KCK 30 - SENANG TERTIPU

Romance Series 24009

Faris memandang Kasih atas bawah. Dia tersenyum sinis pada Kasih . Gadis itu mula ketakutan. Faris sudah tidak sabar mahu lihat hidup Kasih jadi porak-peranda. Disebabkan Kasih , isteri dia hampir minta cerai padanya. Sekarang ini , dia hanya mahu membalas dendam pada Kasih !

“You , jom”. Lamunan Faris terhenti apabila isterinya memanggil. Dia hanya mengikut langkah Sofia , isterinya yang tercinta.

‘Jangan ingat kau akan terlepas , Kasih Arryanna !’
. .
. Hud menarik tangan Kasih menuju ke dapur.
Dia memegang kasar pergelangan tangan Kasih. Kasih yang tidak tahu apa yang terjadi , hanya merintih kesakitan. Apa yang terjadi ? Kenapa Iz marah sangat ?

“awak lepas !”. Hud melepaskan tangan Kasih. Dia memandang tajam gadis itu.

“A..aw..awak dah kenapa ?”. Gugup Kasih bertanya.

“Kau buat apa dengan jantan tak guna tu ?!”. Suara Hud meninggi. Panggilan ‘awak saya’ sudah bertukar kepada ‘aku kau ‘ ?.

“B..buat apa ? Saya tak faham”. Suara Kasih perlahan. Sumpah dia tak tahu apa-apa.

“Kau ingat aku tak nampak cara dia pandang kau ?! Kau ingat aku tak tau korang ada hubungan sulit belakang aku ?! Hey sedar diri kau tu ! Kau tu perempuan murahan je ! Jangan nak berlagak alim ! “. Hud menuduh Kasih tanpa belas kasihan. Kasih sedikit tersentak dengan kata-kata Hud. Perempuan murahan ? Hubungan sulit ? Apa ni ?

Hud mendekatkan jarak mereka. “Kau , dengan ibu kau..sama je”. Bisik Hud di telinga Kasih. Berkaca mata Kasih mendengar kata-kata hinaan tersebut. Air mata mula laju mengalir.

Tubuh Kasih kaku. Dia langsung tidak boleh bergerak. Hud terus berlalu pergi meninggalkan Kasih yang masih diam.

Kasih terduduk selepas Hud berlalu pergi. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia tidak boleh terima orang menghina ibunya. Apa salah aku ? Apa salah ibu ? Kenapa orang selalu pandang rendah pada kita ibu ?! Kenapa orang langsung tak hormat kita ?!
Jerit hati Kasih.
. .
. Selepas kejadian tempoh hari , Hud langsung tidak memandang Kasih. Bercakap ? Sepatah pun tidak keluar dari mulutnya. Tetapi hati Kasih tertanya-tanya mana Hud sekarang ? Sudah malam , tapi masih belum pulang.

Ting !

Telefon bimbit Kasih berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia terus membaca mesej tersebut.

‘Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau. Kau angkat call aku’ - Faris

Kasih terus mencampak telefonnya ke atas katil. Tiba - tiba dia jadi takut.

Telefon bimbit Kasih berdering. Kasih melihat siapa yang telefon. Terkejut dia nama Faris yang terpapar di skrin telefon tersebut.

“Kau nak apa ?!”.

“Aku nak jumpa kau sekejap je Yana. Aku ada dekat taman permainan area rumah Hud ni. Tolong la jumpa aku sekejap je. Aku nak minta maaf dengan kau”. Tipu Faris.

“T..tapi Iz belum balik”.

“Kau tak payah tunggu dia. Dia bagi kau keluar. Aku dah telefon dia”. Tipu Faris lagi.
Kasih akhirnya bersetuju tanpa memikirkan padahnya.

UDARA malam yang segar sangat menyenangkan Kasih. Dia terus berjalan ke hadapan. Faris melambai-lambai tangannya. Kasih yang perasan terus berjalan laju menuju ke Faris.

“K..ka..kau nak apa jum..jumpa aku ni ?”. Kasih memulakan perbualan. Dia tidak mahu berlama-lamaan dengan Faris. Dia masih trauma dengan apa yang berlaku padanya. Lelaki di hadapannya ini la yang hampir merogolnya.

Tanpa menjawab soalan Kasih , Faris terus memeluk tubuh kecil Kasih. Kasih tergamam. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Bersungguh-sungguh dia menolak tubuh Faris , tapi apakan daya , dia tidak mampu.

Kasih masih mencuba menolak tubuh Faris dan akhirnya berjaya. Faris melepaskan tubuh kecil Kasih. Dia sengaja memeluk Kasih kerana dia melihat Hud sudah makin hampir menuju ke arahnya dan Kasih. Dan Hud juga nampak mereka berpelukkan.

Wajah Kasih berubah pucat. Tergamam Kasih melihat Hud berada di sebelahnya. Kasih menggeleng.

“Masuk kereta sekarang”. Keras Hud mengarah Kasih. Kasih memandang sekilas pada Hud sebelum berjalan ke kereta.

Hud yang ingin berlalu pergi , terhenti apabila Faris menepuk bahunya.

“Kau jangan tertipu dengan dia , bro. Dia , nampak ke baik.. tapi hati dia busuk”. Hasut Faris.

“ selama ni , dia yang goda aku. Dia tahu aku dah ada isteri dan anak. Tapi dia masih degil nakkan aku “. Faris teruskan menghasut Hud. Hud yang senang tertipu percaya kata-kata Faris.

“Perempuan murah macamtu , hanya nakkan duit , bro”. Hud mengendahkan kata-kata Faris. Dia terus berjalan menuju ke kereta.

“Korang berdua memang senang tertipu. Memang aku yang rancang semua ni. Dan aku tak sangka , rancangan aku berjaya”. Faris ketawa kuat bersama senyuman sinis.

Aku akan pastikan hidup korang lebih merana ! Terutama Kasih Arryanna !

Hi ! Sudah sekian lama tak update ye. Terima la chapter saya yang tak seberapa ni hehe >_<. Follow ig saya @lilydreamy._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience