan yang aku berikan.

"Tak mesra pelanggan dan agak semak... juga nampak sesak dan sempit. Itu pasal crowd kat hotel ni tak berapa ramai. Jadi saya cadangkan, lebih banyak unsur air di lobi dan kurangkan halangan seperti pokok-pokok besar." Aku memberi pandanganku.

Irfan mengangguk-angguk. "Awak akan terima call dari hotel ini sekiranya awak diterima bekerja." Aku mahu bangun tetapi ditahan oleh Irfan. "Awak serius dengan Emir?"

Aku mengerut dahi aku. "Ini soalan temu duga juga ke? "

Irfan tergelak. "Awak serius ke?" Irfan bertanya lagi soalan yang sama.

"Emir kawan sayalah. Saya serius kawan dengan dia. Puas hati? "

Aku bingkas bangun dari tempat dudukku, aku malas hendak menunggu lagi. Naik rimas dengan pandangan tajam Irfan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kemudian keluar. Tidak sanggup lagi hendak menunggu!

"Dah!" ujarku."Cepatnya! So, apa keputusannya?" tanya Emir. "Tunggu call. Kalau tak call tak dapatlah. Jomlah!" Aku cepat-cepat mengajak Emir balik ke kedai, takut-takut

Si Irfan itu keluar pula dari biliknya. "Kita tengok dulu butik kat bawah, saya nak round kejap," ujar Emir.

Aku mengangguk sahaja asalkan cepat pergi dari sini. Aku rasa tidak selesa. Tidak dapat kerja pun tidak apalah! "Apa abang saya tanya awak tadi?"

"Dia tanya saya ni girlfriend awak ke?"

"Serius dia tanya macam tu?"

"Haah... saya kata kawan saja."

"Hmmm... kawan."

"Abang awak tu scarylah!"

Emir tergelak. "Dia tu bukan abang betul saya, dia abang tiri saya. Dia anak isteri daddy saya yang pertama. Dan dia memang macam tu, serius saja!"

"Tak jugak! Masa saya tuduh die pencuri dulu, dia ada buat lawak bangang jugak! "

"Iya? Apa dia buat???" tanya Emir.

"Saya tanya siapa nak bayar kalau gubahan tak cantik. Dia kata dia bayar kalau tak cantik pun sebab dia bayar untuk gadis penggubah bunga yang cantik macam saya! Sangat gatal!" Aku masih ingat kata-katanya.

"Abang saya bukan bergurau. Dia cakap betul!"

"Sudahlah. Saya dah lambat tau! Sat lagi, bos saya marah saya. Cepat kita turun, cepat kita pergi butik awak,cepat saya balik!"

Emir hanya mengangguk, sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience