KCK 15 - SELAMATKAN

Romance Series 24009

“Aku tak pernah ada musuh ,Hisyam “.
Pantas Kasih dan Hisyam menoleh ke arah suara itu. Kasih terkejut melihat wajah Hud yang tegang. Dia seolah tahu apa yang di benak fikiran Hud. Hisyam hanya tersenyum sinis. Kenapa diorang ni suka sangat buat senyum macamtu ? Ingat hensem ke ?

“Kau kutuk aku , Kasih”. Mendatar suara Hud. Kasih terkelu. Dia tahu aku kutuk dia ?
Kasih menggeleng laju.

“Hurh ? Kau panggil dia Kasih ?”. Hisyam tersenyum sinis. Berkerut dahi Kasih. Kenapa kalau Iz panggil aku Kasih pun ?

“Kau tahu tak nama tu terlalu buruk ? Terlalu lapuk la bro”. Bergenang kolam mata Kasih mendengar hinaan itu. Eh jap hinaan ke tu ? Argh lantakla ! Kasih ingin menyeka air matanya tapi tangannya terikat. Oh ya ! Maksudnya ? Hisyam la culik aku ?! Ya Allah!! Macam mana aku nak lepaskan diri ni. Iz ni pun satu , selamatkan lah aku dulu ! Ni tak sibuk berlawan mulut dengan mamat tak guna tu ! Arghh aku benci Hisyam !

“ Aku akan bawa Ana dari sini. Kau ceraikan dia dan aku akan kahwin dengan dia”.
Bulat mata Kasih mendengar ayat yang keluar dari mulut Hisyam. Tak tak ! Aku takkan kahwin dengan dia. Hud memandang Kasih , Kasih menggeleng laju. Dia tak nak berpisah dengan Hud.

“Aku tak akan benarkan ! Kau siapa nak bawa dia pergi dari sini ! Hey kau dengar sini baik - baik ! Baik kau pergi dari sini sebelum aku bunuh kau !!”. Tengking Hud pada Hisyam. Hisyam hanya senyum sinis. Dia ni dah kenapa ? Buang tebiat ?? Asyik senyum sinis ke !

“Kau nak bunuh aku ? Ha bunuh la ! Tapi sebelum kau bunuh aku , biar aku bunuh kau dulu !”. Hisyam mengambil pistol yang berada di atas meja kecil di sebelahnya. Lalu diacukan ke perut Hud. Kasih berusaha membuka ikatan di tangannya. Dia mula takut dengan tindakan Hisyam yang semakin berani. Yang buat dia takut apabila melihat muka Hud yang seperti harimau mahu menerkam mangsanya. Ini bukan kali pertama. Masa Hud memukulnya tempoh hari , seperti ini la muka dia.

Ah !

Yes ! Finally ! Dia berjaya membuka ikatan ini. Sakit sungguh tangannya. Kasih duduk seperti biasa. Kalau dia bangun , Hisyam akan perasan dan menembak Hud. Dia perlu selamatkan Hud.

BUK !

Hud menumbuk wajah Hisyam. Terjatuh Hisyam menerima tumbukan itu.

“Rasakan !”. Hud mencari kayu di belakang untuk memukul kepala Hisyam. Hisyam bangun bersedia hendak menembak Hud. Hud menoleh dan Hisyam menembak Hud.

BAM !

Hud tergamam melihat Kasih berada di hadapannya sekarang ini. Perut Kasih penuh dengan darah. Hud memandang Hisyam. Hisyam masih terkejut dan terus berlari meninggalkan Hud dan Kasih. Air mata Hud mengalir deras ke pipi. Entah kenapa dia sakit hati melihat Kasih dalam keadaan begini. Bukan selama ini dia yang nak Kasih mati ? Allahukabar ! Sungguh dia tidak sangka yang Kasih sanggup menyelamatkannya. Hud terus mengangkat tubuh Kasih. Setelah memasuki kereta , Hud terus bawa Kasih ke rumahnya. Dia tidak mahu membawa Kasih ke hospital. Dia tidak mahu orang mempersoalkan apa yang terjadi sehingga Kasih ditembak. Hud tidak mahu orang fikir yang bukan-bukan.
Sepanjang perjalanan , Hud tidak berhenti memandang Kasih yang sedang bertarung nyawa di seat belakang. Ya Allah , tolong selamatkan Kasih !

Hambar kan ? Bosan kan ?Sorry la hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience