KCK 25 - RESTU

Romance Series 24009

Hud sedang duduk di atas kerusi. Tangannya ligat menyiapkan kerja. Sekarang dia berada di bilik bacaan. Tiba-tiba hatinya dipagut risau melihat wajah Kasih yang basah dengan air mata sebentar tadi. Ya dia silap. Silap kerana berkata begitu pada bonda. Tapi itu semua hanya untuk menyedapkan hati bondanya .

‘Tapi Kasih dengar ! Dia terlalu kecewa dengan kau’. Kata hati Hud.

“Tapi aku cuma nak sedapkan hati bonda. So bukan salah aku”. Selamba Hud berkata sambil menyilang kedua tangan di dada.

‘Ok cuba kau bayangkan kau berada di tempat dia ? Lepastu kau terdengar orang yang kau sayang cakap macamtu. Tak kirala nak sedapkan hati ke apa ke. Kau dah kecewakan dia !’

“Ish apa kau merepek ni ! Sayang ? Aku tak sayang dia !”. Hud menjulingkan matanya ke atas.

‘I didn’t say anything. Aku tak cakap pun kau sayangkan dia’.

“Argh !”. Jerit Hud. Penat dia berbalah dengan hatinya sendiri. Tak sehaluan pula tu.

Langkah Hud menuju ke biliknya. Dia mahu lihat keadaan Kasih.

“Kalau aku bercerai dengan Iz , rasanya dia nak ke ?”. Kasih bertanya pada dirinya. Dia terlalu cintakan Hud tapi dalam masa yang sama Puan Medina tidak suka akan dirinya.

Kasih masih berteluku dengan memaut kedua belah kakinya. Masih teresak-esak menangis.
Tiba-tiba pintu dibuka perlahan. Kasih tersentak. Dia mengangkat muka memandang wajah Hud yang sangat tampan berdiri di hadapannya. Perlahan-lahan Kasih bangun menghadap Hud yang sedang memeluk tubuh.

“Kasih , saya..”.

“Tak apa. Saya faham”. Kasih kelihatan tenang ketika berbicara. Hud melepaskan keluhan kecil. Kasih pandang ke arah lain. Tak mahu menatap mata comel itu.

Mata Kasih membulat apabila Hud secara tiba-tiba mencempung tubuhnya dan letak dengan berhati-hati di atas katil. Hud mengusap lembut kepala Kasih. Kasih akui , dia terbuai dengan sentuhan Hud.

“Awak tidurla. Esok kita bincang”. Tutur Hud dengan lembut. Kasih hanya melihat Hud berjalan ke arah sofa. Mereka terus pejamkan mata dan tidur.
. .
. “Hud kene ceraikan dia sekarang !”. Terkejut Hud apabila disergah secara tiba-tiba. Hud mengeluh perlahan. Haihh bonda...

“Apa yang bonda cakap ni ?!”. Hud sebenarnya malas mahu layan bondanya sekarang. Tak habis habis cakap pasal cerai.

“Divorce her !”.

“No , i won’t”. Tegas Hud berkata sambil kedua tangan disilangkan di dada. Dia sedar yang dia perlu bersikap tegas dengan bondanya sekarang.

“ Ok we’ll see”. Puan Medina menjeling Hud. Terus melangkah pergi dari situ ingin menuju ke dapur.

“Apa yang kamu bincang dengan Hud tadi ?”. Datin Mariam memulakan perbualan. Tangannya sedang memotong bawanh. Dikerling sekilas Adela , Angela dan Aqif yang sedang memasak. Mereka berada di belakang Puan Medina dan Datin Mariam.

“Nothing”. Puan Medina malas mahu bercakap sekarang. Panas hatinya sekarang ini. Makin lama Hud tak dengar cakap. Makin degil. Sejak perempuan tu hadir dalam hidup mereka.

“Kamu jangan nak tipu mak , Ina. Mak dah muak dengan perangai kamu yang tak berhati perut ni. Sudah sudah la tu bencikan Yana. Dia tu baik. Tak macam yang kamu fikirkan. Berubah la , nak. Mak faham kamu sedih dengan perangai Megat. Tapi kamu jangan lepaskan segala amarah kamu pada orang lain. Lupakan kisah lama. Buka buku baru. Insyaallah hidup kamu akan lebih tenang”.
Panjang lebar Datin Mariam nasihatkan Puan Medina. Puan Medina hanya diam. Malas mahu berbalah dengan mak mertuanya. Ada saja yang tak kena. Selalu sangat bela cucu menantu kesayangan tu.

“Selamat pagi ! “. Sapa Kasih lalu menghadiahkan senyuman manis.

“Good morning , Kak Yana !”. Adela menoleh sekilas ke arah Kasih.

Kasih menghampiri Puan Medina dan Datin Mariam. Sebaik sahaja , Kasih berada di hadapan Puan Medina , Puan Medina terus beredar dari situ. Semua yang berada di situ terkejut dengan pemergian Puan Medina secara tiba-tiba.

**********

“Bonda ! “. Kasih mengejar Puan Medina. Puan Medina berhenti. Dia berdiri menghadap Kasih.

“Apa kau nak ?”. Keras Puan Medina bertanya pada Kasih. Kasih menelan liur.

“Bonda...” Kasih memanggil Puan Medina dengan lembut.

“Jangan panggil aku dengan panggilan tu ! Hanya anak dengan menantu aku sahaja yang boleh panggil aku dengan panggilan tu”. Puan Medina memberi amaran keras. Kasih mengangguk kecil.

“Puan , saya nak minta maaf. Tapi saya minta sangat sangat..tolong terima saya sebagai menantu hanya sebulan”.

PANG !

Hud tergamam melihat Kasih ditampar oleh Puan Medina. Ya dia sudah lama berada di situ. Dia ingin mendengar perbualan mereka berdua.

“Berani kau minta aku terima kau sebagai menantu ! Hey kau dengar sini baik baik ! Kau tu tak layak jadi menantu aku ! Sedar sikit diri tu ! Kau tu menumpang je dekat rumah ni ! Kau tu sama je dengan mak kau ! Murah , mata duitan pula tu !”. Mengalir air mata Kasih mendengar hinaan tersebut. Dikaitkan sekali dengan ibunya.

“Puan , tolong. Saya akan tinggal di sini hanya sebulan.Saya sayangkan dia Puan. Tolong puan , tolong , tolong”. Rintih Kasih di hadapan Puan Medina. Dia ingin mencapai tangan Puan Medina tapi Puan Medina merentap kasar tangannya.

Puan Medina menghampiri Kasih.
“Kalau betul kau sayangkan dia , kau pergi dari sini”. Bisik Puan Medina di telinga Kasih.
Perlahan-lahan Puan Medina berundur.

“Mak dengan anak sama je !”. Itu kata-kata yang dilemparkan pada Kasih sebelum Puan Medina beredar dari situ.

Kasih menekup mulutnya agar suaranya tidak kedengaran. Dia ingin menangis tapi ditahan. Hanya air mata yang laju menuruni pipi.

“Awak betul betul baik atau hanya berlakon , Kasih Arryanna ?”. Gumam Hud perlahan.
. .
. “Bonda takkan pernah restu hubungan kamu dengan perempuan si*l tu ! “ Puan Medina berkata sambil jarinya menunjuk ke arah Kasih.

“Bonda !”. Jerkah Hud pada Puan Medina. Tahap kesabarannya sudah melebihi had. Bondanya memang melampau ! Dia mengerling sekilas Kasih yang sedang menangis dalam pelukan Datin Mariam.

“Sampai hati Hud tengking bonda hanya disebabkan perempuan tak guna tu !”. Wajah Puan Medina sudah basah lencun dengan air mata. Hati Hud dipagut rasa bersalah. Perlahan-lahan dia menghampiri Puan Medina dan menyentuh lembut bahunya.

“Im sorry”. Ucap Hud perlahan.
Puan Medina menepis perlahan tangan Hud.

“Sekarang Hud pilih ! Bonda atau perempuan tak guna tu ?!”.

“Bonda..” Hud mengeluh. Dia penat dengan semua ni.

“Iz ! Tak apa. Saya akan keluar dari rumah ni”. Kasih berkata perlahan. Dia menghampiri Hud.

“Kasih.. no”. Tegas Hud.

“Awak jangan pentingkan diri , Iz. Bonda lebih memerlukan awak daripada saya. Please”. Kasih cuba memujuk Hud. Hud diam. Lama kelamaan dia menggeleng.

“I will never divorce her. Full stop”. Hud berkata dengan tegas dan keras. Kali ini dia tak akan ikut lagi cakap bondanya. Dia menarik tangan Kasih untuk menuju ke bilik mereka. Kasih menyeka lembut air matanya. Dalam hatinya , dia gembira kerana Hud berkata begitu. Tapi dalam masa yang sama , dia kesian dengan Puan Medina. Ah Ya Allah ! Aku buntu !

Comment la hehe >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience