Tension betul! Ini semua gara- gara peristiwa kelmarin sewaktu aku nak mengambil baju untuk majlis pertunangan di butik Emir. Susah betul hati aku nak menerima maaf daripada Emir. Hesy! Meluap-luap rasa marah kepada Emir, sebanyaknya letusan Gunung Merapi itu, hanya Allah yang tahu. Hati aku menjerit-jerit menyesal berjanji untuk berkahwin dengan Emir. Lebih baik dengan Irfan! Irfan pun sudah lama tidak call aku sejak peristiwa di hotel tempoh hari. Adakah Irfan kecil hati denganku? Mesti punya!
"Mel tak mahu kahwin dengan Emir!" jeritku sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Ibu mengucap panjang.
"Mel ni biar betul! Kalau tak mahu, kenapa dulu setuju nak kahwin?" tanya ibu.
"Dulu lain, sekarang lain! Dulu pilih membuta tuli
saja, sekarang pilih betul-betul ikut pilihan hati."
"Jadi hati kata apa?" tanya abang ngah.
"Andartu sampai tua," jawabku selamba.
"Nak sangat!" Abang ngah membaling bantal tepat ke mukaku.
"Biarlah."
Abang ngah sedang sibuk membuat sirih junjung untukku. Dia menggelengkan kepalanya. Abah pun turut menggelengkan kepalanya juga. "Melisa Karissa...."
Aku mencebik. Kalau pasal Emir, semua kesalahan Emir, semua orang tidak nampak! Kalau aku sahaja, semua nampak. Pelik betul! Kuat betul tangkal yang Emir pakai. Sampai aku pun tidak boleh rasa nak marah dia apabila terpandang wajahnya. Aduh, macam mana ni? Jangan biarkan kemarahan menguasai kaulah, Melisa Karissa!
Abah memandangku serius seperti dia mahu tahu apa sudah jadi antara aku dan Emir. Apa lagi sebabnya? Danialah! Dia boleh pula berkepit dengan Dania dua puluh empat jam, tetapi aku berkepit dengan Irfan, tahu pula dia marah. Bukan aku bagi perasaan apa-apa pun, aku usik sikit saja. Cemburunya bukan main teruk lagi. Aku punya cemburu ni?
Aku teringat perjumpaan dengan Emir di pejabatnya tadi. Aku agak terkejut apabila melihat muka Emir begitu dekat dengan Dania. Aku selamba masuk mereka tidak nampak gelabah tetapi hati aku resah dan dilanda gundah. Dania keluar dan senyum kepadaku. Aku senyum basa-basi sahaja, tidak ikhlas. Aku memandang Emir tajam! Emir suruh aku datang ambil baju bertunang untuk esok, rupa-rupanya bukan nak suruh ambil baju, hendak suruh tengok bakal madu!
"Suruh ambil baju ke suruh tengok bakal madu? "tanyaku, tidak senyum langsung. Itulah... apabila cemburu menguasai diri, aku agak hilang pedoman.
"Emir dengan Dania tak ada apa-apalah, Mel! Berapa kali Emir nak cakap!" ujar Emir sedikit menjerit.
"Habis mata ni nampak apa?"
"Beritahu Emir, Mel nampak apa?" tanya Emir.
"Emir tiup mata Dania."
"Tiup tak boleh? Mata dia masuk habuklah Mel," beritahu Emir.
Dia tidak langsung memberi perhatian kepadaku. Sibuk mengemas mejanya. Mana datang habuknya kalau Lily cuci hari-hari? Selalulah menipu aku! Geramnya! Aku menghenyakkan punggungku ke atas sofa. Serius, tidak puas hati dengan layanan Emir kepadaku.
"Sayang, my sketch book!" jerit Emir kepadaku.
Erkkk... aku terdudukkah? Cepat-cepat aku bangun. Aku melihat bukunya sedikit kemik. Aku memegangnya, kemudian dia merampasnya kasar.
"Apa Emir ni, sakit tau!" Dia bertindak agak kasar
denganku.
"Hati Emir ni lagi sakit!" jeritnya tiba-tiba.
Dia menghempas buku itu ke atas meja. Terkena bingkai gambar yang terletak gambar aku dan dia. Terjatuh. Nasib baik tidak pecah. Aku tidak faham, sepatutnya aku yang naik angin, tiba-tiba dia pula yang naik angin! Betullah kata orang, semakin dekat hendak bertunang, semakin banyak cabaran, apatah lagi masuk tempoh bertunang menunggu untuk majlis pernikahan. Itu lagi tempoh dugaan. Mujur seminggu! Hati panas betullah!
"Emir!"
"Mel kalau suka dekat Abang Irfan, Mel pergilah dekat dia. Semua kata-kata dia Mel nak percaya, apa gunanya Emir ni?" ujarnya tiba-tiba.
Oh, pasal inikah dia merajuk hati sampai sakit hati dengan aku? Nak sahaja aku ketawa.
"Mana ada Mel suka dekat Irfan!"
"Habis terkepit-kepit macam belangkas tak cukup ruang tu kenapa? Sakit mata, sakit lagi hati nak menanggungnya! Lepas tu berani Mel tipu Emir. Emir kata nak lunchlah, oleh-oleh dari Sabahlah. Emir tanya Abang Irfan, dia kata tak pun. Mel sengajakan?" bentak Emir.
"Ohhh... Yang Emir duk berkepit dengan Dania siang dan malam tu tak apa pulak! Pernah ke terfikir perasaan Mel ni macam mana pulak?" soalku.
Takkan aku hendak serang Dania pula, beri amaran jangan ganggu bakal tunang aku! Erkkk... itu bukan Mel, la! Mel, it's too cliche! Apa guna ada Emir, setiap perhubungan itu kena ada kepercayaan. Kalau tidak percaya, jangan ada hubungan! Tetapi... kalau jadi macam ini? Komunikasi itu penting! Erkkk... apa aku ni? Sempat bermotivasi diri.
"Itu kerja! Kan Emir cakap dia pekerja, she is my employee! Boundaries Mel... boundaries!" jawab Emir. Emir memegang kepalanya.
Aku terdiam. Aku lupa! Emir sangat pegang kepada etika kerja. Kenapalah aku ni, emosi tidak menentu!
"Masih nak tegakkan benang yang basah. Kalau Mel nak dengan Irfan, dah lama Emir ! Bukan baru sekarang. Lagipun Mel buat macam tu sebab Mel cemburukan Dania dengan Emir! Sengaja Mel buat macam tu, sebab Mel geram. Masa pilih cincin dulu, Adam sibuk dengan telefon.Sajalah Mel tipu Abang Irfan call Mel tu. Tahu pun Emir cemburu. Cuba Emir letakkan diri Emir di tempat Mel ? Sakit tau hati ni! Dulu Emir kata lain, sekarang Emir buat lain! Lebih baik Mel dengan Abang Irfan kalau tahu akhirnya jadi macam ni. Sudahlah, bye!"
Aku terus berlalu meninggalkan Emir. Kalau dia cintakan aku, dia akan mengejar aku. Aku tidak pernah bergaduh dengan dia selantang itu suaraku!
"Cik Karissa!"
Aku berhenti. Aku melihat Dania sudah di muka pintu. Dia terdengarkah?
"Saya memang tak ada apa-apa dengan Emir. Strictly on business saja! You know Emir loves you very much dan saya tak mungkin jatuh cinta dengan dia, Cik Karissa. Kalau saya mahu, masa di UiTM dulu lagi..." ujar Dania. Dia nampak ikhlas.
Aku tergamam. Salah akukah cemburu tidak tentu pasal?
"Mel!" jerit Emir.
"Terima kasih," ucapku kepada Dania. Aku terus keluar dan buat tidak tahu dengan panggilan Emir. Betapa tegarnya aku!
Bunyi deringan telefon bimbit mematikan
lamunanku.
Emir menelefonku. Aku tidak mahu angkat. Merajuk! Tetapi macam mana... nada dering lagu Hijau Daun' ini mengganggu perasaan. Kali ketiga dia telefon, akhirnya aku mengalah juga.
"Jangan letak!" jeritnya.
"Okey."
"Emir tahu Mel marah Emir. Tapi Emir dengan
Dania tu memang tak ada apa-apa. Emir tahu Irfan pun tak ada apa-apa dengan Mel... kalau tak, lama dah Mel sambut cinta Irfan. Emir yang cemburu tak tentu pasal. Emir mintak maaf. Emir sengaja rapat dengan Dania sebab Emir bengang tengok Mel dengan Irfan. Tapi mata dia tadi memang masuk habuk, itu Emir tak tipu, Mel."
Aku terdiam, tahu tak apa. Aku juga tidak tahu nak cakap apa. Rupa-rupanya semua ini hanyalah salah sangka. Itulah... kalau terlalu sangat cemburu! Cemburu memang tidak baik untuk kesihatan, malah kalau berlebihan boleh memudaratkan!
"Okey, Emir nak on speaker phone. Untuk Mel, terimalah 'Sekali lagi' - Emir Daniel."
Aku tergelak. Emir Daniel konon!
Suara dia merdu sekali dan bunyi gitar itu mengalun indah betul. Menusuk hatiku! Ingat dulu mati- mati dia tidak mahu menyanyikan lagu Naim Daniel kerana cemburukan Naim Dnaiel sebab aku minat dia sampai gila tahap gaban. Akhirnya, dia pujuk juga aku dengan lagu ini. Aku tersenyum sendirian.
Tak ingin lagi ku ulangi silap yang sama
Walau akan tiba hari-hari yang berbeza
Ingin ku tempuh waktu dewasa bersamamu
Takkan ku ragu, takkan ku ragu
Tak berbeza detikku tanpamu
Kembali padaku
Oh, sesal takkan henti
Tiap kata di benak fikiran
Oh, hilang dalam kelam
Janji yang ku genggam telah terbiar
Apa yang harusku laku?
Tuk kembalikan hatimu....
"Maafkan Emir tak?" tanya Emir kepadaku.
Baru nak feel lagi, Emir sudah berhenti bernyanyi pula. Hati aku masih merajuk, macam mana? Aku agak tidak sukalah dengan perubahan emosi dalam diri aku sejak bakal menjadi tunangan orang ini. Emosi agak berlebihan dan sentiasa berada dalam keadaan waswas!
"Mel? Maafkan Emir tak?"
Dalam hati mahu maafkan, tetapi mulut kata...
"Tak mahu!"
"Habis esok macam mana? Tangguh ke?"
"Hah???"
Aku terkejut dengan pertanyaannya. Tidak pula ke situ fikirnya. Sengaja nak beri pengajaran kepada Emir sahaja supaya jangan mendera perasaan aku.
"Okeylah... Emir suruh daddy ubahlah plan..." ujar
Emir, suaranya perlahan tiba-tiba. Aku jadi gelabah. Ubah plan? Tak faham.
"Emir? Maksud Emir?"
"Emir nak suruh daddy pinangkan Mel untuk
Irfan. Bye, assalamualaikum!"
Klik! Talian diputuskan.
Aku terpegun.
Share this novel