KCK 41 - JANGAN PERNAH KEMBALI !

Romance Series 24009

"SAYA akan halau Kasih Arryanna dari rumah ni sekarang juga”.

Kasih mengangkat wajahnya memandang Hud. Hud hanya termenung menatap wajah Kasih.

"Tindakan yang bijak , Hud Izham”. Gumam Faris perlahan. Tangannya disembunyikan di dalam poket.

"Hud dah fikir masak-masak ?” Tanya Datin Mariam dengan wajahnya yang datar.

"Memang dari dulu Hud tak suka dengan dia ni , nenda. Jadi tak perlu fikir masak-masak. Dia tak layak untuk Hud. Dia hanya layak untuk lelaki - lelaki di kelab malam tu”. Hud berkata dengan selamba. Dia tetap memandang Kasih semasa bercakap.

Kasih hanya diam. Tak ada guna kalau dia lawan ataupun menidakkan kata-kata Hud. Biarlah Hud nak cakap apa pun. Janji dia puas. Kasih tersenyum nipis. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia pergi. Tak ada guna juga kalau dia terus berada di sini kalau Hud selalu bersangka buruk dan menghinanya.

Hud mengetap bibir. Dia benci melihat wajah Kasih yang selalu tenang dan langsung tidak melawan kata-katanya. Dia terus menarik lengan Kasih dengan kasar lalu terus berjalan ke pintu .

"Dela....”. Tersedu-sedan Angela menangis. Kasih toleh ke belakang perlahan-lahan . Dia memandang Angela.

"Jangan , kak”. Kata Angela perlahan namun Kasih masih boleh memahaminya. Kasih menggeleng sambil tersenyum nipis.

Angela memejamkan matanya . Teresak-esak dia menangis dalam pelukan Adela. Adela cuba menenangkan Angela.

Kasih memandang wajah Hud dari tepi. Tidakkah Hud sedih apabila dia pergi ? Atau kecewa ?

Hud melepaskan lengan Kasih dengan kasar menyebabkan Kasih terdorong ke hadapan.
Nasib tak menyebelahi dia , Kasih terjatuh ke tanah .

Dia meringis sakit. Dia tergamam melihat darah yang mengalir di telapak tangannya.
Namun dia cuba untuk bertahan. Cuba untuk kuatkan diri. Kasih bangun perlahan-lahan.

"Kenapa Iz ? Kenapa ?”

"Bukan ini yang awak nak ?” Pertanyaan Hud membuatkan Kasih terdiam.

"Awak yang nak keluar daripada rumah ni. Jadi saya turutkan apa yang awak nak. Masih jahat ke saya ?” Hud mengecilkan matanya memandang Kasih.

"Awak nak tahu tak Kasih ?” Hud berdiri tegak di hadapan Kasih.

"Saya pernah rasa kehilangan tau. Kehilangan seorang bapa. Dia pergi tinggalkan kami semua sebab isteri kedua dia bunuh walid saya !” Kasih terkedu.

"Masa tu , saya baru berumur 6 tahun. 6 tahun , Kasih. Adik-adik saya dan saya tak dapat nak rasa kasih sayang seorang bapa”.

Kasih hanya diam. Dia membiarkan Hud meluahkan segalanya.

"Along saya meninggal. Angah saya hilang diculik orang jahat. Sampai sekarang kami tak tahu dia berada di mana”. Kata Hud dengan nada suara yang bergetar.

"Saya bencikan isteri kedua walid saya. Terlalu benci. Dia bunuh walid saya”. Air mata jantan Hud mula menitis.

"Dia perampas. Saya benci perempuan perampas. Dan awak salah satunya”. Ujar Hud dengan nada suara yang agak keras.

"Tapi Iz ,saya minta maaf. Saya , saya...” Belum sempat Kasih habis bercakap , Hud memotong ayatnya.

"Saya apa ?”

"Saya sukakan awak , Iz”. Luah Kasih .
Hud tersenyum sinis.

"Pergi mamp*s dengan suka kau tu ! “ Kasih terkedu. Sampai macamtu sekali Hud tidak sukakan dia ?

"Tapi perasaan cinta tu boleh wujud bila-bila masa sahaja , Iz”.

Hud terdiam sejenak.

"Kasih”. Panggil Hud. Kasih terus mengangkat wajahnya.

"Di antara kita , tak akan pernah ada apa-apa hubungan”. Dengan nada dingin dan datar Hud berkata.

Kasih tertunduk kecewa.

"Iz... takkan tak ada sikit pun perasaan awak pada saya ? Sikit je , Iz ?” Bergetar suara Kasih bertanya.

Diam.

Melihat Hud yang seakan tidak mahu menjawab soalannya , Kasih terus angkat kaki ingin pergi dari situ.

"Kasih”.

Laju Kasih pusing semula menghadap Hud. Dia berfikir Hud memanggilnya kerana mahu menerima dan memaafkannya.

"Saya tak cintakan awak. Sikit pun tak. Dan semua tu tak akan pernah wujud”.

Zapp !

Hancur hati Kasih mendengar pengakuan itu sendiri. Terlalu hancur. Pelbagai rasa yang timbul apabila Hud berkata begitu. Kecewa , marah , sedih ! Tapi apa yang boleh dia buat ?

Hud ingin buka langkah masuk semula ke dalam rumah tetapi Kasih menghalang.

"Iz”. Panggil Kasih . Langkah Hud terhenti. Dia berdiri membelakangi Kasih.

"Iz , saya minta maaf kalau selama ni saya menyusahkan awak. Saya betul-betul minta maaf”. Kasih menekup mulutnya menahan daripada menangis.

"Tapi , saya nak awak tahu yang saya...”

"Dahla Kasih ! Aku penat tau ! Penat dengan tipu helah kau , penat nak dengar tentang kau ! Penat dengan kepuraan-puraaan kau ! Konon baik , suci , lemah lembut , naif ! Tapi kau tu sebenarnya...”. Hud tunjuk Kasih.
Jari telunjuk dijatuhkan semula.

"Sejak kau hadir dalam keluarga kami , macam-macam yang jadi ! Kucar-kacir !” Hud menengking Kasih. Kasih memandang Hud atas bawah. Kelopak matanya tidak berkedip memandang wajah Hud. Dia terasa hati dengan kata-kata Hud. Namun dia masih tidak mahu mengalah.

"Iz , tolong ! Saya minta maaf. Saya tak boleh hidup...”

"Dahla ! Aku nak kau keluar dari rumah ini ! Mulai saat ini ,Aku taknak tengok muka kau lagi , Kasih Arryanna ! Kau boleh berambus dari sini !”. Kata Hud Izham dengan nada yang keras dan datar.

Arghh terlalu pedih untuk Kasih terima semua ini. Ini bukan salahnya. Kenapa dia harus menerima semua ini ? Kenapa perempuan itu memfitnah aku dan cakap yang bukan-bukan pasal aku ?!

“Awak ! Ini bukan salah saya ! Tolong lah percaya akan saya. Kenape susah sangat untuk awak percayakan saya ? “. Kasih sudah tidak tahu hendak bercakap macam mane lagi dengan jejaka di hadapannya sekarang ini.Lelaki ini terlalu keras kepala.

“Aku tak kira ! Pergi sekarang !!! Keluar sebelum aku sendiri yang heret kau !”.

“Baik. Saya akan pergi. Tapi apabila awak sudah tahu kebenarannya , saya harap awak akan lembut hati.” Kasih berkata perlahan.

"Pergi la , Kasih. Pergi dari sini dan jangan pernah kembali. Kalau aku mati sekali pun , aku haramkan kau jejakkan kaki ke rumah ni”.

Kasih terpempan. Dia menggelengkan kepalanya laju. Allahuakbar...

Kasih juga tidak faham dengan dirinya sendiri. Dia mahu teruskan hidupnya bersama Hud , tapi tak mungkin dia akan menceritakan segala-galanya tentang Angela. Tak , apa pun yang berlaku dia tak akan buat Angela sedih. Dia menghela nafas berat. Kasih terpaksa akur dengan semua ini. Andai begini takdir kehidupannya , dia terima.

Huwaaa ... berhari - hari simpan chapter ni. Tapi Lily tak yakin nak pub. Tapi takpela. Apa-apa kekurangan , boleh komen di bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience