KCK 38 - SELESAI

Romance Series 24009

KCK 38 - SELESAI

FIRASH berhentikan keretanya di tepi jalan. Kepalanya disandarkan di kepala kerusi. Dia menghela nafasnya kasar. Firash memejamkan matanya menenangkan hatinya yang kecewa.

Bertahun dia kumpul duit untuk berkahwin dengan Kasih tapi akhirnya dia dikecewakan dengan berita Kasih sudah kahwin. Dia mahu bahagiakan Kasih.

Dia sengaja memegang tangan Kasih tadi , mahu lihat reaksi Hud. Ya dia mahu lihat sama ada Hud cemburu atau tidak. Dia dapat rasakan yang Hud terlalu bencikan Kasih. Tapi sebabnya , dia sendiri tidak tahu.

Kalau dia jadi Hud , dia takkan sesekali sakitkan hati Kasih. Gadis itu terlalu baik. Terlalu baik. Hati gadis itu terlalu bersih dan mulia.

Ah salah dia ! Salah dia kerana lambat ! Tak guna kau Firash !

Harapannya hanya satu sekarang. Dia berharap yang Kasih akan bahagia bersama Hud. Kasih layak untuk bahagia...

'Abang akan doakan kebahagiaan , Kasih’.
. .
. .
LEPAS SOLAT MAGHRIB...

"Kau suka kan la dia cakap yang dia rindukan kau ?”

"Awak ni kenapa ? Kenapa awak suka sangat tuduh saya yang bukan bukan ?” Tanya Kasih lembut. Dia sudah penat dengan Hud. Selama ni dia diam bukan bererti dia suka semua tu. Dia malas mahu lawan mulut dengan lelaki ego seperti Hud Izham !

"Ouh so maknanya , betul la kan ? Kau memang perempuan murahan. Kau memang pentingkan duit”. Hud ketawa kecil sambil menggeleng.

"Macamni la , Kasih Arryanna”.
Hud memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket sebelum menyambung ayatnya.

"Esok hari penting adik saya.Saya taknak awak rosakkan majlis dia. Lagi bagus kalau awak tak ada di majlis tersebut”. Hud tersenyum sinis sebelum berlalu dari situ.

Langkahnya terhenti.

"Oh ya , lagi satu”.

Kasih toleh.

"Di atas meja kecil tu , ada cek kosong. Awak boleh isi sebanyak mana pun jumlah yang awak nak. Saya bagi supaya awak tak rosakkan majlis adik saya”. Ujar Hud lalu terus melangkah keluar.

Setitis demi setitis air mata Kasih jatuh. Ya selama ni memang Hud menganggapnya sebagai perempuan murahan , mata duitan. Tapi dia tidak sangka yang Hud akan bagi cek kosong padanya semata-mata untuk tidak rosakkan majlis Angela. Semakin hari , semakin dia tidak faham dengan Hud. Anginnya sentiasa berubah. Takkan dia hendak merosakkan majlis Angela ?

Kasih menekup mukanya dengan kedua telapak tangannya. Dia menangis sepuas-puasnya.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

'Kalau Abang Hud dan bonda tahu hal ni , Gela akan bunuh diri !’

'Dah habis tempoh seminggu kau . Esok malam serahkan RM 100k kepada aku ! Kalau tak , kau tahu apa nasib yang akan menimpa kau !’

Kasih terus bangun dari katil dan mengambil cek kosong di atas meja kecil yang Hud katakan tadi.

"Ya Allah ! Alhamdulillah ! Terima kasih , Ya Allah !” Kasih tak habis-habis mengucapkan kata syukur. Dia terlalu gembira.

Kasih terus berlari ke bilik Angela dan Adela.

"Angela , Adela”. Kasih mengetuk pintu bilik tersebut.

Angela dan Adela terus membuka pintu. Terkejut mereka melihat wajah Kasih yang basah dengan air mata.
Kasih terus memeluk tubuh Angela.

"Kak , kenapa ni kak ?” Tanya Angela.

"Akak dah janjikan ? Yang akak akan tolong Angela”. Kata Kasih .

Angela yang masih belum faham memandang Kasih lama.

Kasih tersenyum sambil mengangguk-angguk.

"Akak...”.

Angela mula faham. Dia menangis gembira. Begitu juga dengan Adela.

Angela membawa Kasih ke katil. Mereka terus duduk . Kasih melekapkan kedua telapak tangannya di pipi Angela.

"Kita akan selesaikan sama-sama”.

"Tapi , akak dapat duit dari mana ?”. Tanya Adela kebingungan.

Kasih diam. Cuba mencari alasan.

"Erk , korang jangan risau. Ada orang yang baik hati tolong akak”. Tipu Kasih.

Adela dan Angela tersenyum gembira. Akhirnya....

Mereka mula bangun. Kasih berada di tengah-tengah manakala Adela berada di sebelah kiri dan Angela di sebelah kanan.
Kasih memeluk kedua-dua gadis itu.

Biarlah , hanya dia dan Allah SWT yang tahu kebenarannya.

••••••••

ANGELA menelefon orang misteri itu berkali-kali namun gagal. Orang misteri itu sengaja mematikan talian.

"Macam mana ?” Tanya Kasih .

"Dia tak angkat juga”. Suara Angela berubah kendur.

"Lelaki ni memang tak guna !” Kasih menjerit kecil.

Ting !

Bunyi menandakan mesej masuk di telefon Angela. Pantas dia mencapai telefonnya. Mereka bertiga baca bersama-sama mesej tersebut.

Unknown - 'Aku dah ada dekat depan rumah kau. Kau letak je duit atau cek tu dalam peti pos tu. Bila kau dah letak , aku akan ambil’.

Mereka bertiga pandang antara satu sama lain.

"Let’s solve this problem”.

HARI sudah lewat malam. Angela , Kasih dan Adela berdiri di beranda bilik Angela dan Adela. Mereka sedang menanti kehadiran lelaki misteri tersebut. Kasih sudah letakkan cek tersebut di dalam sampul yang berwarna coklat dan diletakkan di dalam peti pos yang berada di luar pagar.
Mereka sabar menanti lelaki tersebut.

Sesekali mereka berjaga-jaga agar tiada siapa yang perasan.

"Mana dia kak ?” Soal Adela tidak sabar. Dia hanya mahu tahu siapakah lelaki tersebut.

Kasih angkat bahu.

"Kakak , kakak”. Panggil Angela sambil menepuk tangan Kasih.

"Tu dia”.

Kasih cuba membesarkan matanya agar dapat lihat dengan jelas. Namun tetap gagal !

"Tak nampak la “. Rungut Angela dan Adela.

Lelaki misteri itu mengambil sampul tersebut lalu terus beredar dari situ.

"Urgh ! What is wrong with that stupid guy ?!” Carut Adela.

Kasih mengusap lembut bahu Adela untuk menenangkan Adela.

"It’s okay girls. Importantly , our problem is over”. Kata Kasih dengan lega.

"No , Kak. Masalah Gela je. Bukan masalah akak. Sorry kalau dah menyusahkan akak”. Ujar Angela dengan suara perlahan.

"No ! Your problem , my problem too. Kita akan sama-sama selesaikan. No matter what happens”. Kasih berkata dengan tegas.

"Come”. Kasih mendepakan tangannya.

Kedua-dua gadis itu terus memeluk tubuh Kasih.

"Thank you , Kak Yana “. Ucap Angela sambil menangis.

"Kak Yana la kakak ipar yang paling terbaik”.

"Dah dah Angela. Jangan menangis. Cuba senyum sikit ! Senyum !”.

Angela senyum.

Mereka tersenyum gembira dan lega.
Akhirnya masalah mereka sudah selesai.

Alhamdulillah selesai juga masalah Angela. Next chapter , kita fokus dekat Hud and Kasih je hehe >_< . Korang komen la ! Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience