KCK 3 - PUKUL

Romance Series 24009

Telefon yang berdering dipandang sepi. Kasih termenung , wajahnya hanya menekur lantai. Setitis demi setitis air matanya jatuh dibiarkan sahaja. Air matanya yang mula mengalir deras ke pipi diseka lembut.

Telefon Kasih berdering sekali lagi. Kali ini , Kasih melihat nama pemanggil lalu terus menjawab.

“Hello Assalammualaikum. Kenapa Bella ?”.
Mendengar esakan kuat dari Bella , sahabat baiknya , Kasih menyeka air matanya dengan kasar.

“Beb kau kenapa ni ? Tell me !”.

“Isabella ! “. Kasih mula menjerit apabila soalannya tidak dijawab oleh Bella.

“Aku nak jumpa kau ? B..boleh ?”. Bella mula bersuara. Suaranya bergetar. Bella terus menamatkan panggilan.

“Hello ? Hello ? Bella ?! Bella ?!”. Tanpa fikir banyak , Kasih terus keluar dari rumah dan menuju ke destinasi yang ditetapkan oleh Bella.

[Restoran Nasi Ayam]

“Ha ? Ini tempatnya ? Hrm Bella Bella. Sedih2 kau , tempat ni jgk kau pilih. Apo ?”.

Kasih terus meluru masuk. Kasih ternampak Bella di hujung sudut restoran. Agak jauh. Confirm orang tak nampak. Tanpa bercakap banyak , Kasih terus duduk di hadapan Bella.

“Bella , kau kenapa ni ? Kenapa kau call aku minta datang ke sini. Ha ni lagi satu , nasi ayam dengan milo ais aku dah order ke belum ?”.

Bella tertawa kecil sambil menyeka air matanya. Kasih Kasih..

“Ha kan elok tu kau senyum gelak. Ni tak muka tu tak habis habis nak menangis. Ingat cantik ? Muka macam longkang adalah”. Kata Kasih dengan mimik muka menyampah.

“ Amboi kau ! Kau pon sama ! Muka cam longkang ! “. Bella mula ketawa.

“Bella , please kau jangan bagi aku gelak. Kang aku gelak semua orang pandang kita”.

Tengku Isabella Qairina.Sahabatnya dari kecil. Mereka kenal daripada zaman menengah , tingkatan 1. Sejak mereka rapat , pelbagai cacian dihambur sesama mereka. Walaupun Isabella dibesarkan dalam kalangan orang berada , namun sekali pun dia tak sombong seperti orang kaya yang lain. Sama juga seperti keluarga Bella.

“Sebenarnya , aku..aku..ak..”.

“Aku apa ?!”.

“Aku kena pukul dengan boyfriend aku”. Akhirnya Bella luahkan juga. Bella menceritakan satu demi satu perangai syaitan teman lelakinya. Kasih mengepal tangannya dan menunjuk penumbuknya itu di hadapan Bella.

“Kau bawa aku jumpa dia ! Biar aku ajar mamat tak guna tu !”. Wajah kasih sudah bertukar merah. Menahan geram dan amarah.

“Rileks Kasih. Aku ok”. Bella cuba memujuk Kasih.

“Rileks kau kata ? Kalau kau sayang aku , jom kita jumpa dia dan aku nak kau minta putus dengan dia !”.

“Kasih..tapi aku cintakan dia. I love him so much”.

“Love is blind , Tengku Bella Qairina ! Cinta tu buta. Tapi jangan sampai kau yang butakan mata kau untuk menilai yang mana buruk yang mana baik ! Kau dah bercinta dengan dia dekat dua tahun and dia start pukul kau 3 bulan selepas korang bercinta , bella ? Kau gila ? Kau still boleh bertahan ? Sebab apa dia pukul kau ? Sebab dia nampak kau dengan lelaki lain kan ? Tapi “lelaki lain” tu abang kau sendiri ! Tak namanya cemburu buta ? And panas baran ?! “. Panjang lebar Kasih berbicara.

“Tsk...tsk..tskk..aku tak tahu. Aku takut kalau aku minta putus lepastu dia cari aku balik. Macamne ?”.

“Kau jangan risau. Aku tahu nak buat macam mana. Just wait and see”.

*********

“Hud , awak teman saya masuk ke dalam boleh ? Saya nak beli handbag tu. Cantik kan ?”. Ujar Nurul sambil menyilang tangannya dengan tangan Hud. Hud menepis perlahan.

“Kita belum berkahwin”.

“Sorry”. Nurul menahan malu.

“Awak nak masuk , awak pergila. Saya tunggu di luar”. Hud bercakap tanpa memandang Nurul.

“Hrm ok”. Nurul terus masuk ke dalam kedai itu. Dia mendengus kasar. Kau nak main-main dengan aku ya , Hud Izham ? Kau tunggu.

Hud hanya bermain dengan telefon pintarnya. Sesaat kemudian , Hud terdengar suara orang bergaduh. Hud terus berpaling ke arah suara tersebut. Alangkah terkejutnya , dia ternampak seorang gadis sedang bergaduh dengan seorang lelaki. Seperti pasangan kekasih.

“Eh apa ni ?! Lepas lah !!”. Bella menarik sema tangannya dengan kasar.

“You dah janji nak setia dengan i sampai mati
Tapi apa sekarang ni ? You minta putus ? Hell no ! “. Ridzuan menengking Bella di hadapan orang ramai. Kolam mata Bella terasa panas. Ya dia mahu menangis.

“I dah tak tahan dengan perangai panas baran and cemburu buta you ! Aku dah tak tahan !! “. Bella menengking Ridzuan semula.

“Kau ni perempuan memang cari pasal dengan aku. Kau memang nak mampus kan ?! Kau mari sini ! “. Ridzuan menarik rambut Bella dengan kasar lalu menghantukkan kepala Bella ke dinding. Orang yang berada di sekeliling dihiraukan. Mereka sangat terkejut. Sesetengah daripada mereka lari dari situ. Takut dengan tindakan Ridzuan. Bella sudah menangis teresak-esak di situ. Hud yang berada agak dekat dengan mereka ingin menyelamatkan Bella tetapi langkah dia terhenti saat seorang gadis datang lalu menghadiahkan penampar di pipi Ridzuan. Wah sungguh berani gadis itu.

PANG !

Ingin menampar Bella tapi dia yang mendapat penampar daripada Kasih Arryanna. Siapa tidak kenal gadis ini ? Gadis ini pernah teranjang dia dahulu hanya kerana dia berkata Bella buruk apabila menangis. Jangan main-main dengan dia !

“Berani kau pukul kawan aku ?! Hey jantan tak guna ! Kau apahal ha ?! Kenapa kau pukul Bella ?! “. Lantang Kasih bersuara.

“Suka hati aku la ! Dia girlfriend aku ! . Kau tak ada hak !”.

“Eh gila ! Siapa kata aku tak ada hak ? Mak bapak dia amanahkan aku untuk jaga dia ! And aku lupa mak bapak dia pon amanahkan kau untuk jaga dia jugak kan ? Tapi kau buat apa ? Kau pecah amanah la Ridzuan Haqeem !

“Cis ! Baik kau diam sebelum...”.

“Sebelum apa ? Nak tampar aku ? Sepak aku ? Mehla ! Ingat aku takut dengan kau ?! Never !”. Senyuman sinis terukir di bibir mungil Kasih.

Diam sesaat.

“Hrm Wan..berubah la. Berubah menjadi lebih baik. Insyaallah kau akan tenang. Kalau kau nak tenang , dekatkan diri dengan Allah , bukan dengan cara macamni”.

“Kau buat la apa pon , aku takkan maafkan kau !”.

Ridzuan terkejut dengan kata kata Bella.

“You , i minta maaf. I janji i takkan pukul you lagi. Im really sory”.

“Never , Ridzuan Haqeem. Never”.
Datar dan dingin saja suara Bella. Ridzuan menoleh ke arah Kasih meminta simpati , meminta tolong darinya supaya pujuk Bella. Kasih menggeleng.

“Buktikan yang kau sudah berubah. Tapi dengan ikhals ! Niat kerana Allah SWT. Bukan kerana Bella”.

Kasih dan Bella berlalu pergi meninggalkan Ridzuan yang masih terduduk di situ.
Hud masih kekal berdiri di situ. Dia kagum dengan gadis itu. Mempertahankan dan melindungi kawannya.

“Kasih Arryanna... “. Gumam Hud perlahan.

Thanks kepada yang baca dan support saya ! Jangan lupa follow saya okay ? Komenla juga

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience