KCK 36 - BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Romance Series 24009

"APA yang awak termenungkan ?” Tanya Hud dengan tiba-tiba.

Kasih tersentak.

"B...bila awak masuk ?”

"Baru je. Ni kenapa awak tak mandi lagi ?”

Kasih hanya diam. Bukan dia tak mahu mandi , tapi tangannya masih sakit.

"Tangan saya sakit”. Ujar Kasih dengan perlahan.

"Kenapa tak panggil saya ?” Keras suara Hud bertanya.

Berkerut dahi Kasih.

"Awak kan dekat luar , tengah luangkan masa dengan keluarga awak ? Tak akan saya nak ganggu”.

"Dah jom”. Hud menarik lengan Kasih.

"Eh eh nak pergi mana ni ?”

"Ikut sahaja”.

•••••••

Usai mandi , Kasih dan Hud kembali ke tempat asal mereka tadi.
Kasih meramas jarinya , wajahnya menunduk. Hud hanya memandang wajah Kasih yang dari tadi hanya tunduk.

"Saya nak keluar sekejap. Awak pakai la baju”.
Ujar Hud lalu berlalu pergi meninggalkan Kasih.

"Dia ni kan memang suka memaksa orang eh ? Dengan aku aku yang dia paksanya. Kata tak suka orang tapi mandikan orang juga tadi. Eh lain kali awak tu cuba la senyum sikit. Barula manis. Ni tak beku je muka tu ! Kenapa ? Koyak ke bibir tu kalau senyum ? Cubala jadi macam saya ni...sentiasa senyum. Sebabtu saya cantik , comel , pandai pulak tu”. Bebel Kasih seperti Hud ada di hadapannya sekarang ini.

Selesai Kasih memakai baju , dia melangkah keluar dari chaletnya. Dia ternampak Adela yang sedang bersantai di kerusi depan chalentnya.

"Adela”. Sapa Kasih.

"Ha kak yana. Lama naw. Buat apa dengan abang tadi ? Agak-agak , lagi beberapa bulan , Adela dapat anak buah tak ?”. Berona merah wajah Kasih sekarang ini.Terkekeh kekeh Adela ketawa melihat wajah merah Kasih.

"Dela gurau je kak”. Kasih menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya , Adela tidak meletak harapan padanya.

"Kejap lagi dah nak balik , kak. Happy tak ? Ke akak sedih ?” Tanya Adela.

"Entahla Dela. Lagipun lusa , malam Angela dah nak kahwin kan ? Akak harap sangat mereka bahagia”.

"Dela pun harap benda yang sama”.

"Ha ni akak nak tanya. Zafril tu ada berapa orang adik-beradik ?”

"4. Zafril anak ketiga. Ingat tak Amira Insyirah yang datang haritu ?”.

Kasih mengangguk.

"Ha itula adik bongsu Zafril”.

"Ooo”.

"Anak sulung Puan Insyirah , nama dia Aiman Haqeem dan anak kedua dia , Faris Hadif”.

Kasih terkedu.

Dia kenal dengan nama dua orang tersebut. Aiman Haqeem , dia hampir berkahwin dengan lelaki tersebut dan Faris Hadif , dia juga hampir berkahwin dengan lelaki tersebut. Dua orang lelaki itu , semuanya telah berpakat dengan ibunya , Puan Salmah.

"Kakak !”.

Tersentak Kasih.

"Ye”.

"Termenung apa ?”.

"Tak ade apa apa”. Kasih tersenyum tipis.

Kemudian , matanya melilau lilau mencari Hud.

"Abang ada dekat tepi pantai tu ha !” Adela berkata lalu ketawa.

"Ke.kenapa bagitahu akak ?” Adela menelan makanan yang berada di dalam mulutnya sebelum menjawab.

"Eleh macam Dela tak tahu yang akak tengah cari abang kan ? Tak boleh berjauhan eh. Mengadanya”. Adela mengejek. Merah wajah Kasih. Nak sorok mana muka ni ?!

"Akak pergi dekat abang Iz kejap eh ? Adela duduk dekat sini , jaga Aqif dengan Gela”. Kasih memberi amaran tegas.

"Baik boss !”.
. .
. .
Hud sedang duduk di atas pasir sambil termenung memandang langit. Dia memeluk kedua belah lututnya.

"Apa yang awak termenungkan ?”

Hud memandang Kasih sekilas. "Nothing”.

"Awak , boleh tak saya nak tanya sesuatu ?”

"Sejak bila minta izin sebelum tanya ni ?” Hud ketawa sinis.

"Sekarang”. Jawab Kasih sambil tersenyum lebar.

"Erm , awak lebih kepada memaafkan atau melupakan ?”

"Memaafkan”. Laju Hud menjawab tanpa ragu-ragu dan tanpa berfikir panjang.

"Why ?”

"Saya akan memaafkan then slow-slow melupakan. Sebab bukan penting pun untuk saya ingat sampai mati”.

Kasih membuat bentuk 'O’ di bibirnya.

"How about you ?”

"Saya maafkan semua orang “.

"Cuma saya takkan sesenang melupakan orang tu”. Sambung Kasih dengan tenang.

Hud terdiam.

"Iz , sebelum awak kahwin dengan saya , awak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan ?” Kasih membetulkan sedikit kedudukannya lalu memeluk kedua belah lututnya.

Hud ketawa sinis. "Saya tak perlukan perempuan dalam hidup ni. Cukup saya ada duit , harta dan kekayaan. Saya kaya so boleh beli perempuan bila-bila masa je”.

"Harta tak menjamin kebahagiaan , Iz”.

"Dan isteri belum tentu menjamin kebahagiaan”. Hud tak mahu kalah walaupun apa yang Kasih kata itu betul.

Kasih terdiam.

Jadi selama ni , dia langsung tak bahagia dengan aku ? Bisik hati Kasih.

"Iz , awak cintakan saya tak ?”. Tanya Kasih tiba-tiba membuatkan Hud terdiam.

"Iz”.

Diam.

"Takpela kalau macamtu , sa - ...”

"Saya tak cintakan awak. Sikit pun tak”. Jawapan Hud membuatkan Kasih kecewa.

"And i don’t need you in my life”. Keras Hud memberitahu. Hud bangun dari duduknya.

"But why ?” Kasih turut bangun. Jadi selama ni dia hanya bertepuk sebelah tangan ?

"Sebab kau tu perempuan murahan !”. Tengking Hud tiba-tiba.

Hud terus berlalu pergi meninggalkan Kasih yang terdiam dengan perangai Hud yang tiba-tiba sahaja berubah.

Kasih terduduk di atas pasir semula. Kasih menarik nafas. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan kejadian lama.

Sebenarnya , sebelum mereka bernikah , Hud pernah membawanya ke rumah Hud untuk berjumpa dengan keluarga. Minta restu untuk perkahwinan tanpa rela mereka.

FLASHBACK

"Kau ingat aku akan terima kau jadi menantu aku ke ?! Never la perempuan !”. Puan Medina bersuara lantang.

Kasih memandang Hud , berharap menolongnya tapi tidak.

Hud berpeluk tubuh. "Menyesal aku tolong kau”.

Kasih terdiam.

"Bukan setakat bonda aku , aku pun takkan pernah terima kau sebagai isteri aku !”

"Kau tak perlu berpura-pura lagi. Aku dah tahu ! Kau sebenarnya memang nak pergi ke kelab tu kan ?! Kau nak jual tubuh kau ?! Supaya kau dapat duit ! Kau dengan ibu kau sama je ! Sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit !”. Hud menghina Kasih membuatkan Kasih terdiam.

"Kau nak duit sangat kan ? Kau nak duit sangat kan ?!!”.

"Nah ambil”.

Hud mencampak duit yang berjumlah RM 5ribu ke muka Kasih.

Semua yang berada di situ tergamam. Begitu juga dengan Kasih. Mulutnya terbuka sedikit tanda terkejut dengan tindakan Hud.

Hud mendekati Kasih.

" Ini bukan salah kau”.

Kasih mengangkat wajahnya memandang Hud.

" Tapi salah darah yang mengalir dalam tubuh kau “. Cukup ayat itu membuatkan Kasih bagai dihempap batu besar.

Kasih tergamam. Matanya yang berkaca dan sudah merah.

"Kau kan anak Puan Salmah Bakar , so of course sayangkan duit !”.

"Kau ikut je apa yang mak kau ajar !”.

"Kau dah buktikan yang kau ni...”.

“Just stop it !”. Giliran Kasih tinggikan suaranya.

Hud terdiam.

" Saya tak tahu yang awak selamatkan saya dan saya tak ingat apa apa langsung !”.

"Tapi bila awak ajak saya datang sini , saya tetap ikut walaupun kena hina banyak kali ! Sebab ini tentang maruah keluarga awak !”.

"Dan awak nak tahu ?!”.

"Tiada siapa yang pernah hina saya seperti mana awak hina saya selama ni !”.

"Saya tahu awak sayangkan mak awak ! Sebab itu awak ajak saya minta restu daripada mak awak”.

"Tapi , jangan sesekali awak hina ibu saya !”.

"Mak tetap mak. Tak kisah la dia mak kandung atau tidak”. Bergetar suara Kasih.

Berkerut dahi Hud. Mahu bertanya tapi memikirkan tentang amarahnya , niat itu dibatalkan.

"Awak sepatutnya belajar macam mana nak hormat seorang ibu”.

"Awak sayangkan mak awak begitu juga saya ! Saya sayangkan ibu saya !”

"Tak kisah la mak yang berduit seperti mak awak atau mak yang miskin seperti ibu saya , she is always respected !”.

"Hanya saya , ibu saya dan Allah SWT sahaja yang tahu kisah silam ibu saya ! Saya tak perlu beri penjelasan pada orang lain !”

"Ini la masalah orang kaya seperti awak ni !
Awak dapat segala-galanya yang awak nak , tapi suka menilai orang tanpa bukti !”

"Do you know anything about me and my mother ?”.

Hud diam.

Kasih menggeleng "tidak sama sekali !”.

Kasih pula yang mendekati Hud yang makin menjauhinya.

"Awak kata awak mulia ? Disebabkan awak kaya , berduit banyak harta , awak mulia ?”.

Hud memandang tajam wajah Kasih.

"Orang yang mulia tak akan pernah menghina orang lain”.

Kata-kata Kasih itu membuatkan semua di situ tersentap. Lagi-lagi Hud.

Memandang Hud sekilas , Kasih membuka langkah ingin pergi dari situ.

Langkah Kasih terhenti. Dia berpusing memandang Hud.

"Lagi satu Encik Hud”.

"Sebelum ajak saya datang ke sini , fikirkan dulu maruah dan reputasi awak. Saya tak nak cemarkan reputasi awak”. Sindir Kasih.

Perlahan-lahan Kasih berpusing semula. Dia berlalu pergi dari sini. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah juga. Dikesat air mata yang tidak berhenti mengalir. Tersedu sedan Kasih menangis. Baginya itu la kali pertama dia dihina begitu teruk sekali !

*************

"Kak Yana !” Jerit Adela memanggil Kasih. Jeritan Adela menyentakkan lamunan Kasih. Segera Kasih bangkit dari tempatnya.

"Kenapa ni ?!” Tanya Kasih dengan cemas.

"Angela pengsan !”

Sampai sahaja di hadapan chalet Angela , Kasih terus merempuh pintu kayu tersebut.

"Angela !” Membulat besar mata Kasih melihat wajah Adela yang pucat.

"Mana abang Iz , Aqif , nenda dan bonda ?!”
Tanya Kasih bersama jeritan.

"Diorang keluar sekejap. Cari barang sebelum balik”. Jawab Adela. Matanya merah menangis melihat keadaan Angela. Begitu juga dengan Kasih.

Kasih meletakkan kepala Angela di atas pehanya. Dia menepuk lembut pipi Angela.

"Bangun Angela !”

Tiba-tiba Kasih ternampak satu botol kecil yang berada di tangan Angela. Dia bangun dan mengambil lalu meneliti botol tersebut.

Botol itu terlepas dari tangan Kasih.

"Angela”. Kasih menggeleng kepala sambil air matanya mengalir deras.

Adela mengambil botol tersebut di atas lantai.

"What ?!”

SETENGAH jam kemudian...

"Kenapa Angela buat semua ni ? Angela dah gila nak bunuh diri ?! Nasib baik ada orang tolong tadi ! And nasib baik dia doktor !”

"Akak risau tau ! Apa akak nak jawab dengan abang Iz , nenda , bonda kalau apa apa berlaku pada Angela !” Tanpa sedar , Kasih tinggikan suaranya.

Angela hanya diam lalu menghulur telefon bimbitnya kepada Kasih. Kasih mengambil telefon tersebut.

Unknown - Dah nak habis tempoh seminggu kau . Esok malam serahkan RM 100k kepada aku ! Kalau tak , kau tahu nasib apa yang akan menimpa kau !

Kasih tergamam. Dia menekup mulutnya.

"Apa nak buat ni kak ? Gela dah nak kahwin lusa. Mana kita nak cari RM 100k tu ?!”. Wajah pucat Angela dipandang sayu oleh Kasih.

Dia sendiri buntu ,tidak tahu mahu buat apa.

Kasih menarik dan menghembus nafas perlahan-lahan.

"Don’t worry. I will solve this problem as soon as possible”.

Panjang an ? Penat Lily. Hehe. Komen la ! >_< Follow ig @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience