KCK 6 - TANGKAP KHALWAT

Romance Series 24009

BUK !

Tumbukan padu daripada Hud menyebabkan bibi Faris berdarah. Faris merenung tajam ke arah Hud. Berani dia tumbuk aku ?!

“Kau siapa ? And apa masalah kau !”. Lantang Faris bersuara. Nasib baik bilik ini kalis bunyi.

“Aku bakal suami dia. Yang kau cuba nak rogol ni bakal isteri aku !”. Jerkah Hud.

“Oh ye ke. Selamat merasa sisa aku bro”. Senyuman sinis diberikan kepada Hud. Hud mengepal tangannya menahan geram.
Faris berlalu pergi sambil mengelap darah di tepi bibirnya.

Wajah Kasih yang sudah pengsan itu dipandang dengan pandangan kosong. Rasa amarah Hud membuak-buak. Baginya Kasih Arryanna perempuan murahan !
. .
. “Tolong ! Tolong ! Tolong ! Tak nak ! Lepaskan aku ! Aku taknak ! Lepass !! Tolong ! “. Teriakkan Kasih menyedarkan Hud yang sedang lena di atas sofa.

“Hey, bangun”. Hud mengejut Kasih.

“Arghh !”. Kasih akhirnya tersedar. Dadanya berombak laju.

“ Awak dah sedar”. Hud cuba memegang tangan Kasih namun ditepis kasar oleh Kasih dan secara tiba-tiba Kasih menjerit.

“Aaaa !!! Tolong !! Lepas ! Lepaslah ! !!! Tolong !!!”. Kasih trauma dengan apa yang terjadi padanya sebelum ini. Hud kaget dengan suara lantang Kasih.

“Hey , shh..shhh..shh relaks k ?”. Tenang dan lembut sahaja suara Hud menenangkan Kasih. Hud membelai rambut Kasih dengan lembut. Kasih berubah jadi tenang. Tiada lagi jeritan.

“Saya di mana ?”. Soal Kasih.

“Awak di dalam kereta saya. Awak hampir diro...”. Hud tiba-tiba berhenti. Takut kalau sebut , Kasih akan menjerit lagi sekali. Dia faham perasaan Kasih tika ini. Masih trauma dengan apa yang terjadi.

“Saya..tsk..tsk...tsk...saya nak balik”. Kasih menahan tangisan. Suaranya bergetar. Dia perlu berjumpa dengan ibunya untuk membatalkan pernikahan dia dengan lelaki iblis itu !

“Lagi setengah jam , saya hantar awak balik”. Hud bersuara tenang.

TOK TOK TOK !

“Siapa tu ?”. Hud menurunkan cermin keretanya. Terkejut Hud dan Kasih melihat orang itu berkopiah dan ramai.

“Ya ?”. Serentak Hud dan Kasih bersuara.

“Kami dari Jabatan Agama Islam , kami terima aduan bahawa ada sepasang pasangan yang tiada ikatan berdua-duaan di dalam kereta”. Lelaki berkopiah itu berkata. Sekali lagi serentak Hud dan Kasih tergamam.

“Sila ikut kami.”

“B..baik.”

***************

Puan Medina terduduk mendengar apa yang diperkatakan oleh Hud. Hud dan Kasih ditangkap basah kerana berdua duaan di dalam kereta tanpa ikatan dan mereka harus dinikahkan dalam kadar segera.

“Maafkan Hud bonda. Hud cuma tolong dia. Tapi Hud tak sangka macam ni pulak yang akan terjadi”. Hud kesal dengan apa yang terjadi.

“Takpela Hud. Hud tak salah. Yang salah perempuan tu !”. Hud hanya beriak kosong. Tiba - tiba perkara yang lepas terlayar semula di fikiran.

Flashback

“Aku ter-..”.

“TUNGGU !”. Seorang lelaki tiba tiba sahaja datang tanpa diundang lalu suruh berhenti.

“Siapa kau ?”. Hud bertanya.

“Huh Siapa aku ? Kau tanya perempuan tu !”. Lelaki itu menunjuk ke arah Nurul. Nurul terdiam. Tak lama lagi tembelangnya akan pecah.

“Siapa ni Nurul ?”. Dato Haris bertanya pada Nurul.

“D..dia..”. Nurul gagap.

“Kau taknak bagitau kan ? Biar aku bagitahu ! Aku dan Nurul pernah terlanjur dan dia juga pernah mengandungkan anak aku tapi dia gugurkan anak tu !”. Semua yang berada di situ terkejut dan tergamam mendengar pengakuan lelaki itu. Nurul hanya menunduk menekur lantai.

“Hud...”. Nurul cuba memujuk Hud.

“Jangan sentuh aku !”. Jerkah Hud pada Nurul. Nurul terkejut lalu mengundur setapak ke belakang.

“Aku nak kau berambus dari sini ! Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku ! Faham ?!!”. Nurul hanya diam. Semua tetamu yang berada di situ berlalu pergi. Ramai yang berbisik atas apa yang berlaku. Nah , kan dia sudah agak , dia tidak sedap hati sebentar tadi dan mengagak perkara yang berlaku akan memalukan mereka sekeluarga.

“Maafkan Hud, bonda”. Gumam Hud perlahan.
. .
. .
.

Do Comment.❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience