Malam ini ada kenduri di rumah Emir. Aku sudah siap dengan baju kebaya berwarna putih dan hitam. Baju raya aku tahun lepas.
Emir tersengih-sengih di hadapan pintu rumah. Sempat dia menjenguk keadaan abah yang sedang rehat sambil menonton berita. Ibu menemaninya di rumah, sementara aku harus menghadiri kenduri di rumah
Emir. Aku sudah berusaha mengajak abah dan ibu pergi sekali denganku, tetapi mereka tidak mahu. Abah masih tidak berapa sihat sangat. Jadi aku malas nak mendesak.
Kak Amira pun tidak dapat pergi ke kenduri itu kerana nak uruskan penangguhan majlis perkahwinannya. Hmmm... tak apalah. Lagipun, bila lagi aku nak bertandang ke rumah Emir? Aku sudah berjanji selepas ke Jakarta, aku akan ke rumah Emir. Datin Hajar pun sudah banyak kali nak jumpa aku, tetapi aku tidak pergi-pergi lagi. Eloklah kali ini aku pergi! Orang dah baik dengan kita kita jangan buat sombong pulak. Tak gitu Melisa Karissa! Heh.
"Cantik!" ujar Emir "Berhias untuk Emir ke?"
Aku tersenyum "Untuk diri sendirilah!"
Emir tergelak "Sorry, sayang. Emir sibuk sangatlah sejak akhir akhir" ujarnya.
Aku sebenarnya sedikut merajuk dengan Emir. Mana taknya, sejak aku balik dari Jakarta seminggu lalu. Emir tiada masa untukku. Yalah, aku faham sebab dia dah nak start clothing line dia sendiri. Mestilah sibuk buat persiapan! Buat itu, buat ini. Aku pula tidak agak-agak nak sensitif. Aku memujuk diri sendiri sajalah.
"Sejujurnya Mel ada merajuk sikit dengan Emir .." balasku sewaktu dia membuka pintu kereta untuk aku masuk Emir kemudian bergegas ke sebelah tempat duduk pemandu dan membuka pintu kereta untuknya, mahu memulakan perjalanan ke rumahnya.
Dia memandang aku seketika sebelum menukar gear. "I am sorry. Emir akan buat apa saja untuk balas balik pada Mel. Suruh basuh baju, sidai baju pun tak apa," Mel bersungguh-sungguh. Dia rasa bersalah pula selepas aku kata aku merajuk sedikit dengan kesibukannya
Aku ketawa. "Apa ingat kita suami isteri ke? Nak basuh baju pulak!"
"Practice makes perfect, dear. Emir tak pernah buat kerja rumah seumur hidup, tau!" Pengakuan ikhlas Emir.
"Tak cakap pun Mel tahulah!" kataku. Emir? Buat kejra rumah? Memang taklah...
"Aik... skodeng Emir, ya?"
"Kalau tapak tangan selembut sutera... mana datangnya kerja berat. Tapak tangan Emir lagi lembut daripada Mel!"
"Ye ke? Meh nak rasa...." Emir menyuakan tangannya, mahu mengambil tangan aku.
"Ehhh... mengada!" Aku memukul tangan.
Emir tergelak.
Aku tersenyum. Lama aku tidak dengar gelak tawa Emir. Lama juga tidak nampak senyuman Emir. Lama tak lama... adalah seminggu! Angau betullah aku ni. Aku menggelengkan kepala.
Sempat Emir mencapai tanganku dalam keadaan dia mengaduh sebab aku memukul tangannya.
"Abang Emir minta maaf dengan Adik Mel sangat- sangat. Tapi kalau Emir tak sibuk macam ni, bila lagi Emir nak mulakan kerja Emir, nak besarkan perniagaan Emir. Itu semua untuk Mel, anak-anak Emir dengan Mel nanti... Kata nak istana macam Taj Mahal!"
Aku tersenyum. "Iya... Mel faham...." Emir tersenyum juga.
Betul juga katanya, kerja teruk-teruk bila lagi? Sekaranglah.... Nanti bila sudah kahwin, kutip hasil sahaja. Aku mesti bersabar!
Tidak sampai setengah jam dari rumah aku, kereta Emir sudah berhenti di hadapan rumahnya. Masuk kali ini sudah dua kali aku jejakkan kaki di hadapan rumah ini dan pertama kali aku dapat masuk. Besar rumahnya, aku rasa segan.
Emir membuka pintu untukku. Aku nampak Irfan sedang menyalami tetamu yang datang, segera aku memaut lengan Emir.
Emir memandangku. Dia tersenyum. "Tempat selamat?"
"Emir ni...." Aku merengek Sengaja bermanja
dengan Emir. Kalau Irfan dapat dengar, best betul! Harap-harap dengarlah.
"Karissa..." tegur Irfan. Emir mengemaskan peganganku.
"Encik Irfan," sapaku. Nanti kata aku sombong pula. Mata dia tajam betul, macam nak menelan orang! Berdebar sahaja hati aku ini.
Aku mencari-cari kelibat Datuk Zakuan dan Datin Hajar. Aku tidak tahu, apa agaknya Si Irfan tipu Datuk Zakuan perihal aku sudah berhenti kerja itu. Secara rasminya sekarang memanglah aku bercuti, tetapi... aku sudah hantar notis. Hem... apa nak fikir lagi, Mel.... Lantaklah!
"Daddy dengan mom mana, bang?" tanya Emir.
Setelah peristiwa di hospital dulu, walaupun Emir agak berkeras dengan Irfan, tetapi Emir masih menghormati abangnya itu. Walaupun Irfan sudah buat Emir macam- macam, Irfan masih tetap begitu, Emir tetap juga hormat. Huh.. memang Emir menyanjungi abangnya itu teramat sangat .Pelik pun ia! Kalau aku, mungkin sudah lama bermusuh.
"Dalam. Tahlil dah nak start," ujar Irfan agak keras. Aku hendak mengikut Emir masuk tetapi ditahan deh Irfan.
Aku memandangnya. "Encik Irfan!"
"Perempuan, ikut pintu tepi," beritahu Irfan.
What mana! Ini baru pertama kali aku menjejakkan kaki ke "Pintu tepi?" tanyaku. Mana aku tahu pintu tepi itu dalam rumah ini.
"Jom, sayang. Emir tunjukkan."
Emir menunjukkan aku pintunya .Aku melihat sudah ramai orang memenuhi ruang. Kak Moon yang turut ada di situ, tersenyum memandangku Staf hotel yang lain pun semua sudah ada. Termasuklah steno Datuk Zakuan yang masam tu. Aku nampak Datin Hajar, dia menggamit aku. Aku tersenyum.
"Are you okay?" tanya Emir.
"Okey..." jawabku.
"Majlis nak start dah. Emir pergi depan dulu." ujar Emir lembut dan berlalu.
Aku mengangguk. Aku rasa Datuk Zakuan tidak nampak kami masuk tadi. Aku agak gementar untuk berdepan dengan Datuk Zakuan. Sudahlah aku berhenti dari hotel secara mengejut. Kemudian aku berpasangan dengan Emir pula. Apa agaknya tanggapan Datuk Zakuan kepada aku nanti? Aku tidak pasti. Emir kata, dia belum cakap apa-apa dengan daddynya lagi. Cuma mummynya sahaja yang tahu Datin Hajar sporting! Aku tidak kisah sangat.
"Assalamualaikum auntie Sihat? "Sempat aku
menyapa Datin Hajar.
"Waalaikumussalam, sayang. Sihat alhamdulillah Emir kata abah Yang masuk hospital. Maaf, auntie tak sempat nak menjenguknya..." ujar Datin Hajar
"Tak apa, abah dah keluar hospital dah pun. He is better now." jawabku, sopan.
"Alhamdulillah. Nanti auntie datang rumah ya? Aku mengangguk.
Majlis itu berjalan kira kira sejam, Ketika semua
tetamu hendak ke meja jamuan di luar, Datuk Zakuan tiba- tiba berdeham di mikrofon: "Maaf semua! Saya hendak membuat pengumuman penting..." ujar Datuk Zakuan sedikit kuat. Aku memandang Datuk Zakuan apabila dia memanggil namaku. Aku pergi kepadanya. Kemudian dia memanggil Irfan. Irfan berdiri di sebelah kanan Datuk Zakuan dan aku berdiri di sebelah kiri Datuk Zakuan.
"Saya nak ucapkan tahniah atas kejayaan hotel di Indonesia dan Vietnam, hasil daripada kerjasama Irfan dan Karissa. She is a wonderful designer for our hotel. Kerja tangannya amat memuaskan hati semua pelanggan. Usaha gigih beliau ini patut diiktiraf," puji Datuk Zakuan.
Aku tersenyum dengan pujian itu. Bangga! Emir sempat mengenyitkan matanya dan menunjukkan simbol bagus kepadaku. Aku tersenyum.
"Saya juga ingin umumkan di sini, semalam saya dapat tahu dari anak sulung saya, Irfan. Dia kata dia sedang bersama dengan seseorang dan saya agak terkejut bila dia beritahu saya siapa orangnya. Saya restui perhubungan ini dan saya mengumumkan Karissa bakal menjadi tunangan Irfan hujung bulan ini...."
Hadirin yang hadir bertepuk tangan. "Hah?
Aku terkejut. Erkkk... betul ke apa yang aku dengar .Uikkss. biar benar! Aku memandang Emir. Emir menjongket bahunya. Aku memandang Irfan, Irfan tersenyum simpul. Geramnya!
"Silakan makan. Jangan segan-segan ya..." pelawa
Ramai yang datang mengucapkan tahniah kepada Irfan. Irfan senyum sampai ke telinga, punyalah seronok Datin Hajar menarik tengan Datuk Zakuan ke belakang. "Apa abang ni?"
Emir berlari mendapatkan aku. Aku masih terkejut Rasa seperti hendak tumbang. Nasib baik Adam cepat-cepat datang. Kenapa semua jadi macam ni? Apa dah berlaku ni Aku bingung.
"Apa dia, Ja?" Wajah Datuk Zakuan seperti tidak
bersalah.
"Did I do anything wrong?" Datuk Zakuan terpinga
pinga.
"Of course you are, daddy! Mel dengan Emir, bukan dengan Abang Irfan!" bentak Emir. Datuk Zakuan mengerutkan dahinya.
Aku mengangguk-angguk. Aku tidak berani nak berkata apa-apa. Apa pula aku dengan Si Irfan ni? Sengaja buat pandai-pandai dia saja. Sakit betul hati aku!
"Siapa suruh abang memandai umum ni? Tak ada perancangan pun..." ujar Datin Hajar.
"I thought Irfan is with Karissa." Datuk Zakuan
keliru.
"Nolah! Who said so?" bentak Datin Hajar.
"Irfan confessed to me yesterday," ujar Datuk
Zakuan.
Aku menelan air liur. Geramnya aku dengan mamat yang tidak faham bahasa Melayu ini! Apa aku perlu cakap bahasa Jawa baru dia nak fahamkah? Serius aku tak faham langsung!
Emir pula terdiam. Mukanya merah menahan marah.
"Yes I did, so?" ujar Irfan tiba-tiba
Emir merengus. Dia sudah menggenggam
tangannya.
"Apa kau nak buat. Emir? Kau nak pukul abang?"
tanya Irfan
Emir mengawal kemarahannya
Aku rasa kalau tidak ada orang di rumah ini, mati dah Irfan dikerjakan Si Emir.
"Abang memang tak layak jadi abang Emir! Sanggup ambil hak adik sendiri!" jerit Emir.
Datuk Zakuan dan Datin Hajar sudah serba salah. Kalau gaduh di tengah orang ramai di rumah, kan malu namanya! Masing-masing cuba menenangkan anak-anak mereka.
Aku cuba menarik Adam.
"Memang aku bukan abang kau!" ujar Irfan.
"Irfan!" marah Datin Hajar tiba-tiba.
Emir agak tersentak.
"Mom pun bukan mom Emir..." ujar Irfan.
Emir mengerut dahi.
Datin Hajar merengus marah.
Aku panar Erkkk... apa benda Irfan cakap ni?
"Daddy, mom... apa semua ni?" tanya Emir, keliru.
"Kau tu anak pungut, tau! Kau tu bukan anak kandung mom, Bukan juga anak kandung daddy. Kau tu pungut dari rumah anak-anak yatim. Mom ambil kau dari kecil lagi dari bayi," ujar Irfan panjang lebar. Walaupun Irfan bernada marah, tetapi ayat yang keluar daripada mulutnya didengari dengan jelas dan tepat.
"Irfan!!!" tengking Datuk Zakuan. Dia menampar
pipi Irfan.
Irfan mengaduh.
Emir tergamam.
Aku terkejut! Aku memandang Emir. Perasaanku berbaur.
"Mom? Is it true?" tanya Emir, perlahan.
Datin Hajar terus menangis. "Bukan semua tu betul, Emir!"
"Maknanya, part of it betulkan? Betul ke Emir ni
anak yatim yang mom ambil? Betul ke apa yang Abang Irfan cakap tu, mom?" tanya Emir bertubi-tubi.
"Emir anak mom! Emir anak mom..." jawab Datin
Hajar.
Emir memandangku seperti mahu menyatakan sesuatu. Dia memegang tanganku dan mengucupnya.
"Emir sayang Mel! Ingat, Emir sayang Mel. Kemudian dia berlari lantas terus keluar dengan keretanya. Aku mahu mengejar Emir, tetapi tanganku disentap oleh Irfan. Aku menjerit minta dilepaskan. Tetapi dia tidak mahu melepaskannya. Dia pegang erat sehingga aku terduduk. Ya Allah! Aku sangat bencikan dia, sehingga aku tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan mamat jara kacau yang membuatkan semua orang tersentap.
"Emir!!!" Datin Hajar menjerit.
Emir sudah pergi.
Datin Hajar berlari masuk ke dalam rumah. Datuk Zakuan merengus marah
"Irfan You" Datuk Zakuan seperti tidak boleh berkata apa lagi, lalu masuk mengejar Datin Hajar Mungkin untuk menenangkan isteri kesayangannya.
Aku tergamam. Drama apa yang meletus ini?
Macam drama swasta!
"Awak bencikan saya, ya Sa? Saya tahu awak
bencikan saya," ujar Irfan
"I don't hate you hate takes a lot of energy and I am saving mine for all the good thing that's coming my way because I know I am a good person and I deserve good thing in my life. And please please leave me alone!" Aku menolak bahu Irfan.
Aku sudah tidak tahan lagi. Irfan suka mendesak aku dan entah berapa kali aku menolaknya, dia masih tetap legu dengan hatinya, dengan keputusannya, dengan perasaan hatinya! Gilalah mamat ni! So goal oriented! Aku tidak tahu kenapa aku juga yang menjadi rebutan.
"Cinta awak kepada Emir dan cinta Emir kepada awak membunuh saya! Saya cemburu kerana Emir dapat apa yang dia nak dan bukan saya! Saya cemburu kerana awak milih dia dan bukan saya. Tapi Sa, dalam diri saya tak ada istilah putus asa. Lagipun, daddy dah umum yang kita bakal bertunang. Bukan awak dengan Emir!" kata Irfan
"Jangan harap ini akan terjadi, Encik Irfan! Awak jangan mudah itu fikirkan perkara ini akan terjadi. Saya masih ada ibu dan abah. Keputusan bukan di tangan Datuk Zakuan. Apa awak ingat saya ini anak yatim, tak ada mak ayah macam awak buat dengan adik awak tu, Encik Irfan? Awak memang kejam...! Saya tak tahulah manusia jenis apa awak ni tapi saya harap awak kena langgar dengan lori lagi baguslah! Beruntung awak dilahirkan dalam keluarga besar dan mewah macam ini dan mempunyai adik seperti Emir yang sangat menyanjungi awak. Awak terlalu bodoh untuk menilai semua itu, Encik Irfan. Terlalu bodoh sampai saya tak... hah... Encik Irfan, saya nak balik. Saya nak cari Emir! Terima kasih untuk semua ini."
Irfan terdiam mendengar kata-kataku yang panjang lebar itu.
Aku terus berlalu dari situ. Mataku meliar mencari Emier. Yang pasti Emir sudah hilang! Keretanya sudah tiada Pergi dan aku tidak tahu dia ke mana.... Aku sangat sedih......
Share this novel