KCK 19 - HINA

Romance Series 24009

HUD berlari laju masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup kuat. Plastik di letakkan di atas dashbord. Hud memandang Kasih pelik. Aku tutup pintu kuat pun tak bangun ? Hud ingin mengejut Kasih yang sedang tidur nyenyak.
Hud cuba menatap mata Kasih tapi terhalang apabila Kasih bergerak sedikit dan rambut Kasih menutup kedua dua matanya. Hud menyelit rambut Kasih ke belakang telinga. Dia tersenyum kecil. Hud merapatkan wajahnya dengan wajah Kasih. Tanpa sedar , bibir mereka semakin hampir. Kasih mengeliat kecil dan perlahan-lahan membuka matanya. Hud tersedar lalu terus berundur.

“Kita dekat mana ni ?”. Kasih memisat matanya. Tak berkedip mata Hud memandang wajah Kasih yang sedikit kusut tapi sangat comel.

“Awak ? Awak ? “.

“Izham !”. Jerit Kasih. Geram betul bila aku panggil tak dengar !

“Ha ya ?”. Hud tersedar. Aduhh mana nak sorok muka ni ??

“Kita dekat mana ?”.

“Ha ni saya beli aiskrim kitkat untuk awak”. Hud menghulur plastik yang berwarna putih itu kepada Kasih. Kasih tersenyum gembira. Kalau boleh dia mahu melompat , tapi dalam kereta an ?

“Thank youuu awak !”. Hud hanya tersenyum. Gembira dia melihat Kasih senyum. Yela tadi kan aku dh marah dia.
. .
. SAMPAI sahaja di rumah Hud , mereka berdua terus keluar dari kereta. Mereka berjalan beriringan. Tiba-tiba sahaja Kasih teringat akan kejadian pagi tadi. Puan Medina memberi amaran keras padanya supaya jangan sesekali jejakkan kaki dekat rumah ni. Dia terus berhenti. Hud menoleh ke tepi. Terkejut dia melihat Kasih di belakang. Hud menuju ke Kasih dan mengajaknya untuk berjumpa dengan Puan Medina. Hud tahu Kasih masih takut.

Semua ahli keluarga Hud menoleh ke belakang. Hud terkejut melihat Nurul berada di sebelah Puan Medina. Dia mengepal penumbuknya.

“Hud”. Panggil Puan Medina lembut. Dia ternampak Kasih di belakang Hud.

“I dont care. Bonda dah buat keputusan...”.
Hud berdebar. Begitu juga dengan Kasih. Dia seolah dapat meneka apa yang bermain di fikiran Puan Medina.

“Bonda nak Nurul duduk dekat sini”.

Pap !

Kasih bagai dihempap batu besar. Terkejut dia dengan keputusan Puan Medina. Begitu juga dengan Hud. Dia terdiam.

“Bonda taknak perempuan murahan ni ada dekat sini ! Dia dengan mak dia sama je ! Murah , tak guna , perampas dan yang paling penting MATA DUITAN !”. Tengking Puan Medina pada Kasih. Kasih tergamam. Dia tidak sangka ibunya dihina sekali. Dia taknak orang hina ibu dia. Cukup hanya Kasih Arryanna yang orang hina !

“Kau tunggu apa lagi ?! Bla la dari sini ! Kau ingat kau cantik ? Kau boleh goda semua lelaki ?! Hey kau takkan kekal la dengan anak aku ! Kau tu perempuan si*l je ! Murahan ! Baik kau bla sebelum aku sendiri heret kau macam tadi ! Berambus !!”. Lagi sekali Kasih ditengking Puan Medina. Kasih mengetap kuat bibirnya menahan tangisan. Air matanya mula mengalir membasahi pipinya. Kasih hanya menunduk menekur lantai. Tak sanggup memandang semua orang di hadapannya.

Hud memandang wajah Kasih dengan perasaan bersalah dan simpati. Ahh dia benci melihat air mata Kasih jatuh ! Dia tak sanggup melihatnya.

Happy Reading !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience