KCK 45 - KEBENARAN II

Romance Series 24009

KCK 45

" KALAU betul la kan anak awak tu hati bersih dan baik sangat , kenapa dia keluarkan duit Hud sebanyak RM 100k ?!” Suara Puan Medina meninggi.

"Demi saya”.

Semua menoleh ke arah suara itu. Angela dan Adela menghampiri Hud.

"Abang”.

"Kenapa ni Gela ? Cerita pada abang sekarang. Cerita !” Hud memaksa Angela untuk bercerita.

"Apa maksud Angela tadi ? Apa yang Kasih dah buat demi Angela ?” Bertalu-talu soalan ditujukan kepada Angela.

Angela menarik nafas sebelum dia menceritakan hal sebenar.

"Sebenarnya , sebelum berkahwin dengan Zafril , ka...kami ada berjumpa”. Angela memejamkan matanya. Tubuhnya terasa sangat lemah.

"Ada orang rakam Gela dengan Zafril berpeluk. Tapi bang , sumpah kami tak buat apa-apa ! Cuma berpeluk”.

Hud , Datin Mariam dan Puan Medina terkedu. Hud meraup kasar wajahnya.
Dia memaut kedua belah bahu Angela.

"Kenapa Angela buat semua ni ?” Soal Hud dengan perlahan.

Diam. Angela tak mampu untuk berkata apa-apa. Rasa bersalah pada Kasih menebal apabila kakak iparnya itu sanggup berkorban deminya.

"Lagi ?”

"Orang yang ada video tu ugut Gela. Dia minta Gela bagi dia RM 100k”.

Mata Hud terbeliak. Sebanyak tu ?!

"Jadi , Gela bagitahu kakak tentang video tu. Pada mulanya , dia tak tahu macam mana nak tolong Angela...dan akhirnya dia guna cek yang abang bagi pada dia untuk bayar orang tu”. Beritahu Angela lagi.

"Gela cuba untuk bagitahu abang masa hari Angela kahwin semalam tapi kakak tak bagi. Dia sanggup berkorban untuk Gela. Dia langsung tak sebut nama Gela. Kak Yana...Kak Yana sanggup !” Akhirnya , pecah tangisan Angela. Dia menangis dalam dakapan Hud.

Hud tidak sangka yang Kasih sanggup berkorban demi adiknya.

"Abang. Ada satu benda lagi yang abang perlu tahu”. Adela mula bersuara.

"Kami baru dapat tahu yang sebenarnya...”

"Faris dalang di sebalik semua ini”. Adela menyambung ayatnya dengan suara bergetar.

Hud bungkam. Otaknya cuba mencerna semua kebenaran yang dibongkar oleh Puan Salmah dan Angela. Hud mengepal penumbuknya. Gigi diketap dengan kuat.

"Saya dah cakap”. Puan Salmah bersuara semula. Hud menoleh memandang Puan Salmah dengan wajahnya yang sudah mula berubah sayu.

"Dia gadis yang sangat baik , hati bersih dan murni. Tak ada siapa yang mampu buat macamna Yana buat”.

"Tapi saya kesal. Saya kesal awak masih tak nampak semua tu”.

Hud terdiam.

"Ada satu lagi saya nak cakap pada kamu , Hud. Yang terakhir”.

"Kamu berkahwin dengan dia , kamu jadi suami dia tapi kamu masih tak boleh faham dia”.

Ya Hud akui. Dia masih tak boleh faham Kasih. Berkali-kali Kasih cuba untuk mendekatinya tapi dia menolak.

"Kamu percaya apa yang kamu nampak dan apa yang kamu dengar daripada mulut yang salah”.

"Cuba kamu pejamkan mata kamu dan cuba jangan percaya dengan mudah. Kalau kamu buat benda ni dari awal , semua ni tak akan terjadi”. Puan Salmah menggeleng lalu tertunduk. Sebak mengenangkan nasib malang anaknya.

"Kamu boleh marah dia , hina dia macam-macam tapi masa dah tak boleh putarkan balik. Kamu dah buat keputusan muktamad ! Kamu dah halau dia dan kamu dah haramkan dia jejakkan kaki ke rumah ni lagi !” Tengking Puan Salmah. Dada Puan Salmah berombak laju.

Mata Hud terpejam. Dia tidak mampu lawan kata-kata Puan Salmah.

"Cuba kamu bagitahu saya , Hud. Kalau adik perempuan kamu atau bonda kamu berada di tempat Yana , situasi sama macam Yana , adakah kamu akan buat benda yang sama ?”

Hud diam. Sudah tentu dia tiada jawapan untuk soalan itu.

Puan Salmah menggeleng laju . "Tak ! Sebab mereka adalah keluarga kamu dan ! Kamu tak pernah anggap Yana sebagai keluarga kamu”.

Terkelu lidah Hud. Terdiam seribu bahasa. Menyesal juga tiada guna. Tapi dia sangat menyesal. Kasih juga sudah tiada dengannya.

"Hud Izham , kamu dah kehilangan seseorang yang sangat berharga dan yang tak akan pernah wujud dalam dunia ni”. Puan Salmah berjalan laju keluar daripada rumah agam itu.

Berair mata Hud. Rasa bersalah makin menebal dalam diri Hud Izham.

'Saya akan halau Kasih Arryanna dari rumah ni sekarang juga ‘.

'Di antara kita , tak akan pernah ada apa-apa hubungan’.

'Saya tak cintakan awak. Sikit pun tak. Dan semua tu tak akan pernah wujud’.

Terngiang-ngiang kata-katanya tempoh hari. Betapa teruknya Hud Izham. Hud jatuh terduduk . Wajah diraup dengan kasar sambil mendongak kepala ke atas. Setitis demi setitis air mata jantannya jatuh. Jantungnya berdegup kencang apabila dia sudah mengetahui kebenaran. Sungguh dia terkejut , tergamam , terpempan dan sebagainya.

Hud mengangkat wajahnya memandang lurus ke hadapan. Semua kenangan 'manis’ bersama Kasih tiba-tiba muncul dalam fikirannya. Bergetar mulut Hud apabila teringat segala-segalanya. Dia mahu berjumpa dengan Kasih. Ya dia haru minta maaf pada Kasih dan mahu bersama dengannya semula. Dia harus tebus kesalahannya. Dia harus berjumpa dengan Kasih segera !

Huhu dapt juga update. Baru start pukul 6:50 pm tadi hehe. Sila komen >_< thanks ! Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience