Dekat pukul dua setengah petang jugalah baru aku masuk pejabat. Aku resah di restoran tadi gara-gara aku tidak bawa telefon bimbitku. Irfan tergesa- gesa menyuruh aku cepat sehingga beg tangan pun tidak sempat nak bawa. Kenapa nak cepat sangat, aku pun tidak tahu. Apalah agenda dia kali ini! Aku buntu.
Aku masuk ke tempat aku, aku kemas barang barang. Aku mahu ke airport cepat, agaknya Emir sudah sampai! Aku baru hendak mengambil telefon, tiba-tiba Kak Moon menjeritkan namaku bertanya aku ke mana. Puas dia menelefon tetapi aku tidak angkat.
"Sa tertinggal handphone. Ate, kenape?"
"Emir tunggu kat airport dah sejam," beritahu Kak
Moon.
Kata-kata Kak Moon itu menyebabkan aku
tergamam! "Hah?"
Kata delayed? "Okeylah, Sa
balik dulu."
Aku terus bergegas menuju ke kereta. Eee....geramnya! Rasa macam nak maki sahaja Irfan. Berani Irfan menipu aku Dalam keadaan kelam kabut itu, aku terus menelefon Emir, meminta maaf dan menyuruh dia menunggu lagi lima belas minit.
Aku bawa kereta agak laju untuk menjemput Emir. Sebaik sahaja sampai, aku terus keluar dari kereta. Aku melihat Emir terperosok di hadapan pintu lapangan terbang yang kosong itu. Emir duduk di atas troli berdepan dengan begnya yang banyak Inilah satu-satunya lapangan terbang yang tidak sibuk .Aku rasa di dunia pun, Lapangan Terbang Ipoh boleh rangkul juara!
Aku memandang Emir, kesian Emir! Matilah aku kalau Emir merajuk dengan aku. Susah hendak pujuk mamat nit Aku senyum kepadanya. Emir membalas senyumanku, dia bangkit.
"Sorry lambat," ujarku.
"Emir ingatkan Mel lupa."
"Tak lupa, Mel dah bersiap nak ambil Emir tadi Awal-awal lagi dah siap. Tapi Encik Irfan panggil Mel meeting, dia beritahu Mel ......"Aku patut beritahukah yang Irfan beritahu flight Emir delayed?
"Beritahu apa, sayang?"
"Beritahu flight delayed!"
Bagi tau sahajalah.... Mampus Irfan kena dua tiga das penumbuk di muka. Padanlah muka dia.
"Jadi Mel percaya cakap dia?"
Aku terdiam. Haah ek.... Kenapa aku percaya cakapIrfan tadi? Oh! Because he is very convincing!
"Dia bagi handphone dia nak tunjuk yang Emir mesej dia kata flight delayed. Tapi Mel tak tengoklah, Mel ingat betul betul delayed Gila betul dia gamble." Sampai macam tu sekali penangan Irfan kepada aku! Seram...
Emir mengeluh "Hmm.... takpelah! Anyway you
look beautiful. Emir rindu, Mel!"
Aku tersenyum, malu. Rasa marah pada Amirul Irfan Zakuan tadi hilang. Kenapa Emir tidak marah juga .
"Tadi masa Emir turun flight, Emir pejam aje mata tau sebab Emir nak jaga mata Emir ni, Emir nak mata tengok Mel dulu !"
"Yelah tu! Mulut Emir tu Mel picit picit baru tahu!"
Geram aku! Entah berapa ramai pramugari yang seksi dan cun melecun dia tengok tadi agaknya....
Emir ketawa. "Serius gila Mel. Emir rindu Mel sangat-sangat. Cuba Mel cakap dengan Emir yang Mel pun rindu Emir, Mel! "
Hesy Emir ni!
Aku ketawa. Jomlah!"
Aku menarik begnya. Emir menahan. Aku mahu mengambil begnya yang lain. Emir menahan lagi. Terus aku berdiri tegak. Aku memandangnya, Aduh, malu seh nak cakap ni! Tapi ianya kebenaran, kan. Melisa Karissa? Emir buat kau tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah, betul tak? Ngaku sajalah. Emir di depanku hanya tersenyum. Di dalam otak masih berkira-kira Hampeh.....!
"Ya Mel rindu Emir!" Terkeluar sudah bah!
"Pecah rekod! Hampir lima minit Emir nak dengar
Mel mengeluarkan kata keramat tu dari mulut Mel. Macam nak keluar emas permata.... "Emir mengusik aku "Kalau rasa susah sangat, kena praktik selalu. Mel! "
Aku memandangnya, "Amboi seronok, ya?"
Emir tergelak keseronokan. Memang macam itu perangai dia kalau permintaannya dipenuhi, akulah yang sakit hati! Menyampah, tetapi sayang. Sakit hati, tetapi suka. Aku ni macam mana, ya? Dah tak ganas lagi brutal ni!
"Jom"ajak Emir.
Aku mengangguk .Aku melihat beg beg Emir, Huishhh..muat ke Kancil aku ni? Aku memandang Emir "Muat ke kereta Mel. Emir? Kenapa Emir tak pesan suruh bawak lori tadi, boleh Mel pinjam lori askar abah"
"Sekarang ni siapa mulutnya yang patut dipicit?
Emir ke Mel ni?"
"Eh. Mel pulak!"
"Itulah, Emir kan suruh Mel bawa saja kereta Emir ke sini, sayang. Mel degil!"
Emir memandangku. Dia mengetap bibirnya, tidak puas hati aku memerli dia .Aku ketawa.
"Isy, tak mahulah Mel. Buruk-buruk kereta Mel, Emir lelaki pertama yang naik kereta Mel selain abah dan abang-abang Mel, tau! Jadi Emir kena hormati dia, sebab dia tolong hantarkan Emir ke Vietnam."
Buruk-buruk kereta ni. dah habis bayar ar.
"Buat apa, dia pisahkan Emir dengan buah hati Emir selama sebulan! "
"Tapi dia ambil Emir balik ke sini....."
"Macam tu ke hati Mel ? Bersedia menerima Emir
seperti Kancil Mel bersedia mengambil Emir balik?"
Aku terdiam, Emir memandang aku "Ooo kenakan orang!"
Emir tersengih. "Tepuk dada tanyalah hati. Adakah hati sebut Emir atau hati sebut Abang Irfan?"
Aku menolong Emir memasukkan beg keretaku. Aku terfikir, hati aku sebut siapa agaknya?" Entah,hati kata tiada dalam senarai di atas!"
"Emir tahu di mana hali awak berada, Melisa Karissa!" kias Emir lagi sambil tersenyum.
Emir ni tidak penat bercakapkah? Dan membebel tidak berhenti. Nampak aku sahaja, mulut sudah macam bertih jagung.
"Dah tahu, tanya lagi. Cepatlah, dahlah panas!"Dalam panas terik matahari seperti itu, dia sempat mengusik aku Aku ini sudahlah puteri lilin. Panas sangat tak boleh mula kulit putih nak jadi merah. Hesy... tak tahan!
"Ni nak cepat-cepat kenapa, Mel? Bukan Mel half
day hari ni ke?"
"Iya, memang half day. Tapi sekarang ni tengah
panas terik, lagi nak bermadah helah, Encik Emir!
Simpan-simpan petang sikit boleh?"
"Puteri lilin Encik Emir ni laaa..." ujarnya tersengih.
Setelah beg-beg Emir semua disusun masuk ke dalam kereta. Emir meminta kunci keretaku. Dia nak bawa kereta, macam biasa. Tidak mahu aku yang bawa. Dia kata sudah tolong ambil, sudah cukup baik. Pertolongan apalah sangat berbanding dengan dia, banyak sangat pertolongannya!
"Terima kasih kerana berhias untuk Emir, Mel.Tudung baru, kan? "
Aku ketawa " Perasanlah, Encik Emir!"
Walaupun sebenarnya memang tudung baru! Bukan tudung sahaja, baju pun baru.
Mula-mula Emir singgah ke butiknya di sebelah kedai bunga terlebih dahulu. Sudah sebulan dia meninggalkan butiknya dan membiarkan Lily yang menguruskan. Walaupun progress kerja diupdate oleh Lily setiap minggu. Emir masih ingin melihatnya. Bukan dia tak percaya kepada pengurusnya, tetapi melihat sendiri adalah lebih baik. Baru ada check and balance! Arggghhh aku bukannya usahawan untuk mengambil tahu semua itu yang aku tahu nak susun meja dan bunga dekat mana, bolehlah! Itu memang bidang aku.
Kak Zara, Kak Irah. Abang Meon dan Encik Shadan semua mendapat habuan daripada Emir.Satu-satu hadiah dikeluarkan daripada perut begnya yang besar. Untuk si kecil Mikacel Yusuff yang dipanggil Mika itu pun ada, anak Kak Irah dan Abang Meon. Si kecil itu baru sahaja mencecah dua tahun, cukup manja dengan Emir. Nasib baik comel ikut Kak Inah, muka set-set orang Patani, kalau ikut Abang Meon...out!
Aku di kedai bunga, bukan main seronok lagi mengusik Mika. Mengekek dia ketawa .Comel betul! Jarang jarang aku berjumpa dengan Mika, yalah... Kak Irah bukan selalu ada. Kalau aku datang, memanjang Kak Irah tidak ada, selalunya Kak Zara sahaja, sampaikan aku naik jemu. Heheh marah Kak Zara kalau dia tahu aku cakap begitu kepadanya.
Emir dan yang lain sibuk berborak bercerita tentang Vietnam. Ex-boss aku tu kalau tidak buka topik pasal bunga, memang tak sah!
"Sudahlah Mel nanti tak boleh tidur pulak budak tu. Kalau dia mengigau malam kang, Abang Meon hantar ke rumah kamu," tegur Abang Meon apabila melihat anaknya ketawa tidak berhenti.
Bukan aku buat apa pun, aku main cak-cak sahaja. Dia yang gelak tak ingat dunia Aku tersenyum "Salah Mel ke? Dia yang suka Mel tak buat apa-apa pun."
"Emir, cepatlah masuk meminang. Dah tak sabar
nak timang anak tu.."usik Encik Shadan.
"Saya ready dah Encik Shadan, anytime! Mel tu... tak boleh nak buat keputusan. Banyak sangat peminat danbpilihan," ujar Emir sambil mengerling ke arah aku.
Aku faham maksudnya, itu kalau tidak bercerita
pasal Irfan, tak sah! Awak kata awak tahu dekat mana letak hati saya, Encik Emir.... Lagi nak perli orang!
"Mula dah, dia dah mula!" ujarku.
Mereka semua tergelak
Aku memandang Emir tajam, siaplah! Mulut da aku nak picit!
Setelah berlama-lama di kedai bunga itu. Emir mengajak aku makan. Baru dia terasa lapar. Tadi aku ajak da tidak mahu Katanya hendak makan di Simpang Tiga, lama tidak makan nasi padang dengan aku. Aku ikut sahaja. Au pun sudah lama juga tidak makan sebab Emir tidak ada. malas nak datang sini.
Aku seronok bersama Emir. Aku tak tension, aku tak stres tetapi aku masih tidak boleh lupa tegarnya Irfan menipu aku tadi. Memang tak boleh tak ingat! Kata nak bersaing, bersainglah betul-betul.. ini persaingan yang tidak sihat. Kalau mahu bersaing pun, bersainglah seorang, aku hanya milik Emir Aku tidak mahu orang lain. Wah aku milik Emir? Betul ke kepala aku ni? Adakah sebab Emir banyak menolong aku, aku terhutang budi kepadanya lalu aku terjatuh cinta padanya? Atau memang sudah sampai seru cinta itu sudah memanggilku?
"Mel , awak ni Emir dah ada depan mata, Mel termemang lagi kenapa? Are you okay, dear?" tanya Emir.
Pertanyaannya itu mengganggu lamunanku. Aku memandang Emir. "Husy....Mel banyak sangat cerita, sarat dalam kepala Mel ni, tapi kalau Mel cerita boleh jadi perang dunia ketiga nil
"Abang Irlan?"
Aku mengangguk Aku terpaksa cerita. Aku memang wajih cerita. Beban ini aku tidak mahu tanggung seorang, kalau jadi apa-apa pada aku macam mana? Gila psiko mamat tu. Tak nak aku! Banyak dah pembunuhan berlaku akibat cemburu ni!!Kalau itu terjadi kepada aku, macam mana? Hesy.....Melisa Karissa! Macam mana boleh terfikir sampai ke situ?
"Tak apa Mel cerita. Emir banyak masa nak mendengarnya. Mel, Mel percaya Emir, kan? Emir bukan jenis panas baran. If it can be settled, we settle it properly. Kalau marah-marah pun tak guna. Abang Irfan tu banyak strategi . Kalau dia pakai cara itu untuk pisahkan Emir dan Mel,kita pakai cara itu juga. We will see, if our love is strong, we can't be separated that easy !"ujar Emie. Dia sudah pun menyelesaikan makan tengah harinya sehingga licin.
Emir meletakkan sudu ke tepi dan menghirup kopi cincau yang sangat terkenal di Restoran Simpang Tiga ini. Dia bersandar dan berkata dengan begitu tenang sekali.
Ketenangan itu membuat aku gelabah pula. "We can't be separated that easy!" Bila Emir meluahkan ayat-ayat cintanya, aku jadi tak torah. Aduh... perasaan!
Aku mula cerita satu per satu, dari aku jumpa Irfan di Popular makan di Kenny Rogers, wajib makan tengah hari bersamanya setiap hari, kejadian sewaktu di majlis makan malam dan motosikal itu! Reaksi Emir? Biasa. Aku pelik!
"So sekarang hubungan kita ni, are we getting serious now? Apakah perasaan Emir ni sama dengan perasan Mel?" tanya Emir kepadaku. Dia kelihatan sangat serius.
"Hah? Apa kena mengena dengan cerita Mel tadi?" Aku mengerut dahi. Apa maksud Emir? Bukan sekarang kita cakap pasal Irfan ke, bukan perasaan kita? Apa Emir ni...!
"Because I want to take the next big step by marrying you, Melisa Karissa."
Aku terdiam, aku panar, aku terkejut. "Last resort ke? Tak ada cara lain?"
"Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau Mel sayang Abang Irfan lebih daripada Emir? Mel suka semua ni berlaku. Mel?. Dua orang serentak menyayangi Mel?"
Aku tergamam. Salah akukah kalau dua pilihan datang serentak? "Sekarang Mel pulak yang salah?"
Bukan begitu maksud Emir, Mel. Emir tahu, we barely know each other but somehow kita sudah pun ada chemistry together, kita sayang satu sama lain. Apa nak tunggu lagi, Mel?."
Aku menghela nafas lembut, ya... apa lagi yang kau tunggu, Mel. Terang-terangan kau memang suka pada Emir. Abah pun...... Abah dah minta juga, ibu pun dah tertanya-tanya juga. Lalu bagaimana Mel, keputusan di tangan kau!
Emir mengeluarkan kotak hitam dari poketnya.
Aku tahu itu bekas cincin. Emir bangkit duduk di sebelah aku, aku anjak ke tepi.
"Kita kahwin."
Aku pandang Emir. Aku tidak ragu, aku tahu dia sayang aku. Tapi sa soon!
"Okey kalau terlalu cepat sangat, kita bertunang dulu. Lepas Mel balik Jakarta, kita bertunang. Atau kalau tak mahu juga, kita booking. Emir bagi ni cincin tanda. Nanti after abang ngah kahwin, kita rancang kita punya majlis pulak...." ujar Emir bersungguh-sungguh. Macam dia tahu sahaja apa yang berlegar di dalam kepala aku ini.
"Mel cakap dengan Emir, you will think the next step of this relationship .Inilah dia Mel, tak perlu fikir lagi....." katanya lagi.
"Irfan?" tanyaku. Aku masih tidak nampak penyelesaian hal Irfan ini.
"We play along his game. Emir janji Emir jaga Mel! Emir tak akan bagi dia buat apa apa pada Mel Kalau kita bertunang, berkahwin, dia tak boleh nak halang. Kalau Mel pakai ini, dia tahulah Mel milik Emir. Abang Irfan tak akan buat lebih dari itu. I know he's a bit scary, but trust me sayang, I know my brother. Lagipun kalau Mel sayang Emir. Emir tak akan jatuh hati pada orang lain, kan?"
Aku mengangguk.
Emir membuka kotak cincin itu. Cincin tandakah
macam ni?
"Taruh untuk kahwinlah Ini cantik dan mahal sangat, Emir." Aku menolak bekas itu. Gila cincin tanda sudah ada berlian segala! Kalau sebutir berlian pun orang bagi untuk bertunang, apatah lagi tiga butir. Cincin kahwin nie....!
"Hah! Orang perempuan lain dah berebut-rebut.Tak ada, cincin kahwin lain, cincin tunang lain, ini cincin rasmi kita couple, cincin tanda Emir sayang Mel selamanya. Tengok ada nama Emir dengan Mel ."
Dia menunjukkan nama itu, Bila dia buat cincin nie? Emir tersenyum. Aku membalas senyumannya.
"Meh tangan." Emir meminta tanganku.
"Hah?"
"Emir sarung cincin sajalah. Emir tak pegang"
Aku mengangkat tangan kiriku. Dia menyarungkan di jari manisku, muat-muat sahaja.
"Bila buat ni?" tanyaku sambil memandang wajah kacak Emir yang aku rindu.
"Lama dah, masa Emir ajak Mel tunang sebelum
pergi Vietnam."
Mak ai... dah sebulan lebih dia planning. Patutlah ajak bertunang!
"Adam buwak sampai sana?"
"Manalah tahu Mel berubah hati saat-saat akhir!"
Aku tergelak. Sampai macam tu sekali?
"Emir nak berterima kasih pada Abang Irfan. Sebab dia. Mel nak couple dengan Emir. Kalau dia tak cucuk perasaan Mel, entah Emir ni Mel pandang sebelah mata pun tak mahu!"
Aku tergelak.
"Terima kasih." Aku tersenyum melihat jari tersemat cincin yang begitu indah.
" Terima kasih kerana cintakan Emir. Mel lah cinta pertama dan terakhir Emir Lepas ni, Emir suruh mom masuk meminang Mel."
"After abang ngah kahwin.... "ujarku.
Kalau aku beritahu abah sekarang, sudah tentu abah seronok. Tetapi aku tidak mahulah kacau majlis orang walaupun abang ngahku sendiri. Nak buat dua majlis dalam satu masa macam yop dan abang ngah, aku tak naklah .Nanti kongsi tarikh, tak privacy. Bagi akulah! Kalau cinta biar sekali, kalau kahwin biar sekali, kalau boleh .semuanya ada tarikh yang boleh kita kenangkan dan tidak berkongsi.
"Yes. Anyway, kita dah kena inform semua orang,sayang.So, orang semua tahu Mel bakal isteri Emir. Yang paling penting Abang Irfan mesti tahu!"
Aku mengangguk-angguk. Bakal isteri Emir? Wahhh aku melihat Emir yang usianya empat tahun lebih tua daripadaku. Aku baru nak masuk dua puluh tiga tahun, sudah mahu berkahwin? Tidak nampak macam terlalu awalkah? Isteri, tanggungjawab itu besar!
"Nanti Emir nak jumpa abah personally. Nak minta azin nak kahwin dengan anak dia yang cantik m."
Aku ketawa. "Bila?"
"Amboi...! Tak sabar."
"Bukan tak sabarlah! Nak tahu bila."
Aku nak get ready! Kalau abah tanya, aku boleh jawab. Aku boleh suruh abah sedia juga. Nanti buatnya dia terkejut dengan tindakan Emir tu, sakit jantung pula!
"Sebelum Mel ke Jakarta. Balik ni Emir akan pujuk daddy. Kalau tak bagi juga Emir pergi. Emir akan menyusul senyap-senyap."
Aku pandang Emir. "Betul ni?"
"Ya, sayang
Aku benar benar gembira mendengarnya. Kalau boleh nak meloncat-loncat. Agak seram juga kalau pergi dengan Irfan. Kalau Emir ikut sekali, itu menjadi perkara paling gembira buat aku.
"Suka?"
"Suka sangat!"
"Mom mesti suka khabar gembira ni. Sejak dia jumpa Mel dulu, asyik bertanya bila lagi Emir, bila lagi...." ujar Emir.
"Iya? Malunya Mel! "Aku menekup mukaku Malu gila, mana nak letak muka ni?
Emir ketawa melihat gelagatku." Tak sangka Cik Bunga yang garang ni, akan jadi milik Emir."
"Tak sangka Encik Emir yang mulut pot pet pot pet ni akan jadi milik Mel"
"Kalau dah jodoh sayang, tak ke mana!" Emir senyum. Dia nampak betul-betul seronok.
Betul! Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Kena beritahu ibu dan abah supaya kalau orang lain ada datang meminang, reject sahaja, sebab sudah ada yang booking. Sesungguhnya aku akan bahagiakan orang yang aku cintai dan itu janji aku kalau dah cinta.
Cinta Sang Emir....
Share this novel