KCK 37 - CEMBURU

Romance Series 24009

KCK 37 - CEMBURU

MEREKA sudahpun pulang daripada percutian mereka. Kasih sedang mengemas baju-baju dia dan juga Hud untuk diletakkan di dalam almari. Tangannya terhenti apabila telefonnya berdering.
Terpapar nama 'BELLA’ di skrin. Kasih mengeluh perlahan.

"Kau nak apa ?” Tanya Kasih dingin.

"Erk , Yana , aku sorry la”.

"Ulang balik...”.

"Aku minta maaf la !” Ulang Bella.

"Ok aku maafkan. Kau nak apa ni ? Aku penat la... aku baru balik ni “.

"Yana , Abang Firash”. Kata Bella perlahan.

Kasih terdiam. Dia bukan taknak berjumpa dengan Firash. Cuma dia masih ada suami. Dan dia harus menghormati suaminya.

"Abang kata dia ada pergi rumah kau semalam. Tapi -...”.

"Ye nenda !”. Kasih menjauhkan sedikit telefon dari telinganya.

"Tolong nenda masak jom. Lepasni nak makan !”

"Ha ok nenda ! Sekejap !” Sahut Kasih daripada jauh.

"Bella , nanti la borak lagi. Nenda minta tolong aku masak. Ok ok bye !”

Talian dimatikan. Bella terdiam di tempatnya. Apa yang harus dia jawab dengan Yana nanti ?
. .
. .
SELESAI memasak...

"Adela , Angela and Aqif ! Dah basuh tangan ke belum ?” Tanya Kasih sambil mencekak pinggang.

Ketiga-tiga menggeleng . Ini telah mengundang kemarahan Kasih Arryanna !

”Kenapa belum basuh ? Kita baru balik dan sekarang nak makan ni ! Habistu masa balik tadi , tak basuh tangan ke ?!” Kasih berpura-pura marah.

"Yela kakak Yana yang tak cantik !” Balas Adela dan Angela sambil menjelir lidah pada Kasih.

"Hey !” Terkekeh-kekeh mereka bertiga ketawa.

Datin Mariam di sebelah Kasih hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.

"Ni nenda pun nak basuh tangan hehe”.

Kasih ketawa kecil sambil mengangguk.

Hilang sahaja kelibat Datin Mariam dari pandangan Kasih , Hud terus menghampiri Kasih.

"Tak perlu nak marah adik-adik saya macamtu. Mereka tahu bila nak basuh tangan dan sebagainya”. Tegur Hud dengan nada dingin.

Kasih terkedu.

"Faham ?”

"F...fa...faham”. Kasih mengangguk akur.

"Ha Hud , turun pun. Mari makan. Bonda mana ?”

"Ada ni mak”.

"Ha datang pun. Mari makan”.

"Assalammualaikum !”

"Siapa tu ?”

"Tak apa , biar Yana buka kan pintu”.

"Nenda ikut”.

"Waalaikumussalam !” Jawab Kasih.

Kasih membuka pintu tersebut dan mengangkat wajahnya memandang wajah siapa yang datang.

Kasih tergamam.

"Kamu siapa ?”

"Abang Firash”. Kasih yang menjawab soalan Datin Mariam. Firash yang berada di hadapan mereka hanya tersenyum.

"Saya Firash ...”

"Panggil nenda je”. Datin Mariam tersenyum ramah.

"Oh , saya Firash , nenda. Kawan Kasih”.

Datin Mariam membentuk O di bibirnya.

"Ha marila masuk. Kami baru nak makan. Mari la makan sekali”.

Kasih yang masih terkejut dengan kehadiran Firash hanya mendiamkan diri.

"Jom”. Ajak Firash. Dia memegang tangan Kasih dengan tiba-tiba.

"Saya dah kahwin”. Kasih berasa tidak selesa lalu terus menarik semula tangannya.

Firash tersenyum kecewa.

"Marila masuk. Mereka semua sedang tunggu”. Suara Kasih mendatar dan dingin. Entah kenapa dia tidak suka dengan kehadiran Firash secara tiba-tiba ini.

Firash hanya mengikut langkah Kasih dari belakang.

Sampai sahaja di meja makan , mereka semua yang berada di situ terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak dikenali.

"Ha , ni Firash . Kawan Yana”. Kata Datin Mariam.

Firash mengambil tempat di hadapan Kasih.
Hud hanya menjeling tajam ke arah Firash yang asyik memandang Kasih.

Dia berdehem kuat.

"Jadi , kau ni siapa ?” Hud memulakan perbualan.

"Saya kawan Kasih dari kecil”. Jawab Firash bersama senyuman lebar.

Argh ! Dia panggil Kasih , dengan panggilan Kasih juga ?!

"Aku -...”

"Suami Kasih Arryanna “. Kata Firash memotong kata-kata Hud.

Mereka semua yang berada di situ hanya diam mendengar perbualan Hud dan Firash. Kasih hanya menguis nasinya. Tak ada selera nak makan.

Hanya satu persoalannya sekarang. Bagaimana Firash tahu yang dia tinggal di sini ?

"Yana , kenapa tak makan ?” Tegur Datin Mariam.

"Ha ? Yana tak ada selera”. Balas Yana perlahan lalu tersenyum.

"Tak ada selera atau kau saja nak cari perhatian daripada lelaki buaya ni ?” Bisik Hud di telinga Kasih. Dia duduk di sebelah Kasih.

Kasih terkelu.

Kasih terus bangun dari tempatnya. "Nenda , Yana tak ada selera la. Yana naik sekejap”. Berkaca mata Kasih sambil meminta diri.

Kasih menyeka kasar air matanya. Dia sudah penat menangis hanya disebabkan Hud Izham !
. .
. .
"Kau datang sini sebab nak mengorat isteri aku ke ?”

Perkataan 'isteri’ akhirnya keluar daripada mulut Hud.

Firash menyembunyikan tangannya ke dalam poket. Manakala , Hud menyilang tangan di dada.

"Apa maksud kau ? Isteri ?”

"Pernah ke kau mengaku Kasih tu sebagai isteri kau ?”. Sinis Firash bertanya membuatkan Hud terdiam.

"Aku tak akan rampas hak orang”.

"Kecuali kau yang lepaskan dia dan aku akan jadikan dia milik aku”. Tambah Firash.

Hud ketawa sinis. "Kalau aku lepaskan dia sekalipun , entah dia nak ke tak dengan kau”.

"Kau cemburu ke , Hud ?” Pertanyaan itu membuatkan Hud terdiam. Tiba-tiba dia ketawa kecil.

"Cemburu ? Langsung tak ! Buat apa aku nak cemburu , aku tak cintakan dia pun !”

"Ok kalau kau cakap macamtu . Tapi jangan kau menyesal di kemudian hari”. Firash menepuk bahu Hud sebelum berlalu dari situ.

"Firash dah nak balik ?” Tanya Datin Mariam.

"Haah nenda. Lama pula duduk sini. Mummy Firash dah tanya bila nak balik. Biasala mummy tu , tak boleh jauh sikit”. Datin Mariam ketawa kecil.

"Nenda”. Tiba-tiba Kasih muncul.

"Ha Yana. Firash dah nak balik”.

"Oh yeke” Balas Kasih pendek.

"Kasih , boleh tak kalau abang nak bercakap dengan Kasih ? Sekejap je”. Kasih melihat wajah Firash yang seperti berharap. Akhirnya Kasih mengangguk setuju.

Datin Mariam meminta diri.

"Kasih apa khabar ?” Firash memulakan perbualan.

"Sihat”. Firash terdiam melihat Kasih seperti tidak berminat mahu berbual bersamanya.

"Abang sihat ?”. Firash terus memandang Kasih dengan riak tak percaya.

"Sihat”.

"Abang cuma tak percaya yang Kasih dah kahwin. Bukan Kasih dah janji nak tunggu abang ?” Bergetar suara Firash.

"Abang , masa tu kita masih muda. Tak matang lagi”. Jawab Kasih perlahan. Dia turut sebak.

"Abang rindukan Kasih”. Air mata jantan Firash mula mengalir.

Kasih tergamam melihat air mata Firash mengalir.

"Kasih pun rindukan abang. Tapi Kasih dah kahwin bang”.

Hud yang berada di atas hanya memerhati mereka berdua. Dia mengenggam tangannya . Hud mengetap giginya.
Entah kenapa dia berasa cemburu melihat Firash dan Kasih. Lagi-lagi mereka mengucapkan kata rindu.

'Tak guna kau , Firash !’

Hud cemburu ke guys ? HAHA korang komen la hehe >_< Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience