KCK 17 - TERBONGKAR

Romance Series 24009

Kasih memegang perutnya yang masih berasa sakit. Sejak dari tadi , perutnya berasa pedih. Kasih mengenggam tangannya. Jari manis Kasih terluka akibat terkepit di pintu tadi. Sempat Kasih berfikir , betapa malangnya nasib dia harini. Dihalau , jari terluka dan luka di perut masih sakit. Kasih menjerit kecil mengerang kesakitan.

TOK TOK TOK !

Puan Salmah segera berlari ke arah pintu. Dia terkejut melihat Kasih dalam keadaan sebegitu. Puan Salmah memapah Kasih masuk ke dalam rumah. Mereka terus duduk di atas katil Kasih.

“Yana , kenapa ni ? Kenapa sampai boleh jadi macamni ?”.

“Tak , Yana lapar je. Sakit perut lepastu jari ni terkepit pintu. Orang kan selalu cuai. Nak tutup pastu tak nampak terkepit”. Kasih tersenyum kelat. Dalam hatinya , hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya perut dia sekarang ini. Tambah pula dengan terkepit jari.

“Erm makanan ada dekat dapur. Kejap lagi makan. Ni ibu nak keluar jap lagi”. Puan Salmah berkata sambil bangun dari situ. Kasih membuat jari OK.
. .
. “Abang , bangun”. Adela mengejut Hud yang masih tidur. Hud mengeliat kecil sambil memisat matanya yang masih layu itu.

“Pukul berapa ?”. Hud bertanya perlahan.

“Dah pukul 12 tengahari”. Adela menjawab sambil mengemas bantal dan selimut yang bersepah di atas lantai. Hud mula bangun lalu mencari Kasih.

“Kasih mana ?”.

“Entah. Bila Dela tanya bonda , dia diam je”. Kata Adela sambil mengangkat bahunya.
Hud diam. Dia mula berasa tidak sedap hati. Dia terus mencapai tuala dan mandi.

Setengah jam berendam di dalam bilik air , Hud turun ke ruang tamu mencari nenda dan bondanya. Tiada orang ? Kemana semua orang pergi ?

“Pakcik ! Sini !”. Aqif memanggil Hud untuk naik ke bilik cctv. Hud pantas berlari ke arah Aqif lalu mengikut jejaknya.

Sampai sahaja di bilik cctv , Aqif terus menunjukkan video pada Hud.
Hud mengerut dahinya. Terkejut dia melihat bondanya sedang mengheret Kasih keluar dari rumah ini. Dia juga turut terkejut apabila jari Kasih terkepit di pintu . Kuat !
Tegang wajah Hud ketika ini. Dia perlu ke rumah Kasih sekarang ini !

***********

“Kenapa bonda buat Kasih sampai macamtu ?”. Mendatar Hud bertanya.

“Bonda tak suka tengok dia dalam rumah ni ! So bonda dah halau dia ! Kenapa ? Hud nak marah bonda ?! Sebab apa ? Sebab halau perempuan murahan tu ! Hud kene ingat tau , dia hampir berkahwin dengan suami orang ! Laki tu pun dah ada anak ! “. Hud terdiam. Ya Kasih hampir berkahwin dengan suami orang dahulu. Puan Salmah sendiri mengaku yang Kasih sedia tahu lelaki itu sudah mempunyai isteri dan anak. Tapi Kasih tidak peduli. Dia terlalu sayangkan lelaki itu. Hud mempercayai kata-kata Puan Salmah.

“Hud tetap akan ambil Kasih pulang ke sini. Hud akan bawa balik dia ke sini. Tiada bantahan. Keputusan Hud...muktamad”. Hud memejamkan matanya. Dia tidak sanggup melihat muka bondanya ketika ini. Dia tahu bondanya amat kecewa dengan keputusan ini Puan Medina terus berjalan ke biliknya. Dia terlalu kecewa dengan semua orang yang mahu membela perempuan murahan itu.
. .
. Kasih sedang mengemas bilik ibunya. Dia membuka satu persatu laci yang ada di situ. Sampai di laci yang terakhir , dia mengerut dahi melihat satu surat. Seperti surat perjanjian.
Kasih terus mengambil surat itu lalu membacanya. Kasih terkejut apabila membaca satu persatu ayat di surat itu. Kasih melepaskan surat itu lalu kertas itu terbang jatuh ke lantai. Membulat mata Puan Salmah melihat surat itu telah dibaca oleh Kasih. Dia terus mendekati Kasih.

“Yana , jangan salah faham”.

“Jangan salah faham apa ibu ? Ha ? Apa ? Ibu nak suruh Yana happy gembira bila baca surat ni ? Mula-mula , Ibu suruh Yana kahwin dengan Aiman , Yana setuju. Tapi isteri dengan anak dia datang. Ibu langsung tak bagitau Yana yang Aiman dah kahwin dan dah ada anak ! Lepastu ibu suruh Yana kahwin dengan Faris. Ok apa yang dia buat dekat Yana ? Dia hampir rogol Yana ibu ! Ni apa ibu ! Surat apa ni ! Ibu dengan Aiman dulu , pernah berjanji eh ? Berjanji apa ?! Kalau Aiman nak kahwin dengan Yana , ibu mintak dekat dia 10 ribu ? Apa ni ibu ?! Ibu ingat Yana ni barang mainan ke ?! Lepas Yana kahwin dengan Iz , malam tu ibu pengsan. Doktor kata ibu kene serangan jantung. Iz bayar bil hospital berpuluh-puluh ribu ! Tapi bila doktor tu sendiri mengaku yang dia berpakat dengan ibu untuk dapatkan duit. Allah... Yana tak percaya yang ibu tergamak buat Yana macamni. Ibu berpura-pura pengsan je masatu. Tsk...tsk..tsk”. Luah Kasih. Selama ni dia pendam seorang diri. Tergamak ibunya berbuat sedemikian padanya. Air mata Kasih mengalir deras ke pipi.

“ Sekarang ni puas la hati ibu ? Iz takkan datang kesini ambik Yana ! Dia dah pandang serong dekat Yana !”.
Puan Salmah hanya berdiam diri. Dia mengaku memang dia dah rancang semua ini untuk dapatkan duit.

Ade typo ? Ahh maleh le nak edit Hhahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience