Aku melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Agak lewat juga aku sampai rumah, dalam pukul sepuluh malam. Semuanya gara-gara menyiapkan gubahan bunga untuk hotel itu. Sebelum balik, aku sengaja pusing Ipoh sekali lagi, mencari kelibat Emir. Manalah tahu ada dekat Vanggey ke, Simpang Tiga ke.... Tempat-tempat yang selalu dia dan aku melepak.
Hari ini tidak adalah penat sangat menggubah, walaupun sudah lama aku tidak menggubah, tetapi penat otak memikirkan Encik Emir Harith Zakuan ini ke mana. Hesyyy... aku pula nak merajuk panjang! Saja menyakitkan hati aku, tinggalkan aku tanpa berita, tanpa cerita! Tension mak cik! Mulalah aku nak buat perangai hati batu, kepala kayu.
Sampai sahaja di rumah, aku mendapatkan abah.Aku duduk di tepi kakinya. "Abah okey hari ni? Ibu mana?" Aku tanya abah yang sedang duduk relaks menonton siaran Sukan Asia di televisyen. Hari-hari menghadap, sampai aku nak tengok siaran lain pun tidak boleh. Akhirnya terpaksa melepak di dalam bilik sahajalah. Sudahlah Emir tidak ada untuk menemani. Sunyi betul rasa hati ini! Nasib baik aku bukan jenis menangis, meraung. Tetapi kalau dengar Datin Hajar. hari-hari dia menangis pada aku. Kasihan betul! Itulah kasih mak, kasih pak.... Mana nak pi cari lagi? Tidak ada jual dekat pasar malam!
"Sihat. Okey saja hari ni, Doktor Mel . Ibu dah tidurlah, dah pukul berapa dah ni."
Aku tersengih. Abah sengaja gelarkan aku doktor. Mana taknya, hari-hari aku asyik tanya dia sihat ke tidak. hari-hari aku asyik ingatkan dia makan ubat ke tidak. Kemudian aku rajin cek tekanan darahnya, hari-hari aku buat! Lepas tu, aku kawal pemakanannya. Aku takutlah apa yang berlaku dulu tu, huh... risau! Bilik air itu pun aku kerap basuh supaya tidak licin. Kasihan sinki di dalam bilik air itu aku maki berdas-das! Heh. Itu yang dia panggil aku doktor tu. Nasib dulu tak ambil medic, kalau tidak mati semua pesakit dekat dunia ni. Lebih teruk aku daripada doktor dalam cerita 'House' tu!
"Jumpa Emir?" tanya abah. Aku menggelengkan kepala.
"Ada Emir call ke atau apa ke?" Aku pula bertanya pada abah.
Abah pun menggelengkan kepalanya.
Aku mahu membicarakan sesuatu tentang kerja aku kepada abah. "Ada benda yang Mel nak bincang dengan abah. Bukan bincang tapi nak beritahu,"
Abah memandangku. Dia mengambil alat kawalan televisyen dan memperlahankan suaranya. Dia bersedia untuk mendengar.
"Abah janji jangan terkejut tau. Jaga jantung okey-okey, tau! Mel tak nak bertanggungjawab kalau abah sakit." Heh...! Apa punya anaklah aku ni!
Abah ketawa. "Ceritalah, apa dia. Abah tak ada
apalah."
Aku pun bercerita dari mula sampai akhir kepada abah, apa yang terjadi di hotel di Jakarta dan apa yang terjadi sewaktu di hotel di Ipoh, semuanya aku ceritakan. Aku juga beritahu apa perasaan aku pada Emir dan bezanya perasaan itu kepada Irfan.
Perihal Emir lari sewaktu kenduri itu tempoh hari telah pun aku ceritakan sebaik sahaja drebar Datuk Zakuan menghantar aku pulang ke rumah. Itu yang abah tahu Emir hilang dan Emir merupakan anak yatim yang diambil oleh Datuk Zakuan dan Datin Hajar. Aku ingat tidak mahu cerita, tetapi abah yang membuka pintu dan menunggu depan pagar, aku terpaksa cerita juga. Aku menangis saat-saat aku katakan aku takut Emir melakukan sesuatu yang buruk, sesuatu yang di luar dugaan sebab Emir ini kadang-kadang tindakannya sukar dijangka. Tambahan pula aku rindu Emir sangat- sangat!
Abah membawa aku ke dalam pelukannya dan menenangkan aku. Aku membalas pelukannya. Aku agak pelik juga.
"Bukan niat Mel nak menyusahkan abah. Mel tahu abah sakit, Mel tahu abah tak boleh nak fikir banyak- banyak sangat. Tapi Mel kusut! Mel tak tahu nak cakap dekat siapa dah. Mel takut kalau Mel tak beritahu abah. nanti abah tahu dari sesiapa... abah susah hati, abah jatuh sakit. Mel sayang abah!"
"Sudahlah... abah faham. Dah... Jangan nangis. Abah ingat anak abah ni kental orangnya, rupanya lembik jugak!
Aku ketawa. "Abah ni...."
Abah mengesat air mataku. Abah tersenyum. "Anak abah membuat pilihan yang baik. Abah yakin dengan keputusan Mel . Semoga Mel berjumpa dengan Emir. Dia ada tu, dia tak ke mana-mana. Mungkin dia perlukan masa. Yelah Mel, dah berumur dua puluh tujuh tahun, baru dia tahu dia cumalah anak angkat. Siapa tak rasa sakit? Cuba Mel letakkan diri Mel di tempat dia, mesti Mel terasa, kan?" pujuk abah.
Aku tersenyum mendengar kata-kata abah. Aku tiba-tiba jadi sebak dengan kata-katanya. "Terima kasih abah, sebab sokong Mel ."
Abah menepuk bahuku. Pelukan dilepaskan.
"Abah tahu Mel kuat. Abah dah boleh agak, mesti ada masalah sewaktu dekat hotel di Jakarta tu. Masa di hospital tu pun, abah dah rasa lain macam antara Emir, Irfan dan Mel. Abah tak terkejut. Cuma abah surprise, anak abah jadi rebutan!" Abah buat lawak. Dia ketawa.
Aku tergelak. "Abah ni...."
Malu ah! "Ke situ pulak...!"
"Abah pun ada sesuatu nak bincang dengan Mel." Aku terdiam. Jangan sebut pasal mati lagi boleh tak? perkataan yang mahu aku elak!
"Abah dah rasa sihat. Abah nak abang ngah teruskan ngan perkahwinannya hujung bulan ni. Then another moth boleh buat majlis pertunangan Mel pulak. Hujung tahun kahwin. Tak perlulah tangguh-tangguh. Benda baik ni kita kena teruskan. Nak tangguh pun payah, Mel Deposit semua dah bayar. Kesian abang ngah dengan Amira. Jadi abah rasa teruskan sajalah," kata abah.
Aku tersenyum.
"Selesaikan abang ngah dulu. Mel tak apa. Slow and steady. Lagipun, selagi Mel tak jumpa Emir... Mel tak nak fikir soal bertunang dan berkahwin. Hujung tahun ni cepat sangatlah abah. Tahun depan Mel rasa okey kut. Mel pun stabil, mungkin waktu tu dah ada kerja."
Emir pun hilang... keluarga dia pun duk kucar kacir... macam mana nak buat majlis macam ni? Tak naklah! Masih banyak masa lagi.
"Okey, abah faham. Kejap lagi Emir calllah. Tiga hari dah, kan... dia mesti rindu pada Mel. Mana dia boleh tahan!"
"Apalah abah ni!" Aku ketawa.
Tidak pernah abah berbicara seperti ini dengan aku. Selalunya tegas dan lantang. Semuanya pasti tidak boleh. Selalunya jawapannya hanya ya atau tidak. Yang selebihnya, kau fikirlah sendiri. Mungkin sebab abah didik aku supaya jangan lemah dan menyerah kalah, sebab itu aku jadi kuat dan tidak mudah menangis. Mungkin!
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat di skrin... nombor lain. Private number. Mungkinkah ini Emir? Aku memandang abah.
"Emir?" tanya abah.
"Mungkin..."jawabku.
"Angkat cepat!" suruh abah.
Aku agak ragu-ragu sebab dulu, aku angkat kalau nombor macam ni, bukan Emir tetapi Irfan. Tetapi mana tahu, gerak hati abah lebih baik daripada gerak hati aku. Aku segera mengangkatnya.
"Helo... Mel "
Aku mendengar suara Emir di hujung talian. Aku tersenyum.
"Emir" Aku menjeritm
Aku mencium pipi abah. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana faham aku dan mendengar keluhanku. Abah tersenyum dan aku berlari naik ke bilik.
"Emir pergi mana? Emir buat Mel susah hati tahu tak! Emir ni tak sayang Mel ke? Emir tak rasa ke apa ang Mel rasa?" tanyaku bertubi-tubi. Aku geram! Aku sakit hati... aku mahu luahkan semuanya. Bagi dia terasa bebannya juga. Ini semua dia punya pasal!
"Emir kat Vietnam sekarang." jelas Emir.
Gulppp!!! Merajuk sampai ke Vietnam perginya?
"Vietnam? Emir ni... semua orang risaukan Emir!" Aku sudah hendak menangis. Pergi Vietnam ke, pergi Jakarta le atau pergi Kutub Utara sekali pun, bagilah tahu. Jangan tinggalkan aku macam tunggul dekat sini!
"Emir rindu, Mel. Rindu sangat-sangat. Emir rasa bersalah sebab tinggalkan Mel tanpa berita..." ujar Emir sebak. "Emir rasa tertipu!"
Mataku mula berair. Aku mengerti perasaannya.
Aku juga sedih, aku juga merindui dia.
"Mel rindu Emir jugak. Tapi tolong jangan buat macam ni lagi. Baliklah Emir. Semua orang risau.Yang lepas tu lepaslah... okey, sayang?" pujukku.
"Emir kecewalah Mel! Selama dua puluh tujuh tahun mereka simpan benda ni, kenapa tak beritahu Emir dulu? Patutlah daddy asyik menangkan Irfan saja, rupanya Emir ni anak angkat saja!" luah Emir.
"Actually...." Aku hendak beritahu ke tidak tentang apa yang Datin Hajar beritahu aku semasa malam itu? Semuanya salah sangka sahaja! Mereka masih adik-beradik juga. Tetapi....
"Apa Mel ?"
"Emir dengan Irfan, adik-beradik susuan." Aku memberitahu.
"Hah?" Emir terkejut.
Aku pun memulakan cerita. Kisahnya, ibu Irfan meninggal sewaktu Irfan berusia dua tahun. Oleh kerana Irfan terlalu kecil, Datuk Zakuan berkahwin dengan Datin Hajar. Datin Hajar pula disahkan tidak boleh mengandung kemudian mengambil anak angkat. Oleh kerana anak angkat itu lelaki, hendak bagi jadi muhrim, Datin Hajar mengambil. pil untuk membolehkan dia menyusukan. Kebetulan juga, Irfan masih menyusu badan.
"So... Emir dengan Irfan adalah adik-beradik susuan," ujarku.
Emir terdiam.
"Emir nak tahu, daddy marah sangat dengan Irfan. Sampai sekarang Irfan tak masuk pejabat. Daddy cari Emir merata tempat, sama jugak dengan mom. Jangan bagi dia orang risau. sayang. Walaupun mereka bukan ibu bapa. kandung, mereka jaga Emir dari kecil, kita kena hargai..." nasihatku panjang lebar. Bukan bertujuan untuk membebel. tetapi untuk dia dengar dan faham.
"Hidup ni bukan selalunya indah, ada juga masalah atau halangan untuk kita tempuhi. Ada jugak cerita yang baik, sedih, seronok dan duka. Tak thrilllah life kalau terlalu bahagia, tak thrill jugak kalau semua yang kita mahu, kita dapat. Walaupun itu semua memang kemahuan yang kita nak. Kalau tidak, kenapa orang kaya selalu sakit? Sebab Tuhan bagi dia kaya untuk dia gunakan merawat sakitnya. Allah bagi adil dan saksama. Walaupun kita hanyalah anak angkat, tapi kita dididik dengan baik, bagi makan, bagi pelajaran sehingga kita besar dan pandai berdikari. Itu maksud Mel..." kataku lagi. Emir terdiam.
"Emir?" Aku memanggilnya. Mungkin dia sedang
berfikir.
"Okey, ambil Emir besok. Kita jumpa daddy dengan mom, Emir nak mintak maaf." Aku tersenyum. Aku teruja.
"I'll bring them to you!"
"Thanks, Mel. Thank you very much!"
"By the way, kenapa sayang merajuk sampai ke Vietnam? "Aku tidak puas hati. Aku hendak tahu kenapa mesti ke Vietnam. Ada perempuan lainkah di Vietnam tu? Emir nak kena ni! Aku ganyang dia cukup-cukup esok kalau benar dia ada perempuan lain. Ke sudah terpikat dengan anak mak cik yang ada cucu tu? Tak pun dengan mak cik tu! Hah, mana tahu! Mak cik tu letak ubat guna-guna ke? Bagi Emir tringat-ingatkan dekat mak cik tu.... Huihhh... Melisa Karissa punya cemburu, gila teruk!
"Mel ingat Emir ada perempuan lain di Vietnam ke? "
Aik...boleh baca apa yang aku fikir pulak!
Emir tergelak apabila aku tersenyap.
"Mula-mula Emir tak tahu mana Emir nak tuju .Nak kata kawan, Mel pun tahu, Emir kawan dengan Mel saja. Last-last Emir fikir, baik ke Vietnam! Mula-mula tu Emir stres. Tapi bila dah sibuk kerja, Emir lupa stres tu"
"Kerja?" tanyaku.
Emir kerja apa? Bukannya hotel ada kerja lagi di Vietnam.
"Haah... kerja pasal clothing line Emir tu. Masa di Vietnam dulu, Emir jumpa satu kilang yang jahit baju, dia buat mass clothing manufacturing. Dulu masa di Vietnam Emir ada berbincang dengan dia. Tadi,Emir dah deal dengan dia. So, balik nanti bolehlah start mass manufacturing pulak."
"Pergi sebab kerja?"
"Dan bawak diri...."
"Emir cakap dengan Mel dulu, kita tak boleh lari
dari masalah."
"Ya, betul! Ternyata Emir tak begitu kuat macam Mel. Emir kena ada sokongan Mel. Mel tahukan... I can't imagine my life without you. Emir tak sabar nak balik. Emir tak sabar nak jumpa Mel.Emir dah dapat semangat sekarang bila dengar cerita Mel. Ternyata apa yang terjadi tu, ada hikmah! Emir anak mom, Emir anak daddy! Emier bukan keseorangan dalam dunia ni. Mel buat Emir sedar Emir mintak maaf sebab buat Mel risau. Emir sayang Mel sayang sangat-sangat!" ujar Emir.
Romantisnya aku rasa.
"Yang sayang Adam! Balik esok, jangan lupa."kataku.
"Ya... Emir dah beli tiket."
Aku tersenyum. "Okey, jumpa esok!"
"Bye sayang. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Aku lega. Selepas memutuskan panggilannya. cepat-cepat aku telefon Datin Hajar.
"Auntie...."
"Mel! Kenapa Mel? Ada berita dari Emir?"
"Kita ambil Emir esok, di airport ya! Emir balik esok. "
"Alhamdulillah syukur...."
Daripada suaranya aku tahu dia sangat gembira dan tidak sabar untuk mengambil Emir esok. Yang menjadi masalah sekarang ini, Irfan sudah
pindah keluar dari rumah. Pulak dah! Aku jadi runsing tiba-tiba. Macam-macam hal!
Share this novel