Emir memarahiku semalam gara-gara aku balik rumah tidak beritahu dia, singgah ke kedai bunga pun tidak beritahu dia juga. Sampai pagi ini dia merajuk dengan aku. Pergi sarapan pun ajak macam tu sahaja, tidak ada senyum-senyum. Ajak macam ajak ayam. Merajuklah panjang-panjang, tidak kuasa aku nak memujuk. Belum apa-apa lagi dah king control ni, macam mana? Apa kes? Mehat pulak....
"Apa alasan tak mahu beritahu saya?" tanya dia.Marah-marah bunyinya.
"Loh... selama ni saya kena beritahu ke?" Aku menghirup teh O ais di hadapanku.
Emir tidak puas hati dengan jawapanku. "Mestilah Mel, awak tukan buah hati saya!"marahnya.
Buah hati? Sejak bila ni...? Suka benar perasan sorang-sorang. Siapa entah buah hati dia? Tetapi sebenarnya. hati aku berbunga juga apabila dia sebut begitu. Huh... tepis Tepisss...!
"Awak friend finder sayalah dekat mana saya ada. Teknologi ada. pakailah..." jawabku, selamba.
"Orang ni risau dekat dia, dia cakap macam tak sayang kita!" bising Emir sampai muncung bibir.
Aku tergelak. Teruklah Emir ni, macam budak- budak! Walhal usianya empat tahun lebih tua daripada aku. "Okeylah, nanti apa-apa saya report dekat awak ye, Encik Emir. Cepat, saya dah lewat!"
Barulah Emir nak senyum denganku. Kalau tidak tadi masam mencuka sahaja. Kalau permintaan dia, semuanya hendak dipenuhi, cuba kalau aku yang minta? Ada sahaja alasan dia hendak penuhi.
Sampai sahaja di hotel, aku terus berlari ke lif di lobi. Sedar tak sedar, aku satu lif dengan Irfan. Nasib dia tidak nampak aku dengan Emir. Kalau tidak, buat sakit telinga sahaja aku kena perli. Berdesing... bernanah!
"Cepat awak buat kerja, Karissa. Bagus! Kesungguhan itu yang saya nak untuk semua pekerja di hotel ini."
Dia tidak memandang aku yang memandang dia. Dia hanya memandang pintu lif itu sahaja.
Aku mengangguk-angguk. Dalam hati berbunga riang. Yalah... kerja keras, dapat pujian bos lagi, mahu tak seronok!
"Saya dah berikan pada GM semalam, kita tengok apa keputusannya."
"Okey, terima kasih Encik Irfan," ujarku semasa pintu lif terbuka. Aku berikan laluan kepada Irfan dahulu kemudian baru aku keluar. Wah... memang aku suka! Suka bila dipuji!
"Oh ya Karissa, rekakan untuk suite presidential.Bilik itu bakal digunakan bulan depan. Rekaan dalamannya tu dah lama, saya rasa perlu tukar. Beri nafas baru," arah Irfan. Dia tersenyum.
Pertama kali aku rasa Irfan senyum ikhlas padaku Selalunya senyum, tetapi macam tidak ikhlas. Hari ini baru aku rasa senyumannya manis sekali. Aduh...! Tiba-tiba rasa berdebar pula. Kalau cerita dekat Si Emir ni, mahu dia merajuk dekat aku setahun!
"Okey bos," ujarku, hormat.
Aku terus ke lobi mengambil kunci untuk bilik suite itu. Tidak sabar rasanya nak melihat bilik itu. Haih kalau aku tidak kerja hotel, tidak merasalah tengok bilik itu. Dengar cerita, bayarannya lebih seribu ringgit untuk semalam sahaja!
Aku membuka bilik suite presidential itu, sangat besar tetapi agak malap. Ting! Idea sudah mari. Aku seronok melakar sehingga tidak sedar sudah tengah hari. Tanpa berlengah aku pun segera keluar dari bilik tersebut kerana perut sudah agak lapar. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.
"Sayang, jom makan. Saya tunggu dekat lobi." Kedengaran suara Emir di hujung talian.
"Kejap, saya baru nak turun."
Aku menggelengkan kepala. Sayang... sayang! Sudah tidak kuasa nak melarang, memang tidak makan saman! Aku tahulah dia memang bertekad nak mengurat aku, tetapi kalau macam ini caranya, siapa yang tidak cair?
Aku masuk dulu ke pejabat, nak ambil beg tangan. Memang selalu Emir yang belanja aku makan, bukan selalu tetapi setiap kali! Tetapi sampai bila? Hari ini rasa nak belanja dialah pulak! Bukannya aku tak ada duit.... Baru aku nak keluar, tup-tup. Irfan di hadapan aku. "Karissa, ada masa?"
Aku tersentak. "Errr... apa dia, Encik Irfan?"
"Makan dengan saya. Saya nak discuss dengan awak tentang drawings awak semalam."
"Errr..."
"Dah janji dengan Emir?"
Aku serba salah. Aku mengangguk. "Tak apalah. Kita makan sekali." Itu yang patut aku cakap untuk berlaku adil. Wah... lagipun memang ada hal kerja, tidak mengapalah. Mungkin Emir tidak marah dan mengerti.
Irfan mengikut aku dari belakang. Turun sahaja lif,Emir sudah berlari mendapatkan aku. "Kita makan dengan Encik Irfan," kataku cepat-cepat.
Muka Emir agak berubah. Tetapi melihat Irfan di belakang aku, bibirnya merekah dengan senyuman. Cover!
"Boleh?" tanya Irfan. "Ada hal kerja abang nak bincangkan dengan Kairssa."
"Boleh, apa pulak tak boleh." Wajah Emir merah. Menahan marah agaknya.
"Makan di hotel aje," arah Irfan.
Sampai di meja makan, Emir menarik kerusi untuk aku. Irfan pun berbuat begitu. Hendak ikut Adam, takut Irfan kecil hati. Hendak ikut Irfan, takut Adam pula berkecil hati. Aku pening.
"Tak apa, saya boleh tarik kerusi sendiri," ujarku. Arggghhh.. macam betul saja apa yang Kak Zara cakap ni Aku terperangkapkah? Aku tarik kerusi dan duduk.Setelah memesan makanan, Irfan bercerita tentang tiga lakaran yang aku buat untuknya semalam. Daripada banyak banyak yang aku buat, hanya satu yang GM suka. Itu pun ada yang kena tambah-tambah.
Emir bosan mendengar.
Ketika Irfan minta diri untuk ke tandas, Emir merengus! "Kenapa masa lunch nak discuss pasal kerja? Lepas lunch tak boleh?"
"Manalah saya tahu, awak. Saya nak turun tadi,baru dia cakap. Mungkin lepas ni dia ada meeting lain kut.Tadi kalau tak suka, kenapa ikut sekali?"
"Awak tu janji dengan saya dulu ke janji dengan Abang Irfan dulu? Awak tu yang mungkir janji dengan saya, Mel. Awak kena bayar balik...!"
Aku tergelak. Merajuk mengalahkan perempuan! "Ye sayang, saya mintak maaf. Saya janji, saya akan bayar balik..." ujarku memujuk Emir, lembut.
Emir terkejut. Terkejut aku memanggilnya sayang.Memang itu yang dia tunggu-tunggu! Sengaja aku biarkan dia dengan perasaannya. Kasi panasaran. Senyap sekejap Kalau tidak, merengek rengek macam anak beruk minta pisang. Buat aku sakit kepala....
"Macam ni nak makan dengan Abang Irfan selalu pun Abang Emir tak kisah, Adik Mel..." kata Emir.
Aku tergelak. "Macam-macam hal, la!"
Irfan kembali ke tempatnya. "Kenapa?"
"Tak ada apalah, Encik Irfan."
Waktu makan tengah hari itu berlalu seperti biasa. Patutlah Irfan hendak discuss sewaktu lunch, rupa-rupanya dia ada meeting di luar selepas lunch. Itulah Emir, selalu macam-macam. Tuduhan tidak berasas. Sia-sia aku terpanggil dia sayang! Mesti dia jadi gila bayang.
Petang itu aku balik terus ke rumah. Aku tidak singgah ke kedai bunga. Lagipun semua orang tidak ada di kedai. Aku mesej Emir mengatakan aku sudah sampai di rumah. Aku tidak larat nak report semua perkara kepadanya, menyusahkan! Macam ini rupanya perangai orang bercinta, bagi report panjang berjela. Hendak tidur pun kena bagi tahukah? Susah betul!
Aku lepak tengok televisyen di ruang tamu. Abah yang sudah balik dari kerja, turut melepak bersamaku.
"Macam mana kerja dua hari ni? Okey?" Aku mengangguk. "Macam biasa."
Sekarang rumah sudah jadi sunyi sekejap. Sejak yop kahwin, mereka sudah berpindah rumah. Tidaklah jauh sangat, selang dua tiga taman sahaja. Abah selalu pesan, kalau sudah kahwin, cepat-cepat cari rumah. Tak payah duduk dengan keluarga, baru boleh belajar susah dan senang! Aku ni baru sahaja mula kerja, macam mana nak beli rumah?
"Macam tak bersemangat aje?"
"Bosanlah sikit kerja pejabat ni. Duduk pejabat saja.... Dulu kerja kat kedai, boleh jugak keluar-keluar,"ujarku.
"Lama-lama biasalah..."ujar abah, menepuk bahuku.
Aku hanya tersenyum sahaja. Apa nak kata lagi,sudah abah kata macam tu. Daripada dengar dia membebelsebab aku tidak dapat kerja lagi! Huh, tak nak aku menahan telinga aku lagi.
"Lama tak nampak Emir. Sekali-sekala panggillah dia makan sini. Gambar kahwin hari tu dah siap, bolehlah dia tengok," ujar ibu.
"Lama tak nampak? Baru dua hari saja majlis tu berlalu, kan? kataku.
Haihhh mereka ni, biaq betuiii ni...! Semua isi rumah ini sudah terkena pukau dengan Emirkah? "Nanti Mel panggil dia datang. Album tu bagi dekat Mel, nanti Mel bagi dia tengok. Dia pun sibuk jugak.Dia nak start spring collection dia next month kut, ada nunuray, Nanti jadi, dia jemputlah kita. Dia buat kat hotel jugak.." kataku
"Ibu dan abah suka Emir tu. Mel. Baik orangnya..."beritahu ibu tiba-tiba. Aku memandang ibu, tercengang! Tiba-tiba masuk bab ala-ala munakahat ni? Aku dah menggelabah beruk dah nil.Biar betul kedua-dua orang tua aku ni?
"Mel kawan sajalah, bu."
"Kawan apa lama-lama, Mel.... Kalau dah suka, pakai jadilah, Mel. Abah okey saja..." ujar abah. Aku memandang abah. Abah ni serius ke ni?
Kalaulah Emir dengar ni, dialah orang yang akan meloncat-loncat tak ingat bumi!
"Nantilah Mel fikirkan..." ujarku.
Aku hendak fikir apa pun aku tidak tahu. Yang pasti cerita di TV ini tidak lagi menarik perhatianku.
Abah ni hendak suruh anak-anak dia kahwin semua juga ke tahun ni? Yop awal tahun, abang ngah tengah tahun, takkan aku pula hendak ambil slot akhir tahun? Gilalah...!
Sabarlah.... Baru hendak cari duit lebih sedikit, bagi abah ibu sedikit, tukar kereta ke, ada simpanan sedikit, barulah kahwin. Ini tidak ada apa-apa lagi, hendak kahwin dah?
Buatnya suami meninggal awal ke, kena tinggal ke... at least aku ada karier! Ceh... karier! Kerja baru sehari dua....
Share this novel