KCK 49 - BERHARAP

Romance Series 24009

KCK 49 - BERHARAP

SUDAH hampir seminggu Kasih berada di hospital. Selama seminggu juga , Hud sentiasa berada di sisi Kasih. Dia hanya akan bergerak jika dia mahu solat dan mandi.

"Hud”. Datin Mariam memanggil Hud dengan lembut. Hud masih diam. Langsung tidak memandang Datin Mariam. Matanya hanya fokus memandang wajah Kasih.

"Hud , jangan macamni. Hud tak sayang nenda ke ?”

Diam.

"Hud jangan macam ni. Dah seminggu Hud. Hud sendiri tak terurus. Macamna nak jaga Yana ?” Datin Mariam cuba memujuk Hud.

"Kalau Yana tahu Hud macam ni...tak urus diri sendiri , tak makan , mesti dia sedih. Hud makan ye sayang ?”

"Hud nak tunggu Kasih bangun dulu. Nak makan sama-sama dengan isteri Hud”. Hud mula bersuara. Datin Mariam melepaskan keluhan berat.

"Hud dengar sini ye. Kalau Hud tak makan , nanti Hud sakit. And kalau nanti bila Yana dah bangun , Hud tak sihat pula. Macamna nak makan sama-sama ?”

Hud memandang Datin Mariam. "Betul ke nenda ?”

Datin Mariam mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Hud nak makan la”.

"Hud pergi duduk dekat sofa sana. Dalam plastik ada bekal makanan yang nenda bawa untuk Hud”. Hud mengangguk.

Hud mula bangun lalu menuju ke sofa . Dia membuka bekas makanan yang dibawa oleh Datin Mariam. Datin Mariam tersenyum gembira melihat cucunya makan dengan begitu selera sekali.

Pandangannya beralih kepada Kasih. Diusap kepala Kasih dengan lembut. Air matanya perlahan-lahan mengalir. Dia juga sedih melihat keadaan Kasih. Wajahnya yang sangat pucat. Dia berasa begitu kesal kerana Hud meluahkan perasaannya kepada Kasih saat Kasih tidak sedarkan diri. Selama ni Hud melayan Kasih seperti orang luar , bukan seperti isteri . Tetapi Kasih langsung tidak melawan atau membenci Hud. Malah sanggup membahayakan nyawanya sendiri .

"Nenda”. Datin Mariam tersentak. Air mata dikesat kasar. Dia bangun lalu memandang Hud.

"Hud dah siap makan. Nenda pergi la berehat. Hud nak jaga Kasih”. Datin Mariam memandang wajah Hud yang mendatar. Suaranya juga dingin. Ini bukan Hud Izham yang dia besarkan. Bukan Hud Izham yang dia kenal. Makin lama Hud makin berubah.

"Yela. Nenda balik dulu la ye. Hud jaga diri ye. Jangan lupa makan”.

Hud mengangguk. "Hud”.

Hud menoleh.

"Jangan terlalu bersedih. Kalau Yana tahu , dia mesti lagi sedih. Kalau betul Hud sayangkan Yana , jaga kesihatan ok”. Pesan Datin Mariam .

Hud hanya berdiam diri. Hud memandang kelibat Datin Mariam yang makin hilang dengan pandangan kosong. Jaket yang disarung di badan dicabut perlahan-lahan lalu diletakkan di sofa. Dia mendekati Kasih. Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di kerusi sebelah katil Kasih.

"Kenapa awak masih tak bangun ? Kenapa awak masih tak nak bercakap dengan saya ?”

"Awak masih marahkan saya ke ?”

Hud mengeluh perlahan. Dia memegang belakang tangan Kasih. Hud mengusap lembut belakang tangan Kasih. Dia mengucup lembut tangan Kasih.

"Tolong bertahan . Tolong kuat bertahan demi saya. Saya tahu awak kuat. Awak mampu untuk sembuh. Saya nak awak bangun dan sihat macam dulu dan kita boleh bina hidup baru. Saya harap sangat yang awak boleh maaafkan saya bila awak sedar nanti”.

Hehe sorry lambat update. Maaf juga sebab pendek je. Malam ni atau esok pagi next chapter okay ! Thank youu ! Jgn lupa komen >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience