Bab 18

Drama Completed 10175

Hari-hari yang berlalu, berjalan seperti biasa. Hari- hari aku dapat e-mel daripada Emir. Setiap hari menghitung hari, bila Emir nak balik ke Malaysia. Orang kata kalau kita kira, memang akan rasa lama. Kalau buat tidak tahu sahaja, sekejap sahaja masa itu akan berlalu. Aku tak kira, Emirlah yang selalu kira. Heheh... salahkan Emir pulak! Walhal aku memangkah di setiap kalendar yang aku jumpa. Kak Amira punya kalendar pun jadi mangsa.

Hari-hari aku duk menyanyi lagu 'Pulanglah' - Awi Rafael tu. Monday... Tuesday... heh! Bengong punya Melisa Karissa!

Aku tidak cerita lagi pasal Irfan pada Emir walaupun Emir mendesak. Aku takut dia anggap yang bukan-bukan, baik aku terus terang di hadapannya sendiri. So, aku boleh tengok reaksinya serta-merta. Kalau dalam telefon aku boleh agak dia marah sahaja. Lain-lain aku tidak nampak. Emir macam Emir, Irfan macam Irfan, aku? Tersepit di tengah- tengah. Mana nak jaga hati kawan, mana hendak jaga hati bos, siapa pula hendak jaga hati aku? Cuma aku cerita yang Irfan sudah pun putus tunang dan dia juga telah mendapat tahu hal yang sama daripada mulut mummynya. Dan mengingatkan aku supaya berwaspada dengan orang yang putus tunang. Aku hanya gelak sahaja walhal aku sudah terkena penangan Irfan pun. Huru-hara hati aku dibuat dua adik-beradik ini. Sewaktu Irfan putus tunang, Datuk Zakuan amat berang. Selalu sahaja marah-marah. Maklumlah Farah Atalia itu anak kawan dia, mestilah dia marah sangat. Tetapi apabila keluar berita Farah Atalia kena tangkap basah dengan photographer dia tu, barulah Datuk Zakuan cool sedikit.

Berita itu sangat mengejutkan, sampai ke tahap masuk Meletop tv3, Islam pula tu! Apalah nak jadi dengan dunia ini. Aku pun tidak menyangkanya, tetapi kadang-kadang kena percaya juga pada tiktok atau gosip liar. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang! Aku tidak percaya sehab aku tengok Farah Atalia itu lemah lembut dan manja orangnya. Itulah, betul juga pepatah mat salih tu, don't judge a book by its cover!

Sejak Irfan putus tunang, aku tengok dia macam sangat fleksibel, sangat relaks dan sangat ramah. Bukan seperti dia yang dulu... yang tegang, yang keras, yang tak cool, yang bosan dan banyak sikap negatif yang lain. Kini dia selalu sahaja tersenyum. Rasa macam beban dia dah fly away dah... wahhh...!

Oh ya... tidak lama lagi akan diadakan majlis makan malam tahunan hotel ini. Makan malam tahunan hotel selalu dibuat awal disebabkan sejak proses refurbishment hotel dulu, tempahan untuk menggunakan ballroom penuh sehingga hujung tahun. Aku terlibat dalam bahagian hiasan dewan yang bertemakan fairy tales pada tahun ini. Penasihat fesyen aku tidak balik lagi, jadi aku tidak tahu nak pakai apa.

Aku teringat ketika aku menceritakan acara ini kepada Emir, Emir sangat marah kerana waktu macam inilah dia tidak boleh nak balik. Daddynya tidak bagi dia balik kerana ada delegasi dari Malaysia hendak menginap di hotel itu. Jadi Emir kenalah melekat di sana lagi.

Bila sebut nama Emir sahaja, aku melihat wajah Emir di wallpaper telefon bimbitku. Gambar yang dia Wassap sewaktu dia berada di hadapan hotel di sana. Rindunya!!!

"Mel nak pakai baju apa?" tanya Emir sewaktu dia menelefon aku dari sana.

Seminggu juga aku tidak mendengar suaranya, akhirnya rindu dendam aku terubat setelah dia menghubungi aku beberapa malam lalu.

"Tak tahu. Emir ada idea ke?" tanyaku. Aku tidak fikir apa-apa. Tema fairy tales... apa yang terbit di dalam kepala aku ialah mak tiri Cinderella. Aku tidak tahu kenapa aku terfikir itu sahaja sejak tema itu diberitahu minggu lepas.

"Mel cantik kalau pakai gaun kembang macam
Cinderella tu. I can imagine that, sayang!" Mak tiri Cinderella aku boleh terfikir, tetapi Cinderella aku tidak boleh fikir. Hampehhh...!

Aku ketawa. "Kembang sangat nanti tak muat Kancil Mel tu, Emir."

Emie pun turut ketawa. "I wish I could be there for you, love."

Aduh... love? Sayang? Cinta? Ibu... tolong!!!

"I will think of something. Nanti bila Emir e-mel
suruh ambil baju dekat kedai, Mek ambil okey?"

"Hesy tak mahulah. Nanti orang kata Mel ambik kesempatan pulak." Aku menolak sungguh-sungguh .Banyak sangat dah ni. terhutang budi tergadai body pulak nanti.Siapa nak bertanggungjawab tu?

"Emir nak bagi. Mel tak mahu pulak. Mel, kalau
perempuan lain berebut tau!" Aku ketawa.

"Mel bukan perempuan lain."

"Yes, my girl is a special one. I know that. Mel nak pergi dengan siapa nanti?"

"Kak Amira ada."

"Jangan macam-macam, okey!"

"Selama ni Mel macam-macam ke?"

"Manalah tahu.... Mel tu baik hati sangat, semua orang nak dilayannya, nanti orang ingat lain pulak. Kalau dengan Emir pandai pulak tunjuk garang!"

Aku ketawa. "Marah-marah sayang...."

Emir tergelak mendengar jawapanku. "Mel kalaubdalam e-mel, dalam telefon, bukan main lagi Mel cakap sayang, rindu, cinta dengan Emir. Kalau kita berdepan kenapa tak mahu cakap macam tu? Sampai bila Mel nak sorok perasaan Mel tu pada Emir ni, Mel? Terang-terang dah cakap tapi tak mahu mengaku lagi! Buat seksa jiwa raga Emir saja...."

Aku ketawa lagi. Dia mula dah...! Bila Emir dapat
cakap... Patut dia ni jadi lawyer ke, sasterawan pun okey.

Bercakap tak berhenti macam bertih jagung. Pot pet put

"Emir balik, then we talk about the next step of this relationship." Mulut aku selalu berjanji yang bukan- bukan! Ceh, tekad! Macam betul je Si Melisa Karissa ni!

"Really?" Emir bersuara teruja.

"Emir nak Mel tarik balik ke?"

"Tak mahu, tak mau...."

"Tahu takut!"

"Mestilah takut, girlfriend Emir tu banyak peminat."

"Emir pun sama, cakap orang pulak! Siapa bergambar dengan Emir yang Emir letak dekat IG tu? Bukan main gedik lagi."

Emir ketawa. "Itu mak cik ada cuculah! Dia tukang cuci dekat hotel ni. Dia masak sedap. Mel. Dia punya masakanlah menyebabkan Emir hidup lagi sampai sekarang kat Vietnam ni, tau! Yang lain Emir tak lalu."

"Kenapa mak cik nampak muda pulak?"

Mak cik ada cucu dia kata? Aku tengok muda saja. Kelentong aku ke mamat ni?

"Orang dekat sini memang macam tu la Mel cantik-cantik. Tapi Mel jangan risau.. Emir cinta Mel sorang saja. Tak pernah ada perempuan lain yang Emir cintai cuma Melisa Kairssa sorang. Mel cinta pertama dan terakhir Emir!"

Aku tersenyum. Lamunan aku tersentak! Partition workstation aku bergerak-gerak. Haram jadah betul bukan boleh tengok orang mengelamun sekejap!

"Apanya?" ujar aku sedikit terjerit. Aku yang sedang melihat gambar Emir di dalam telefon bimbitku tersentak dan memandang ke arah orang yang menggoyangkan partition aku. Alamak! Encik Irfan...! Aku tersengih, malu. "Ada apa bos?"

"Awak ralit tengok telefon awak, ada apa? Emir?"

"Tak ada apalah." Aku menyimpan telefon bimbitku ke dalam laci.

"Sebab Emir, awak boleh marah saya, Sa? Sampai benteng hati awak tu macam Tembok Besar China, terlalu tinggi untuk dipanjat, terlalu panjang untuk direntasi, terlalu kuat untuk dirobohkan. Waktu kerja, buat kerja. Jangan nak mengelamun!"

Irfan memberi amaran. Panjang berjela. Sampaikan aku tidak sempat menangkap apa yang dia kata. Tembok Besar China? Apa hal pula Tembok Besar China perginya?

Aku kena marah dengan Irfan tiba-tiba. Waktu kerja apa ni, sudah lepas pukul lima petang. Aku stayback sebab hendak siapkan lakaran hiasan untuk ballroom nanti. Lagipun tinggal nak e-mel pada person in-charge sahaja.

Aku menepuk dahi. Dia yang putus tunang, dia pulak marah orang tidak pasal-pasal. Aku cepat-cepat kemaskan beg aku, nak pergi kedai bunga. Kemudian singgah di butik sebab nak ambil baju seperti yang Emir suruh. Geram betul! Bengang betul! Biarlah aku nak main telefon, ni telefon aku, bukan telefon kau! Hatiku masih lagi terasa sakit. Tidak mahu reda hangatnya.

Sampai di kedai bunga, aku menghempas beg tanganku ke atas sofa.

Kak Zara terkejut. "Kalau akak pregnant, dah lama akak terberanak dekat sini. "

Aku tidak ketawa pun, aku tidak ada mood untuk ketawa. Urat gembiraku sudah terputus sejak tadi. Aku bengang bercampur geram. Aku terus cerita pada Kak Zara. Nasib baik Kak Zara sahaja yang ada, kalau ramai yang ada tadi, ramailah geng penumbuk aku! Tumbuk muka Si Irfan yang sombong itu.

Kak Zara hanya menggelengkan kepala mendengar cerita aku. "Dalam sungguh maksud hati kau macam Tembok Besar China tu, Mel."

"Apa maksudnya?"

Haih... nama saja jiwa kental. Bab bercinta, bab maksud tersirat, aku memang failed! "Dia nak tackle kau, tapi kau tu keras hatilah, Mel."

Bak kata Emir, hati batu kepala kayu!

"Benci betul!" Aku merengus marah.

"Jangan benci, nanti tercinta."

"Bosanlah akak ni, dialog itu saja yang diulang- ulangnya. Tak mungkinlah! Orang dah ada Emir, tak mahu yang lain."

"Hah??? Betul ke apa yang akak dengar ni, Mel?" Nasib baik tidak terlepas pasu yang dipegang oleh Kak Zara. Aku membawanya duduk kembali.

"Betul! Dah buat keputusan dah...."

"Akhirnya! Emir tahu tak ni?" Aku menggelengkan kepala. Beritahu Emir, dia meloncat sampai ke planet Marikh karang!

"Kejap, nak pergi ambil baju kat sebelah. Baju dinner."

"Eleh Mel! Kalau kau tak buat keputusan apa-apa
pun Mel, akak tahu kau mesti dengan Emir punya. Tengok Emir layan kau, kau pun melayan Emir, akak tahu korang ni ada kimia! Hemmm... baju? Untung ada boyfriend fashion designer."

Aku ketawa.... Ada kimia??? Chemistry!

"Bukan Mel mintalah, dia yang bagi. Dia paksa Mel ambik."

"Akak tak kata apa-apa pun." Aku mencubit pipi Kak Zara, Kak Zara menjerit kesakitan. Lalu aku berlari ke kedai sebelah mengambil baju itu.

Sampai di sebelah, aku jumpa dengan pengurus butik itu. Aku kenal jugalah, Emir pernah kenalkan. Dia pun sudah mengenali aku.

Tiba-tiba aku terdengar suara Datin Hajar. Alamak!

Orang tua ni ada sini ka...?

"Hai, nak beli baju?" Datin Hajar menyapa aku.

"Yang datang nak ambil baju," sampuk Lily. pengurus Emir. Dia jugalah kadang-kadang tukang jaga kedai, tukang jahit, tukang potong, kiranya pencacar Emirlah!

"Oh! Inilah the popular Mel!"

Aku nak senyum tak nak senyum serba banyak. Dia ni perli aku ke, puji aku ke... aku pun tidak tahu.

"Melisa Karissa, kan?" tanya Datin Hajar.

"Ya, saya."

"Emir selalu bercakap dengan auntie pasal Karissa Walaupun dia di sana, dia selalu cerita dekat auntie. Hari-hari call bercerita dengan auntie pasal Karissa. Baru hari ni auntie nampak orangnya. Memang betul Emir cakap, cantik orangnya," ujar Datin Hajar, bersungguh-sungguh.

Aku jadi malu. Jadi selama ini Datin Hajar tahu pasal aku? Malu beb! Mana nak sorok muka cantik aku ni? Datin Hajar menyuruh aku duduk di sebelahnya. Adakah Datuk Zakuan juga tahu pasal aku? Kalau tahu.... matilah!

"Tak adalah, Datin. Saya biasa-biasa saja, Emir tu auta saja lebih...." Datin Hajar ketawa kecil.

"Jangan panggil Datin. Panggil saja auntie. Kita nak berkeluarga, panggil mom pun tak apa."

Hah! Berkeluarga? So soon...? Boleh ke orang kaya berada terima aku ni? Mimpikah ini? Aku asyik terfikir-fikir kalau betul aku jadi dengan Emir, aku akan dapat mak mertua yang kejam. Akukan orang biasa-biasa sahaja, ada Kancil buruk! Depa tu ada hotel, ate... orang berduit!

"Emir tu orangnya tak pernah menipu, dia tak boleh nak menipu pun. Pertama kali dia jumpa Karissa, dia dah beritahu auntie. Dia kata Karissa tak suka dipanggil Mel ye kalau bukan orang tertentu?"

Hah! Itu pun Emir bagi tahu? Too much information ni! Aku ni, pasal Datin Hajar, pasal Datuk Zaku langsung aku tidak tahu.

"Boleh, auntie boleh panggil saya Mel Tak ada masalah," ujar aku berbahasa. Takkan aku nak kata tidak boleh!

"Nanti senang-senang datanglah rumah Auntie ni rindu dekat Emir, Tuhan sajalah yang tahu, Emir tak ada di rumah, sunyi auntie. Nasib baik daddy Emir sibuk selalu, selalu outstation, bolehlah auntie ikut kali pujuk daddy Emir, suruh Emir balik suruh hantar pergi sana, daddy Emir tu keras kepala orangny Datin Hajar meluahkan perasaannya.

Aku tersenyum sahaja. Sayang betul mummy Emir ini pada Emir. Emir tidak pernah cerita pun fasal Datin Hajar. Dia selalu kata mummy dia sibuk memanjang. Mak mana tidak sayang anak!

"Tak apalah auntie. Lagi dua minggu saja lagi.Sabar ya!" Aku memegang tangan Datin Hajar yang sangat lembut, selembut sutera. Dari dulu aku tertanya-tanya produk apalah yang dia pakai.

Datin Hajar tersenyum. "Seronok jumpa Mel."

"Mel pun seronok jumpa auntie."

"Kalau auntie tahu awal, Mel kerja di hotel mungkin kita boleh kerap berjumpa, kan? Mel bagi nombor phone, nanti auntie call Mel. Bila-bila kita outing together. Auntie pun tak ada anak perempuan. Mel ada, seronok auntie!" Datin Hajar kelihatan begitu teruja.

Aku pun ketawa. "Boleh! Mel free anytime untuk
auntie!"

Aku memberikan kad aku kepadanya. Datin Hajar nampak gembira. Dia ni betul-betul gembirakah, saja-saja buat aku rasa gembira juga? Ada mak yang psycho ooo... aku takut juga! Mana tahu, anak dahlah sorang, seram juga tiba- tiba ada orang baik dengan aku ni. Suspicious... suspens!

Melisa Karissa, kau boleh tak positif sikit? Bukan senang emak orang kaya berada ni nak suka dengan orang tak berapa berada macam aku ni!

Aku meninggalkan butik itu dengan senang hat Bukanlah... hati lagi tak senang ada! Aku cepat-cepat masuk kedai. Aku cerita dengan Kak Zara, Kak Zara ketawa Kak Zara suruh aku bertenang. Dia kata baguslah bakal mak mertua bagi green light.

"Green light dia lain macam!"

"Semua mak nak anak dia bahagia. Dapat orang macam Mel jadi menantu, sejuk perut mak, tau! Maknanya orang tu tak kira rupa ke pangkat ke, baguslah kalau macam tu apa! Kau nak yang macam mana lagi, Mel? Sudahlah Emir tu kaya, ada karier, bukan dia bergantung seratus peratus pada daddy dia. Sudahlah, jangan fikir yang bukan- bukan, dik. Fikir yang positif saja."

Fikir positif! Fikir positif!!! Kata aku dalam hati.

Aku melihat baju di tanganku. Aku tersenyum. Cantik sangat macam princess nil Gaun putih bermanik- manik biru dengan reben biru, tidaklah kembang sangat macam baju Cinderella tetapi boleh buat orang lain tidak puas hati ni.... Gaun itu berlengan panjang, overall lace! Kalau aku tercarik mana-mana ni, koyak, tak pasal saja. Susah-susah sajalah Emir ni, ini yang buat aku bertambah sayang ni.... Bukan pasal baju ini, pasal walaupun dia tiada di sini, aku selalu rasa dia ada di sisi aku bila-bila aku perlu atau tidak perlu! Tiga belas tip itu betul-betul tak guna, sekarang aku sudah tahu yang aku sudah jatuh cinta. Haram...!

"Cantik, Yang! Sure kau menang best dress." ujar Kak Zara. Best dress pun buat apa... aku bukan ada couple nak pergi! Kak Amira bawa abang ngah. Aku? Kacau daun sahaja. Aku monyok.

"Ni kenapa pulak?" tanya Kak Zara

"Pergi sorang-sorang. Akak nak jadi date Mel tak?"

Kak Zara tergelak. "Tak mau, ah! Nak pakai macam ni, akak banyak kerja lagi. Dahlah sejak Mel tinggalkan tempat ni, bos malas nak cari orang. Semua akak yang buat tau! Sekarang ni tengah ajar Abang Meon kau pulak gubah bunga. Tangan keras macam kayu."

Aku ketawa. Abang Meon! Dia lelaki, sudah tentulah tangan dia macam kayu. Orang tidak biasa, angkat pasu bunga bolehlah.

Jadi... terpaksalah aku menumpang abang ngah. Lecehnya... kalaulah Abang
Emir Harith Zakuan ada....

Hmmm... aku rindu Emir!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience