KCK 10 - TAK KISAH

Romance Series 24009

Hud mengerutkan dahinya kerana berasa sakit pada bahagian kepalanya. Hud membuka mata perlahan-lahan melihat sekeliling. Dia tidak ingat apa yang berlaku. Seingat dia , dia bergaduh dengan Hisyam , lelaki misteri yang mahu membunuhnya atas kesilapan walidnya dahulu. Dia yang menjadi mangsa. Sekarang , bila lelaki itu tahu yang dia sudah berkahwin , Hisyam mahu membunuh Kasih. Sekali lagi Hud kerut dahinya apabila dia ternampak gelas kaca minumannya semalam.

“Pecah ? Kenapa gelas tu pecah ? Siapa yang buat ?”. Hud bertanya hairan melihat gelas itu pecah secara tiba-tiba. Takkan la jatuh , sebab dia letak atas almari kecil tepi katil tapi sekarang ni gelas tu berada di tepi tingkap. Yang membuatkan Hud terkejut , ada darah pada gelas tu.Malas hendak membuang masa , perlahan-lahan Hud bangkit menuju ke gelas tersebut. Hud mengutip satu persatu serpihan kaca tersebut. Takut ada yang memijaknya nanti.

Sampai ke serpihan kaca yang terakhir , Hud terus bangun hendak membuang serpihan- serpihan tersebut. Belum sempat dia hendak membuangnya, serpihan kaca tu terjatuh semula ke lantai. Hud tergamam melihat Kasih terbaring di tepi kolam dengan berlumuran darah. Mata Hud berkaca. Setitis demi setitis air mata Hud jatuh. Seolah-olah kecewa terhadap diri sendiri kerana menyakiti orang yang tidak bersalah. Dia tahu dia la punca Kasih cedera. Dia sudah ingat apa yang terjadi semalam. Kasih cuba untuk menolongnya tapi dia mencederakan Kasih.Hud mengangkat tubuh badan Kasih lalu meletakkan di atas katil. Tanpa membuang masa , Hud meluru turun ke bawah memanggil Datin Mariam.

“Nenda ! Nenda !”. Terjerit-jerit Hud memanggil Datin Mariam.

“Hud ! Hud dah ok ? Macam mana dengan Hisyam ?”. Tanya Datin Mariam yang risau dengan keadaan Hud.

“Semua tu tak penting Nenda. Yang lagi penting sekarang.. K..kasih”.

“Kenapa dengan Yana ?”.

“Jom Nenda ! “. Hud menarik tangan Datin Mariam menuju ke bilik Hud.

Datin Mariam terkejut melihat keadaan Kasih. Darah tak henti-henti mengalir dari atas kepala. Dahinya juga tercedera.

“Apa dah jadi ni Hud ?! Ya Allah !”. Datin Mariam jerit kecil bertanya pada Hud.

“Hud tak sengaja Nenda. Hud tak sedar apa yang Hud buat semalam”. Hud seperti tak tentu arah melihat keadaan Kasih. “Nenda , kita panggil doktor ?”.

“Jangan Hud. Tak boleh ! Kalau doktor tanya , kita nak jawab apa ?”. Datin Mariam tidak membenarkan Hud memanggil doktor kerana ini hal peribadi. “Kalau doktor buat laporan polis ?!”.

“Hud tak kisah Nenda ! Hud tak kisah. Asalkan Kasih selamat !”.

“Macamni. Kamu rawat Yana. Kamu letak ubat dekat bahagian yang tercedera”. Datin Mariam bercakap lembut pada Hud. Sekarang keadaan Hud seperti orang tidak waras. Dia harus bercakap lembut.

“Okk nenda”. Hud mendesah lega. Sekurang-kurangnya dia boleh rawat Kasih.

“Nenda keluar dulu”. Hud mengangguk kecil.

***********

Hud mengusap lembut kepala Kasih tanpa senyuman. Wajahnya sayu. Wajah Kasih yang pucat dipandang sayu oleh Hud. Hud perlahan-lahan mengambil ubat dan letak tuang sikit pada kapas. Kapas tersebut diletakkan di dahi Kasih.

“Argh”. Kasih seperti tersedar. Hud meneruskan kerjanya.

“Saya cuma nak tolong dia tapi dia tolak saya. Saya cuma tertanya-tanya , apa salah saya ? Saya takde buat apa-apa salah dengan dia
Saya..”. Kasih bercakap sambil menutup rapat matanya. Ada ke orang seperti dia ?

“Shh..”. Hud menyuruh Kasih untuk berhenti bercakap sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir. Kasih terus berhenti bercakap.

“Siap”. Hud meletak semua ubat-ubatan di dalam bekasnya semula. Hud membelai lembut rambut Kasih lalu tersenyum kecil.

“Semoga awak cepat sembuh”. Gumam Hud perlahan.

Pendek je chapter ni. Lily janji..pukul 4 lily terus sambung ok ?. Hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience