KCK 34 - MIMPI

Romance Series 24009

"SAYANG , jaga diri ok ?”

"Umi dengan abah jangan tinggalkan Ana lagi”.

" Sayang , kami tak akan pernah tinggalkan Ana. Kami sentiasa bersama Ana. Umi dengan abah sentiasa doakan Ana”. Wanita itu mengusap lembut kepala Kasih.

" Ana kena sentiasa ingat yang umi dengan abah sayang sangat pada Ana. Tanpa Ana , hidup kami tak akan pernah lengkap”. Sambung lelaki yang berusia 50 tahun itu.

Wajah Kasih yang sudah basah dengan air mata dikesat lembut oleh sang ayah dan juga sang ibu.

Kasih memeluk kedua-dua tubuh insan yang paling dia sayang. Lelaki dan wanita itu memeluk erat tubuh Kasih dengan air mata yang mengalir deras.

************

" Umi ? Abah ? Umi ! Abah !”. Kasih menjerit memanggil ibubapanya.

“Umi Abah !”. Kasih membuka matanya. Mimpi ? Aku mimpi ?

“Awak kenapa ? Awak okay ? Awak ada sakit mana mana ? Nak saya panggilkan doktor ?”. Tanya Hud bertalu-talu. Berkerut dahi Kasih memandang Hud.

“Makcik !”. Aqif berlari ke arah Kasih dan terus memeluk Kasih. Di belakang Aqif , Datin Mariam , Angela dan juga Adela tersenyum memandang ke arahnya.

Apa yang berlaku ?

"Terima kasih makcik sebab selamatkan Aqif”. Ucap Aqif sambil tersenyum manis.

"Terima kasih Yana sebab selamatkan Aqif. Kalau tiada Yana , nenda tak dapat bayang apa yang akan berlaku pada Aqif”. Giliran Datin Mariam pula yang berterima kasih pada Kasih.

Makin berkerut dahi Kasih dibuatnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku.

" Yana tak ingat apa yang berlaku ?”. Melihat Kasih yang seakan tidak faham dengan apa yang berlaku , Datin Mariam bertanya.

Kasih menggeleng.

Datin Mariam menceritakan segala-galanya membuatkan Kasih terkejut. Dia lemas ? Dan Iz selamatkan ?

Pandangannya beralih pada Hud.

" Thank you “.

" hrm...”. Jawab Hud acuh tak acuh sambil berpeluk tubuh.

Kasih hanya tersenyum kelat.

" Hud Izham “ . Tegur Datin Mariam.

" Nenda , its okay”. Kasih mengukir sebuah senyuman.

"Kami keluar dulu. Harini Yana berehat ok ? Esok kita semua dah nak balik “.

"Ok nenda”.

Sebaik sahaja mereka keluar , tinggal lah Hud dan Kasih berdua. Entah kenapa Kasih agak kekok dengan Hud sekarang ini.

"Nak makan ?”. Tanya Hud.

"Tak apa la. Saya ok je”.

" saya tak tanya awak okay ke tak , saya cuma tanya awak nak makan ke tak”.

Eh mamat ni. Tadi bukan main risau kan aku. Sekarang ni...

"Saya taknak makan”.

" Tak boleh , awak kena makan juga”. Paksa Hud.

"Ish saya taknak la”.

"Sebelum makan , awak kena mandi”.

"Mandi ? “. Kasih menggeleng.

"Macamni la Kasih , awak kena makan dulu baru mandi. Full stop !”. Tegas Hud.

Hud berlalu pergi ke meja yang berada di sebelah katil. Hud mengambil makanan tersebut lalu disediakan untuk Kasih.

" Nah”. Hud menghulurkan bekas polistrin kepada Kasih. Teragak-agak Kasih mahu mengambil.

" Ambil !”. Cepat - cepat Kasih mengambil bekas tersebut. Dia membuka bekas polistrin itu. Membulat besar matanya.

" Nasi Goreng !!”. Kasih menjerit gembira.

Terkejut Hud dibuatnya.

"Kenapa ?”. Hud bertanya hairan.

" Iz ! Awak nak tahu tak ?! Nasi goreng ni makanan favourite saya tau ! Dulu masa kecil-kecil , ibu saya selalu gorengkan nasi untuk saya ! Saya tak pernah jemu ! Kalau boleh setiap hari setiap waktu saya nak menikmati nasi goreng ni tau ! Saya dah lama tak makan , dan harini awak belikan untuk saya ! Thank you so much !!”. Panjang lebar Kasih menceritakan pada Hud.

Tanpa Kasih sedar , Hud tersenyum nipis.

"Argh”.

"Kenapa ?”. Hud mendekati Kasih.

"Entah. Tiba-tiba tangan saya rasa kejang. Sakit”.

Hud menggeleng lalu dia mengambil tempat di sebelah Kasih. Dia mengambil sudu tersebut lalu menyuapkan nasi goreng itu kepada Kasih.

Kasih tergamam.

"Makanla cepat”. Gesa Hud.
Kasih mengangguk.

Dalam hati masing-masing , ada sesuatu perasaan aneh menyelinap.

Tanpa sengaja , mata mereka berdua bertentangan seketika.

Mata bulat yang dimiliki oleh Kasih benar-benar membuatkan iman Hud makin tergugat. Tidak dinafikan Hud , wajah itu sangat menawan di matanya. Bibirnya yang munggil dan agak pucat tetap menggoda bagi Hud. Sesiapa sahaja akan terpikat melihatnya.

Mata kecil yang dimiliki oleh Hud pula sangat comel bagi Kasih. Kasih sudah angau dengan mata Hud.

"Pakcik , makcik buat apa tu ?”. Sergah Aqif tiba-tiba membuatkan mereka berdua terkejut. Rasa nak tercabut jantung mereka.

" A...a..Aqif b..buat a..ap..apa dekat sini ?”. Hud menjadi gagap tiba-tiba. Kasih menyelit rambutnya di belakang telinga. Merah wajahnya ketika ini menahan malu. Begitu juga dengan Hud. Dia meletakkan bekas makanan tersebut lalu menuju ke Aqif.

Dia membuka pintu.

"Awak jangan lupa makan , lepastu mandi. Sekejap lagi saya datang”. Hud berkata pada Kasih. Tetapi pandanganny bukan pada Kasih. Tapi pada lantai.

"Dah jom Aqif”. Ajak Hud.

Hud terus menutup pintu . Kasih menghembus nafas lega.

Dia berasa sangat bahagia jika Hud melayannya seperti tadi. Tapi dia tahu Hud tak akan pernah menganggapnya sebagai isteri.

Tapi...

"Saya cintakan awak , Iz”.

Sweet la pulak Hud ni ! Do comment ^_^ Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience