Bab 19

Drama Completed 10175

Tema memang 'fairy tales' tetapi dibuat ala masquerade. Kena pakai topeng yang menutup keseluruhan muka kecuali mata. Ada yang tutup mata sahaja. Nasib baik aku tak pakai cermin mata. Kalau pakai, macam mana aku nak pakai topeng? Merapu betullah tema ni! Aku gelakkan abang ngah apabila dia sudah bersiap dengan baju ala Prince Charmingnya.

"Sewa tang mana?" Aku ketawa.

Aku pun tak tahulah aku ni bercakap ikut loghat mana. Aku sapu semua! Ibu asal orang Kedah, abah orang Perak, aku lahir di Selangor, ambik kau! Semua aku campur. "Nampak sangat macam baju sewa ke?" tanya abang ngah.

Lagi mahu tanya! Aku gelak lagi. Bukan aku sahaja ketawa, ibu pun ketawa berdekah-dekah. Belum lagi abah tengok! Nasib baik abah ke masjid belum balik lagi. Kalau tidak, dia lagi terguling-guling gelak macam tenggiling!

"Macam ni abang ngah tak mahu pergilah Mengarut semua ni."

"Oi, jangan macam tu, abang. Kak Amira dah tunggu. Jomlah cepat!" Aku nak marahlah ni! Isy... abang ngah jangan buat naya! Ada jugak yang kena maki selori sat lagi dengan Kak Amira.

Aku menarik tangan abang ngah. Aku sarungkan kasut ala kaca aku di kaki. Ibu tersenyum melihat aku. Da kata aku cantik.

"Mana Mel tak cantik... ibu Mel saja memang
cantik!" Aku mencium pipi ibu. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Ibu tersenyum, seronok orang kata dia cantik.

Aku menyerahkan kamera kepada ibu, aku suruh dia ambil gambar supaya aku boleh e-mel kepada Emir. Seharian lelaki itu mengingatkan aku supaya ambil gambar dia hendak tengok. Arahan dia semua orang kena ikut! Macamlah dia tu Perdana Menteri! Perdana Menteri pun tak macam dia punya perangai.

Emir... Emir! Serius aku rindu gila. Kenapalah bila sebut nama Emir, aku akan tersengih-sengih macam kerang busuk? Ini angau namanya, Mel! Angaukan Si Emir....Adeh! aku dah terkena getah!

"Sebut tiga...."

"Tigaaa...."

Klik

Aku tersenyum melihat gambar yang diambil ole ibu. "Terima kasih!"

"Sibuk dengan Emir dia!" Abang ngah mencebik kepadaku.

"Sibuk!" Aku membalasnya balik. Suka hati akulah nak ambil gambar lagu mana pun. Eleh....

"Ibu ambil gambar angah jugak, nak hantar dekat awe."Abang ngah memberikan telefon bimbit berkameranya kepada ibu.

"Apa?? Bagi tahu Kak Amira!" Aku menjerit. Ada hati konon!

"Ehhh... tak ada... tak ada!" Abang ngah mengambil kembali telefon itu dari tangan ibu.

Tahu takut!

"Bukan takutlah, respect!"

"Elehhh...." Aku mencebik.

Ibu tergelak. Ibu mesti pening dengan anak-anaknya yang tidak cukup akal! Nasib baik yop seorang yang matang, kalau tidak penatlah ibu hendak melayan. Anak dia semua tak berapa nak lurus.

----------

Akhirnya aku sampai di hadapan hotel. Hotel memang nampak meriah, lagi-lagi ballroom yang aku hiaskan.

Aku dan Kak Amira terus pergi mendaftar. Kak Amira mengajak aku mendaftar untuk pakaian tercantik, aku tak mahulah Aku segan hendak memperagakan pakaian depan orang, macam model tu! Memang pakaian ini cantik, Emir yang buat. Biar aku memperagakan untuk Emir sahaja.

Aku meletakkan topeng di wajahku. Di dalam dewan ini, semua orang sudah bertopeng. Aku tidak cam seorang pun! Nasib baik aku satu meja dengan Kak Amira. Abang ngah duduk di tengah-tengah, antara kami. Dia macam playboy pula, kami macam bodyguard dia. Sudahlah pakai baju besar daripada badan! Tidak habis-habis aku gelakk dia. Dia kata nasib baik bertopeng, tidak ada orang kenal

Tidak sampai setengah jam, acara dimulakan Ucapan alu-aluan oleh Irfan memulakan agenda, kemud dirasmikan oleh Datuk Zakuan.

Datin Hajar kelihatan cantik di sebelah Datuk Zakuan.

Aku tidak boleh lupa perjumpaan aku dengan Datin Hajar. Aku bercerita tentang itu dengan Emir. Emir seronok sekali. Akulah jadi segan.

Irfan memakai baju ala-ala Three Musketeers. sangat segak. Tetapi aku masih tidak boleh lupa yang dia marah aku hari tu. Sampai sekarang aku malas bercakap dengan dia. Dia pun tidak tegur aku, aku lagi seronok. Dalam staf yang seramai tiga ratus lebih orang ini, dia tidak akan dapat tahu yang mana satu aku. Bagus juga idea masquerade ni!

Aku melihat Irfan berjalan-jalan dari satu meja ke satu meja. Ada yang bergambar dengannya. Apa yang Irian buat lawak sampai orang ketawa sakan? Aku memandangnya dengan rasa menyampah. Aku lebih rela melihat persembahan di hadapan. Kalaulah ada Naim Daniel buat persembahan di hadapan, akulah orang pertama yang terkinja-kinja di hadapan pentas. Gila obses aku dengan Naim Daniel sampaikan Emir beri aku amaran keras, jangan nyanyi lagu Naim Daniel di hadapannya. Dengki!

Emir pandai main gitar. Katanya kalau dia blank. dia akan main gitar kesayangannya. Jangan aku sentuh gitar dia, dia akan menjerit! Puas aku suruh dia mainkan lagu Habis Sini-Naim Daniel.Hmm....Tak naknya dia! Dengki latu!

Aku lihat Irfan semakin menghampiri mejaku, lalu aku bingkas bangun. Aku beritahu abang ngah aku hendak ke bilik air. Aku tidak tahu kenapa aku nak lari daripada Irfan, tetapi aku nak lari juga. Sepatutnya aku boleh buat tak tahu aje....

Aku keluar. Semua menegur bajuku yang cantik. Aku hanya ucapkan terima kasih. Apabila ada yang bertanya aku siapa, aku kata rahsia. Seronok pula pakai topeng ini walaupun merimaskan. The identity remains mystery!!! Pada tuannya pun aku belum ucapkan terima kasih.

Baju ala Cinderella dengan kasut kacanya, satu kisah 'fairy tales' yang popular. Ramai juga yang pakai baju ala Cinderella dalam ballroom ini. Kisah Cinderella bertemu dengan Prince Charmingnya, menjadi angan-angan setiap perempuan. Aku pun tidak terkecuali. Of course aku juga berangan-angan suatu hari nanti ada seorang Prince Charming datang menyelamatkan aku, mengahwini aku dan menyayangi aku. Perghhh... tengok Melisa Karissa, apabila dia berbicara pasal cinta, satu kerja pun tak jadi. Tadi aku nak ke mana ya? Aku pun sudah lupa. Kalaulah Emir ada!

Aku duduk melepak di luar, saja ambil angin, Ambil angin dengan topeng di muka, merimaskan. Kalau buang kena denda pula dengan pihak event. Macam-macam cara hendak mengekalkan tema.... Sia-sia terbang duit seratus ringgit aku. Aku cuba call Emir, tak dapat-dapat. Kenapa ya? Tidurkah? Walhal waktu di sana lewat sejam, sekarang baru pukul sepuluh malam, so dekat sana baru pukul sembilan malam.Makan kut!

"Kenapa duduk sini seorang diri, Mel?"

Emir? Aku tidak cepat menoleh kerana aku tidak
mahu orang tahu aku ini Melisa Karissa. Aku mengerling kasutnya, sah bukan Emir. Ini mangkuk mana pula berani-berani naik darjat ni, berani panggil aku Mel? Aku melih bajunya, Irfan! Gulp... macam mana dia tahu aku?

Irfan duduk di sebelah aku. Aku beranjak ke kin sedikit memberi tempat kepadanya untuk duduk. "Cantik malam ni, Mel. Baju Emir bagi?"

Aku diam. Tidak mahu aku mengaku aku ini 'Melisa Karissa'. Pelik, macam manalah dia tahu? Ikut aku sampai ke sini pula, buat apa? Adakah tanda-tanda yang kekal menyebabkan orang tahu aku ini 'Melisa Karissa'?

"Saya tahulah awak tu Melisa Karissa. Menyerah diri sajalah!" ujar Irfan selamba.

Aku tersentap! Aku membuka topeng mukaku, Aku memandangnya, dia sudah pun membuka topeng mukanya.

"Mana tahu?" Aku tanya dia.

"Saya tahu siapa yang lari daripada saya tadi. Saya nampak awak keluar masa saya nak ke meja awak. Baju awak yang cantik ni, saya tahu siapa yang membuatnya. Siapa lagi kalau bukan Emir..." ujar Irfan tersenyum. Senyuman dia itu sangat menjengkelkan!

"Siapa lari? Orang nak pergi toilet!" Aku masih hendak menang. Biasalah, Melisa Karissa ! Hanya kalah pada Emir sahaja. Itu pun sebab terpaksa kalah. Kalau tidak muncung sedepa, merajuk berpanjangan. Aku juga yang rusing. Baik ikut sahaja rentak Emir.

"Oh... toilet dah berubah tempat, kat sini rupanya toilet." Irfan ketawa. Aku hendak ketawa, tetapi aku tahan. Buat lawak pulak mamat ni. Hei mamat! Tahu tak aku tengah sakit hati
dgn kau ni? Pi sanalah... sibuk sini buat apa! Meluat betul!

"Fikiran boleh berubah, tiba-tiba rasa nak melepak. Yang awak dekat sini buat apa. pergilah masuk. Saya nak bersendirian dekat sini." Aku menghalaunya.

"Hotel ini saya punya, awaklah yang kena pergi."

Aku bingkas bangun. Dia cepat-cepat menarik aku, menyuruh aku duduk. Nasib baik tangan aku ni bersarung. Kalau tidak, batal air sembahyang! Aku terduduk, serentak aku menarik tanganku kembali.

"Saya main-main, awak serius pulak!" ujar Irfan.

"Saya tahulah hotel ini awak punya, tak payahlah nak berlagak. Kalau nak suruh saya pergi, saya boleh pergi..." balas aku balik. Aku tengah marah ni, faham tak mamat jiwa kacau???

Irfan tersenyum melihat aku yang masam. Tak ada mood "Awak masih marahkan saya ke Mel?"

Aku terkejut sekali lagi. Berani dia memanggil aku Mel. "Siapa benarkan awak panggil saya Mel? Saya tak benarkan."

"Nama awak tu Melisa Karissa. Jadi suka hatilah saya nak panggil awak apa pun. Mel boleh. Karissa boleh, semuanya masih nama awak jugakkan?" ujar Irfan selamba Tidak pernah aku tengok dia setegar ini. Angin malam mana yang masuk dalam saluran otak dia sampai dia tidak boleh fikir mana satu yang boleh, dan mana satu yang tidak?

"Karissa. Selalu awak panggil Karissa, so panggil jelah Karissa." Tidak faham bahasa Melayukah? Hendak aku cakap bahasa Vietnamkah?

"Kenapa Emir boleh?" dia bertanya.

"Kenapa nak tahu?" Aku menjawab pertanyaannya dengan pertanyaan juga.

Irfan seperti tidak puas hati.

"Kenapa Emir lain? Emir sama jugak, orang seperti saya jugak. Tapi kenapa dia boleh panggil awak, Mel? Kenapa tidak saya?" tanyanya lagi.

Aku memandangnya marah. "Emir kekasih saya
puas hati?"

Hah... ambik kau! Toing terus dekat kepala kau Nak sangat, kan? Aku menekup mulut, Emir kekasih akukah? Terlepas juga!

Irfan terdiam.

Aku pun terdiam juga.

Serta-merta Irfan bangun dari sisi aku, dia memandang aku tajam. "Terima kasih, Sa. Akhirnya awak mengaku jugak perasaan awak pada Emir, walaupun acap kali saya bertanya, awak menyangkalnya."

Aku mengerut dahi. Kenapa terima kasih pula? Aku pula yang tidak faham. "Walaupun saya tak tahu kebenarannya, tapi saya janji Sa, saya akan bersaing untuk merebut cinta awak, walaupun Emir itu adik saya. Saya tak kisah! May the best man wins..." tegas Irfan.

Muka Irfan waktu itu agak merah menahan bengang, menahan marah. Aku jadi takut pula dengan gertakan itu. Gila! Apa aku nak cakap ni? Irfan merenungku. Matanya tajam, aku jadi terkedu. Betulkah apa yang aku dengar ni? Aku tidak silap dengarkah? Aku bingkas bangun. ini semua cerita gila. Kenapa pula aku yang direbutkan?

Aku menarik nafas, perkara ini perlu dibetulkan! "Awak jangan pentingkan diri sendiri. Encik Irfan! Banyak lagi perempuan lain dalam dunia ni... bukan Melisa Karissa sorang saja! Tak payah nak berebut-rebut, lainlah kalau dalam planet bumi ini hanya ada satu je perempuan. Lagipun saya nak beritahu dekat sini Encik Irfan, saya ini bukan anak patung, saya ini manusia yang ada hati dan perasaan. Perasaan saya ni siapa nak jaga? Get lost with your game!"

Aku mahu terus masuk ke dalam, aku mahu tinggalkan Irfan terkulat-kulat.

Aku berpatah balik. Aku memandangnya. "Cinta itu tidak boleh dipaksa paksa! Kalau saya pilih Emir sekalipun, itu tak ada kaitan dengan Encik Irfan! Itu pilihan saya, itu hidup saya, saya yang tentukan!"

Aku sangat marah! Aku terus beredar.

"Melisa Karissa!"

Irfan menjerit memanggil namaku. Langkahku terhenti. Aku membelakanginya. Aku tidak mahu melihat wajahnya yang tegang itu. Aku merasa panas. Panas di luar, panas di dalam hati ini!

"Awak pernah cakap dekat saya. Sa... terus terang pada orang itu kalau kita sayang dekat orang itu. Jadi dia boleh buat pilihan, mana satu yang dia sayang! Saya pegang kata-kata awak dan saya berdiri di sini, saya mahu katakan saya memang suka dan sayang awak, Melisa Karissa! Dari mula kita jumpa sampai sekarang, awak memang di dalam hati saya!" jerit Irfan.

Aku tergamam mendengar kata katanya. Kalau betul dia cintakan aku, bukan sekarang dia patut luahkan. Kenapa tidak dulu lagi? Aduh! Aku tersepit. Ini sudah macam jerat percintaan yang Kak Zara cakap tu! Aku sudah meletakkan Emir di dalam hati aku ini, aku tidak mahu sesiapa lagi yang merebutnya daripada aku. Sekarang datang Irfan, huh... Melisa Karissa, tetapkan hati! Hati untuk Emir, bukan untuk Irfan. Baliklah Emirr....

Transmission... macam cerita Hindi! Aku tidak pasti apa yang bakal berlaku ke depan nanti, cuma aku berharap Irfan akan mengundur diri kerana aku tiada langsung sekelumit perasaan untuknya walaupun sebesar kuman. Ada juga lelaki gila yang wujud dekat muka bumi Allah ini... Sudahlah menyusahkan, jiwa kacau pulak tu!

Aku berlari mendapatkan teksi yang lalu di hadapan hotel. Sedar tak sedar, aku tertinggal sebelah kasut kacaku di situ. Aku malas hendak berpatah balik.

"Jalan bang!" Aku menyuruh teksi itu berlalu. Aku melihat Irfan mengambil kasut itu. Aku teringat kisah Cinderella tertinggal kasut kacanya dan putera itu mengambil kasut yang tertinggal itu. Dialah Prince Charming milik Cinderella. Arghhh... tetapi dia bukanlah Prince Charming aku. Serius bukan!

172

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience