She is my life! Terngiang-ngiang ayat itu di telingaku. Berdengung dengung sampai kepala aku jadi bingung .Teruk juga percintaan bagi orang yang bertepuk sebelah tangan ni! Seksanya lain macam, matanya tajam menikam, desakannya menakutkan, ayatnya seperti ancaman! Hembusan nafasnya membuak-buak bagai itu adalah nafasnya yang terakhir. Aku tahu Irfan agak kecewa dengan aku yang memilih Emir. Kenapa aku rasa bersalah, ek? Perlukah aku rasa bersalah dengan apa yang sudah Irfan buat selama ini? Huh, aku keliru!
"Abang ngah! Mel nak minta nasihat sikitlah"Aku mencuit bahu abang ngah. Selalunya abang ngah akan meminta nasihat aku.
Abang ngah tergelak .Yop yang ada di sebelahnya pun ketawa.
Yop dan Kak Atin datang menjenguk abah kemudian bermalam di sini. Perut Kak Atin sudah mulai membesar Tidak tahu jantina anak sebab tidak nampak lagi, itu kata yop
Yang penting aku sudah benar-benar teruja! Mungkin Kak Atin akan bersalin hujung tahun. Tidak sabar bak jadi mak usu. Hesy... apa panggil mak usu. Langsung tak glamor! Tak blink blinklah.... Panggil little auntie? Erkkk... apa ke nama tu Auntie ciklah... comel!
Nama untuk bakal anak buah aku itu pun aku sudah ada. Aku cadangkan nama Ayzam untuk lelaki dan Ayshah untuk perempuan. Kak Atin suka, tetapi yop dengki. Biasalah, bukan nak dengar pendapat orang terutama adiknya yang bijak pandai ni!
"Diamlah yop!" Aku marah yop.
Aku menolak yop ke tepi. Aku duduk di sebelah abang ngah. Abang ngah mengusap rambut aku yang panjang. Dia memang selalu berbuat begitu, rajin menocangkan rambutku. Dalam ramai-ramai anak abah, abang ngah agak kreatif sedikit, pandai masak, pandai mengemas, pandai menghias, pandai juga buat hantaran! Dulu mati-mati ibu dah takut, anak dia yang seorang ini bakal menjadi auwww... nasib baik tidak.
"Nasihat apanya?"
"Macam mana nak bagi orang tak jatuh cinta dekat kita? Dalam Internet tak adalah."
Sudah puas aku mencari dalam Google, masih tidak ada. Aku tidak boleh nak berfikir caranya. Aku sudah buat kasar pun tidak boleh, aku sudah buat bengang pun tidak haku marah-marah, Irfan bukannya bengang... lagi senyum adalah! Aku pun tidak tahu nak buat apa. Sebenarnya aku sangat takut dengan words dia tadi... she is my life! Aku dan Emir agak termenung jugalah.
"Buat tak tahu sudahlah dik..." nasihat yop.
"Buat tak tahu lagilah orang tu suka. Ambik kesempatan!" kata abang ngah.
Aku tertarik dengan kata-kata abang ngah. Yop ni aku dah kata, dia memang tak boleh nak diharap! Lebih baik jadi askar tu, hati batu kepala kayu. Aku pun tak pasti siapa yang mengurat siapa? Kak Atin mengurat yop ke atau yop mengurat Kak Atin! Kalau yop mengurat Kak Atin, aku sangat tak percaya!
"Betul cakap abang ngah. Mel sokong!" Aku bersetuju dengan kata-kata abang ngah.
"Kahwin saja dengan Emir, senang cerita..." ujar
abang ngah.
Aku tersenyum seronok. Tersengih-sengih macam kerang busuk!
"Gatal! Itu sebenarnya yang dia nak dengar, ngah..."usik yop.
Abang ngah tergelak.
Ibu dan abah pun turut ketawa.
Nasib baik Kak Atin sudah menghilang ke biliknya. Kalau tidak, dia pun gelakkan aku juga. Ya, mungkin perkahwinan boleh menyelamatkan semua ini. Aduh! Cepatlah kahwin...!!! Mengong Melisa Karissa!
"Hampeh!" Aku memukul yop.
"Berapa bakul dah siap, ngah?" tanya ibu.
"Dah siap semuanya, ibu."
Ibu mengangguk-angguk kemudian berlalu ke dapur.
"Cantik betul kerja tangan abang ngah. Nanti adik punya, abang ngah buat jugak tau!" pintaku sambil membelek bakul hantaran yang berwarna biru dan perak itu. Warna kegemaran abang ngah, warna biru. Sama dengan persalinan persandingan yang dibuat oleh Emir. Warna biru gelap. Menyerlah warna perak itu, sangat cantik Pilihan warna yang sangat menarik.
"Kak Amira pun dah siap jugak. Mel pergi tengok tadi. Warna merah jambu.." kataku
"Hmmm... bagus. Ahad ni pergi fitting baju, lepas tu pergi food testing sekali." arah abah.
"Abah tak pergilah kut. Kamu pergilah buat, Haraz. Lagipun pihak perempuan bukan buat majlis, kita saja yang buat. Jadi biar lebih sikit makanannya. Kamu handlelah ya. Abah percaya dengan kamu."
"Ya, abah." Abang ngah mengangguk.
Aku melihat abah macam penat sangat. Cakap pun tersekat-sekat dan selang-seli mengambil nafas. Macam semputlah pula. Setahu aku, abah tiada asma. Hesy, abah ni!
"Abah okey ke?" Aku bangkit dan pergi menghadap abah. Aku agak risau.
"Okey," ujar abah perlahan.
Abah terbatuk batuk. Aku mengurut dadanya. Abah lain macam saja. "Abah dah makan ubat ke belum?"
"Sudah, Mel." jawab abah.
"Betul ke ni? Abah nampak macam penat saja," tnya aku lagi, tidak puas hati.
"Abah okey"
Tiba-tiba abah batuk sangat kuat. Aku menepuk belakang nya. Kemudian dia terus sesak nafas. Aku sudah gelabah! Aku menjerit memanggil yop dan abang ngah.
Ibu dari dapur meluncur laju ke ruang tamu, dia mengucap panjang.
Abang ngah terus mengambil kunci kereta, yop pergi memanggil Kak Atin sementara aku dan ibu memimpin abah masuk ke dalam kereta. Cepat-cepat abang ngh memandu kereta menuju ke Hospital Besar Ipoh.
Abah sudah tidak sedarkan diri! Aduhaiii...abahhh!!! Aku sudah menangis teresak-esak. Aku tidak tahu apa yang nak dibuat lagi. Abah jangan matiii!!! Dalam hati aku tidak putus-putus berdoa agar abah tidak apa-apa.
Sampai di hospital, abah terus dimasukkan ke wad kecemasan.
Tidak sampai sepuluh minit, Emir muncul. Emir menyalami semua dan menenangkan aku. Aku takut! Aku cemas... aku tidak mahu kehilangan abah. Aku tidak mahu dia tiada untuk menjadi wali aku sewaktu majlis pernikahan aku nanti! Ya Allah... minta-minta abah tidak apa-apa
"Sabar, sayang..." pujuk Emir. Air mata aku masih belum kering. Masih lagi mencurah curah! Janganlah jadi apa-apa. Aku takut sangat tadi.
Kak Atin memeluk ibu yang kesedihan. Ibu juga
masih belum berhenti menangis.
"Tadi Mel dah suspect something dekat abah." kataku dalam nada sebak yang cuba kukawal.
"Sssyyy... Mel , bukan salah Mel" Emir memeluk bahuku.
"Suppose Mel buat lebih awal! Teknik pernafasan ke, apa ke... bagi ubat ke, apa sajalah yang dapat melegakan abah!" ujarku dengan rasa bersalah yang begitu menghimpit
"Hey sayang... abah okey, abah tak ada apa-apa."
Emir mengesat air mataku yang mengalir. Di mana dia boleh mendapatkan segala ketenangan itu?
"Doktor!" jerit Emir seraya meluru ke hadapan la doktor keluar
Semua juga turut meluru ke arah doktor.
"Keluarga Encik Ayaaz ke?"
"Ya, saya anak sulung dia..." jawab yop.
"Dia sudah stabil. Kami sudah berikan dia oksigen, kejap lagi dia akan kami X-ray. Saya mahu lihat keadaan paru-paru pesakit. Kemudian kita akan pindahkan pesakit ke wad biasa. Kalau tidak ada apa-apa, soon dia boleh dcharge." terang doktor itu.
Erkkk... tadi bagai nak rak abah tak cukup nafas, apa maksud dia soon dia boleh discharge? Hesy, hospital kerajaan macam nilah! Kalau boleh dia tak nak pesakit banyak-banyak lepak dalam wad. Asal baik sikit, boleh jalan sikit, semuanya disuruh balik. Kalau hospital swasta tu, kalau dah baik pun, masih belum boleh dibenarkan balik.
Aku terdiam. Berfikir. Kalau simptom dia macam ini, abah sakit apa ya? Dua kali dalam sebulan, abah masuk hospital. Aku jadi takut dengan apa yang abah cakapkan pada aku malam dulu! Huh minta disimpangkan.
Malam itu, aku dengan Emir menunggu abah. Aku mahu menunggu keputusan X-raynya. Semua sudah balik ke rumah. Tadi ibu berdegil juga hendak menunggu, aku yang menyuruhnya balik dan aku akan call kalau ada apa-apa.
Emir masih setia di sebelahku. Belikan McDonald's lagi. Prihatin sungguh bakal suamiku ini. Ini yang buat aku sayang dia sangat-sangat.
Aku mengeluh. Lepas satu... satu yang datang! Dah okey semuanya, datang pula bencana. Macam-macam hal!
Aku ni kena mandi bunga ke?
"Mesti Emir pening, kan? Berkenalan dengan Mel macam-macam hal yang berlaku. Abah sakit, Emir gaduh dengan Irfan..." kataku.
"Apa yang Mel cakapkan ni? Cuba jangan fikir
bukan-bukan..." bisik Emir.
"Bukan fikir, tapi macam-macam sangatlah. Kesian dekat Emir."
"Keluarga Mel kan keluarga Emir jugak. Keluarga Emir, keluarga Mel jugak, kan sayang? Emir cium mulut Mel , kalau Mel cakap bukan-bukan macam ni lagi."
Aku menekup mulut aku. Emir ni!
Emir tergelak dengan tindakan refleksku. "Tahu
takut! Emir sayang Mel, Emir nak Mel, Emir nak bersama Mel susah ataupun senang. Itu janji Emir pada Mel ."
Aku tersenyum. Huh, Melisa Karissa... boleh tolong jangan fikir yang bukan-bukan tak?
Lama kemudian, doktor sampai dengan keputusannya.
"Paru-paru clear. Pesakit mungkin terkena mild heart attack. Mungkin kerana banyak berfikir atau masalah kerja agaknya. Kami akan membuat pemeriksaan lanjut dengan menjalankan angiogram kepada Encik Ayaaz. You all don't worry. Pesakit kena duduk di hospital, bagi rehat dalam empat hingga lima hari. Beritahu ahli keluarga, jangan risau ya..." ujar doktor itu.
Alhamdulillah, aku terus menelefon ibu.
Emir tersenyum.
"Sayang Mel," bisiknya di telingaku.
Aku tersenyum. "Sayang Emir juga!"
"Mel!" panggil abah.
Aku tersenyum, abah sudah jaga. Syukur alhamdulillah, abah tidak apa-apa.
Share this novel