KCK 24 - TUNANG ?

Romance Series 24009

Sepanjang majlis berlangsung , Kasih hanya berdiam diri. Jika ada yang menyapanya , dia hanya akan tersenyum nipis.

“Ok attention ! Saya Angela nak beritahu sesuatu pada tetamu yang hadir pada hari ini”. Semua tetamu seperti tertanya-tanya apa yang Angela akan umumkan. Kasih hanya termenung. Langsung tidak berminat hendak ambil tahu.

“Memandangkan abang kesayangan saya ni , Hud Izham dah berkahwin tapi hanya buat dengan keluarga je , harini mereka akan bertunang semula”. Ujar Angela dengan semangat. Kasih dan Hud berpandangan serentak.

“Come here”. Angela menarik tangan Hud manakala Adela menarik tangan Kasih untuk naik ke atas pelamin. Mereka terus duduk.

“Nah kak yana”. Angela menghulur sekotak cincin kepada Kasih . Terdapat dua bentuk cincin di dalam kotak tersebut. Seketika Kasih terpegun dengan cincin tersebut. Nampak mahal. Dia jadi segan hendak memakainya.

“Akak sarung dekat jari abang and abang sarung dekat jari kak Yana”.

“Ha ?”. Kasih terkejut. Bertunang ? Apa semua ni ? Kenapa Iz macam tak kisah ? Kenapa tak bantah ? Bukan dia tak suka aku ke ? Bisik hati Kasih. Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Kasih.

“Kak..abang dah hulur tangan tu. Akak sarung cincin cepat”. Adela memberitahu perlahan.

Kasih seperti ragu-ragu. Dia memandang sekilas pada Puan Medina yang berdiri tidak jauh dari situ. Dia memandang semula cincin yang dia pegang. Kasih terus menyarung cincin tersebut di jari Hud. Hud berasa pelik dengan perangai Kasih.

“Ok abang.. its your turn”. Hud hanya mengangguk. Dia menghulur tangannya dan meminta tangan Kasih untuk letak di atas tangannya. Sekali lagi , Kasih ragu-ragu. Hatinya sedang gundah gulana. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Hud pagi tadi.

‘Kasih Arryanna langsung tak layak jadi isteri Hud. Hud tak pernah anggap dia sebagai seorang isteri , dan tak akan pernah’.

Kasih memejamkan matanya sebentar. Dia meletakkan tangannya di atas telapak tangan Hud. Hud terus menyarung cincin tersebut di jari manis Kasih. Puan Medina yang menyaksikan ‘drama’ itu terus melangkah pergi dari situ.

Semua yang berada di situ menepuk tangan. Hud hanya tersenyum nipis. Selepas itu , dia memandang Kasih. Dia memegang erat tangan Kasih. Tapi pandangannya beralih pada tangan mereka. Kasih menarik semula tangannya . Hud memandang Kasih dengan pelik bin hairan. Kenapa mata gadis itu berkaca ?

“Pakcik ! Jom ambil gambar”. Aqif berlari ke arah Hud. Hud dan Kasih mula berdiri. Semua ahli keluarga menghampiri mereka untuk mengambil gambar bersama. Hud hanya memandang Kasih yang semakin lama makin menjauhkan diri. Kini , Kasih berada di belakang sekali. Kasih terus angkat kaki beredar dari situ. Hud terkejut. Kenapa dengan dia ?
. .
. Kasih yang berada di dapur sedang mengacau air milo di dalam gelas. Tangannya sedang mengacau , tapi pandangannya ? Termenung memandang depan.Hud perlahan - lahan menghampiri Kasih.

“Kasih”. Panggil Hud lembut. Kasih yang sedikit tersentak membetulkan kedudukannya.

“Kasih”. Panggil Hud sekali lagi.

Diam.

“Kasih ?”. Kasih hanya abaikan panggilan tersebut. Rasa sakit hatinya lebih penting.

“KASIH ARRYANNA ! “. Jerkah Hud pada Kasih. Terhenjut bahu Kasih. Kasih menjulingkan matanya ke atas. Dia hendak melangkah keluar dari situ tapi belum sempat dia hendak keluar , Hud menarik lengannya. Kini kedudukan mereka sangat dekat. Satu inci lagi , bibir mereka akan bercantum. Entah mengapa Hud rasa hendak menjamah bibir merah bak delima itu. Mata mereka bertentangan seketika.

“Lepaslah !”. Kasih berundur ke belakang. Mata dia berkaca. Hud terkedu. Dia ada buat salah ?

“Awak okay ?”.

“Ok”.

“Tipu ! Awak tak ok”.

“Saya ok dan selama lamanya saya ok”. Jawab Kasih. Dia pandang ke arah lain.

“Saya ada buat salah ? Tell me !”.

“kenapa awak buat saya macamni ? Betul ke saya akan tinggal di sini hanya sebulan ?”. Berkaca mata Kasih bertanya pada Hud. Halkum Hud bergerak-gerak. Mulutnya bagai digam. Suaranya tersekat di kerongkong apabila hendak menjawab soalan yang diaju oleh Kasih.

“Kenapa saya perlu duduk di sini hanya sebulan ? Kenapa bukan dua bulan ? Kenapa bukan tiga bulan ? Kenapa bukan selama-lamanya ?!”.

Hud memandang Kasih dengan rasa bersalah. Rupa-rupanya Kasih terdengar apa yang dia cakap pada bonda tadi. Kasih bagai tersedar dengan apa yang dia cakap sebentar tadi. Dia tidak sepatutnya menyoal kenapa dia perlu tinggal di sini hanya sebulan. Dia memaki dirinya sendiri di dalam hati.

“Erk saya minta maaf. Tak sepatutnya saya cakap macamtu. Saya faham. Saya akan tinggal di sini hanya sebulan”. Kasih menyeka kasar air matanya yang laju menuruni pipi.

Laju Kasih berlari meninggalkan Hud sendirian. Dia tidak sanggup hendak berhadapan dengan Hud sekarang. Dia terlalu sakit hati. Hud meraup kasar wajahnya. Sekali lagi dia sakitkan hati Kasih.

Panjang tak kalini ? Ke still same ? Komen la best ke idok hahah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience