KCK 46 - ABANG IPAR

Romance Series 24009

KCK 46 - ABANG IPAR

"Eh ibu , ibu daripada mana ni ?” Kasih menegur Puan Salmah yang tiba-tiba muncul dengan wajah yang merah.

"Ibu nangis ? Cerita la pada Yana. Apa yang berlaku”. Kasih menarik dengan lembut lengan Puan Salmah lalu duduk di atas bangku depan rumah mereka.

Puan Salmah menarik nafas dalam-dalam. Kemudian , dia tersenyum nipis ke arah Kasih.

"Tak ada apa-apa sayang. Yana ibu ada benda nak bagitahu Yana”. Puan Salmah meraih kedua tangan Kasih.

Kasih jongket kening. "Apa dia ?”

"Ibu nak minta maaf pada Yana. Sebab selama ni ibu layan Yana dengan teruk. Ibu paksa Yana macam macam . Walaupun Yana taknak tapi ibu tetap paksa. Ibu minta maaf sangat”. Kasih tersenyum tipis. Dia menyeka lembut air mata ibunya .

"Tak apa la ibu. Semua tu dah berlalu. Yang lepas , biarkan. Yang penting kita kena teruskan hidup. Mulakan hidup baru”. Kata Kasih lembut.

Puan Salmah terus memeluk tubuh Kasih. Dia seharusnya bersyukur mempunyai anak seperti Kasih.

"Ibu , Yana nak keluar sekejap. Nak jumpa Bella. Dah lama tak jumpa dia. Meroyan pula dia nanti”. Kasih tertawa kecil.

Puan Salmah mengangguk. "Pergila. Tapi jangan balik lambat”.

Tanpa membalas kata-kata Puan Salmah , Kasih memeluk sekali lagi tubuh Puan Salmah. Erat sekali.

"Terima kasih ibu sebab sudi dan sanggup jaga Yana dari kecil sampai sekarang. Sampai mati pun Yana tak akan lupa jasa ibu”. Kata Kasih dengan mata yang terpejam. Rasa sebak mula bertandang di hati.

Lama Kasih memeluk Puan Salmah akhirnya dia melepaskan.

"Ibu jaga diri. Jaga makan. Jaga kesihatan. Jangan buat kerja berat-berat. Ibu tu bukannya sihat sangat”. Pesan Kasih. Dia mencapai tangan kanan Puan Salmah lalu mencium.

"Kenapa Yana pesan macamtu ?”

"Saja”. Kasih tersenyum manis.

"Bye . Assalammualaikum ibu”.

"Waalaikumussalam “.
. .
. .
KASIH berjalan dengan langkah yang perlahan. Dia sibuk memikirkan seseorang tanpa dia sedar seseorang menekup mulutnya dari belakang. Kasih meronta minta dilepaskan. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam kereta mewah tersebut.

"Kalau kau taknak mata kau rosak , baik kau diam !” Ugut lelaki itu dengan keras.

Mendengar ugutan yang menakutkan itu , Kasih terdiam .

"Boss aku nak jumpa kau. Mungkin kau kenal dia. Mungkin tak juga. Tapi lelaki ni kenal sangat dengan suami kau”. Lelaki itu mengukir senyum sinis.

Mata Kasih mula layu. Dia tidak tahu kenapa. Akhirnya dia mula rebah di sisi lelaki itu.

•••
Perlahan-lahan mata Kasih terbuka. Kepalanya terasa sakit seperti dihentak. Tangannya diikat di belakang. Dia cuba untuk membuka ikatan tangannya namun gagal.

Bunyi detapan kasut makin menghampiri Kasih. Muka Kasih berubah takut. Lelaki itu bercangkung di hadapannya. Wajah ini ? Kenapa wajah ini hampir sama dengan wajah suaminya ?

"Kau tak kenal aku ?”

Kasih menggeleng laju. "Saya tak kenal awak dan langsung tak berminat nak kenal awak ! Apa awak cuba buat ni ?! Lepaskan saya sekarang !” Jerit Kasih di hadapan muka lelaki tersebut.

Lelaki itu mencengkam kedua belah pipi Kasih.

"Aku abang ipar kau ! Hud Izman !”

Kasih terkedu.

"Jadi sebelum aku cium kau dekat sini , baik kau senyap !”

Izman melepaskan cengkamannya dengan kasar. Kasih yang masih terkejut hanya diam.

"Sebab dia , aku kehilangan segala-galanya. Walid kami selalu manjakan Hud berbanding aku. Begitu juga dengan bonda. Apa yang Hud nak , dia dapat. Tapi bila sampai ke apa yang aku nak , mereka abaikan. Lama kelamaan , aku menyimpan dendam terhadap adik aku sendiri”. Tubir mata Izman terasa panas. Dia mahu menangis tapi ditahan.

"And now , aku nak balas dendam dengan cara...”

"Aku akan bunuh dia”.

Kasih tergamam. Tak tak !

"Tak ! Awak tak boleh bunuh dia ! Tolong jangan bunuh dia !”

Izman mula berdiri. "Suka hati aku la. Dia adik aku so aku boleh buat apa je”.

"Tak tak ! Tolong la Izman , jangan bunuh Iz. Saya merayu sangat-sangat tolong”. Kasih terus dan terus merayu.

Rayuan Kasih di abaikan. Apa dia kisah ?
Dia merenung Kasih dengan tatapan tajam.

"Kau merayu la air mata darah sekalipun , aku dah nekad. Yang aku akan bunuh darah daging aku sendiri”. Izman ketawa besar.

Sah ! Lelaki ini sudah gila !

Kasih berusaha untuk lepaskan diri. Izman melangkah keluar meninggalkan Kasih yang masih berusaha.

"Kau dah call dia ?” Tanya Izman dingin.

"Dah boss”. Jawab pembantunya.

"Bagus. Kita tunggu dia datang dan kita tengok sama ada dia akan selamatkan isteri dia atau tidak. Kita tunggu mereka berjumpa sekejap , kemudian baru aku akan selesaikan dendam aku”.

Pendek ke chapter kalini. Sorry kalau pendek. Akan disambung pada hari esok ! Thank you ! >_< Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience