KCK 2 - KAHWIN

Romance Series 24009

“Erk ni kereta awak ?”. Kasih memecahkan suasana sepi itu. Kasih cuba berlagak tenang seolah olah dia tidak bersalah.

“Ye”. Sepatah dijawab oleh Hud.

“Awak ni tak malu ke ? Dah buat kereta saya rosak boleh pulak awak buat tak tahu ? Dengar ni ! Kenapa awak letak kereta awak dekat sini ?”.

Hud menoleh saat Kasih masih lagi bercakap.
Comel. Ya itu yang terlintas di fikiran Hud.

“Hello sedara ! Awak dengar tak ni ? Awak ingat saya bercakap dengan kereta awak ni ? Saya sedang bercakap dengan awak !”.

Wajah Hud berubah apabila Kasih tidak berhenti bercakap dari tadi. Hud tidak suka perempuan banyak cakap.

“Dengar”.

“Amboi..Itu je awak jawab ? Ok dengar sini. Awak kena bagi saya bercakap dulu , baru awak bercakap ok ? Sebab saya dah lama tak bercakap. Selama ni saya cakap sikit je. Maklumla silent girl”.

Aik ? Siapa yang banyak cakap sekarang ni ? Dia atau aku ?.

“Ok let’s settle this matter. Kejap ye”.

Kasih menuju ke keretanya lalu mengeluarkan lima kotak kek batiknya dan diletakkan satu-satu di atas tangan Hud.

“Satu , dua , tiga , empat dan lima ! Cukup !”.

“Apa ni ?”. Akhirnya Hud bersuara.

“Aik ? Awak kerja sini kan ? Berpelajaran tinggi kan ? Takkan la ini pun tak tau ? Ini kotak !!. Kasih tinggikan suara.

“Ye saya tahu ini kotak. Tapi apa isinya ? And untuk ape bagi saya ?”.

“Erm sebenarnya..ni kek batik. Staff company awak buat tempahan dengan saya , tapi saya bagi awak sebagai ganti rugi. Saya minta maaf. Saya tak mampu nak bayar ganti rugi dengan wang ringgit. Ini je saya mampu”. Kata Kasih perlahan sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kotak itu.

Hud terkedu apabila wajah Kasih berona merah seperti menahan tangisan.Sedar akan kejadian itu , Kasih mengangkat wajahnya.

“Erk sorry. Saya pergi dulu. Assalammualaikum”.

Kasih berjalan laju masuk ke dalam kereta lalu beredar dari situ meninggalkan Hud yang masih terkebil-kebil. Sementara Kasih di dalam kereta menyeka lembut air matanya yang hampir jatuh. Kau kena kuat Kasih !

Hud masih termenung. Tanpa sesiapa sedar , Hud mengukirkan sebuah senyuman kecil.

***********

“Assalammualaikum”.

“Waalaikumussalam!”. Adela menyahut salam dari orang yang tidak dikenali itu.

“Hai ! Saya Nurul Kamila ! Bonda ada ?”.

“Bonda ? Puan Medina ? “. Adela hairan. Haihh perempuan ni. Itu bonda aku. Sesuka hati kau je nak panggil bonda aku mcm bonda kau !

“Haah ye. Ada ?”.

“Ada. Masukla”.

“Terima Kasih”.

Nurul meluru masuk ke dalam rumah dan teru menyalam tangan Puan Medina dan Datin Mariam. Dengan selambanya juga dia duduk di sebelah Puan Medina. TANPA IZIN !

“Eh kurang ajar nya perempuan nii !”. Angela berbisik di telinga Adela.

“Itu la tu. Dari pintu tadi aku perasan muka gedik dia tu. Konon pakai tudung labuh ! Puih ! “.

“Tah2 dia manusia bertopengkan syaitan !”.
Adela menekup mulut Angela yang selamba berbicara seperti itu.

“Kau ni selow la sikit kalau nak cakap macamtu. Buatnya nenda , bonda ,perempuan tu dengar ? Lagi2 Abang ?”.

“Dengar apa ?”.

“Weh Mak nenek kau terbang !”. Serentak Adela dan Angela melatah. Lantas mereka terus menekup mulut masing-masing. Abang ?!

“Erk takde apa apa. Kitaorang nak dengar lagu tadi. Kitaorang plan nak suruh abang dengar sekali. Mana tahu best kan ?”.

“Iyelatu”. Hud menaikkan sikit bibirnya ke atas.

“Hud ? Sihat ?”. Nurul mula bertanya khabar Hud.

“Sihat”.

“Erk”.

“Hud..”. Puan Medina memandang muka Hud lalu memberi isyarat supaya bersikap mesra dengan Nurul.

“Erm takpa bonda. By the way , macam mana dengan wedding kami ? Is it okay ? Semuanya akan berjalan dengan lancar bukan ?”.

“Ya nurul sayang. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Korang akan berkahwin pada minggu hadapan”.

“Wait , next week ?”. Hud cuba berlagak tenang walau dalam hatinya sudah gelisah.
Mana tidaknya , langsung tiada sekelumit rasa cinta atau sayang terhadap wanita ini. Perkahwinan ini atas dasar bondanya. Dia tidak mahu mengecewakan bondanya.

“Iye hud. Terima aja ok ?”. Puan Medina cuba memujuk Hud supaya terima semua ini.

“Baik bonda”.

Nurul sudah tersenyum manis. Padahal dalam hatinya sudah tidak sabar mahu memiliki Hud. Lelaki yang dia cintai separuh mati. Akhirnya ! Dia bakal memiliki lelaki ini. You’ll be mine and forever mine , Hud Izham !

Macam mane ? Best x ? Keep support me guys ! Lots of love ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience